Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 14 Ogos 2017

Kes sedih yang mengemparkan negara

assalamualaikum semua, selamat pagi.. makin menghampiri tarikh 18hb 0gos 2017.. satu negara dan mungkin satu dunia akan menyaksikan dan mengikuti perbicaraan kes paling keji pernah dilaporkan dalam sejarah jenayah Malaysia.. kes perbicaraan seorang ayah yang tergamak merogol dan meliwat anak sendiri..

semoga ada sinar buat mangsa


aku rasa ramai lagi rakyat Malaysia yang tak boleh nak 'move on' dengan kejadian ni.. semua tentunya dibayangi rasa tak percaya dengan apa yang si ayah sanggup buat terhadap anaknya sendiri yang sepatutnya dilindungi dari perkara semacam ini.. ianya tentunya menimbulkan rasa marah yang berapi-api pada si ayah.. 

tak kurang jugak ada yang menyalahkan si ibu dan mangsa tu sendiri.. macam-macam spekulasi yang keluar tanya mengira perasaan waris terutama si ibu dan mangsa.. aku sendiri pada awalnya tersangat marah bila dengar berita tu pada hari pertama kes disebut di mahkamah.. terdiam tanpa ada perkataan yang mampu nak diucapkan.. cuma di hati terdetik persoalan.. mengapa sampai tahap itu si ayah tergamak memperlakukan anaknya sendiri? Allah.. kuatnya dugaan manusia di akhir zaman ni.. padanlah kalau Rasulullah pun saat akhir pemergiannya masih menyebut mengenai umatnya.. sedih tak terkata rasa bila mendengar berita macam ni.. 

ada jugak kes yang dibacarakan sebelum tu seorang abang yang jugak merogol adiknya sendiri.. Allah.. apa lagi yang boleh diharapkan jika ayah dan abang yang merupakan insan yang sepatutnya melindungi tapi sebaliknya yang berlaku.. seperti peribahasa menyebut.. harapkan pegar, pegar makan padi.. 

di hari kedua pulak aku mula rasa sayu hati.. sebagai seorang ibu, berita macam ni sangat menyentuh hati seorang ibu.. mesti akan terbit rasa bersalah di hati ibu tu jugak..  baik kes haruan makan anak atau si abang yang mengerjakan adik-adiknya.. sampai aku share kat facebook apa yang aku rasa.. semoga ada yang akan membantu si ibu dan anak tu nanti.. trauma yang mereka lalui tu pun akan jadi pengajaran pada orang lain..



tapi waktu semua orang menyalahkan si ayah dan memikirkan hukuman yang setimpal untuknya atas apa yang dilakukan, timbul satu ayat dari sahabat kami, Rodzianah.. 

"Doakanlah dia insaf & bertaubat..bila dia insaf.. sesalan tu lah akan jadi hukuman yang paling berat buat dia.."

Rodzi, ayat kau ni sangat betul.. kita tak selayaknya menghukum sapa saja begitu saja.. semuanya perlu pengadilan.. dan jika si ayah benar bersalah, diharapkan hukuman buatnya nanti akan jadikan dia insaf dan sesalan tulah akan jadi hukuman terberat buatnya.. ok aku terpaksa berenti menulis.. sesak rasanya dada menulis cerita sebegini.. :'(

Ahad, 13 Ogos 2017

Resepi Roti Puri dah viral rupanya

assalamualaikum semua, aku baru tau Roti Puri dah jadi viral rupanya.. itu pun aku tau dari kawan-kawan di group whatsapp.. macam pelik pun ada.. tu la siapa sangka benda yang sangat mudah nak buat dan tak perlu banyak belanja tu la yang orang paling suka kan.. 

roti puri


aku pernah kongsikan resepi Roti Puri Mudah tanpa yis dulu.. pun tak sangka siap ramai yang nak cuba siap ada yang komen dia buat tak jadi pulak tu.. tapi itu aku tak hairan jugak sebab aku pun selalu jugak ambik resepi orang kemudian bila cuba tak jadi pun macam yang orang tu buat..

maklumlah mungkin sebab cara kita buat tu tak sama agaknya.. macam bancuh air la.. walau cuma perlu teh, air panas dan gula je untuk buat air teh tapi tak semua orang buat sedap pun.. semuanya jadikan air tangan orang tu unik kan? 

macam roti puri ni.. kalau ikutkan asas dia sama macam asas nak buat kulit karipap je sebenarnya.. ini yang macam mak aku ajar la.. dan resepi aku sebelum ni pun ikut cara Cik Jemah (mak aku) ajar.. insyaAllah akan ingat sampai bila-bila.. dan nanti nak ajarkan jugak dengan anak-anak.. sekarang ni pun masing-masing sibuk jadi tukang gelek kalau ada peluang.. meh tengok gambar aku simpan masa buat roti puri baru-baru ni.. 





aku makan dengan 2 lauk ni hari tu.. kari daging dari rumah mak dengan lauk sardin..




video aku masak tu pun ada kat youtube aku kalau korang rajin nak tengok kat bawah ni ya.. 



meriah kan?.. meh la cuba buat..


Bahagianya kami dapat makan mangga chukanan murah

assalamualaikum semua, baca tajuk memang tak boleh blah kan.. hahaha biasalah gimik je pun tu.. tapi hakikatnya memang buah-buahan macam mangga ni boleh buat kami anak beranak bahagia tau.. sedap dan bahagia kalau dapat menikmatinya hari-hari..

buah mangga kegemaran kami sekeluarga


yang ni mangga chukanan katanya.. aku beli dari Tunas Manja masa singgah nak beli barang lain aritu.. elok pulak diorang letak buah mangga ni kat depan pintu masuk.. eh.. eh.. memikat betul.. harapnya mungkin akan ada yng terpikat dan membeli.. nah.. akhirnya aku la jadi mangsa.. hahaha..

tapi aku tak kisah pun jadi mangsa untuk makanan sedap macam ni pun.. dan la sedap, murah pulak tu.. hihihi.. yang ni aku beli ni harganya dalam RM5.99 sekilo je.. aku beli dalam 3 biji aritu jadinya dalam RM10 untuk 3 biji tu.. besar-besar mangganya.. alhamdulillah rasanya pun elok lemak manis..

kalau kat rumah ni kalau 3 biji buah mangga ni memang sekelip mata je anak-anak abiskan.. diorang memang gemar makan buah.. baik buah mangga, tembikai dan mata kucing pun diorg suka.. aku pernah cerita dulu kan.. pasal makan buah mata kucing tu.. 

mangga chukanan murah!


masa makan mangga ni teringat keluarga angkat aku kat Korea aritu.. diorang cakap diorang suka jugak makan mangga ni tapi kat Korea mahal.. susah nak dapat.. aku pun rasa macam tu jugak.. aritu ada sekali makan kat restoran yang jenis buffet tu ada jumpa buah mangga tapi yang dah dipotong-potong dan disejukbekukan baru dihidang.. aku cuba gak rasa.. terbayang rasa lemak manis dah tapi sekali makan.. ambik kau.. masam gila.. hahaha.. jadi itu menjadikan aku bersyukur aku dilahirkan di Malaysia.. kalau takde buah kat Malaysia pun penyumbang buah kita dari negara jiran tu sentiasa ada.. betul kan? hihihi.. 

Jumaat, 11 Ogos 2017

Travel ke Korea : Kasut IJMAL

assalamualaikum semua, korang sihat tak hari ni? aku berangan tadi nak siapkan entri pasal Korea ni.. konon nak sambung untuk hari ketiga dan seterusnya tapi banyak pulak halangan.. baru perasan gambar dari kamera tak pindah lagi.. jadi hari ni aku kongsikan je la yang mana memang aku patut kongsi dari awal aritu.. pasal kasut IJMAL yang best!

Korea travel
Kasut Ijmal


pada awalnya aku tau pasal kasut IJMAL ni ialah daripada kawan-kawan dari whatsapp group la.. kami bercerita pasal kasut yang selesa.. dan tetiba kawan-kawan ada pulak tersebut pasal kasut IJMAL ni.. aku terkejut jugak pasal tak pernah dengar.. tapi percayalah lepas tu aku agak menyesal ok sebab tak kenal dari awal.. tu la orang cakap tak kenal maka tak cinta.. dah kenal jadi bercinta-cintun pulak dah..

dan aku pakai kasut IJMAL ni dari hari pertama aku nak ke Korea sampai la aku balik.. padahal aku ada je bawak kasut lain dan satu lagi boot tapi sebab kasut ni sangat selesa jadi memang aku tak sarung sangat la kasut lain.. Boot aku tu lagi la.. tersadai je.. membazir je bawak.. kalau aku tau baik tinggalkan je aritu.. memberatkan beg je.. kalau tak mesti boleh beli souvenir Korea bebanyak.. rugi betul la.. hahaha

masa aku pilih kasut IJMAL ni aritu aku rasa macam tak best tau.. nak tau kenapa? pasal banyak sangat pilihan warna dan design.. pasal aku cuma boleh pilih satu je.. dan hati rasa macam nak semua.. hahaha.. macamana tu..  sudahnya aku pilih jugak warna pilihan hati iaitu Wedges Navy Blue.. dan bila sampai tu.. ya Allah.. cantiknya.. saya suka! saya suka! 


selesa sangat disarung di kaki~walau masa ni tengah menunggu flight yang delay


dan aku cuba la sarung sekali sebelum nak hari nak pergi tu.. memang lembut di luar lembut jugak di dalam.. best je kaki duduk dalam kasut tu.. aku cuba jugak sarung dengan tak pakai stokin.. tak rasa geli-geli dan masih rasa best.. jadinya kalau sesiapa yang teringin nak beli dan sarung tanpa stokin pun ok tau.. lepas tu bila dah bawak pulak ke Korea Selatan aritu.. wah.. memang aku tak sarung yang lain dah la.. sebab sangat selesa dan terasa elegan ok.. pendek kata, aku ke sana ke sini memang sarung IJMAL je la.. naik subway, turun subway.. jalan kaki naik tangga turun tangga.. ok ni aku nak bagi tau satu rahsia.. dalam baju Hanbok Korea kat bawah ni aku pakai IJMAL ok..  lupa nak singkap je wei.. malu la orang tengok mak orang ni singkap-singkap kain pulak nak tunjuk kasut.. hahaha..


pssstt.. ada kasut Ijmal di sebalik Hanbok tu..

eh lupa nak tunjuk design apa yang ada dan warna pilihan..


Ijmal Emboss

Ijmal Plain

Ijmal Wedges



ok tak yah cerita panjanglah.. sesiapa yang berminat nak beli korang tengok pilihan yang ada samaada kat web atau kat facebook IJMAL ni sendiri.. eh lupa tips pasal kasut pun banyak sangat Kasut IJMAL kongsikan dalam facebook diorang tau.. 
 
Facebook : IJMAL


yang lagi menarik lagi ialah sekarang ni IJMAL tengah buat pertandingan #OOTD untuk semua pembeli dan pengguna kasut IJMAL.. caranya mudah je korang ikut je step yang diberikan dalam facebook IJMAL ikut link kat atas tu.. senang je syaratnya.. buat cepat tau! tarikh tutup 20 Ogos 2017 ni! aku pun dah cuba.. ada gambar aku kat instagram.. aku letak kat sini la.. nanti korang tolong like ok.. hehe sayang korang..

A post shared by Rozita Abdul Rahman (@ceritaita) on

sangat rindukan masa-masa di sana.. Korea, aku merinduimu.. 

Rabu, 9 Ogos 2017

Ceritaita cuba Resepi Cucur Manis Viral!

assalamualaikum semua, pagi ni entah ada semangat baru meresap dari mana tetiba terasa rajin pulak nak cuba resepi viral yang tengah popular sekarang ni tu.. Resepi Cucur Manis Viral.. haaa.. bunyi nama pun macam best kan? tu yang teruja nak cuba tu..

