Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 18 Jun 2017

Cari baju raya? Meh beli kat Farisha Hana!

assalamualaikum semua, mungkinkah hari ni merupakan hari Ahad terakhir dalam bulan Ramadhan? Sebab aura raya tu macam dah terasa kat mana-mana.. iklan raya, kuih raya, jualan baju raya dan lagu raya pun dah mula kedengaran kat mana-mana.. semua la pendek kata sibuk cerita pasal raya.. tapi baju raya korang dah beli ke belum?

Butik Farisha Hana Kuantan

kalau ada yang jawab belum dan masih nak mencari terutama yang duduk di sekitar Kuantan yang nakkan suasana beli belah yang selesa dan tak bersesak-sesak tu eloklah korang teruskan baca.. pasal aku nak bagitau satu butik best untuk korang beli baju raya ni.. eh dah tertunjuk gambar kat atas tu pulak.. hahaha..

ok untuk sesiapa yang dah pernah tengok baju aku masa aku pakai untuk sesi photoshoot pada bulan April aritu mesti nak dah tau dari mana baju aku masa tu datang.. dan sebenarnya baju yang cantik tu dari sebuah butik tu yang bernama Farisha Hana.. butik ni ada kat Kuantan je ni haa.. dekat sangat.. korang yang duduk Kuantan ni tak payah dah nak nak pergi jauh-jauh untuk cari pilihan terbaik..

molek sangat dengan badan model tu kan? cuma model je yang kaku sikit.. ahaksss..


dah la bajunya cantik.. bila sarung selesa sangat aku rasa.. maklum la aku ni ada masalah sikit biasanya nak pakai baju yang dah siap atau readymade ni.. lagi-lagi la baju kurung moden atau baju lain yang berfesyen-fesyen ni.. sebab selalu je pakai part bahu dengan punggung atau dada tu macam tak kena je bila pakai.. jadinya macam tawar hati bila nak beli baju kurung moden sebenarnya.. tapi bila sarung je baju dari butik Farisha Hana ni aku terus suka.. molek je tau kat badan.. macam baju yang kita tempah khas untuk kita.. berbunga-bunga hati bila pakai sama cantik dengan bunga kat baju.. haha..

ada banyak pilihan baju kat butik ni tau.. dari biasa-biasa sampailah ke yang tahap luar biasa dan merelip ala-ala Dato' Vida tau.. jangan tak caya.. haha.. meh aku tunjuk antara koleksi yang ada kat butik Farisha Hana ni..

ni baru tengok patung pakai ni.. 

pelbagai saiz dan pilihan warna yang adaaku 

minat pulak tengok yang ni

ni lagi penuh bunga-bunga

baju yang tepi tu sama dengan aku pakai kat atas cuma warna dia je lain 

yang ni la ala-ala Dato' Vida tu.. ngerlip tau!


ni perincian dia.. halus buatannya




lagi baju mengerlip

lagi banyak pilihan..

eh bukan saja baju je pelbagai tau.. tudung pun ada banyak pilihan jugak.. korang yang ada niat nak cari baju yang sedondon dengan tudung sesuai sangat la pegi ni.. eh siap jual kerongsang atau brooch jugak tu.. dan siap ada staf yang sangat ramah untuk bantu layan korang.. 








Butik ni ada beberapa cawangan di Kuantan ni.. antaranya di Lorong Tun Ismail 6, betul-betul di bangunan belakang Celcom Centre Kuantan.. dan satu lagi cawangan berada di Malay Town berhadapan dengan East Coast Mall..

Butik Farisha Hana

Dibuka setiap hari.

Waktu beroperasi : 10.00 pagi hingga 9.00 malam.



gambar di sekitar butik

jadi sesiapa yang masih tercari-cari lagi baju raya yang sesuai boleh la try survey kat sini.. berbaloi-baloi lagi kalau korang pergi sebab ada diskaun tambahan lagi pada setiap pembelian tau! 



Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yang ada bunga-bunga tu cantik..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mmg cantik2 ita bajunnya. Tudung pun murah aje nampaknya Tu. Baju Tu dgn ko cantik terletak je