Logo KBBA

Rabu, 5 April 2017

Sedap ke Pau Kacang Viral tu?

Pau Kacang Pau Viral Putrajaya


assalamualaikum semua,

petang semalam aku tetiba je dah parking kereta kat depan gerai yang jual pau viral putrajaya kat depan Kuarters Guru Tanjung Lumpur.. eh betul ke tetiba? hahaha.. ye la sebab sebelum tu elok je aku memandu kat lorong sebelah dan tetiba pulak dah elok parking kat seberang jalan.. tak ke pelik tu?

banner pau kacang viral boleh nampak dari jauh tau.. mengoda kan?


semuanya gara-gara pau kacang yang viral ni la.. aku dah tau dari sorang jiran kat taman kami ni ada sorang kawan dia jual pau viral putrajaya tu.. lama jugak dah dia cakap tu tapi aku asyik la terlaju bila lalu kawasan tu..

dan semalam ni ntah kenapa boleh teringat pulak nak singgah.. bila dah singgah tu terbeli la 3 biji pau viral.. aku ambik pau kacang pasal belum pernah cuba yang ni.. lepas tu ambik jugak pau ayam panggang dan pau cendawan.. pau kacang je yang tak pernah cuba setakat ni.. tu yang jadi teringin sangat tu..

pau cendawan ~ aku dah review aritu

pau ayam panggang ~ pun dah review

pau kacang viral ~ yang ni belum penah rasa


sempat jugak aku mintak kebenaran penjual nak ambik gambar.. dasar blogger kan? hahaha.. dan ini pulak review aku.. pada pendapat aku, pau kacang tu sedap la jugak pada aku.. ala-ala apam balik cuma dia tak la semanis isi apam balik.. cuma inti kacang tu sikit sangat dan saiznya agak kecik untuk harga RM3.50 sebiji.. memula aku tengok pun ada rasa nak kensel beli tau.. sebab saiznya mengecewakan.. lelagi la bila dah rasa dan tau sedap lagi la kecewa sebab mahal kot..

tapi disebabkan aku nak jugak rasa makanya aku beli la jugak.. bertabahlah keluarkan duit untuk bayar RM11 untuk 3 biji pau.. tapi setakat ni anak-anak tak berapa minat pau-pau macam ni kecuali abg long sorang yang sememangnya hantu pau.. tak kisah pau apa pun kalau nama pau mesti laju je dia ni..

pau yang cantik tersusun ~ kreatif betul diorang ni


untuk sesiapa yang nak cuba boleh dapatkan dari penjual Pau Viral Putrajaya di gerainya di hadapan Kuarters Guru Tanjung Lumpur.. aku dan anak-anak dah cuba..alhamdulillah sedap cuma mungkin bukan untuk ulang makan selalu untuk rakyat marhean macam kami ni la...




Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Nour Adieb berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comel2 bentuk pau tu :D macam sayang nak sumbat dalam perut :p

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh unik betul pau ni.. kene carik jugak ni nak rasa sedap ke idokkkkkk... hehe kak ita ni ada jerk tempat makan best dia.. memang terbaik.. haha