Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 28 Jun 2017

Menang duit raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua, semalam dah cerita pasal rezeki menang RM500 dari SGshop.. hari ni nak cerita pulak menang duit raya dari Tuan Amir Denaihati yang baik hati.. alhamdulillah..

rezeki duit raya


seingat aku memang tiap tahun ada je disediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk pembaca blog Denaihati.. kadangkala contestnya sangat senang nak buat.. tapi berbaloi untuk cuba.. 

bukan setakat ganjaran duit raya macam ni.. malahan beliau memang rajin sangat panjangkan rezeki yang beliau terima melalui cara macam ni.. antaranya yang aku pernah join ialah..

1. Senaraikan entri blog yang paling banyak dikongsikan oleh pembaca Denaihati.

2. Senaraikan entri blog yang paling suka kita baca dalam bulan Ramadhan.

3. Senaraikan status facebook page Denaihati yang paling aku suka.. yang ni yang terbaru la..

dan sebagai ganjaran, peserta yang berjaya memikat juri boleh mendapat hadiah wang tunai.. yang no 1 tu aku tak berjaya.. no 2 dapat RM25 dan yang terbaru no 3 tu aku dapat RM50.. alhamdulillah.. sapa nak bagi gitu-gitu je kan..  ini pun bukan semua.. yang aku join je.. ada je lagi yang aku tak sempat join..

buat Tuan Amir dan team Denaihati.. terima kasih kerana panjangkan rezeki tuan buat kami si pembaca ni.. walaupun cuma pembaca senyap blog tuan tanpa komen sejak dulu lagi.. saya sangat hargai jasa tuan.. seingat saya tuan jugak dulu rajin datang bertandang dan memberi komen peringatan buat saya dalam blog ni.. alhamdulillah saya hargainya sangat-sangat.. semoga terus murah rezeki tuan dan terus bermurah hati dengan orang lain.. amin.

Selasa, 27 Jun 2017

Menang wang besar dari contest!

assalamualaikum semua, aku lupa nak cerita dengan korang yang aku menang contest dari blogger Ayue Idris dengan hadiah yang agak besar baru ni tau.. terkujat jugak bila diumumkan sebagai pemenang tu.. terus syukur tak terkata la..

alhamdulillah rezeki menang RM500


sebabnya masa aku join pun dan hari terakhir dah pun tau.. berebut nak join jugak bila tau nilai hadiah.. hadiahnya ialah boleh menang voucher bernilai RM500 dari SGshop.. mau tak berebut nak join kan? pulak tu dalam kepala memang dah ada dah apa je barang yang aku cadang nak beli.. itu pun kalau aku menang la..

sekali ayue umumkan pemenang kat facebook dia tu memang aku sangat terkedu la.. nama dalam senarai tu nama yang terakhir pulak tu.. alhamdulillah.. itu la orang cakap kalau dah rezeki tu tak ke mana kan? bertimpa-timpa rezeki datang sebulan dua ni.. semuanya harus disyukuri walaupun ada yang cuma sikit sangat pada orang lain.. tapi pada aku walau sikit atau banyak tetap rezeki dari Allah jua Maha Pemberi Rezeki.. 

harap sempat beli barang tu sebelum ke Korea nanti


aku doakan semoga murah rezeki aku lainkali nanti.. mana tau satu hari aku pulak boleh jadi antara penyumbang voucher bernilai tinggi yang macam ni pada kawan-kawan blogger atau bukan blogger jugak nanti.. korang doakan aku jugak ye.. terima kasih korang..

jom siap barang-barang.. kita balik kampung!

Best ke balik kampung untuk hari raya?

