Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 12 Mei 2017

Kalau dah nama anak orang Pahang

assalamualaikum semua, oooo.. aku rindu.. katakan padanya aku rindu.. o burung.. nyanyikanlah.. katakan padanya aku rindu.. fuh.. lamanya tak menulis.. rindu sangat dah dengan blog tapi apa nak buat.. bertimpa-timpa kejadian berlaku sampai tak cukup nafas dah ni rasanya..

anak pahang
gambar abg ngah tengah drama takde cuma ada gambar anak dara kecik ni je..


tapi kali ni nak jugak rekodkan kisah anak-anak kat rumah yang makin membesar dan mencuit hati boleh katakan setiap masa bila bersama.. bulan lepas sampai ke awal bulan ni kami banyak sangat habiskan masa bersama-sama.. samaada bercuti atau cuma duduk di rumah.. alhamdulillah selagi diberikan kesempatan dan kelapangan.. bukan apa.. masa ada masalah dan dugaan biasanya anak-anak la penghibur hati duka.. tengok diorang senyum dan gelagat masing-masing tu buat hati terhibur walau kadang kala ada jugak menjentik hati untuk marah..

macam semalam la.. masa aku sibuk memasak untuk makan malam, anak-anak sibuk buat kerja sekolah masing-masing.. tapi abg ngah pulak buat drama.. dalam nak siapkan kerja sekolah tu boleh pulak dia berhenti menangis sebab kerja tu banyak sangat..

tapi aku ambik langkah lain.. suruh dia berhenti buat dan pergi ke dapur makan Nestle Yogurt buah dulu.. bila dah habis yogurt tu aku suruh sambung balik.. tapi boleh masa makan yogurt tu dia cipta drama pulak..

abg ngah : ummi, hari ni takde syirohh kan?
aku : syirohh? (sambil masak)
abg ngah : ye la.. takde syiroh kan arini?
aku : syiroh? apa tu?
abg ngah : syirohh la syiroh.. ada ke tak?
aku : eh ummi mana la tau sapa syiroh tu? (mati-mati aku ingat syiroh tu orang tau)
abg long : buku sirah la ummi.. abg ngah tanya ada tak esok..
aku : ooo.. buku sirah la.. bukan syiroh.. hahaha.. (masa ni aku memang dah gelak ye.. anak Pahang betul ni).. tak taulah ummi ada tak jadual esok.. nanti kita tengok..
abg ngah : kalau takde kita takyah buat dulu la.. saya tak larat la.. banyak sangat.. esok takde takpe.. cikgu tak check..

amboiii.. pandainya awak wahai anak..

tapi sudahnya memang aku suruh dia simpan je buku sirah tu dan aku suruh dia buat hujung minggu je la nanti.. harapnya masa tu takde la drama lain pulak.. kalau korang berada di situasi yang sama korang buat macamana?






Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: