Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 31 Mei 2017

Menu berbuka Kue Tiaw Tomyam dan Resepi

assalamualaikum semua, saja nak tunjuk menu berbuka kami waktu berbuka tadi.. sebabnya aku taknak la sampai korang terliur kalau aku tunjuk gambar Kue Tiaw Tomyam waktu siang esok kan? hahaha.. 

tengok gambar, sendiri pulak rasa lapar.. haha


tadi disebabkan aku dah tak tau nak masak apa aku godeh je la apa je bahan yang ada kat rumah ni.. tengok-tengok ada sayur-sayur dan jugak rempah tomyam.. walau bahan tak berapa cukup aku buat jugak la versi campak-campak apa yang ada.. meh tengok resepi tomyam mudah ni jom..


Resepi Kue Tiaw Tomyam

sumber : ceritaita

Bahan-bahan:
Kobis panjang
Kacang peas
Kobis bunga
Brokoli
Lobak merah
Bebola ikan
Tomato
Perencah Tomyam Adabi
Kue Tiaw 
Daun Limau purut
Bawang besar
Bawang putih
Air secukupnya
Kiub pati ayam
Garam 
Ajinomoto

Cara-cara:
1. Rebus air dalam periuk.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan perencah tomyam adabi.
3. Sebelum mendidih tu aku masukkan sayur yang keras macam lobak tu.. bila dah mendidih baru masuk sayur-sayur lain dan bebola ikan.
4. Kemudian masukkan daun limau purut, garam, ajinomoto dan kiub ayam dalam tu.
5. Bila dah nak tutup api tu baru aku masukkan tomato dalam kuah tu.
6. Dah siap kuah boleh hidang dengan kue tiaw pulak.


ni versi ada sotong


patutnya resepi aku ni kena ada serai.. tapi disebabkan dah takde serai kat rumah aku main letak je la apa yang ada.. janji rasa tomyam.. hahaha.. alhamdulillah elok je anak-anak makan bertambah tadi.. nak habislah jugak kue tiaw tu 2 bungkus yang berat 450 gram satu tadi tu..

siap kakak puji-puji lagi sedap.. alhamdulillah.. eh aku lupa nak cakap ada 2 jenis kuah sebenarnya aku buat ni.. bila dah masak tu aku asingkan dan yang satu bahagian tu aku letak sotong dalam dia.. satu lagi takde sebab abg long masih berpantang makan lagi buat masa ni.. semoga Allah permudahkan proses penyembuhan dia.. insyaAllah.. amin.. 


yang ni untuk abg long - takde sotong


meh layan gambar sambil memikir apa nak masak esok ni.. hmm..




Facebook pun nak berbuka?

assalamualaikum semua, semalam aku perhatikan ada tetiba waktu maghrib atau waktu berbuka ada di belah atas wall facebook masa aku scroll facebook.. pelik jugak, takkan facebook pun nak berbuka?

waktu matahari terbenam dan maghrib di Facebook


rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya.. baru la aku tau bila aku tekan butang seterusnya.. 

ini sebabnya

ini sebabnya


rupanya facebook dah mula bagi peringatan pada semua waktu matahari terbenam dan menandakan masuk waktu berbuka berdasarkan kawasan kita duduk tu.. ooo.. macam tu.. ok la jugak kan? maknanya ada la peringatan selain dari kita tengok kalender masuk waktu dan dengar pengumuman waktu imsak dan berbuka tu kan.. tapi aku ni jenis suka dengar azan dari surau atau masjid atau lagi senang kami pasang je radio Pahang FM tu.. haaa yang tu memang yakin lebih dah la.. korang guna cara macamana pulak?


Selasa, 30 Mei 2017

Apps Hotel Kuala Selangor pilihan hotel murah yang best!

Pilihan hotel terbaik di Kuala Selangor

assalamualaikum semua, tetiba je pulak teringat tak cerita lagi pasal trip kami bercuti singkat ke Kuala Selangor lepas habis majlis photoshoot raya KBBA aritu rupanya.. punyalah lama.. dah selamat berjalan abis pusing Kuala Selangor dan dah siap balik kampung ronda JPO lagi tu.. hahaha.. bertabahlah baca cerita imbas kembali dalam blog Cerita Ita ni ye.. gini la rupa kalau bukan blogger sepenuh masa dan menulis bila ada masa terluang..

gambar ihsan google


ok kali ni disebabkan kami cari dalam masa yang agak singkat dan bajet tak berapa nak ada sangat, maka kami buat keputusan nak duduk kat hotel yang murah-murah je la.. hotel memula pilihan kami ialah Apps Hotel Kuala Selangor.. bunyi macam pelik je kan? macam aplikasi kat telefon pintar pulak dah.. haha.. tapi hotel ni serius best dan berbaloi.. asalnya konon aku nak bawak adik aku Azza join sama photoshoot dan kami menginap terus la kat Kuala Selangor tapi kemudiannya dia tak jadi ikut dan akhirnya kami menginap kat Premier Times International di Seri Kembangan.. tu nanti aku cerita ok..