Best ke balik kampung untuk hari raya?

assalamualaikum semua, korang mesti tengah sakan lagi beraya ke hulu hilir sambil mengayakan baju raya korang tu kan? aku tahun ni mujur ada sepasang je baju raya.. pasal tak berjalan sangat pun walau cuti lama.. tahun ni giliran beraya di Pekan, Pahang dulu kat rumah mak shah.. 

maunya tak best?


tapi insyaAllah esok, raya ketiga kami akan balik beraya di Johor pulak.. biasanya kalau balik bercuti lama macam sekarang ni kami akan balik dengan susah payahnya mengangkut kain baju yang banyaknya tak terkata.. hahaha.. siapa geng macam aku?

bukan kami taknak bawak baju sikit atau basuh baju yang dah dipakai tu tapi itulah bila dah ramai-ramai balik kampung tu tentunya masing-masing akan sama je mengangkut kain baju nak dipakai kan.. tambah pulak tu bila masing-masing berebut sama nak basuh baju.. memang seksa woo.. kena pulak siap cepat dia dapat ampai baju dulu.. makanya azab la tunggu giliran.. 

tapi aku ada penyelesaian.. senang je.. bawak la baju banyak-banyak jadi bila giliran lambat atau baju tak sempat kering pun taklah jadi masalah sangat.. dan penyelesaian tu haruslah diikuti dengan khidmat beg yang cemerlang.. ada je pilihan beg yang cantik-cantik dan berkualiti kat Lazada sekarang yang tengah ada jualan sempena Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya dari 19 Mei sampailah 30 Jun 2017 yang menawarkan sehingga 90% potongan harga tau.. 


beg luggage dari Lazada


aku berkenan betul dengan beg kat atas ni.. dah la merah menyala.. nampak tahan lasak pulak tu.. kalau bawak balik kampung beg macam ni pun masih bertahan rasanya kalau untuk yang jenis pindah randah dari rumah mak sendiri ke rumah mertua atau sebaliknya tu la.. harga pun agak berbaloi masa tengah sale ni.. lepas tu bila dah banyak beg haruslah ada ruang tak cukup kan? haa.. tu gunanya beg vakum kat bawah ni haa..


Beg vakum


belum lagi cerita kalau balik beraya tu nak selfie dengan semua saudara mara yang jarang dapat jumpa tu kan.. apa lagi.. bawak la keluar sebiji monopod pulak untuk selfie.. memang dasar.. sila sambung sendiri.. hahaha.. 



selfie monopod


untuk maklumat lanjut semua barang-barang ni boleh ke website 



dan korang buat la pilihan yang sesuai dan menepati selera korang.. 



berbalik dengan tajuk kita tu best ke balik kampung untuk hari raya tu.. aku rasa mestilah jawapan dia best kan? kalau tak, takkan la sesak teruk di semua laluan jalanraya baik kat lebuhraya sampai ke jalan biasa masa dua tiga hari lagi sebelum nak raya aritu.. malam tadi pun aku masih dengar pasal berita kesesakan teruk ke arah selatan di lebuhraya utara selatan atau lebuhraya PLUS.. dan sesak teruk di jalan-jalan kampung yang biasanya memang agak lenggang.. 

Jadi jawapan dia mestilah best balik kampung untuk hari raya cuma yang tak bestnya tu hadap kesesakan jalanraya ye kan? tak betul aku tulis ni? kalau tak maunya korang sanggup tempuh apa rintangan pun untuk balik kampung beraya tu kan.. ? tak pun cuba la tanya pada anak-anak korang tu, best ke balik kampung untuk hari raya? hihihi.. selamat hari raya korang.. maaf zahir dan batin..

Isnin, 26 Jun 2017

Bukan hanya lemang dan rendang juadah raya kami tahun ni

assalamualaikum semua, korang masih best layan mood raya ye? aku hari ni melepak kat rumah je.. dengan harapan ada orang nak datang rumah.. shah dah selamat gi keja pagi tadi.. aku tinggal dengan anak-anak kat rumah mak shah ni..

sibuk abg hensem ni bakar lemang


hari ni aku nak kongsikan juadah hari raya kami semalam.. hari ni jangan tanya la.. tekak dah rasa muak pulak.. kita makan benda-benda biasa je la hari ni.. meh kita tengok apa je juadah raya kami jom..

