Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 12 Julai 2017

Cabaran baru bermula!

assalamualaikum semua, masa terasa singkat sangat sejak akhir-akhir ni.. tetiba dah sampai hari rabu minggu kedua bulan Julai.. memang terasa sangat tetiba dah hujung tahun.. setiap hari ada je benda yang tak terjangka berlaku..

klinik veterinar kuantan
cabaran baru bermula!


dan pagi nanti akan tambah lagi satu lagi perkara yang tak terjangka berlaku.. Aku mula bertugas di klinik! seram sejuk pun ada dah rasanya ni.. maklumlah lama benar pengalaman berada di klinik tu dah aku tinggalkan.. bertahun-tahun dah bekerja di makmal dah rasa sangat sebati dengan makmal walau banyak benda lagi yang masih dalam peringkat belajar..

tapi siapa sangka tetiba banyak pulak perkara yang berlaku pada bulan lepas dan bulan ni yang akhirnya menyebabkan aku terpilih untuk menyertai team untuk bertugas di klinik haiwan jabatan.. 

secara peribadinya aku rasa sangat teruja sebab dapat peluang untuk asah balik kemahiran yang dah berkarat.. (padahal bukan ada kemahiran klinik sangat pun.. kikiki.. ).. tapi aku tak nafikan jugak dalam sudut hati aku yang paling dalam ni, aku sebenarnya rasa sangat takut nak mulakan tanggungjawab.. terutama bila membabitkan nyawa haiwan kesayangan orang lain ni.. payah sangat.. 

memang sejak dulu kalau diberi pilihan untuk bertugas di klinik aku tentunya terima dengan berat hati.. antaranya sebab ilmu aku mengenai penyakit anjing dan kucing sangat terhad.. masih banyak yang aku tak mahir.. masih banyak yang masih perlu bertanya pada kawan-kawan.. tapi itu tak bermakna kita tak mampu untuk sahut cabaran kan? jadi jom lelapkan mata dan bersedia untuk pagi yang lebih baik.. insyaAllah.. selamat malam semua.. doakan aku pagi nanti eh..


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga dipermudahkan segala urusan kak :)

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga dipermudahkan segala urusan k.ita..:)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

U can do it ita.. Ada apa2 kes ke

nini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

InshaAllah semuanya akan dipermudahkan...aamiin

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnyaaaa kak..!! mesti comel2 haiwan akak jumpa. CT suka tapi bab bab operate ke apa ke takut hihi.. semoga dipermudahkan urusan..