terbaca pulak kat blog Yanty pasal hotel ni dan makanan shell out dia yang sedap kat blog Kak Sue pulak.. harus la aku rasa boleh tempah hotel ni.. aku pun terus je telefon terus ke hotel dan booking untuk semalam je.. dan kami dapat bilik family dengan harga RM159 je sekali sarapan pagi.. ada satu katil Queen dan 1 katil single.. alhamdulillah selesa la untuk kami anak beranak.. tapi agak tak best sebab takde tingkap untuk jenguk luar.. orang kampung macam kami ni macam rasa terkepung kalau takde tingkap..

gini la rupa lebih kurang bilik kami cuma takde tingkap ihsan google jugak


tapi yang paling mengujakan aku ialah harga bilik dia yang dah bersekali dengan sarapan.. dan sarapan dia memang sangatlah terbaik ok.. macam hotel biasa la yang sediakan sarapan.. ada nasi lemak.. mee dan pilihan air jugak.. tapi yang ni lebih terbaik pasal dia sediakan jugak sambal sotong gergasi yang memang sedap sangat-sangat.. segar pulak tu sotongnya.. siapa yang taknak kan..? lelagi la bila mengenang sewaktu berada di bulan Ramadhan ni haa.. huhuhu... 
tempat makan dia ihsan google jugak



eh lupa nak cakap jugak yang hotel ni ada sediakan pilihan untuk pakej makanan yang berkerang tu.. ala yang lambak-lambak tu.. macam yang yanti cerita tu.. aku tengok harga pakej dia agak berbaloi jugak la.. cuma masa tu aku tak terasa nak makan..

dan yang paling best sebenarnya ialah ada Jeti di belakang hotel ni yang menyediakan perkhidmatan melihat kelip-kelip di Sungai Kuantan, Kuala Selangor.. harga ok la tak mahal mana cuma aku masa tu tak tau dan tak sempat nak pergi untuk meninjau kawasan.. dan nak balik tu baru la ada peluang gi jenguk-jenguk kat jeti dan apa yang ada kat situ.. sempat la abg ngah menjatuhkan selipar dia dalam lumpur kat tepi jeti tu.. hahaha.. bertabahlah ummi mengutip pulak sambil membebel..

insyaAllah aku akan ceritakan pulak nanti pengembaraan kami di Kuala Selangor ni dan apa yang kami buat sepanjang berada di Kuala Selangor ni..  (maaf entri ke Kuala Selangor mungkin tak dapat disiarkan.. entah kenapa gambar yang aku transfer semuanya crash.. sedih.. itu sebab semua gambar adalah ihsan google)..








Promosi Pizza Domino's untuk hari Selasa

assalamualaikum semua, korang dah plan apa menu untuk berbuka korang hari ni? tadi aku dah cerita pasal kesedapan menu berbuka hari kedua kami kan? haa.. yang tak baca lagi gi selak balik.. kali ni aku nak cerita pasal menu promosi pizza Domino's untuk hari Selasa je tau!

promosi pizza Dominos


korang yang rasa belum tau apa nak makan untuk berbuka nanti boleh la tinjau-tinjau.. boleh terus ke laman web dia nanti.. sementara tu meh aku ceritakan apa yang best selain tawaran pizza personal yang sangat murah macam kat atas tu.. memang harga menjunam la sebab pizza personal cuma berharga RM3.90 je.. terkejut bila tengok tadi.. murah betul!


promosi tambahan


dan bila korang dan klik yang promosi tu dia akan keluar promosi lain yang lebih best tau.. yang mana memang sangat murah la.. promosi untuk pizza lain yang korang cuma kena tambah harga untuk pizza yang lebih besar.. harga pun berbaloi.. pizza large atau bersaiz besar cuma RM14.90 je satu tau.. 

tapi... ada tapi la.. cuma topping tertentu je la yang ada.. ada 3 pilihan yang macam bawah ni je untuk harga yang murah tu.. kalau selain yang di bawah ni masih dalam promosi harga di hari-hari biasa tu.. 


ini je la pilihan yang ada.. mujur simply cheese kegemaran tu ada


jadi, masih tak tau lagi nak makan apa? gi kat www.dominos.com.my dan jom pizza!

Menu berbuka pada hari kedua ramadhan

assalamualaikum semua, dah masuk puasa hari keempat dah hari ni.. alhamdulillah abg ngah masih bertahan sehingga hari ni.. walaupun semangat dia dah makin agak merundum bila dah nak sampai petang.. siap nangis-nangis kata saya tak mau puasa dah.. tapi dia tetap teruskan jugak nampaknya.. yang aku puji dia tak curi-curi pun nak makan ke minum ke.. sangat bagus!

siap periuk sekali keluar.. hahaha


tapi kali ni aku bukan nak ceritakan pasal abg ngah berpuasa pun.. yang tu dah cerita hari tu.. kali ni nak kongsikan dengan korang pasal makanan berbuka kami pada hari kedua umat Islam berpuasa aritu.. kami kat kampung mak shah dari hari pertama berpuasa aritu.. jadinya berpeluang la berbuka beramai-ramai.. entri pasal hari pertama aku dah tulis jadinya ini hari yang kedua..