ketupat segera, lemang, rendang dan sayur goreng


ini jelah juadah raya kami yang ada... cuma ada lemang, rendang, sayur goreng dan ketupat segera je.. tapi apa pun tetap meriah tau.. sebabnya semuanya tu kami sediakan sendiri dan yang pentingnya kemersaan semasa proses penyediaan tu yang penting.. eh lupa.. tahun ni kami buat lemang jagung jugak tau.. nampak kan dalam pinggan tu.. senang aku lambakkan sekali semua dalam satu pinggan.. hahaha

aku ada jugak beli daun kelapa untuk buat ketupat dengan lepat.. tapi tak terbuat jugak sudahnya.. jadi kami makan ketupat segera je la.. ingat petang ni kang baru nak tumis ungkep.. patut buat lauk makan semalam tapi disebabkan dah ada rendang daging jadi malas la pulak nak tumis ungkep.. hihi.. memang dasar menantu hantu betul.. 

harapnya balik johor kang dapat la makan lepat ke kan.. mana la tau ada rezeki orang jauh ada lagi berbaki.. korang hidang apa pulak untuk hidangan raya?

Ahad, 25 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

assalamualaikum semua, tahun ni terasa macam semuanya cepat sangat berlalu.. belum sempat lagi nak cerita pasal kuih raya yang aku buat masa bulan Ramadhan.. belum sempat lagi nak cerita pasal lauk kami berbuka dan bersahur pun.. tetiba eh dah sampai Syawal?

selamat hari raya buat pembaca Cerita Ita


walau masa terasa sangat cepat berlalu tapi aku bersyukur yang kami masih diberikan kesempatan untuk melalui sebulan di bulan Ramadhan dan akhirnya dapat menyambut syawal pada tahun ni.. disertai dengan doa supaya dapat menyambutnya lagi di tahun akan datang..

tahun ni agak istimewa sebab abg ngah baru mula belajar berpuasa dan akhirnya abg ngah berjaya habiskan cabaran berpuasa selama sebulan.. alhamdulillah.. mula-mula memang seksa la.. dah lama sikit tu ok la sikit.. dia dah mula biasa dan tak merengek lagi dah.. syukur.. bila tanya masa akhir berbuka malam tadi pun elok je  dia jawab..

Ummi : Abg ngah.. susah tak puasa?
Abg ngah : Tak la (sambil geleng kepala).. senang je.. 
Ummi : Lepas ni boleh la puasa lagi kan?
Abg ngah : Boleh!

lega aku dengar.. alhamdulillah..


tahun ni pulak kami berhari raya di Pekan, rumah mak shah.. dan bertemakan warna hijau.. korang pulak pilih warna apa? aku tengok merata-rata dah warna biru aku nampak.. dah biru mata hitamku dah.. hahaha.. insyaAllah kami akan balik berhari raya di Johor pada hari ketiga raya pulak nanti.. pasal juadah pulak nanti aku cerita dalam entri lain ye..

apapun didoakan semua umat Islam terutamanya para keluarga dan sahabat dipermudahkan urusan dan dapat menyambut Syawal dengan gembira di mana jua kita berada..

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 pada semua dari kami sekeluarga dan Maaf Zahir dan Batin ya..


Jumaat, 23 Jun 2017

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017 


assalamualaikum semua, korang dah selamat balik kampung ke? atau ada yang baru je nak memulakan perjalanan balik kampung untuk berhari raya tahun ni? atau masa ada yang tercari-cari laluan alternatif bagi menggelakkan kesesakan sewaktu pulang berhari raya kali ni?


INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN


aku rasa kebanyakan orang akan bercuti panjang sebab cuti raya kali ni kemungkinan besar akan jatuh pada cuti hujung minggu.. jadinya kebanyakan orang cuma perlu tambah cuti beberapa hari lagi untuk bercuti keseluruhan minggu.. macam kami pun akan mula bercuti esok dan insyaAllah akan terus sambung sampai lepas raya nanti..

kali ni aku nak kongsikan dengan korang info laluan alternatif bagi elakkan kesesakkan sewaktu balik kampung nanti.. meh baca lagi.. mana la tau nanti salah satunya laluan yang patut korang pilih ke nanti kan..