Cucur manis
Cucur Manis Viral


makanya aku dengan gigih bangun awal pagi untuk bancuh tepung untuk resepi yang aku dapat dari seorang sahabat kat group whatsapp semalam.. terima kasih mas aidura.. dah jadi wei cucur manis aku! hehe.. meh kita kongsi resepi dia macamana nak buat.. aku gerenti korang pun boleh buat sebab senang gila ni..

Resepi Cucur Manis Viral

sumber : sahabat

Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas 
1/2 cawan susu pekat manis (aku guna 3/4 susu krimer manis bandung Saji)
Garam sikit (secubit dua)
Minyak untuk menggoreng



Cara-cara
1. Sukat 3 cawan tepung gandum dalam bekas.
2. Masukkan susu pekat manis dan garam dalam tepung.
3. Masukkan air panas dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.
5. Boleh angkat bila dah kekuningan tu dan hidangkan.

Tips 
1. Ayak tepung selepas sukat untuk pastikan tepung tak berketul.
2. Bulatkan adunan dengan tangan dan tarik guna sudu yang dah dicelup minyak terlebih dahulu untuk hasilkan cucur yang bulat dan cantik.
3. Balik-balikkan masa dalam kuali menggoreng untuk dapatkan bentuk yang bulat, kembang dan cantik.


abg long kata tadi rasa cucur ni sedap tapi dia bukan rasa macam cucur atau cenkodok tapi lebih pada rasa apam.. macam apam goreng la kot kiranya.. tapi ok la ni kalau nak buat makanan masa nak bersantai-santai waktu petang ke.. sesuai sangat minum dengan teh.. kalau ada anak-anak yang suka makan benda-benda ringan pun sesuai ni..

kalau perasan aku saja je tukar susu tu ke susu bandung jenama Saji tu sebab nak cuba rasa dan warna yang agak menarik.. ok jugak la jadinya.. lainkali aku nak cuba yang coklat pulak.. dan kalau korang cuma nak makan sikit boleh je cuba buat separuh dari adunan tu.. sebab ikut yang resepi ni aku dapat banyak macam yang dalam pinggan tu la.. agak banyak kalau untuk keluarga kecik.. cuma part nak bulatkan cantik tu aku masih la dalam spesis gagal tiap kali nak cuba.. takpe ita lainkali boleh cuba lagi!.. korang pun cuba tau..


Selasa, 8 Ogos 2017

Ah sudah.. beli kasut sekolah lagi?

assalamualaikum semua, malam kita bersiaran lagi.. kemaruk berblog dah nampaknya ni ita.. itu tandanya ita tengah stress.. hahaha.. bertabahlah.. malam ni kita cerita pasal kasut.. ya pasal kasut lagi dan sekali lagi kasut sekolah pulak.. memang kena bertabahlah korang jawabnya..

jalan-jalan beli kasut lagi 


sebabnya malam ni kami mengulang lagi ke kedai yang kami pergi semalam sebab nak beli kasut sekolah yang sama macam abg long semalam.. letih la sekali lagi.. tapi kali ni bukan sebab kasut hilang pulak tau.. 

kali ni sebab dah ada yang versi merengek tahap tak larat nak tengok dan dah ada yang buat muka sedih.. asalnya kakak husna ada sesi fotografi kat sekolah esok dan kena pakai baju seragam lengkap siap berkasut tapi kasut dia pulak memang dah ketat.. ngam-ngam je kaki dia.. semalam nak beli tak dapat sebab bawak duit cukup-cukup je untuk beli kasut abg long.. kedai ni pulak tak boleh nak guna kad.. jadi nak tak nak kenalah datang semula hari ni..

pastu tengah elok je merancang nak datang balik tu boleh pulak yang sorang lagi anak bertuah ni dah mula bergenang-genang airmata dah mengenangkan nasib diri dia pulak.. mula la keluar semua alasan.. siap ada alasan.. 

