Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 3 Mei 2017

Persediaan untuk temuduga COTI 2017

assalamualaikum semua, hati tengah berdebar.. jiwa rasa tak tenang.. masih memikirkan apakah agaknya yang akan ditanya esok hari ni di sesi temuduga program COTI sesi 2017 di Putrajaya esok.. 

Surat panggilan temuduga Program Pembangunan Eksekutif Di Korea 2017


sebenarnya banyak benda yang aku tak tau pasal Korea ni.. dan ini jugak mendorong aku untuk memohon bila iklan Executive Development Program di Korea ni dikeluarkan oleh JPA.. teruja nak dapat kursus dengan penajaan JPA jugak kononnya.. 

bila keputusan temuduga ni keluar.. eh keputusan nama yang berjaya untuk temuduga ni keluar pada 25 April baru ni aku teragak-agak jugak nak periksa samaada nama aku berjaya tak untuk sesi temuduga ni.. dan alhamdulillah ada peluang nampaknya nak rasa sesi temuduga untuk program COTI ni.. 

insyaAllah esok pagi aku akan gerak dari Kuantan ke Putrajaya.. semoga perjalanan dan segala urusan untuk temuduga ni dipermudahkan Allah hendaknya.. tolong doakan aku jugak ye.. nanti dah abis interview aku cerita pulak soalan apa yang ditanya nanti.. sekarang ni jom kita sambung study..

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: