Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 9 Ogos 2017

Ceritaita cuba Resepi Cucur Manis Viral!

assalamualaikum semua, pagi ni entah ada semangat baru meresap dari mana tetiba terasa rajin pulak nak cuba resepi viral yang tengah popular sekarang ni tu.. Resepi Cucur Manis Viral.. haaa.. bunyi nama pun macam best kan? tu yang teruja nak cuba tu..

Cucur manis
Cucur Manis Viral


makanya aku dengan gigih bangun awal pagi untuk bancuh tepung untuk resepi yang aku dapat dari seorang sahabat kat group whatsapp semalam.. terima kasih mas aidura.. dah jadi wei cucur manis aku! hehe.. meh kita kongsi resepi dia macamana nak buat.. aku gerenti korang pun boleh buat sebab senang gila ni..

Resepi Cucur Manis Viral

sumber : sahabat

Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas 
1/2 cawan susu pekat manis (aku guna 3/4 susu krimer manis bandung Saji)
Garam sikit (secubit dua)
Minyak untuk menggoreng



Cara-cara
1. Sukat 3 cawan tepung gandum dalam bekas.
2. Masukkan susu pekat manis dan garam dalam tepung.
3. Masukkan air panas dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.
5. Boleh angkat bila dah kekuningan tu dan hidangkan.

Tips 
1. Ayak tepung selepas sukat untuk pastikan tepung tak berketul.
2. Bulatkan adunan dengan tangan dan tarik guna sudu yang dah dicelup minyak terlebih dahulu untuk hasilkan cucur yang bulat dan cantik.
3. Balik-balikkan masa dalam kuali menggoreng untuk dapatkan bentuk yang bulat, kembang dan cantik.


abg long kata tadi rasa cucur ni sedap tapi dia bukan rasa macam cucur atau cenkodok tapi lebih pada rasa apam.. macam apam goreng la kot kiranya.. tapi ok la ni kalau nak buat makanan masa nak bersantai-santai waktu petang ke.. sesuai sangat minum dengan teh.. kalau ada anak-anak yang suka makan benda-benda ringan pun sesuai ni..

kalau perasan aku saja je tukar susu tu ke susu bandung jenama Saji tu sebab nak cuba rasa dan warna yang agak menarik.. ok jugak la jadinya.. lainkali aku nak cuba yang coklat pulak.. dan kalau korang cuma nak makan sikit boleh je cuba buat separuh dari adunan tu.. sebab ikut yang resepi ni aku dapat banyak macam yang dalam pinggan tu la.. agak banyak kalau untuk keluarga kecik.. cuma part nak bulatkan cantik tu aku masih la dalam spesis gagal tiap kali nak cuba.. takpe ita lainkali boleh cuba lagi!.. korang pun cuba tau..


Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ramai jugak dh buat ni...rasa nak buat jugak la

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya. Nanti boleh Cuba dgn Susu coklat Pula lah. Ada kt Umah Tu

I am LZ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhh lebih menarik sebab letak susu..
Best,next time boleh cuba resepi versi Ita 😊

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cucur Viral ya.. tengok resepi macam senang nak buat kan Ita.. nanti boleh lah cuba..

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Viral cucur manis ni skrg. Rasa nak buat la jap lagi. Dulu masa kecil2 selalu mak ena buatkan

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya. Sy xcuba lg kak. nnti nk balik kg bru buat. ngeee gebusss