" saya selalu lambat nak naik van ciklan sebab saya lambat pakai kasut.. saya nak kasut sarung macam abg long jugak.. kalau ada kasut gitu mesti saya dapat cepat "

korang rasa??? terus naik darah ok..

aku cuba gak pujuk tadi sebab kasut dia tu molek dan muat lagi kot.. tapi tak jalan dah.. sudahnya.. haa tengok la gambar dia dalam kedai kat atas tu.. bukan main lagi memilih.. tapi mujurlah ada lagi kedai yang sentiasa jual barang-barang budak sekolah sepanjang tahun macam Pasaraya Berjaya Ekonomi ni.. kalau tak haru wei.. mana nak cari kasut sekolah saiz kaki bebudak ni dalam harga yang masih berpatutan dah tetengah musim sekolah.. kalau pasaraya lain masa musim nak naik sekolah je sibuk.. lepas tu takde dah.. baju-baju sekolah pun banyak je pilihan lagi kat sini..

Pasaraya Berjaya Ekonomi


macam tadi satu kasut bebudak ni dalam RM30 sepasang harganya.. inilah parah kalau dah sorang membeli.. nah ambik berturut-turut pulak semua nak.. ginilah kalau anak-anak ramai dan berderet pulak tu.. bertabah jelah poket.. huwaaa.. 


Kasut sekolah punya pasal

assalamualaikum semua, pagi ni sejuk je rasa sebab hujan di kawasan rumah kami ni.. walaupun tak lebat tapi cukup untuk menyejukkan bumi dan hati-hati kami.. alhamdulillah.. semalam hampir nak hangin jugak satu badan pasal gara-gara kasut sekolah..

ni kasut baru dia yang beli semalam


mesti korang pun pelik kan.. apasal la isu kasut sekolah pun nak marah.. hihihi.. anggap je la yang ini adalah entri luahan rasa gitu.. ceritanya macam ni, macam selalu abg long akan gi ke transit bila balik dari sekolah dan terus bersiap untuk makan dan ke sekolah kafa pulak petangnya.. gitulah rutin dia setiap hari..

dan kami pulak macam biasa akan ke transit pada sebelah petang untuk ambik abg long, beg serta barang-barang abg long dan abg ngah di transit.. termasuklah kasut sekolah abg long.. tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak semalam masa nak ambik kasut abg long boleh takde kat atas rak tu.. panik la sekejap shah masa tu.. lepas tu dia masuk kereta cakap kasut abg long dah takde, mungkin orang tersalah ambik agaknya.. adehhh.. letih betul..





dahlah kasut tu kami baru je belikan tak sampai sebulan.. asal beli tu sebab dia dah ngadu kasut dia ketat dah tak muat.. jadi beli la sepasang je nak cukupkan sampai hujung tahun je kiranya la.. tup-tup hilang pulak semalam.. mau tak panik.. kelam kabut la pulak kami gi kedai cari kasut baru pulak semalam.. Allah.. memang ujian betul la..

kalau dah tulis nama macam ni hilang jugak tak tau la.. haha


dan paling best sebenarnya bukan nak cerita pasal kasut yang baru beli tu.. tapi nak cerita pasal kasut yang hilang ni.. semalam lepas hilang tu aku suarakan la dalam group whatsapp transit, mintak ibubapa dalam tu tolong tengokkan kasut anak masing-masing kalau-kalau tersalah ambik.. sebab kat kasut tu memang ada tulis nama.. ada la sorang dua yang menyahut.. alhamdulillah ada yang sudi.. dan pagi ni elok je kasut abg long ada kat rak kasut transit masa kami hantar barang-barang anak.. bayanglah apa kami rasa..

ini kasut lama dia yang hilang tu


kot ye pun dah tersalah ambik, cubalah bagitau.. bukan susah pun.. sekarang hp memasing pun dah canggih dah aku rasa.. bagitau la supaya tak susahkan orang lain.. tapi akhir sekali aku anggap beli kasut baru semalam tu cuma rezeki abg long je la.. nak sedapkan hati kan.. hahaha.. jadi kasut dah jumpa, jom kita kerja dengan hati gembira!



Isnin, 7 Ogos 2017

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Kedua

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Kedua

assalamualaikum semua, aku sambung kisah EDP di hari kedua kami.. bersambung dari hari pertama aritu.. setelah menempuh perjalanan selama lebih 6 jam dan selamat sampai di Lapangan Terbang Incheon pada jam 7.10 pagi waktu tempatan tu kami sangat bersemangat nak tempuh hari yang baru.. 



gambar di hari ketibaan kami


pertama sekali yang kami buat di Negara Korea Selatan ni ialah gigih bergambar di sana sini.. haha.. team kali ni memang "die hard camera lover" dia punya panggilan yang sesuai.. tengok je la muka memasing kalau jumpa kamera.. dan aku bagi amaran kat korang yang korang akan tengok banyak lagi paparan gambar selepas entri hari kedua ni.. itu pun sebab gambar-gambar hari pertama sampai hari ketiga kot yang tak dapat diselamatkan tu.. kalau ada pun gambar-gambar yang aku sempat upload di IG atau FB atau dah sempat whatsapp kat orang lain selepas tu.. sampai sekarang rasa nak nangis sebab hilang semua gambar yang cantik dalam hp ni.. tapi hidup kita mesti teruskan jua jadi meh kita sambung entri ni dengan segera.. haha..


bergambar dengan maskot Winter Games PyeongChang 2018 di Incheon Airport


gambar ehsan dari rakan sekumpulan
Menatap permandangan Sungai Han dan Seoul buat pertama kalinya

akhirnya dah sampai Korea wei.. rasa tak percaya pun ada ni..


berdasarkan taklimat awal dengan pihak JPA aritu kami akan disambut dengan program ala-ala runningman macam peserta sebelum ni.. tapi beberapa hari sebelum hari keberangkatan kami aritu pihak NHI (National Human Resources Institute) kat Korea dah maklumkan yang kemungkinan besar aktiviti ni dan jugak berbasikal akan dibatalkan.. yang mana kebanyakan dari kami sangat kecewa.. ya la bukan selalu dapat buat aktiviti macam ni dalam berkumpulan.. pulak tu kat suasana yang berbeza.. tapi nak buat macamana.. disebabkan takde rezeki kami teruskan je dengan jadual yang tersedia..


disebabkan acara ala runningman dibatalkan dan kami dapat perlepasan di hari pertama kami tiba di Korea ni.. kami teruskan dengan rancangan menjelajah Korea dengan cara kami.. alhamdulillah ada ahli kumpulan yang sangat sporting.. kesemua 20 orang ikut sama dalam pengembaraan pada 16/7/17 kami ke Pulau  Nami.. atau dipanggil Nami Island! tapi sayang.. gambar peribadi aku dalam hp ni tak dapat nak dikongsikan kecuali satu gambar je.. itu je la buat tatapan mata.. insyaAllah kalau ada yang lain dari simpanan kawan-kawan aku akan update nanti ya.. aku akan kongsikan gambar dari kamera kecik yang aku bawak sebagai back up aritu.. dan malangnya kamera tu pulak abis bateri di pertengahan penjelajahan Pulau Nami.. malang bertimpa-timpa nampaknya.. mungkin jugak semua berlaku sebab dah disuratkan untuk datang ke Pulau Nami semula satu masa nanti? hahaha.. impian ok.. mana tau akan jadi kenyataan.. 


muka ceria nak ke Nami Island


kami bergerak dari hotel dalam pukul 11 pagi rasanya kot aritu.. dah lupa pulak masa sebenar.. pastu kami naik beberapa keretapi laju atau dipanggil subway di Korea ni.. maksud beberapa di sini ialah kami bertukar-tukar line subway sepanjang perjalanan ke Nami Island.. eh lupa nak bagitau yang kami check in di Hotel Koreana sebelum tu.. ada dihidangkan makanan yang sedap untuk kami bersarapan pagi tu jugak.. tentunya ada kimchi yang sedap tu.. 

muka beum mandi masa ni.. haha nak gi sarapan dulu..


kemasan meja untuk sarapan di Koreana Hotel


kami mulakan perjalanan dengan menaiki subway dari stesen City Hall yang berdepan dengan hotel yang kami duduk.. masa ni tak tau pulak ada banyak stesen rupanya di kiri kanan hotel jugak.. haha.. sah jakun! kami hanya ikut je panduan yang diberi oleh pemandu arah kami masa tu.. bersyukur sangat En Anas yang budiman ada dalam kumpulan kami dan sudi bawak kawan-kawan jalan tanpa merungut pun.. terima kasih anas! jasamu dikenang.. ok sambung cerita.. dari Stesen City Hall kami ambik subway line 1 untuk ke Stesen Hoegi yang ambik masa perjalanan dalam lebih kurang dekat sejam jugak.. ada 9 stesen kami tempuh dari City Hall nak ke Hoegi tu.. tapi masa ni ramai dari kami ada yang berdiri sebab subway yang agak penuh.. cuma dah separuh jalan tu ada jugak yang dah tertidur.. 


perjalanan kami dari City Hall ke Pulau Nami


sampai di stesen Hoegi kami tukar subway untuk ke Stesen Sangbong pulak.. yang ni sekejap je sebab cuma satu stesen je tapi masa subway tu nak bergerak agak lama dia menunggu di stesen Sangbong tu.. ada la dalam 10 hingga 15 minit sebelum dia mulakan perjalanan.. aku agak mungkin ini antara subway yang agak kurang penumpang dan jarak antara subway yang datang tu agak jauh jadi perlukan masa untuk penumpang memenuhi gerabak yang ada.. masa dah abis waktu menunggu tu pun masih banyak lagi ruang yang kosong.. mungkin jugak telahan aku tu benar..


rilek je orang kat belakang tu sorong basikal dia ke dalam subway.. haha


selepas bergerak dari Stesen Sangbong ni kami terus ke stesen Gapyeong yang ambik masa dalam lebih kurang sejam jugak la.. ada lebih kurang 15 stesen yang kami tempuh sebelum sampai ke stesen Gapyeong.. sempat la kami tertidur-tidur dengan berbagai adegan dalam subway tu.. haha.. permandangan pun agak berbeza di sepanjang jalan.. ada permandangan yang sangat cantik yang tak dapat nak diungkapkan sebab kawasan yang kami tuju ni dia dah macam area pendalaman jugak la.. jauh dari kesibukan bandaraya Seoul..



aku dapat ambik gambar lembah ni dari depan yang lebih cantik tapi crash dalam hp.. huhuhu..


Sampai di stesen Gapyeong kami kena cari kenderaan lain untuk ke Pulau Nami.. samada naik teksi atau naik bas.. kami pilih untuk naik teksi yang mana memang paling mudah dan jimat bagi kami yang berkumpulan ni.. untuk satu teksi bayaran maksima kena bayar adalah dalam 3900 won untuk satu hala.. jadi kami boleh berkongsi dengan 3 atau 4 orang untuk satu teksi.. dekat je sebenarnya Pulau Nami tu dari stesen Gapyeong tapi nak berjalan dalam musim panas di Korea ni rasanya mau berpeluh jugak.. kalau naik bas tambangnya lebih kurang 1300-1500 won macam tu la.. aku pun tak ingat dah.. itu pun tau sebab ada kawan-kawan yang naik bas waktu balik dari Pulau Nami.. tapi hati-hati ya jangan ternaik teksi berwarna hitam di Korea ni.. tambangnya akan lebih sekali ganda dari teksi berwarna silver dan putih..



ok abaikan orang yang ramai ni.. aku nak tunjuk kena ambik teksi kat depan tu kat area bas


tempat basikal belakang stesen Gapyeong 

selepas turun teksi ini permandangan yang kami nampak ~ ada bungee jumping kat depan tu tau..


kena beli tiket kat kaunter ni dulu

ok tiket dah dapat, jom gerak!


