Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 27 Jun 2017

Best ke balik kampung untuk hari raya?

Best ke balik kampung untuk hari raya?

assalamualaikum semua, korang mesti tengah sakan lagi beraya ke hulu hilir sambil mengayakan baju raya korang tu kan? aku tahun ni mujur ada sepasang je baju raya.. pasal tak berjalan sangat pun walau cuti lama.. tahun ni giliran beraya di Pekan, Pahang dulu kat rumah mak shah.. 

maunya tak best?


tapi insyaAllah esok, raya ketiga kami akan balik beraya di Johor pulak.. biasanya kalau balik bercuti lama macam sekarang ni kami akan balik dengan susah payahnya mengangkut kain baju yang banyaknya tak terkata.. hahaha.. siapa geng macam aku?

bukan kami taknak bawak baju sikit atau basuh baju yang dah dipakai tu tapi itulah bila dah ramai-ramai balik kampung tu tentunya masing-masing akan sama je mengangkut kain baju nak dipakai kan.. tambah pulak tu bila masing-masing berebut sama nak basuh baju.. memang seksa woo.. kena pulak siap cepat dia dapat ampai baju dulu.. makanya azab la tunggu giliran.. 

tapi aku ada penyelesaian.. senang je.. bawak la baju banyak-banyak jadi bila giliran lambat atau baju tak sempat kering pun taklah jadi masalah sangat.. dan penyelesaian tu haruslah diikuti dengan khidmat beg yang cemerlang.. ada je pilihan beg yang cantik-cantik dan berkualiti kat Lazada sekarang yang tengah ada jualan sempena Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya dari 19 Mei sampailah 30 Jun 2017 yang menawarkan sehingga 90% potongan harga tau.. 


beg luggage dari Lazada


aku berkenan betul dengan beg kat atas ni.. dah la merah menyala.. nampak tahan lasak pulak tu.. kalau bawak balik kampung beg macam ni pun masih bertahan rasanya kalau untuk yang jenis pindah randah dari rumah mak sendiri ke rumah mertua atau sebaliknya tu la.. harga pun agak berbaloi masa tengah sale ni.. lepas tu bila dah banyak beg haruslah ada ruang tak cukup kan? haa.. tu gunanya beg vakum kat bawah ni haa..


Beg vakum


belum lagi cerita kalau balik beraya tu nak selfie dengan semua saudara mara yang jarang dapat jumpa tu kan.. apa lagi.. bawak la keluar sebiji monopod pulak untuk selfie.. memang dasar.. sila sambung sendiri.. hahaha.. 



selfie monopod


untuk maklumat lanjut semua barang-barang ni boleh ke website 



dan korang buat la pilihan yang sesuai dan menepati selera korang.. 



berbalik dengan tajuk kita tu best ke balik kampung untuk hari raya tu.. aku rasa mestilah jawapan dia best kan? kalau tak, takkan la sesak teruk di semua laluan jalanraya baik kat lebuhraya sampai ke jalan biasa masa dua tiga hari lagi sebelum nak raya aritu.. malam tadi pun aku masih dengar pasal berita kesesakan teruk ke arah selatan di lebuhraya utara selatan atau lebuhraya PLUS.. dan sesak teruk di jalan-jalan kampung yang biasanya memang agak lenggang.. 

Jadi jawapan dia mestilah best balik kampung untuk hari raya cuma yang tak bestnya tu hadap kesesakan jalanraya ye kan? tak betul aku tulis ni? kalau tak maunya korang sanggup tempuh apa rintangan pun untuk balik kampung beraya tu kan.. ? tak pun cuba la tanya pada anak-anak korang tu, best ke balik kampung untuk hari raya? hihihi.. selamat hari raya korang.. maaf zahir dan batin..

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat Hari Raya kak.. balik kampung tu hati2, semoga selamat sampai... thanks for tips supaya beg muat masuk dalam kereta hiks