Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 6 Jun 2017

Tips membuat ruang rumah menjadi lebih luas

Tips membuat ruang rumah menjadi lebih luas

assalamualaikum semua, dalam kita sibuk meraikan ramadhan yang tiba ni.. Marhaban ya Ramadhan.. tapi tak lupa jugak kita buat persiapan sikit demi sikit untuk menyambut perayaan hari raya yang bakal tiba nanti..


pencahayaan juga penting sebenarnya


Tips membuat ruang rumah menjadi lebih luas


1. Teknik menampakkan ruangan lebih tinggi dengan menggunakan cat.

Caranya ialah mengecat dinding sehingga 10 cm jaraknya dari siling dan kemudiannya seluruh bahagian di sebelah atas diwarnakan dengan warna putih.

2. Pemilihan warna cat.

Warna cat yang lebih terang menampakkan kawasan lebih luas, tetapi tak semua kawasan yang akan nampak sempit jika dicat dengan warna gelap.. jika kawasan tu ada pencahayaan yang sempurna maka pemilihan warna gelap pun kadangkala agak sesuai.

3. Penggunaan cermin

Penggunaan cermin merupakan tips paling mudah dan disukai ramai untuk menampakkan ruangan lebih luas. Cuma perlu dipastikan pemilihan cermin yang sesuai dengan ruangan yang kita nak saja.. kemudian semuanya nampak sempurna!

tahun ni kami ada membuat pembelian alat elektrik utama kat rumah.. satu alat elektrik bagi penghias ruang tamu di rumah kami dalam menanti kedatangan tetamu sempena meraikan Riang Ria Raya bersama kami nanti.. semuanya gara-gara ada jualan hebat di Lazada sebelum ini..


dan alat elektrik tu ialah Televisyen berukuran 50" berjenama dari Lazada yang kami dapat dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.. maaf kerana tak dapat bagi link ke tv yang kami beli tu sebab stoknya dah abis.. tetapi buat yang masih mencari barang elektrik dengan harga berpatutan dan berkualiti masih boleh mencari mengikut keperluan korang.. banyak pilihan yang murah.. macam tv kat bawah ni..

tv murah



tv yang kami beli


tv yang kami beli


boleh dibayar menggunakan bermacam cara bayaran.. dan masa kami beli aritu kami pilih pembayaran melalui 7 eleven yang tentunya sangat-sangat mudah.. boleh bawa salinan tempahan.. jika tiada salinan.. guna kodbar yang ada dalam email pun boleh discan kemudian bayaran boleh dibuat.. mudah kan?

cara bayaran di Lazada


sekarang ni aku tengah berangan nak beli 2 lagi barangan yang boleh kami gunakan untuk menghias ruang tamu kami.. antaranya :

1. Permaidani : dah lama wei aku jeling-jeling je permaidani cantik macam ni.. bila la dapat nak beli ni...

Permaidani cantik!


2. Kabinet tv : yang ni penting la untuk letak tv baru kami.. sekarang ni tv cuma duduk kat atas meja je.. huhuhu..

kabinet tv


jadi kalau korang pun berminat nak cari keperluan untuk menghias rumah korang sempena hari raya nanti pergi la jenguk-jenguk ke LAZADA tu.. sebab ada jualan Marhaban Ya Ramadhan  dan Riang Ria Raya dari 19 Mei sehingga 30 Jun 2017 dan ada potongan sehingga 90% tau.. insyaAllah ada je yang sesuai untuk korang nanti!


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Eeca Shyaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bgs tips ni. penggunaan cat mmg blh buat bilik nampak luas. ada baca jugak yang guna cermin pun blh bagi tempat nampak besar.

kak gojes berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bolehlah d cuba tips kak ita ni kan

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow! Tv raya

esok baru sempat nak kemas rumah, cat??? mungkin tak.. huhu

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best tips ni kak..betul juga tu warna mainkan peranan penting

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue ingat nak cat rumah juga nanti, boleh ikut tips nie nanti.. tq Ita & Good luck

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah mmg betul semua tu. nak kena bookmark ni

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Penggunaan cermin sgt membantu menampakan ruang rumah menjadi besar dan luas kan kak