Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 14 Jun 2017

Syawal dan Kuih Pertama kami!

Syawal dan Kuih Raya Pertama kami!

assalamualaikum semua, sekejap je dah 19 Ramadhan hari ni.. eh dah 20 ramadhan la malam ni.. dah nak abis dah bulan umat Islam berpuasa.. macam sekejap je berlalu.. rasa macam belum sempat buat apa-apa.. 

kuih raya pertama kami


waktu kecik dulu-dulu, teruja sangat bila dah nak abis bulan Ramadhan ni kan.. siapa yang sama macam aku dulu? alah.. jangan tipu la korang pun mesti sama macam aku.. tapi bila dah berumur macam sekarang ni.. rasa tu lebih hebat bila menjelangnya Ramadhan berbanding dengan menjelangnya Syawal.. entah kenapa.. tak tau nak terangkan rasanya.. mungkin jugak bila usia makin meningkat ni, perasaan akan mati bila-bila je boleh berlaku agaknya kan.. 

eh.. aku sebenarnya nak cerita pasal kuih raya pertama kami yang aku buat masa 10 Ramadhan aritu.. kuih yang senang je pun.. kuih raya segera.. hahaha.. nak tau nape aku panggil kuih raya segera? meh sambung baca..

minggu pertama Ramadhan tu aku adalah pergi ke Aeon Big untuk sama berebut beli rak buku warna warni yang cantik kat sana.. ada warna pink, biru, merah dan hijau tau.. tapi aku rasa yang paling laris hijau la pasal kami kena ambik yang display set punya penyudahnya sebab stok dah abis dah cuma tinggal yang tu je.. masa tu memang murah la.. seingat aku promosi sampai hujung bulan ni cuma RM14.90 je kot satu..

lepas berjalan tengok rak cantik tu dan dapat apa yang kami nak.. terus la kami berjalan cari makanan dan lauk sikit untuk simpanan sepanjang bulan ni.. masa tu aku sempat la beli pizza yang kemudiannya aku bekukan dan jadi menu ekspress bila nak masak sahur dah takde idea dah lagi.. 

lepas tu kami jalan pulak ternampak la tepung biskut segera kat salah satu rak kat situ.. harga pulak murah.. cuma RM3 je satu.. laju aku capai dua bungkus masa tu.. tapi aku simpan je dulu tak buat jugak.. tapi masa hujung minggu lepas aku cuba la jugak sambil berebut dengan anak-anak.. macam biasa la.. hahaha.. meh aku kongsikan biskut yang kami buat ni..

Biskut Cip Coklat Segera

by Ceritaita

Bahan-bahan

Tepung biskut butter segera
Butter (aku ganti Planta)
1 biji telur 
Cip coklat
Kuaci (yang ni aku tambah)

inilah tepung aku beli


Cara-caranya

1. Pukul telur dengan butter sampai sebati.
2. Masukkan tepung segera sedikit demi sedikit sampai sebati.
3. Masukkan cip coklat dan kuaci.
4. Sedia untuk dibakar. (aku bakar dalam oven 180°C selama 15 minit)

cara-caranya ada kat belakang


untuk pengetahuan korang, buat masa ni biskut kami ni dah tinggal serdak je dah.. hahaha.. hari kedua lagi dah cuma tinggal banyak macam dalam gambar kat bawah ni haa.. hari ni pulak lagi la..

tinggal segini je hari kedua

inilah puncanya tau.. huhuhu.. berlumba-lumba anak-anak



dan untuk pengetahuan korang jugak ini jelah biskut yang mampu aku buat sebab dugaan besar betul bila ada budak baru belajar berpuasa ni.. masak kuih raya pun boleh jadi gaduh tau.. hahaha.. jadi untuk menghormati usaha dia.. aku mungkin kena buat kuih pada waktu malam.. yang mana tentunya aku sangat tak mampu.. dan akhirnya mungkinkah tahun ni rumah kami akan takde kuih sekali lagi? korang rasa?

Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

aRzMoHa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah menarik juga kuih segera.

aRzMoHa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu kak...bila masih membesar atau semakin meningkat umur terasa ramadhan lebih meriah berbanding aidilfitri...

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kuih raya ni sedap makan masa bln pose hehehe

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Segera buatnya.. dannsegera habisnya ye ita haha

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haah Ita bila meningkat usia nie dah lain rasanya.. apapun senang betul nak buat biskut raya tu kan.. Kak Sue tak pernah buat biskut raya.. is tak dan.. ehehe

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Habis sebelum raya kuih tu ye kak. Hehe. Ana beli je lah mcm biasa. Tak dan nak buat pun.