Dari Pantai Remis / Persimpangan Tol Ijok (LATAR) melalui Kuala Selangor ke Sabak Bernam / Teluk Intan

Dari Persimpangan Tol Kuala Terengganu (LPT@) Ke Kota Bharu (Jalan Pantai)

Dari Persimpangan Tol Ajil (LPT2) melalui Hulu Terengganu ke Kota Bharu

Dari Gua Musang melalui Kuala Krai ke Kota Bharu

Dari Bentong melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu

Dari Chukai melalui Kampung Ibok ke Kuala Terengganu

Dari Besut ke Kota Bharu / Tok Bali

Dari Bentong melalui Raub ke Kota Bharu

Dari Jempol / Kuala Pilah ke Karak, Temerloh dan Muadzam

Dari Seremban melalui Jelebu ke Karak



harapnya dengan info ni akan memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman korang juga membantu sepanjang perancangan nak beraya nanti ya.. 

*semua gambar infografik adalah dari  sumbangan Facebook JKR Malaysia.



Selasa, 20 Jun 2017

Majlis Sambutan Berbuka Puasa di JPV Pahang

assalamualaikum semua, tengah hujan lebat dekat luar tu.. sangat-sangat lebat sampai tv pun dah takde siaran.. biasalah kalau guna astro walaupun cuma njoi namun dia tetap menjadi peramal cuaca yang baik.. hahaha.. asal takde siaran mesti hujan, asal hujan mesti takde siaran..

hai! ini kami di majlis berbuka puasa

tapi aku bukan nak cerita pasal siaran astro tu pun.. aku nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami semalam.. bukan hari ni ye.. tapi semalam.. kenapa semalam? sebab semalam agak special sikit.. ada majlis berbuka puasa dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang..

yang paling istimewanya ialah Dato' Timbalan ni merupakan mantan Pengarah di Negeri Pahang satu masa dulu.. Selamat Datang Kembali ke Pahang Dato'! 

Dato' Pengarah Negeri Pahang berucap

Timbalan Dato' Pengarah pulak berucap


masa majlis semalam boleh pulak tetiba ribut melanda bermula jam 6.30 petang macam tu.. padahal sebelum tu elok je panas.. betul la orang cakap kusangkakan panas hingga ke petang.. tapi petang pulak tetiba ribut.. eh yang last aku tukar tu.. hehehe..

meh la tengok apa je juadah kami untuk berbuka semalam.. 

nasi kukus dari Warung Mazenah Nasi Kukus

nasi kukus, bubur lambuk dan air sirap

kuih cara berlauk, kurma dan kuih seri muka


dan lepas je makan kami berebut solat maghrib dan balik rumah terus sebab hujan terus turun membasahi Kuantan malam tadi.. walaupun tak lebat cukup buat kami yang takde ekon kat rumah ni tidur lena walau siangnya panas membahang.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.. 

dan tadi pulak kami berbuka makan nasi berlauk sotong dengan sayur campur.. dan ada la sikit sup ketam comel-comel.. alhamdulillah.. laju anak-anak makan sampai tak sempat nak ambik gambar pun.. eh korang buka apa pulak tadi?



SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum semua, hari ni nak join satu lagi contest.. contest oleh blogger AyueIdris iaitu SGshop “Jom Shopping!” Contest.. dah hujung-hujung dah pun ni.. tapi diharapkan ada la rezeki dalam bulan Ramadhan ni.. mana la tau kalau ada rezeki menang tu boleh cover sebahagian barangan yang memang aku tengah berkira-kira nak beli ni.. jom kita tengok apa syarat dia..

SGshop “Jom Shopping!” Contest






Cara penyertaan


1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest - done

2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda - done jugak
3) Jawap 2 soalan berikut:

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan? 

Ok. SGshop ni sebenarnya menawarkan perkhidmatan membantu pembelian secara online serta penghantaran barangan daripada China. Dan semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari je tau.. dengan hanya beberapa klik!

Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia 
(Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut. 

