Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 5 Julai 2017

Buah Mata Kucing kegemaran kami

assalamualaikum semua, semalam baru je lepas tengok orang post gambar pasal pesta durian kat JB.. masa dibuat pesta tu pulak tarikh dijangka aku akan balik dari perjalanan jauh.. memang tak merasa la jawabnya.. bestnya kalau dapat pergi.. aku memang dikirakan hantu durian.. pernah dulu mabuk-mabuk sebab terlampau banyak makan durian.. haha.. tapi disebabkan durian payah nak cari kat sini dan agak mahal jadi kami beli mata kucing la sebagai ganti..


buah mata kucing kegemaran kami


walaupun sebenarnya kejadian buah mata kucing dengan durian sangatlah tak sama tak ianya jugak dari kelompok buah-buhan tempatan yang tetap menjadi kegilaan ramai.. termasuk kami sekeluarga.. dan semalam kami sempat la singgah balik dari beli pasir untuk kucing kesayangan kami kat rumah tu.. ada ternampak pulak orang jual buah kat tepi jalan.. orang tu jual buah mata kucing dengan buah manggis.. lokasinya betul-betul berhadapan dengan Hospital KPJ Tanjung Lumpur tapi di seberang jalan yang menghala ke Tanjung Lumpur kalau dari bandar Kuantan..

ada dua jenis buah yang memang jadi kegemaran kami dan anak-anak.. tapi disebabkan bajet yang tak berapa besar, kami kena pilih buah mana yang kami nak.. buah manggis dijual dengan harga RM10 sekilo dan buah mata kucing dijual dengan harga RM13 sekilo.. kalau ikutkan hati dua-dua jenis buah kami nak.. tapi disebabkan kena pilih salah satu jadi akhirnya buah mata kucing jadi pilihan kami.. alhamdulillah.. tetap ada rezeki..

shah ambik dalam 2 ikat buahnya semalam.. bila timbang lebih sekilo dan harganya dalam RM18.. jadiklah buat makan dengan anak-anak semalam.. masa dalam kereta lagi dah terbau manis buahnya.. masa anak-anak masuk kereta semalam, cuma abg long sorang je yang perasan kami ada beli buah.. itu pun dia sebut kami beli buah laici.. hahaha.. jauh benar laici dengan mata kucing nak oii.. 


menyeramkan pulak mata adik hadi.. huhuhu


tapi masa aku bawak turun dari kereta adik hadi dah berebut nak bawak masuk rumah dan mintak nak makan.. tapi aku cakap jugak buahnya kena basuh dulu baru boleh makan.. teringat mak aku selalu pesan, basuh dulu buah mata kucing sebelum makan.. risau ada kandungan bukan-bukan kat kulit dia kalau kita tak cuci bersih.. tu yang kadang-kadang ada yang makan buah ni boleh sakit perut.. tapi bila fikir logiknya ada betulnya jugak.. tangan pun kena basuh dulu sebelum makan untuk elak termakan kuman merbahaya lagikan pulak benda yang nak dimakan tu kan..


yang dah siap dikopek atau dikupas



memula aku siap kopek dulu kulitnya dan konon nak bagi simpan dalam peti sejuk dulu sementara tunggu nak berbuka.. tapi bila aku toleh dah licin pun yang dah dikopek tu haa.. hahaha.. laju benar memasing.. sudahnya bila berbuka aku hadap kopek yang baru pulak lagi.. hihihi.. anak punya penangan kan.. memasing berebut sebab suka buah mata kucing ni.. sampai ada yang tak sempat mandi dah mintak sebiji dua.. layankan je la.. ada seikat lagi aku tinggalkan semalam.. tak bagi habiskan semua.. maklum la.. buat apa pun disarankan supaya jangan berlebihan kan.. lelagi la pasal makan.. itu jugak yang kami serapkan pada didikan anak-anak.. jadi ada la baki lagi seikat untuk layan makan dengan anak-anak petang ni.. korang minat jugak ke buah mata kucing ni?

2017
pesta durian di JB 2017




Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

noorhaidaz eyda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ya Allah.. feveret Eyda jugak ni... lamanye tak makan.. sejak2 kene diabetes ni.. hilang nikmat makan

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sama la my favorite

Maisarah Humaira berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya buah mata kucing. feveret ni! sekarang ni tengah menanti buah manggis masak kat kebun

http://www.maisarahsidi.com/2017/07/jangan-hanyut-dengan-cinta-buta-mengarut.html

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak x leh makan banyak..lepas tu sure batuk walau dh basuh buah tu...

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yelahhhh kan, durian tu mana boleh lawan dgn buah lain....
Hakak malas makan buah mata kucing ni bukan apa, isi dia nipis.... Buah laici sedap ek Ta, isi dia tebal hihi...
Macam macam pulak...

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Suka jugak buah mata kucing.tp dah lama tak makan.