aku tak akan tulis setiap hari pun terutama bila aku dah balik rumah sendiri dan mula bekerja dan masak sendiri.. sebab selalunya bila dah balik kerja tu rebut-rebut memasak sorang-sorang jadinya menjelang waktu berbuka tu jaranglah dapat ambik gambar dengan sempurna semua juadah..

jadi bila berkumpul ramai-ramai dengan keluarga macam ni memang seronok dan rasa sangat meriah.. masing-masing kalau boleh nak makan semua makanan kegemaran masing-masing.. tu yang jadi penuh meja sudahnya.. tapi biasanya bila dah ramai-ramai macam ni memang takde dah nak makan kat meja lagi.. mesti dah bentang tikar dengan saprah je kat bawah yang senang..

dan hari kedua kami masih meriah dengan juadah tradisional.. kali ni menu utama ialah ikan patin.. ikan patin ni dibawa khas dari Temerloh tau.. sebabnya akak dan abg ipar shah ada bela ikan patin sangkar di Temerloh.. kalau korang nak boleh roger ok.. insyaAllah pasti berbaloi.. dan untuk menu kami kali ni ditaja sepenuhnya oleh kak ani dan abg yus.. alhamdulillah.. semoga murah rezeki akak dan abg ni hendaknya..

menu pilihan antaranya...

ikan patik masak tempoyak

popadom

pucuk ubi tempoyak

ikan patin goreng

ikan patin pais tempoyak kukus

kerabu jantung pisang



seronok bila tengok anak-anak sama sibuk macam ni.. walau diorang tak faham lagi maksud berpuasa tu tapi tetap sama merasa seronok bila orang nak berbuka.. masing-masing sama sibuk la.. 


ini kumpulan budak tak puasa dan tak makan pedas


tengok je la muka ceria anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa ni.. syukur sangat bila tengok senyuman dari mulut masing-masing di saat menanti waktu berbuka.. 

Abg ngah, abg long dan anak-anak kak ani

untuk semalam aku cuma sempat masak lontong goreng je.. tapi licin dan kami sudahnya kena ke McDonalds untuk talian hayat tambah ayam goreng.. hahaha.. hari ni tak tau lagi nak menu apa.. harapnya boleh fikir dan masak dengan pantas hendaknya.. korang buat menu apa pulak?


Isnin, 29 Mei 2017

Perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang

Perlaksanaan azan 2 kali di Pahang.

assalamualaikum semua, dah masuk 3 Ramadhan dah hari ni.. korang sihat tak setakat hari ni? mana yang tak sihat tu aku doakan semoga Allah pulihkan kesihatan korang dan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah sebaiknya dalam bulan yang mulia ni.. mana taknya.. beribadat di bulan Ramadhan ni akan dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain..

sumber - freemalaysiatoday website


tapi aku bukan nak ceritakan pasal ganjaran beramal di bulan Ramadhan ni sebenarnya.. ada je aku tuliskan aritu pasal amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadhan kat blog.. ada pun amalan yang sangat mudah nak dibuat.. tak perlukan kemahiran apa-apa pun.. walau kita takde asas agama yang kukuh pun boleh je buat.. takde pengecualian.. yang penting perkara yang kita buat tu dapat memberi manfaat pada diri kita dan orang lain tanpa kita sedar pun..

yang aku nak ceritakan hari ni ialah mengenai perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang.. sebenarnya ada beberapa negeri memang dah lama melaksanakan laungan Azan 2 kali di waktu subuh ni.. setakat yang aku tau dari pembacaan dan info dari kawan-kawan, negeri yang dah melaksanakan ialah Negeri Perlis dan Negeri Selangor (di beberapa buah masjid dan surau).. 

dan alhamdulillah bermula 1 Ramadhan baru ni Pahang dan keluarkan kenyataan akan buat perkara yang sama jugak.. sebenarnya laungan Azan 2 kali ni ialah sekali pada 30 minit sebelum masuk waktu subuh dan sekali lagi pada masa masuknya waktu subuh.. ianya merupakan amalan yang biasa di Arab Saudi.. antara tujuannya ialah untuk memastikan umat Islam dalam keadaan bersedia menjelang waktu subuh.. semalam ada jugak terbaca dari status sahabat yang berpeluang berkunjung ke Mekah menunaikan umrah pada bulan Ramadhan ni.. katanya di sana azan Maghrib dilewatkan selama 10 minit untuk memberi laluan bagi umat Islam berbuka puasa terlebih dahulu.. Subhanallah.. aku baru tau ada kelaziman macam ni.. 

jadi bagi sesiapa yang berada di luar Pahang dan diberikan kesempatan untuk mengunjungi Pahang dalam bulan Ramadhan ni dan seterusnya janganlah panik pulak nanti.. manalah tau karang diingat dah abis waktu nak bersahur sebab dengar Azan pulak nanti.. hehehe.. insyaAllah masih selamat makan pada waktu selepas Azan pertama tu.. tapi jangan pulak korang dah dengar Azan yang kedua tapi korang bantai jugak makan sebab ingat itu Azan yang pertama.. haaa.. haru la kalau gitu kang.. hahaha..

apapun diucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga setiap yang kita lakukan akan memberikan kebaikan buat semua.. maaf salah silap yang aku lakukan pada korang antara sedar atau tidak tu ya.. terutama buat insan yang berkecil hati dengan aku pada waktu ni.. maafkan aku.. 


Membaca hobi yang sihat!

Membaca hobi yang sihat!

assalamualaikum semua, selama ni kalau ditanya pasal hobi, aku selalu menjawab hobi aku adalah membaca.. tapi memang hakikatnya aku sangat suka membaca.. sejak dari kecik dan mula pandai membaca lagi aku dah suka membaca.. aku akan baca apa saja benda yang aku jumpa walau kadang-kala dianggap tak penting oleh orang lain..

antara 10 buah buku yang aku nak baca


dan sekarang ni pun aku masih suka membaca.. tak kisah buku apa pun asalkan ianya mendatangkan ilmu, aku akan tetap baca.. dan sekarang ni aku sedang cuba nak capai sasaran membaca 10 buah buku setahun.. antara buku yang aku senaraikan dan akan dibaca ada kat gambar atas ni.. setakat ni aku baru habiskan satu je.. korang doakan la semangat aku kuat ye.. 

pada aku minat membaca ni boleh dipupuk.. terutamanya pada kanak-kanak.. masa aku kecik dulu aku memang suka baca semua benda termasuk yang tertulis pada label makanan jugak.. nampaknya tabiat tu dah ada menurun pada abg long jugak.. ada aku ceritakan pasal tu kat Alkohol kat facebook aku aritu.. aku suka je kalau ada anak-anak yang suka membaca macam aku.. 

buat masa sekarang ni pun kami tengah kumpul bajet untuk sediakan ruangan membaca kat tingkat atas rumah kami.. lama dah berangan tapi masih tak nampak konsep yang sesuai.. buat masa ni buku masih berada di mana-mana lagi.. hahaha.. bertabahlah.. 

sejak dari kecik lagi aku cuba terapkan minat membaca pada anak-anak.. nampaknya ada jugak yang berminat.. kalau dari anak kecik dulu aku suka beli kad imbas atau flash card yang murah-murah je kat pasaraya.. kemudian aku masukkan kad-kad ni dalam album yang biasa orang guna untuk isi CD tu.. semua kad aku masukkan dalam tu supaya anak senang nak selak dan tengok.. sampai la dah besar pun aku tak berkira sangat kalau anak-anak mintak belikan buku.. cuma ada la kadang-kadang tu tak belikan bila mereka mintak masa kami tengah kekurangan bajet..

kenapa aku galakkan anak-anak supaya suka membaca? salah satunya sebab kita boleh dapat banyak ilmu dari membaca.. walau pun kadang-kala cuma baca komik.. ada sesetengah komik yang mendidik sifat yang baik melalui pembacaan.. ada banyak la.. ada jugak la yang ajar perkataan negatif.. yang ini memang aku tak nafikan la.. tapi kita sebagai ibubapa kena pandai la memilih mana yang baik untuk anak-anak.. kalau nak tonton filem pun kita kena bijak memilih.. bahan bacaan pun tak terkecuali jugak..

kajian tabiat membaca


ada jugak aku pernah pasal kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti yang membuktikan tabiat membaca ni dapat mengasah skil menjawab soalan dan menjawab respon dengan lebih baik.. ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan ke atas pelajar di universiti yang diuji tu.. tabiat membaca yang dikaji bukan saja membaca bahan ilmiah macam nota kuliah atau buku pasal pelajaran saja.. mereka jugak membuktikan membaca bahan bacaan berbentuk novel juga sangat membantu dalam perkembangan akademik pelajar universiti yang sihat.. mengejutkan bukan? jadinya jangan la larang anak korang baca apa saja yang dia suka tau.. bagi je asalkan takde unsur negatif dalam bahan bacaan tu.. 

abg long sekarang ni tengah suka baca tafsir al-quran.. aku suka sangat tengok perkembangan ni.. jadi aku berazam nak adakan slot mengaji sambil baca tafsiran kat rumah ni.. mungkin boleh mulakan bersempena Ramadhan ke ni kan.. insyaAllah.. doakan kami ye.. tetiba pulak teringat pasal tabiat aku dulu.. kalau mak suruh menyapu, dan aku terjumpa keratan surat khabar, walaupun surat khabar tu dah lama tapi aku mesti akan duduk hadap sampai habis baca baru sambung menyapu.. harap-harap anak-anak tak ikutlah tabiat buruk gini.. huhuhu...



Ahad, 28 Mei 2017

Segmen zikir dikir bersama papaglamz

Segmen zikir dikir bersama papaglamz

assalamualaikum semua, hari ni nak join segmen pulak.. terima kasih papaglamz anjurkan segmen zikir dikir ni.. sesuai sangat dengan kehadiran bulan Ramadhan ni.. meh la semua join sama!



Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!



Syarat-syarat



1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.












2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.











SELAMAT BERSEGMEN



Menu berbuka puasa hari pertama

Menu berbuka puasa hari pertama

assalamualaikum semua, untuk awal ramadhan tahun ni kami berpeluang untuk balik ke kampung untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang.. kali ni kami balik rumah mak shah dan berkumpul beramai-ramai.. 

antara juadah yang ada


memang setiap tahun jadi kebiasaan berkumpul dan merasai kemeriahan berbuka puasa macam ni.. seronok rasanya bila dapat berkumpul beramai-ramai.. yang paling seronok tentunya anak-anak la.. dan semalam semua adik beradik shah kecuali adik yang nombor 4 ada bersama.. sampai tak muat rumah jadinya.. ditambah pulak dengan kehadiran bapa saudara shah yang jugak duduk di kampung yang sama kat sini.. 

dan semalam aku sempat la masak soto untuk juadah kami berbuka.. tapi disebabkan masing-masing mencari nasi untuk pilihan berbuka memasing jadi kurang sambutan.. tapi tetap laris sebab bila dah lepas solat isyak memasing mencari pulak makanan lain.. 

close up


alhamdulillah boleh pulak bersambung lauk untuk bersahur pulak tadi pagi.. jadi kami tak payah memasak menu lain untuk bersahur pagi tadi.. senang kerja kan? hehehe... korang makan apa untuk berbuka semalam?

Pengalaman berpuasa kali pertama

Pengalaman berpuasa kali pertama

assalamualaikum semua, dah masuk 2 ramadhan dah hari ni.. alhamdulillah, syukur masih diberikan oleh Allah untuk sama-sama merasai kemanisan bulan Ramadhan bersama insan yang tersayang..

niat berpuasa di bulan Ramadhan


sangat bersyukur rasanya lebih-lebih lagi bila terbaca berita pasal ada keluarga yang terlibat kemalangan sebelum berbuka puasa semalam dan pasangan suami isteri tu meninggalkan anak-anak yatim piatu.. semoga ahli keluarga ini terus kuat menghadapi ujian.. 

cerita pasal ujian ni aku nak ceritakan pasal abg ngah yang baru pertama kali belajar berpuasa tahun ni.. pengalaman berpuasa ni sangat baru buat abg ngah.. sebelum ni tahun lepas aku kejut jugak untuk bangun sahur dan berpuasa tapi setiap kali kejut akan berakhir dengan tangisan.. hehehe.. jadi aku putuskan dia tak bersedia lagi.. tahun ni awal-awal aku dah bagi tau dia dah.. 

cerita di facebook aku


tapi bila aku kejut bangun semalam memang agak drama.. nasi pun makan sikit je sebab mata nak terkatup balik.. sudahnya dah sampai tengahari mula la nangis mintak berbuka.. lagi bila kami bawak ke pasaraya untuk belanja barang berbuka tengahari semalam.. melepek abis.. tambah pulak kakak husna dengan adik hadi makan aiskrim pulak dalam kereta.. dugaan betul!

muka sedih dalam kereta


sampai rumah mak shah, dia ok sikit sebab jumpa kawan-kawan tapi bila dah dalam pukul 3 tu merengek balik bila nampak kakak husna bawak air kotak ke hulu hilir.. dugaan lagi.. inilah cabaran mak yang mengasuh anak berpuasa sebenarnya.. cabaran sebenar bukan nak latih anak berpuasa tu tapi nak latih orang yang tak berpuasa supaya jangan makan depan orang yang berpuasa terutama orang yang baru nak belajar berpuasa macam abg ngah.. 

aku siap suruh abg ngah pergi mandi untuk legakan badan yang lesu tapi dia tetap taknak.. bila dah petang dalam pukul 6.45 gitu dia pergi mandi terus segar lepas tu.  siap cakap, "Patut ummi suruh saya mandi tadi, betul la lepas mandi saya jadi segar".. ceria betul muka dia masa cakap tu.. terus aku tanya balik, "Alhamdulillah.. kalau gitu boleh puasa lagi la kan esok?".. abg ngah jawab, "Boleh!".. aku cuma mampu senyum je.. 

lepas dia berbuka semalam, aku ucapkan tahniah sebab dia dah berjaya habiskan puasa satu hari.. ceria je muka dia.. dia ni memang jenis kena puji dan cakap baik-baik.. dalam hati ada taman anak yang sorang ni.. kalau aku memasak kat rumah pun dia selalu akan puji, "Sedap ummi masak.." . Tapi ayat dia tu selalu tergantung tau.. nak tau pasal apa? Pasal dia nak aku jawab balik ayat tu.. kalau aku lupa mesti dia akan tanya.. "Ummi lupa cakap alhamdulillah kan?". Sebab aku selalu kan cakap.. "alhamdulillah, terima kasih nak..". Suka betul dia dengar aku cakap macam tu rupanya.. terus senyum manis dia bila dengar.. alahai anak.. takde yang lebih menyenangkan hati selain dari melihat senyumanmu itu.. 

semoga abg ngah terus kuat untuk berpuasa selama sebulan ni ye nak.. 

Jumaat, 26 Mei 2017

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan

assalamualaikum semua, bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia serta ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia.. semoga kita semua dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan dan sihat sepanjang bulan Ramadhan supaya kita dapat beribadah sebanyak mungkin.. 

Sumber info dan gambar dari Laman Rasmi Mufti WP


dan di sini aku nak kongsikan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelangnya bulan Ramadhan.. antaranya ialah doa yang dilakukan oleh baginda iaitu:

Ya Allah Ya Tuhanku, naungilah kepadaku dengan kedatangan Ramadhan ini, dengan kebaikan, keamanan, dan juga keimanan dengan keselamatan dan juga keislaman, Tuhanku dan Tuhan kamu (wahai anak bulan Ramadhan) adalah Allah.
dikongsikan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri


Cara Menyambut Ramadhan 

(Info dari Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)

Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat kami nyatakan di sini ialah:

1. Perbaiki Niat

Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah ﷻ. Jika jantung hati telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah ﷻ maka amal perbuatannya selepas itu akan menjurus kepadanya juga.

Memperbaiki niat bukanlah sesuatu yang mudah semudah mengucapkannya di bibir, para salaf juga tidaklah terlepas dari kepayahan ini. Sufyan al-Thauri Rahimahullah meskipun dengan kehebatan ilmu dan kewarakannya juga pernah berkata: “Tidaklah pernah aku merawat sesuatu yang paling sukar melainkan niatku (untuk ikhlas kepada Allahﷻ)”. Jika beginilah keadaannya Sufyan al-Thauri apatah lagi kita?


2. Berdoa

Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripada Ma’la bin al-Fadhl: “Adalah mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah ﷻ selama enam bulan supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadhan dan enam bulan lagi supaya Allah ﷻ menerima daripada mereka amalan mereka”.

Beliau juga menyebut daripada Yahya bin Abi Kathir iaitu di antara doa para salaf itu ialah: “Ya Allah, selamatkanlah (sampaikanlah) diriku hingga ke bulan Ramadhan, terimalah (pahala) Ramadhan untukku dan perkenankanlah amalanku di bulan Ramadhan”.


3. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia. 


4. Bersedekah & Memberi Makan

Banyaknya Nabi bersedekah pada bulan Ramadhan menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Ianya juga adalah dari jenis sedekah bahkan mempunyai ganjarannya yang tersendiri.

5.Qiyam

Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah . Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian. Terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang ganjaran bagi mereka yang menunaikan qiyam. 


Semoga kita tergolong dalam golongan seperti golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.. amin..



Terjebak dengan Goodreads!

Terjebak dengan Goodreads!

assalamualaikum semua, siapa antara korang yang suka buku macam aku? atau yang sememangnya ulat buku? kalau ada korang wajib baca entri ni terutamanya kalau korang memang tak pernah dengar pasal Goodreads ni.. pasal aku dah terjebak dengan Goodreads! hahaha.. ini semua angkara Lea Azleeya la ni.. haru betul! 

aplikasi Goodreads


kalau nak tau aku ni sememangnya ulat buku.. suka sangat dengan buku.. banyak buku aku ada sejak dari zaman sekolah.. tapi masa zaman sekolah kan aku ni orang susah jadi mana la nak dapat buku-buku yang biasanya aku nak baca dan beli.. kalau ada pun cuma buku-buku lama yang biasanya dijual dengan harga yang agak murah..

pernah sekali masa aku sekolah aku dapat peluang pergi ikut rombongan dengan rombongan sekolah ke Dewan Bahasa dan Pustaka.. masa tu rasa best gila walau aku dah banyak lupa pengalaman masa kecik tu.. cuma yang aku ingat aku ada beli sebuah buku sebagai cenderahati.. tapi memang buku murah la dan rasanya buku tu masih ada lagi dalam simpanan kat rumah abah dan mak kat kampung.. masa tu walau dapat beli buku murah tapi perasaannya macam menang award tau.. senyum je masa perjalanan balik.. ye la selama ni pun mana la dapat beli buku sangat.. selalunya cuma pinjam je di Perpustakaan Sekolah.. hehehe.. lucu pulak bila diingat balik..