Ok.. yang ni aku sangat gembira dan tak sabar-sabar lagi nak jawab.. sebabnya.. kalau dimintak suruh senaraikan 10 item pun tentu aku dengan senang hatinya nak tulis.. hahaha.. maka bertabahlah korang yang sedang sedia membaca tu ok..



Portable Hard Disk

aku berangan dah lama dah nak gantikan hard disk aku yang lama ni.. masih berkira-kira dengan bajet.. lagi la rasa sangat perlu bila aku ni seorang yang suka ambik gambar.. abis penuh semua pen drive comel-comel yang aku ada.. hard disk yang aku ada ni pun cuma ciput je memorinya.. model lama tahun 2010 dulu.. bayang la betapa keciknya memorinya.. aku berharap sangat dapat ganti yang baru sebelum aku ke Korea nanti.. boleh la buat review sekali.. hehehe..



Travel backpack aka Hand Luggage 

lagi satu barang yang aku dah lama masuk dalam senarai wajib beli ialah beg ni.. travel backpack atau hand luggage bag.. selama ni teringin sebab aku kan selalu out station dalam jangkamasa pendek macam sehari atau dua macam tu.. jadi baju yang aku bawak bersama barang-barang tak banyak la.. kalau isi dalam beg macam ni sedang elok je la.. 

dan sekarang ni azam aku makin kuat la nak ada sebijik macam ni untuk aku dapatkan beg macam ni sebelum aku ke Korea nanti.. eh.. korea lagi... hahaha.. bertabah la korang.. aku tengah demam Korea ni wei!



Kamera digital

kamera ni pulak nak gantikan kamera comel kami yang dah rosak.. aku kan suka ambik gambar.. bila takde kamera ni macam mati la langkah aku sikit.. buat masa ni berharap dengan telefon bimbit aku ni je la.. tapi agak terhad.. bila penuh je gambar kena transfer berbanding kalau guna kamera macam ni tentunya lebih mudah.. cuma ganti memory card dia aje.. kamera ni kalau dapat anak-anak pun suka la.. aku pun senang je nak ajar anak-anak supaya pandai ambik gambar jugak..

4) Komen di blogpost ini link entry anda - Done

5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia - Done



korang yang nak join contest ayue ni masih sempat tau.. tarikh tutup hari ni.. bestnya kalau menang dan dapat hadiah tu.. korang tolong doa-doakan aku boleh menang eh? terima kasih!







Isnin, 19 Jun 2017

Persiapan ke Korea : Pasport

Persiapan ke Korea : Pasport

assalamualaikum semua, minggu ni insyaAllah akan jadi minggu terakhir dalam bulan Ramadhan.. semua orang sibuk dengan persiapan untuk hari raya.. aku sekeluarga pun tak terkecuali jugak.. tapi dalam pada mood raya tu aku kena jugak selesaikan keperluan persiapan untuk ke Korea pada bulan depan..

Pasport Malaysia


dah tak lama dah.. kalau kira bilangan hari tu tak sampai pun sebulan lagi aku akan ke Korea.. masih rasa tak percaya pun ada.. dalam masa yang sama pun aku rasa jugak sedih sebab terpaksa meninggalkan insan tersayang selama lebih kurang 2 minggu jugak tu.. mesti aku akan rasa rindu serindu-rindunya bila kat sana nanti.. aku harap sangat aku dan orang yang bakal ditinggalkan akan ok.. doa-doakan jugak ye korang..

dan sebagai salah satu syarat persediaan untuk ke Korea ni, aku kena buat pasport.. sebenarnya ayat sebenar dia ialah perbaharui pasport sebab aku dah ada passport yang dibuat pada tahun 2007 .. waktu tu aku pernah la sekali ke luar negara.. tapi masa tu balik hari je dari JB sebab ada lawatan rasmi ke makmal kesihatan veterinar di Singapura sekejap je..

pada aku tak kira pun ke luar negara orang sangat pun.. sebabnya lawatan sangat sekejap dan tak sampai pun 1 hari.. kami bergerak dari JB awal-awal pagi dan sebelum jam 5 petang kami dah balik semula ke JB.. huhuhu.. sedih kan? tak sempat nak buat lawatan ke mana-mana bahagian di Singapura pun walau sekadar nak beli cenderahati.. hahaha.. kesian..