sesampai di Pulau Nami kami sibuk nak beli tiket feri pulak.. yang sampai sekarang aku agak menyesal tak tuntut kupon yang dia bagi sekali dengan tiket aritu.. masa tu Myeongdong pun tak tau kat mana lagi kan.. apa nak buat.. satu tiket dewasa ialah 8000 won sekali dengan bayaran feri dan bayaran masuk pulau la tu kiranya.. mungkin ada orang akan cakap agak mahal untuk sekadar ambik gambar dan merasai pengalaman berada di Pulau Nami dan agak tak berbaloi berpenat lelah datang jauh-jauh dari Seoul.. tapi pada aku pengalaman macam ni sangat-sangat berbeza.. merasai pengalaman naik subway buat kali pertama dan berganti-ganti subway pulak tu.. memang sangat berharga.. ditambah pulak dengan pengalaman melihat panorama Nami Island yang merupakan tempat pengambaran drama bersiri Winter Sonata yang sangat cantik.. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik Anas sudi bawak kami sampai ke sini.. semoga Allah balas dengan limpahkan kebaikan buat Anas dan keluarganya.. 


bergambar dulu dengan deretan buku yang ada kat sebelah kaunter ni

kena laju-laju takut kena hempap buku.. haha..


meh aku kongsikan dengan korang gambar sepanjang berada di Pulau Nami yang ada dalam simpanan aku ni.. sila bertabah tengok gambar yang banyak ni ye.. hahaha..


seram pun ada lalu gate kecik ni


masa ni nampak feri dah tarik tali terus kami lari-lari.. haha

yeay dapat masuk!


dalam feri.. alamak double chin!


Pulau Nami dari jauh

smart baju pengawal dia

alhamdulillah kami dah sampai!


UNICEF Child-Friendly Theme Park ~ sesuai untuk anak-anak

peta kawasan.. besar la jugak.. nampak tu Welcome to Naminara Republic

antara sejarah Nami Island

peta lagi tapi kat tempat lain pulak


acah-acah ayu.. hahaha

pokok di berbeza-beza ikut lorong tau..

kat sini cantik gila..

cak!.. haha.. fefeling macam dalam drama



sudu special hanya di Korea




bergambar dengan poster winter sonata

kami sempat la bersolat di Pulau Nami ni yang mana ada disediakan bilik solat untuk muslim.. di kawasan Library Cafe.. dan kami makan tengahari jugak kat sini sebab ada makanan Korea yang halal kat sini jugak tau.. tapi pesanan khidmat masyarakat, eloklah kalau korang nak pesan makanan tu korang kongsi berdua dengan kawan-kawan ke sebab hidangan dia agak besar untuk abiskan sorang.. aku makan octopus rice pun macam terkulat-kulat jugaklah nak menghabiskan sorang.. tambahan jugak sebab harga makanan dia agak mahal.. lebih kurang purata harga makanan dia dalam 10 hingga 15 ribu won jugak la untuk satu hidangan..


kami makan tengahari kat sini ~ atas ni ada bilik solat

harga makanan dia
aku makan yang no 2 tu.. sedap wei.. nasi bulgogi dia pun sedap


dan pengembaraan kami di Pulau Nami selesai apabila jam menghampiri pukul 7 malam.. eh lupa nak bagitau yang feri ke Pulau Nami berakhir pada jam 9 malam tau.. ada 2 waktu berbeza mengikut musim.. kena check balik.. rasanya pukul 9 malam dari bulan April sampai Ogos je kot.. selepas tu feri akan abis sejam awal.. dan kami akhirnya sampai semula ke Hotel Koreana menghampiri jam 10 malam.. satu lagi info.. kalau nak tau Nami Island ni sebenarnya adalah Republik sendiri tau.. rakyat Korea sendiri pun yang nak datang sini mesti menggunakan pasport.. sebab tu dalam semua tempat ada tertulis Republic of Naminara.. aku ada jugak buat live kat facebook di hari kejadian.. kalau nak tengok macamana Pulau Nami pergi la usha fb aku kat sini Ita punya facebook..

eh.. aku lupa nak bagitau kami naik teksi, bas atau subway kat Korea ni guna perkhidmatan bayaran T-Money tau.. nanti aku cerita pulak T-Money ni apa dan macamana nak dapatkan T-Money ni dengan cara kami.. entri lain la pulak ya sebab aku dah letih menaip.. haha.. stay tune!