Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 18 Mei 2017

Kisah Langkawi, Peperiksaan dan Abg Long

Assalamualaikum semua, pagi ni terdetik pulak nak tulis kisah bila jemput anak balik dari sekolah semalam.. minggu ni dan minggu depan adalah merupakan minggu terakhir persekolahan anak-anak sebelum bermulanya bulan Ramadhan.. marhaban ya Ramadhan.. tak sabar kami menunggumu.. 

tempat percutian
Langkawi ~ tempat bercuti idaman kami sejak dulu


dan minggu ni dan minggu depan pun merupakan minggu peperiksaan buat anak-anak.. terutama abg long dan abg ngah.. abg long dah masuk darjah 4 tahun ni dan abg ngah baru darjah satu.. hari isnin aritu cikgu dah edarkan jadual peperiksaan anak-anak.. dan semalam bermula la hari pertama peperiksaan.. macam biasa dimulai dengan kertas peperiksaan Bahasa Melayu.. 

macam biasa jugak aku akan tanya anak-anak lepas balik sekolah macamana dengan peperiksaan hari ni.. soalan sama berulang hampir setiap hari bila ada exam.. kalau dulu kadang-kadang abg long akan jawab susah.. tapi biasanya jawapan yang keluar tu cuma.. "ok je".. tapi semalam aku tanya abg long lagi macam biasa.. 

aku : macamana soalan periksa hari ni nak?
 
abg long : ok je ummi.. 
aku : senang tak? 
abg long : boleh la saya jawab.. cuma Kertas BM 2 tu haa.. soalan akhir saya macam tak sempat nak jawab.
shah : awak tulis perlahan sangat kot.. selalu nak cantik je tulisan.. (sebab abg long memang selalu pastikan tulisan dia cantik dan padam banyak kali)
abg long : tak la.. soalan dia susah la ayah.. 
aku : susah macamana?
abg long : susah sebab dia nak suruh kita tulis pengalaman melancong ke Langkawi.. susah la saya nak fikirkan isi dia lagi..
aku : dalam buku teks takkan takde? kalau ada soalan mesti cikgu dah ajar..
abg long : ada kot.. entahlah saya dah lupa.. kita mana pernah pergi Langkawi kan ummi.. jadi saya mana la tau nak fikirkan idea untuk tulis isi karangan tu.. tu ambik masa lama tu..
aku : abis tu awak tak jawab la?
abg long : saya jawab karangan lain.. saya ambik tajuk Saya Sebuah Basikal.. senang sikit..
aku : ok la tu.. janji dapat jawab.. jangan hantar kertas kosong kat cikgu..
abg long : ye la.. tapi kalau kita pergi ke Langkawi mesti saya boleh jawab kan ummi? 
aku : eh.. ni ayat nak ajak pergi ke apa ni?
abg long : hehehe.. ye la kalau kita pergi banyak aktiviti boleh buat.. saya tau la nak tulis apa.. 
aku : takpelah ummi pergi, lepas tu balik ummi ceritakan dengan awak boleh?
abg long : eh tak boleh la macam tu.. hehehe..
aku : (senyum aje.. sambil dalam hati sebut.. nantilah nak.. insyaAllah kalau ada rezeki nanti kita pergi)

semoga Allah beri lebih banyak kesempatan mengembirakan anak syurga ni 


cuma terfikir.. kesian jugak anak-anak sekarang ni.. kalau zaman aku sekolah dulu soalan Saya Sebuah Basikal tu standard soalan masa darjah 6.. nak berjumpa soalan paling susah pun cuma macam Beriadah di Taman Rekreasi ke atau Air Terjun ke atau Tepi Pantai ke.. tak pernah pulak dulu jumpa soalan bercuti ke tempat-tempat hebat macam Langkawi tu.. betul jugak.. bukan semua orang berpeluang pergi, memang boleh baca dan dapat info tapi sangat berbeza dengan pergi sendiri dan merasai pengalaman tu.. ingatan tu lebih mudah terpahat dari ingatan membaca.. terfikir pulak nasib anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan.. bagaimana nasib mereka agaknya..



Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sekarang memang agak susah la Ita pembelajaran anak-anak.. kesian kan..

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat pagi

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga abg long cemerlang dalam examnya. Dan semoga k.ieta sekeluarga dimurahkan rezeki utk p melancong ke Pulau Langkawi.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nampaknya kena bawa bg long gi langkawi la ita. Haha same la dgn Syafi xpenah g sana lg

Farah Izza Shafik berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mmg exam skrang terlalu susah bg anak2 kite.. mak2 tgk soklan pun tertekan.. terima kasih sebab ita singgah kat blog saya taw.. :)

Anil Wanina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fuh soalan exam dia... dasat.. 😅

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ana mmg tak tahu tentang silibus skrg ni kak. Anak br 3 thn. Akn dtg tak tahu lah mcm mana soalan dia pula.

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak doakan Ita sekeluarga dapat bercuti dengan gembira di Langkawi nanti.
Yg cikgu tu pun, kalau tak.letak langkawi tak boleh ke? Soalan.general pun takper. Percutian yang menggembirakan.ke...

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak saya pun sibuk Langkawi juga tu hehehe