dan selepas dari tu aku memang takde la ke luar negara pun.. baik melalui pejabat ataupun sendirian berhad.. dan setelah sekian lama pasport aku pun dah luput tarikh jadinya aku kenalah perbaharui untuk trip ke Korea kali ni.. aku nak tuliskan je apa keperluan untuk memperbaharui pasport Malaysia yang sah.. meh terus baca..

sebelum pergi ke Pejabat Imigresen tu aku siap pergi ambik gambar pasport dulu tau.. sebabnya kalau zaman dulu-dulu nak buat pasport kena bawak gambar berukuran pasport untuk diproses.. tapi rupanya kali ni sangat la senang.. cuma bawa badan dan duit je.. gambar akan diambil di kaunter oleh pegawai kaunter tu jugak.. senang kan? tapi ada la beberapa syarat tambahan dari cara buat pasport zaman-zaman dulu.. kalau dulu boleh je bergambar dengan cermin mata sekarang ni dah tak boleh, cermin mata kena bukak.. dan kena pastikan yang kawasan  dahi tu kena nampak dengan betul.. jadi untuk orang yang ada anak rambut banyak macam aku ni memang sangat susah la sikit..

kena isi borang kecik ni dan hantar ke kaunter


nak buat pasport pun dah takde pilihan yang untuk 2 tahun tu lagi dah.. semua kena buat yang untuk tempoh 5 tahun dengan bayaran RM200.. tapi sangat aku puji sebab servisnya sangat pantas.. dalam masa sejam macam tu pasport aku dah siap tau.. laju betul!

pasport baru vs lama ~ yang belakang tu yang lama

sah digunakan untuk semua negara kecuali....

beza kan? yang belakang tu yang baru.. takde cermin mata


kalau perasan pasport ni ada beza.. kalau yang lama tu cuma kertas tebal je.. yang baru ni siap ada fungsi elektronik kat bahagian yang bergambar tu.. dan dia keras sikit macam plastik tebal.. ok pasport dah siap cuma tunggu kelulusan permohonan untuk ke luar negara je la.. harapnya takde masalah tentang yang tu.. semoga segala urusan aku akan dipermudahkan oleh Allah nanti.. amin..



Persiapan hari raya 2017

assalamualaikum semua, semua orang sibuk pasal persiapan hari raya yang makin menjelang tiba.. kami ni pun sama sibuk jugak tapi bukan sibuk apa sangat.. lebih kepada sibuk siapkan persiapan untuk anak-anak je la.. maklum la tahun ni abg ngah baru belajar berpuasa.. kenalah hargai usaha anak-anak.. memang kebanyakan pun orang cakap raya ni cukup seronok sebenarnya untuk anak-anak berbanding dengan orang dewasa..

deretan baju raya


aku tak mau ulas lanjut pasal sambutan raya ni pasal ada orang ada pendapat dia sendiri dan mereka pun bebas mempertahankan pendapat masing-masing.. cuma pada aku kalau kita orang dewasa hendak berduka dengan apa pun jua dengan pengalaman hidup kita, agak tak adil bila kita heret anak-anak sama dalam kedukaan tu.. mereka ada hak untuk merasai kegembiraan menyambut hari raya macam orang lain..

atas sebab tu kami memang cuba sedaya upaya mengadakan jugak keperluan anak-anak setiap tahun.. bukan tanda bermewah-mewah tapi berbelanja seadanya mengikut kemampuan.. kami tak beli pun barangan berjenama tapi cukup sekadar istilah "Ganti yang baru".. dan istilah ni tak terpakai pun pada perabut dan peralatan rumah.. walau tahun ni aku memang beli tv baru.. itu pun sebab nak gantikan tv kami yang dah berusia hampir 12 tahun.. istilah 'Ganti yang baru" cuma terpakai pada baju anak-anak je.. termasuklah baju melayu, baju kurung dan baju untuk dibawa berjalan.. walaupun kadang-kadang kami cuma mampu gantikan dengan baju yang harganya cuma RM10 sehelai yang dibeli di pasar malam.. itu pun dah cukup buat anak-anak menguntumkan senyuman sepanjang hari tau.. 

insyaAllah bila kita terapkan perasaan sentiasa bersyukur pada diri anak-anak.. mereka akan hargai setiap usaha yang kita buat.. kami pun masih banyak kena belajar dan diajar tentang cara didik anak-anak.. banyak perkara yang nampak simple pada sesetengah orang tapi kami masih belum mampu nak kawal.. terutama la adab anak-anak dengan orang tua.. banyak betul cabaran besarkan anak-anak ni sebenarnya..

pasal baju raya pulak.. disebabkan kami rasa dengan cara menempah baju untuk setiap orang tu akan menyebabkan bajet kami makin bertambah jadinya kami selalu beli baju yang dah siap je la.. tiap tahun kami main terjah je mana-mana kedai yang ada dan buat pilihan ikut stok yang ada kat kedai tu je la.. dan tiap tahun biasanya kami akan pergi ke satu kedai di Kluang.. Butik Azizah ni terletak di Jalan Dato' Rauf besebelahan dengan RHB Bank Kluang.. kami suka sangat ke sini sebab banyak pilihan baik untuk lelaki atau perempuan.. kiranya boleh beli untuk satu keluarga la.. dan dah banyak tahun pun Butik Azizah jadi pilihan.. 

cuma tahun ni aku nakkan konsep lain dengan kaka husna.. jadinya baju kami tak dibeli kat sini.. kami terpaksa cari di bazaar ramadhan pulak.. hahaha.. gigih.. cuma warnanya agak berbeza dengan 4 hero dalam keluarga kami la.. meh aku tunjuk kemeriahan mencari baju raya dengan anak-anak ni.. siap hilang dalam susunan baju lagi tau.. huhuhu..


pilihan warna baju raya yang ada ~ ni sebelah lelaki

muka setia tunggu baju raya dibungkus

belah sana tu ada koleksi baju perempuan pulak ~ tokey dah jadi entiti.. huhuhu

pandangan kedai dari arah depan


lepas kami dapat cari baju sedondon.. kami cari pulak songkok untuk 4 hero lagi.. alhamdulillah dapat jugak beli dengan pembuat songkok homemade yang kami memang selesa membeli dengan diorang ni setiap tahun.. tak lain tak bukan ialah Sinar Songkok Melayu.. antara sebab kami memang jadi pelanggan tetap setiap tahun ialah kualiti songkoknya.. walaupun harga songkok kanak-kanak cuma RM10 tapi pembuatannya yang kemas dan tahan lasak tu memang aku puji.. kalau korang nak beli pun aku sangat recommend dan takkan menyesal.. diorang boleh jugak buat songkok custom made ikut spesifikasi yang korang nak tau.. samping anak-anak pun aku beli kat sini je sekali..


masing-masing mencuba songkok masa ni

ntah bape kali bukak pasang ntah.. hahaha

deretan songkok.. ~ sementara tunggu tebuk lubang atas songkok


kasut pulak kebetulan bila aku balik kampung sabtu baru ni aku singgah nak beli barang untuk masak dekat Rompin.. kat Tunas Manja Rompin lebih spesifiknya.. tetiba masa aku nak cari wayar untuk powerbank kami ternampak ada satu kedai kasut tu macam ada banyak kasut menarik.. aku pun singgah la jenguk apa pilihan yang ada.. sekali ternampak harga dia cuma dalam RM20 sepasang untuk banyak pilihan kasut bebudak yang cantik-cantik.. cepat je la aku heret anak-anak dan memasing boleh cuba dan pilih.. alhamdulillah dapat la kasut raya molek dengan harga yang agak murah.. lega bila satu hal dah selesai.. siap dapat kasut tumit untuk kakak husna si anak dara cerewet tu.. 

ok habislah cerita persiapan pasal baju,kasut, songkok dan samping.. tinggal nak fokus untuk persediaan untuk masak juadah raya je nanti.. yang tu aku cerita lain kali pulak ye.. selamat berpuasa korang!

