Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 26 Jun 2017

Bukan hanya lemang dan rendang juadah raya kami tahun ni

assalamualaikum semua, korang masih best layan mood raya ye? aku hari ni melepak kat rumah je.. dengan harapan ada orang nak datang rumah.. shah dah selamat gi keja pagi tadi.. aku tinggal dengan anak-anak kat rumah mak shah ni..

sibuk abg hensem ni bakar lemang


hari ni aku nak kongsikan juadah hari raya kami semalam.. hari ni jangan tanya la.. tekak dah rasa muak pulak.. kita makan benda-benda biasa je la hari ni.. meh kita tengok apa je juadah raya kami jom..

ketupat segera, lemang, rendang dan sayur goreng


ini jelah juadah raya kami yang ada... cuma ada lemang, rendang, sayur goreng dan ketupat segera je.. tapi apa pun tetap meriah tau.. sebabnya semuanya tu kami sediakan sendiri dan yang pentingnya kemersaan semasa proses penyediaan tu yang penting.. eh lupa.. tahun ni kami buat lemang jagung jugak tau.. nampak kan dalam pinggan tu.. senang aku lambakkan sekali semua dalam satu pinggan.. hahaha

aku ada jugak beli daun kelapa untuk buat ketupat dengan lepat.. tapi tak terbuat jugak sudahnya.. jadi kami makan ketupat segera je la.. ingat petang ni kang baru nak tumis ungkep.. patut buat lauk makan semalam tapi disebabkan dah ada rendang daging jadi malas la pulak nak tumis ungkep.. hihi.. memang dasar menantu hantu betul.. 

harapnya balik johor kang dapat la makan lepat ke kan.. mana la tau ada rezeki orang jauh ada lagi berbaki.. korang hidang apa pulak untuk hidangan raya?

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: