Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 22 Mei 2017

Iktibar Kisah 4 biji Kurma

assalamualaikum semua, pagi Jumaat lepas ada program ceramah bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.. ini antara program yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar Negeri Pahang yang dipanggil Program Pemantapan Kerohanian.. dan tetamu yang dijemput kali ini ialah Ustaz Hj. Ishak bin Hj. Osman.. alhamdulillah banyak sangat pengisian yang ustaz dah sampaikan pada kami.. antaranya ialah kisah 4 biji kurma yang dikongsikan ustaz, terima kasih ye ustaz.. 



Gambar hiasan - Kurma

meh kita ceritakan semula iktibar Kisah 4 Biji Kurma seperti yang diceritakan oleh Ustaz Hj Ishak.. 


Kisah ni berlaku di dalam bulan Ramadhan yang mulia, kisah dimana seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang juga merupakan anak saudara Baginda iaitu Saidina Ali R.A. sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama ahli keluarganya iaitu Fatimah (isterinya dan juga anak Rasulullah) serta anak mereka iaitu Hasan dan Husin.. ketika itu hanya ada 4 biji Kurma yang terhidang sebagai makanan berbuka puasa mereka bersama-sama dengan air kosong..


Ketika hampir waktu berbuka, tiba-tiba ada bunyi orang mengetuk pintu rumah mereka, kemudiannya berkata.. "mereka adalah rombongan orang miskin yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka puasa.. sudilah kiranya disedekahkan apa jua makanan yang ada untuk mereka berbuka puasa".. maka Saidina Ali mengarahkan Fatimah untuk menyerahkan kesemua 4 biji kurma yang ada kepada rombongan itu.. dan mereka berbuka puasa dengan hanya meminum air kosong..


Keesokkan harinya, mereka hanya ada 4 biji kurma juga bersama air kosong seperti hari sebelumnya dan ketika menghampiri waktu berbuka puasa, tiba-tiba ada bunyi orang mengetuk pintu rumah sekali lagi, kemudiannya Fatimah membuka dan orang tu berkata, "kami membawa rombongan anak yatim yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka puasa, sudilah kiranya disedekahkan apa jua makanan yang ada untuk mereka berbuka puasa".. dan Saidina Ali mengarahkan lagi Fatimah untuk menyerahkan kesemua 4 biji kurma yang ada kepada rombongan tadi dan kemudiannya mereka hanya berbuka dengan air kosong..


Di hati ketiga, mereka menghidangkan 4 biji kurma sekali lagi hari ini.. sejurus sebelum waktu berbuka seperti semalamnya, tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu dan Fatimah membukanya dan orang yang datang itu berkata, "kami membawa tawanan perang yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka puasa, sudilah kiranya disedekahkan apa jua makanan yang ada untuk mereka berbuka puasa".. sekali lagi Saidina Ali mengarahkan Fatimah untuk menyerahkan 4 biji kurma yang mereka ada dan mereka akhirnya berbuka dengan air kosong sekali lagi.. 


kerana kisah ini, Allah akhirnya menurunkan ayat di dalam al-quran berkaitan dengan peristiwa ini di dalam Surah Al-Insan ayat 8 hingga 10 seperti di bawah:


 يُوفُونَ بِٱلنَّذۡرِ وَيَخَافُونَ يَوۡمً۬ا كَانَ شَرُّهُ ۥ مُسۡتَطِيرً۬ا (٧) وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينً۬ا وَيَتِيمً۬ا وَأَسِيرًا (٨) إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءً۬ وَلَا شُكُورًا (٩) إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسً۬ا قَمۡطَرِيرً۬ا (١٠)
 Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9) Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut. (10)



antara pengajaran yang aku dapat dari perkongsian kisah 4 biji kurma dari ustaz ini, antara lainnya biarlah kita berpada-pada dalam menyediakan hidangan untuk berbuka puasa, perbanyakkan bersedekah atas nama Allah di bulan Ramadhan dan bukan mengharapkan balasan ataupun ucapan terima kasih dari yang menerima.. harus jugak kita beringat di dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki untuk orang lain.. ada banyak lagi yang dikongsikan oleh ustaz terutamanya mengenai keistimewaan bulan Syaaban.. antaranya seperti dalam gambar di bawah ni..



Keistimewaan Bulan Syaaban


terfikir mulianya peribadi Saidina Ali dan keluarganya.. macamlah nak didik hati kita sekuat ini.. Allah.. 



Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amalan yg bagus bersedekah di bulan Ramadhan kan

Sue Izza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perkongsian yg bagus tq kak

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Agak sukar nk mengikhlaskn hati Dan membuat sesuatu seikhlasnya kepada Allah. Semoga satu hari aku dpt mencontohi sifat mulia saidina Ali r.a.Dan keluarganya

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau kita manusia yg lemah ni, susah nk bagi pada org kalau tu je makanan yg ada. Padahal setiap yg dtg pada kita tu rezeki Allah nak bg. Kena didik hati kita lagi nampaknya ni.

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah..perkongsian yg sangat berguna.