Ahad, 18 Jun 2017

Cari baju raya? Meh beli kat Farisha Hana!

assalamualaikum semua, mungkinkah hari ni merupakan hari Ahad terakhir dalam bulan Ramadhan? Sebab aura raya tu macam dah terasa kat mana-mana.. iklan raya, kuih raya, jualan baju raya dan lagu raya pun dah mula kedengaran kat mana-mana.. semua la pendek kata sibuk cerita pasal raya.. tapi baju raya korang dah beli ke belum?

Butik Farisha Hana Kuantan

kalau ada yang jawab belum dan masih nak mencari terutama yang duduk di sekitar Kuantan yang nakkan suasana beli belah yang selesa dan tak bersesak-sesak tu eloklah korang teruskan baca.. pasal aku nak bagitau satu butik best untuk korang beli baju raya ni.. eh dah tertunjuk gambar kat atas tu pulak.. hahaha..

ok untuk sesiapa yang dah pernah tengok baju aku masa aku pakai untuk sesi photoshoot pada bulan April aritu mesti nak dah tau dari mana baju aku masa tu datang.. dan sebenarnya baju yang cantik tu dari sebuah butik tu yang bernama Farisha Hana.. butik ni ada kat Kuantan je ni haa.. dekat sangat.. korang yang duduk Kuantan ni tak payah dah nak nak pergi jauh-jauh untuk cari pilihan terbaik..

molek sangat dengan badan model tu kan? cuma model je yang kaku sikit.. ahaksss..


dah la bajunya cantik.. bila sarung selesa sangat aku rasa.. maklum la aku ni ada masalah sikit biasanya nak pakai baju yang dah siap atau readymade ni.. lagi-lagi la baju kurung moden atau baju lain yang berfesyen-fesyen ni.. sebab selalu je pakai part bahu dengan punggung atau dada tu macam tak kena je bila pakai.. jadinya macam tawar hati bila nak beli baju kurung moden sebenarnya.. tapi bila sarung je baju dari butik Farisha Hana ni aku terus suka.. molek je tau kat badan.. macam baju yang kita tempah khas untuk kita.. berbunga-bunga hati bila pakai sama cantik dengan bunga kat baju.. haha..

ada banyak pilihan baju kat butik ni tau.. dari biasa-biasa sampailah ke yang tahap luar biasa dan merelip ala-ala Dato' Vida tau.. jangan tak caya.. haha.. meh aku tunjuk antara koleksi yang ada kat butik Farisha Hana ni..

ni baru tengok patung pakai ni.. 

pelbagai saiz dan pilihan warna yang adaaku 

minat pulak tengok yang ni

ni lagi penuh bunga-bunga

baju yang tepi tu sama dengan aku pakai kat atas cuma warna dia je lain 

yang ni la ala-ala Dato' Vida tu.. ngerlip tau!


ni perincian dia.. halus buatannya




lagi baju mengerlip

lagi banyak pilihan..

eh bukan saja baju je pelbagai tau.. tudung pun ada banyak pilihan jugak.. korang yang ada niat nak cari baju yang sedondon dengan tudung sesuai sangat la pegi ni.. eh siap jual kerongsang atau brooch jugak tu.. dan siap ada staf yang sangat ramah untuk bantu layan korang.. 








Butik ni ada beberapa cawangan di Kuantan ni.. antaranya di Lorong Tun Ismail 6, betul-betul di bangunan belakang Celcom Centre Kuantan.. dan satu lagi cawangan berada di Malay Town berhadapan dengan East Coast Mall..

Butik Farisha Hana

Dibuka setiap hari.

Waktu beroperasi : 10.00 pagi hingga 9.00 malam.



gambar di sekitar butik

jadi sesiapa yang masih tercari-cari lagi baju raya yang sesuai boleh la try survey kat sini.. berbaloi-baloi lagi kalau korang pergi sebab ada diskaun tambahan lagi pada setiap pembelian tau!