Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 11 Julai 2017

Persiapan ke Korea : Jam Qiblat Sensor F&A Watch

Persiapan ke Korea : Jam Qiblat Sensor F&A Watch

assalamualaikum semua, pagi ni aku nak sambung kisah persiapan aku untuk ke program pembangunan eksekutif di NHI Korea nanti.. tarikh kami sepatutnya jalani latihan ialah pada 17 Julai 2017 ni tapi kami akan berlepas awal dari tu lagi.. 


jam kiblat
Persiapan ke Korea : Jam Qiblat Sensor F&A Watch


banyak jugak persediaan yang kena beli sebab aku kan mana pernah lagi ke luar negara sebelum ni.. tak pernah lagi dapat rezeki nak jenguk negara orang dan alhamdulillah kali ni berpeluang.. jadinya korang bertabah je la ya bila tengok entri blog pra pemergian je dah bersusun.. hahaha.. tu belum entri blog dah pegi lagi tu.. kekeke.. 

ok.. ok.. kali ni aku nak cerita pasal jam kiblat yang aku sediakan untuk trip kali ni.. jam ni memang best la.. sebab dia boleh berfungsi sebagai jam tangan biasanya yang agak sporty dan bergaya sambil.. haaa yang ni best nak cerita.. ianya berfungsi untuk mengingatkan waktu solat 5 waktu dan arah kiblat kawasan yang korang dah setkan dalam jam.. 

cara nak guna pun amatlah senang.. haa.. yang tu insyaAllah aku cerita lebih lagi bila aku balik dari Korea esok.. cuma nak bagitau je jam special ni boleh tulis nama pemilik dia tau.. ok aku agak dah korang nak cakap ini sangat special kan? hahaha.. tengok je la jam kat atas yang ada nama aku tu.. memula tengok rasa macam.. wah.. jam pun boleh tulis nama.. 
tapi serius tau benda alah ni kecik je tapi amat berguna untuk pengembara muslim.. aku dah cuba masa gi Putrajaya dan stay kat Kajang baru ni.. alhamdulillah dia bagi arah kiblat yang tepat setelah kami semak.. 


cantik kan hijau tu.. ada nama Rozita yang comel kat situ.. ahaks..


ada bermacam design dan warna mengikut kegemaran korang ok.. aku suka sangat dengan hijau ni.. macam iklan Go Green tu haa.. hehehe.. untuk korang yang berminat nak dapatkan jam kiblat keluaran FA Watch ni boleh pergi ke link kat bawah ni untuk maklumat lanjut :



Instagram : Qiblat Sensor


sekarang ni diorang tengah buat promosi lagi tau.. jam ni tak sampai pun RM300 harganya.. berbaloi kan? 

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow
happy holiday

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Senang sikit ada jam ni ye. Cute Pula boleh letak Nama..

AimNub Haris berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh.. memang special la jam tu..
mesti rasa tak sabar nak guna kat sana nanti kan.. :)

...