Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 28 Ogos 2017

Baca Novel Kitab Lama lebih 3 bulan?

assalamualaikum semua, akhirnya aku berjaya jugak abiskan pembacaan buku yang sangat menguji emosi ketika membacanya.. Kitab Lama karya Sha Hanim Ramli.. fuh.. sangat menguji akal dan emosi..

Kitab Lama Karya Sha Hanim Ramli
Kitab Lama ~ Sha Hanim Ramli


dan aku dah bagitau kat facebook pun yang aku habiskan pembacaan dalam masa 4 bulan.. tapi sebenarnya aku berjaya habiskan dalam masa kurang dari 3 bulan.. alhamdulillah.. satu percapaian yang agak teruk dan itu terlalu lama bagi orang lain agaknya.. 

kenapa aku ambik masa begitu lama nak abiskan buku yang tebalnya cuma tak sampai 500 mukasurat ni? haa.. banyak dugaan sebenarnya.. 

1. Antara sebab utamanya ialah aku bermula membaca di awal kedatangan bulan mulia dalam Islam iaitu bulan Ramadhan.. dan akhirnya membuat aku terfikir yang membaca al-Quran adalah lebih utama dari membaca novel.

2. Sebab kedua ialah, masa aku yang agak terhad untuk luangkan masa membaca novel sebegini.. kebanyakan masa dihabiskan untuk perkara yang aku rasakan lebih penting terutamanya menjaga kepentingan orang lain selain dari diri sendiri.

3. Ketiga, sebab aku rasa novel ini merupakan novel yang perlu dibaca dengan penuh teliti sambil cuba membayangkan situasi sebenar perkara yang ditulis.. ok aku dah mengaku yang aku dah terasa seperti aku sedang menghendap di sekitar Kampung Semboyan ketika membaca novel ini.

4. Banyak peristiwa berlaku dalam 3 bulan ni yang agak menganggu proses pembacaan.

tapi alhamdulillah setelah semua dugaan berjaya jugak aku abiskan membacanya setelah sekian lama.. meh aku ulas sikit review aku mengenai novel Kitab Lama ni..

Novel ini aku teringin nak baca setelah aku habiskan pembacaan novel Teori X satu ketika dulu.. aku cuba jejaki penulis dan cuba dapatkan 2 lagi novel tulisan beliau.. alhamdulillah dah berjaya abiskan 2 dari 3 Koleksi beliau yang aku mahu cari ini..

semangat berkobar dengan hanya membaca sinopsisnya sahaja 


Kisah di dalam buku ni mengisahkan seorang pemuda yang sedang hidup di era tahun 2013 yang tersangat moden dan kebaratan kehidupannya, Martin yang dibesarkan dalam pengaruh budaya barat yang meresapi kedua ibubapanya yang langsung tidak kenal akan budaya dan tatasusila adat Melayu dan agama Islam yang sebenar..

Hidup penuh kepura-puraan dan liar membelenggunya dan akhirnya nama Martin akhirnya terikat dalam jasadnya sendiri yang koma lalu merentasi masa dan menjiwai watak jejaka lain di tahun 1942 iaitu zaman penjajahan British dan Jepun.. dan akhirnya membentuk peribadi Martin berubah secara total menjadi Malim Damang, pejuang Melayu sejati segagah namanya.. 

setiap penyeksaan demi penyeksaan yang diceritakan dalam novel ini sedikit sebanyak buat hati sangat terguris dan terluka.. sesuai sangat dengan semangat kemerdekaan yang sedang meresapi di jiwa aku sekarang ni.. penulisannya digarap dengan sangat baik.. ianya juga menimbulkan rasa berkobar-kobar ingin berjuang menentang penjajah.. 

tak sabar rasanya nak menghabiskan pembacaan walau hakikatnya tetap banyak dugaan.. dan aku berharap sangat akan ada sambungan pengakhiran yang sangat baik kerana 'Ledang itu kubu terakhir bangsa kita'.. terima kasih penulis Sha Hanim untuk buku yang sangat best ni!

Amin.. insyaAllah

Buku yang sangat bagus untuk memupuk kecintaan pada negara dan pentingnya untuk mendidik anak-anak melalui saluran agama yang betul. korang yang belum baca karya Sha Hanim Ramli ni patut cepat cari dan hayati novel ini..

Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue minat juga membaca buku, novel atau apa saja.. cuma lebih minat pada cerita seram, dan sekarang nie rasa macam tak sempat dah nak baca.. macam sibuk sangat pulak dah.. hahaha..

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rajin akk membaca buku. Saya ini plg susah nk khatamkan buku hehehe

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam menarik je kisah novel ni. Boleh cari nanti.

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau novel macam ni ana suka kak. Jalan cerita dia ada peringatan dan nasihat. Bukan novel cinta semata.

Uyul Rosli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau laa uyul dapat curi masa baca buku haih
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Paah Jais berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Betul2 kene tumpukan perhatian nak baca buku ni... Kalau baca sehelai buat benda lain... Tak dapat nak menjiwai watak nanti... Hiii

Jemput jalan ke blog saya...


https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/