Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 6 Jun 2017

Hampir disaman JPJ kerana lori muatan lebar

assalamualaikum semua, petang semalam tetiba ada yang hantar mesej di kumpulan whatsapp pasal pergerakkan sebuah lori yang membawa muatan lebar.. bila dah baca mesej ni aku rasa sangat bagus zaman sekarang ni tau.. nak tau sebab apa aku kata bagus? sebab aku dulu pernah hampir disaman JPJ kerana muatan lori besar! meh aku ceritakan kesnya..


lori muatan lebar - gambar dari whatsapp 



dulu.. masa tu dalam tahun 2004 macam tu.. kejadian ni berlaku masa aku baru lagi la jugak bekerja sebagai seorang Doktor Veterinar di sebuah ladang ayam di Kuantan.. masa aku bekerja kat ladang ni aku memang dikehendaki untuk berulang-alik dari 2 ladang kepunyaan syarikat.. ladang ni satu berada nun jauh di Pahang dan satu lagi tu di negeri kelahiran aku di Johor pada masa tu..

antara salah satu sebab aku terima tawaran kerja sebagai Doktor Veterinar yang bertugas di ladang ni pun adalah sebab aku nak bertugas di tempat yang berhampiran dengan keluarga aku.. ye la kononnya masa tu terfikir dah keluar dari kelompok kehidupan berkeluarga lebih kurang lebih 10 tahun dah sejak aku masuk asrama masa tingkatan satu.. tu yang naluri nak berkhidmat dengan kawasan yang berdekatan dengan keluarga tu agak kuat.. dah bila ditawarkan kerja yang terpaksa berulang dari Pahang ke Johor pun aku setuju sangat masa tu..

bila aku dah biasa ulang-alik dari Pahang ke Johor aku dah mula rasa berani jugak la.. cuma masa tu aku akan ikut laluan Jalan Kuantan ke Rompin dan terus Mersing.. tak pernah la ikut jalan ke Muadzam sebab jalannya yang agak jauh dan kecik.. 

dipendekkan cerita, masa kejadian nak disaman ni aku tengah dalam perjalanan balik ke Kuantan.. awal pagi tu aku singgah ke majlis perkahwinan rakan sekolah aku dulu kat Batu Pahat.. jadi balik tu ikut la laluan Muadzam ke Kuantan.. tengah-tengah jalan tu ada la lori yang bawak muatan lebih kurang macam muatan kat bawah ni.. lebar tapi tak la bulat macam gambar kat bawah ni.. dia macam 4 persegi sikit.. dan memang tersangat la perlahannya.. dah dekat dengan JPJ Muadzam dah masa ni.. memang banyak la kereta yang mengekori belakang lori ni dengan halaju tak lebih 20km/sejam! huhuhu.. kau rasa? 


lori.muatan lebar - gambar dari whatsapp




aku memang dah penat sebab keluar rumah awal.. sampai je kat area lepas selekoh aku nampak jalan depan clear laju je la aku potong lori tu.. ada kancil ikut aku rapat dari belakang.. dan terus hala ke naik bukit betul-betul depan pejabat JPJ masa tu.. elok pulak tu bila sampai atas bukit ada la beberapa pegawai JPJ menunggu.. bertabahlah bila tengok diorang melambai suruh berhenti tepi jalan.. dalam hati dah berkata.. abislah.. 

bila dah kena tahan tu terjadilah soal jawab.. tapi aku memang berterus terang la dengan pegawai tu.. kenapa aku potong.. pertamanya aku memang tak perasan kat situ adalah garisan berkembar.. sebab kedua aku kata aku memang dah sangat letih.. ikut jalan jauh sebab nak elak banjir yang kononnya ada kat jalan rompin..  (yang ni memang kisah benar).. dan pegawai tu tanya aku dah letih kenapa tak berhenti rehat je dari bawak melulu? masa tu aku memang cakap jujur je la.. macam ni.. "Encik, saya bawak kereta sorang-sorang di jalan yang sunyi.. sedangkan saya berhenti beli air je pun dah ramai mata yang memandang dengan pandangan yang saya sendiri tak tau nak tafsirkan dari awal saya keluar kereta sampailah balik kereta semula.. nak beli nasi pun terus rasa kenyang.. encik rasa kalau macam tu patut ke saya berhenti?".

entah kenapa bila dia dengar je aku cakap macam tu terus dia cakap.. "Baiklah.. saya bagi awak peluang.. hati-hati memandu dan semoga selamat sampai rumah ye".. dalam hati aku bersyukur sangat jumpa orang yang baik-baik macam ni.. semoga Allah permudahkan urusan mereka serta keluarga mereka dalam apa jua yang mereka lalukan..

dan disebabkan itu aku rasa sangat perlu untuk aku sebarkan info pergerakan lori muatan besar yang aku dapat dari whatsapp group ni supaya ada orang boleh menggelakkan terjadinya kisah macam aku ni..

*Muatan lebar yang digunakan untuk industri oil dan gas di Terengganu akan dipindahkan dari Ipoh bermula pada 5 Jun 2017 menggunakan low loader. Perjalanan ini dijangka mengambil masa sehari dan melalui kawasan berikut*

*1.Kuala Kangsar malam 5.6.2017*
*2.Gerik malam 5.6.2017*
*3.Jeli pagi 6.6.2017*
*4.Jertih tengah hari 6.6.2017*
*5.Kuala Terengganu petang 6.6.2017*

*Oleh itu,  kepada pengguna jalan raya di laluan ini diharap dapat mengelakkan laluan tersebut supaya tidak tersangkut di dalam kesesakan. Kerja sama semua pihak amatlah di hargai dan jika tidak dapat dielakkan, harap dapat bersabar dengan sedikit kesesakan trafik semasa lori ini melalui kawasan anda*

semoga info ni dapat bantu sesiapa pun yang menggunakan jalan yang sama.


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Info ni sure membantu org yg Akan lalu kawan Tu. Tq ita

Noor Maizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hai Assalamualaikum

Saya Mayy (MJ) datang melawat/follow dari group AFB :D

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

raya nanti sesak kalau lori pun terut sama keluar.