Dan sekarang ni bila dah ada kerjaya sendiri, mula la balik minat membaca dan mengumpul buku tu datang.. tapi aku masih tetap dengan tabiat lama.. pantang ada jualan murah buku-buku mesti aku nak jenguk.. cuma setakat ni belum berpeluang lagi aku nak jejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa yang biasa diadakan di PWTC tu haaa.. dekat sangat tempatnya dengan Kuantan ni.. 

tapi korang la yang suka buku macam aku ni pernah tak beli buku sebab suka.. tapi lepas tu tak sempat baca sampai ke sudah? haaa.. aku tau mesti ramai.. sebab tu bila nampak je Lea tulis pasal Goodreads tu aku terus terjah dan download terus aplikasinya di handphone ni.. 

aplikasi goodreads di telefon pintar


apa Goodreads ni sebenarnya? ianya adalah macam satu flatform untuk semua pembaca buku untuk buat review setiap buku yang mereka baca.. dan yang paling best di Goodreads ni korang boleh tetapkan matlamat korang untuk baca berapa banyak buku setahun.. dan korang boleh setkan jugak buku apa yang korang teringin nak baca kat dalam tu.. 

list membaca


jadi nampak tak betapa senangnya nak pantau buku yang korang beli tu sebenarnya korang dapat baca ataupun tak.. best kan? sekarang ni aku tengah dalam misi nak habiskan 10 buah buku untuk tahun ni.. tapi baru nak mula buku pertama ni.. hahaha.. korang janganlah gelak sama..  sokonglah aku jugak ok!

sasaran aku untuk tahun 2017 ~ 10 buku!


hari ni rehat agak panjang jadi jom mula! eh lupa! sesiapa yang nak terjebak jugak boleh ke www.goodreads.com..



Khamis, 25 Mei 2017

King's aiskrim kegemaran kami!

King's aiskrim kegemaran kami!

assalamualaikum semua, korang rasa panas tak sejak dua menjak ni? kitorang rasa panas betul tau.. mungkin jugak pasal musim panas yang kak SA ceritakan aritu.. tapi sebenarnya kat Kuantan ni memang dah lama pun panas melenting ni.. aritu ada la jugak dapat hujan selebat-lebatnya tapi itu je la sekejap lepas tu terus panas balik.. 


Aiskrim King's ~ abaikan sudu..hihi


dan bila musim panas ni amat sesuailah kalau makan benda-benda sejuk kan? pehh heaven la kalau dapat tu.. kami pulak memang suka sangat makan benda sejuk secara berjemaah.. mengikat silaturahim katanya.. hahaha..  jadi stok aiskrim kira antara salah satu benda wajib ada kat rumah ni.. antara sebabnya ialah aku sendiri yang kaki makan aiskrim ni sebenarnya.. 

kalau nak tau aku ni jenisnya bila mengandung je mesti rasa nak makan aiskrim hari-hari tau.. gila eh bunyinya? ya tau.. dari aku ngandung anak pertama sampailah anak keempat gitu la pesennya.. memang tak berubah.. masa ngandung abg long dulu, awal-awal tu tak la nampak lagi tabiat buruk ni sebab awal-awal tu kan mabuk teruk.. segala jenis benda berasaskan beras aku tak boleh telan.. sampaikan bubur nasi pun bila aku makan boleh terlambak keluar semula semuanya.. ngeri membayang balik.. 

jadinya bila dah tau tu mula la aku cari benda lain nak hilangkan rasa mual tu.. aku cuba asam tak jalan.. ntah macamana aku boleh tercuba makan aiskrim Mat Kool yang perisa anggur tu.. masa tu baru 60 sen kot aiskrim tu.. pastu bila makan eh.. sedap la pulak.. dan selepas tu memang aku borong aiskrim la tiap hari.. setiap hari memang wajib beli 3 batang aiskrim dan mesti makan habis sebab kat rumah sewa aku dulu takde peti sejuk.. keja gila kan? hahaha.. masa tu shah duduk jauh pulak tu dari aku.. aku sorang-sorang kat Kota Bharu masa tu.. nasib badan la.. huhuhu..

dan tabiat tu berterusan sampai la ngandungkan abg ngah, kakak husna sampailah ke adik hadi ni haa.. semua pun aku pulun.. tapi bila dah ada anak ramai ni takde la dapat makan hari-hari pun.. asal nak makan je anak-anak pandang kang.. caner.. shah pulak macam pepaham je.. kalau masa aku ngandung anak-anak yang bawah-bawah ni memang dia selalu la belikan aku aiskrim bila kami berdua je.. terima kasih bang sebab memahami.. sayang abang.. eh.. jangan muntah.. hahaha.. 

tapi masalah serius bila dah ada family ramai dan hidup dalam keadaan ekonomi yang agak gawat sekarang ni, untuk dapatkan aiskrim yang best dengan kuantiti yang banyak hari-hari tu agak susah la sikit walau hati tu nak sangat.. takde ke orang nak sponsor bekalan aiskrim setahun ek? hehehe serius tau aku nak.. kalau ada meh rekemen aku.. 

disebabkan agak gawat tu.. antara pilihan yang kami ada ialah beli satu bekas aiskrim yang sedap dan kongsi makan beramai-ramai kat rumah! Antara aiskrim yang sedap dan harga berpatutan dari dulu lagi tak lain tak bukan ialah Aiskrim King's.. kalau dulu kami suka beli aiskrim choc chip dia.. dia aiskrim coklat tapi ada coklat cip kat dalam dia.. sedap sangat rasanya.. tapi selalunya kena beli lebih sebekas senab abg ngah tak berapa suka perisa coklat.. dia kurang makan kalau rasa coklat ni.. baik aiskrim ke kek ke.. memang gitu la.. jadinya kenalah beli yang vanilla pulak satu lagi bekas.. sekali tu aku perasan pulak sekarang ni dah ada pulak perisa terbaru Tic Tac Toe.. dia ni askrim belang-belang coklat dan vanilla pastu ada jugak cip coklat kat dalam dia.. sedap! korang nak? gi la beli.. hahaha.. 

aiseh terbalik pulak gambar
gabungan sempurna ~ aiskrim rm6.99, kon rm2.79 (Giant)
dah makan sikit baru ingat nak ambik gambar.. hehe


Makan pulak dengan kon King's yang rangup tu.. Best tau.. berebut-rebut dengan anak-anak.. tu lagi best.. hehe.. tengok je la muka ceria anak-anak kami ni haa.. 

terkejut abg ngah kena ambik gambar.. hahaha..

kakak husna dan adik hadi dah berapa kali ulang dah ni..

takde apa yang lebih mengembirakan selain dari abiskan setiap detik masa yang ada diluangkan bersama yang tersayang dan tengok diorang gembira kan? Jom sama-sama eratkan lagi kasih sayang dengan Aiskrim King's!



Rabu, 24 Mei 2017

Resepi Sup Mudah

Resepi Sup Mudah 

assalamualaikum semua, dah lama dah janji dengan seorang sahabat dari Group Memasak di Facebook untuk bagikan resepi sup mudah terutama untuk steamboat tapi asyik la tak berkesempatan.. kali ni kita kongsikan rahsia resepi sedap ni ye.. resepi ni paling kerap kami buat sebagai menu kami masa berbuka puasa.. tak sabar nak menanti bulan Ramadhan.. Marhaban ya Ramadhan..


Resepi Sup Mudah


takde rahsia sebenarnya, ianya cuma sup biasa yang sangat mudah nak dibuat.. bahan-bahannya pun sangat senang nak dapat.. aku percaya semua bahannya ada je kat rumah korang.. dan masakan mudah macam ni biasanya terhasil dari kaedah campak-campak apa saja yang ada dan agak-agak.. sebenarnya aku rasa korang pun selalu jugak buat masakan dengan cara campak-campak ni kan.. jadi meh kita tengok apa je bahan dalam resepi sup mudah aku ni.. jom!

Resepi Sup Mudah

Bahan:
2 Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
seinci Halia 
(3 bahan asas untuk tumisan ni dikisar semuanya)
1 Kiub ayam (jenama terpulang.. boleh jugak guna Jenama Knorr kalau suka)

Kiub Ayam Knorr di Lazada


Sayur Sawi
Tauhu 4 keping
Cendawan Tiram 1 paket
Bebola Ikan 1 paket
Lobak Merah 2 batang
Tomato 4 biji
Kentang 2 biji 
Rempah tumis (4 sekawan)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya.


sup sedang dimasak


Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.
2. Tumis rempah tumis 4 sekawan tu tadi sampai naik bau, kemudian masukkan pulak bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.
3. Masukkan batang sawi, tauhu dan digoreng kilas bersama bahan tumis. 
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan lobak merah, kentang dan biarkan air mendidih.
6. Bila dah mendidih masukkan pulak bahan lain yang mudah lembut macam bebola ikan, sayur sawi.
7. Akhir sekali sebelum matikan api masukkan tomato, garam dan ajinomoto.
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning atau bihun.
9. Boleh jugak hidangkan dengan daun sup yang dicincang.





2 jenis mee untuk dimakan bersama sup sedap

lagi satu aku nak kongsikan apa yang selalu kami buat di Bulan Ramadhan.. kami selalu buat steamboat je bila berbuka puasa.. terutamanya bila dah sampai hujung-hujung bulan tu.. masa tu macam mood nak masak macam-macam dah agak ke laut kan? jadinya masak masakan yang simple-simple dan mudah macam ni memang antara pilihan la.. dan selalunya inilah hidangan kegemaran kami... memang tak pernah jemu punya la nak lagi umphh.. tambah je sambal kicap bila nak makan.. selalunya kalau bulan puasa tu aku selalu hidangkan kuah sup mudah macam ni dengan mee bermacam pilihan macam kat atas ni.. lepas tu aku hidang sup yang sentiasa panas dalam Periuk Multi Cooker..


Antara pilihan Multi Cooker di Lazada



Periuk Multi Cooker ni bukan saja sesuai untuk korang yang berangan nak buat steamboat sendiri kat rumah tau.. ianya jugak berguna di saat korang kehabisan gas kat rumah.. percayalah.. aku dah mengalaminya.. ianya jugak peralatan yang sangat sesuai untuk golongan pelajar yang nak sangat berjimat dengan memasak sendiri makanan korang.. sesuai sangat-sangat la.. lebih sesuai sangat masanya untuk korang beli sekarang ni sebab Lazada tengah buat jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni.. boleh la korang cari multicooker pilihan korang... meh join masak-masak lepas tu.. 



nak tau pulak siapa pemilik tangan dan jari halus kat atas tu? Inilah dia peminat setia sup mudah dan sedap kami tau!


teka siapa saya?

cak!!