Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 28 Ogos 2017

Laporan EDP siap akhirnya!

Assalamualaikum semua, hari ni aku bertungkus-lumus menyiapkan ubahsuai laporan EDP buat kali yang terakhir.. banyak pulak rupanya ayat yang tak berapa best dalam laporan tu bila baca balik.. 

perfect binding
Laporan EDP siap!

setelah menjalankan penyemakan terakhir tadi aku pun buat keputusan nak hantar pegi cetak terus.. sekali aku tanya kedai.. terkedu wei dengar harga.. diorang ambik harga RM1.20 untuk sehelai kertas biasa dengan cetakan berwarna  dan RM1.50 untuk art paper.. jadi aku pun patah balik pejabat dan cetak kat pejabat je.. langkah terakhir tu baru la aku buat kat kedai.. 

sebelum aku buat keputusan nak cetak kat pejabat tadi, aku buat jugak tinjauan merata bandar Kuantan tadi.. ada la tanya dua tiga kedai tadi tapi ada jugak la kedai yang tak dapat nak buat binding macam yang aku nak.. diorang panggil ni perfect binding kalau tak silap.. 

dan yang paling kelakar apa tau? aku jelajah jauh-jauh dan susah payah rupanya kedai yang akhirnya boleh buat tu dekat je dengan pejabat aku.. huhu.. letih wei.. dengan muka macam apa dah berminyak-minyak le sana sini.. hahaha.. inilah kedai yang aku pegi tadi.. A & Q Digital Printworks.. kat Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, Pahang..

Kedai printing Kuantan

kos dia untuk satu buku laporan tu ialah RM12 sekali dengan satu keping art card.. art card ni ialah art paper yang agak tebal sikit dan biasanya diorang guna untuk kulit buku.. sebenarnya aku pun baru tau hari ni.. hahaha.. tadi aku request art paper sekali adik kedai yang baik hati tu tanya.. nak art paper je ke atau nak art card.. terus la aku tanya apa beza dua ni.. hahaha.. malu bertanya sesat jalan kan?..

dan legalah akhirnya siap jugak laporan yang menguji minda ni dalam tak sampai pun setengah jam.. dapat banyak ilmu baru jugak pasal pembikinan dan penjilidan buku ni.. alhamdulillah.. esok kita kasi hantar ok! sesiapa nak aku bawak gctea esok roger eh!


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

panphila berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wow! Melampau benau harga for a piece of paper -.- These people make money ah. Kesian pada students.

http://panphila.blogspot.my

Ainniah Zulkefli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nasib baik ada adik yang membantu. ok la RM12 untuk satu buku tu. daripada nak print RM1.20 or RM1.50, ntah jadi berapa plak totalnya kan.

Nieyl berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

printing skrg mmg mahal..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah selamat dah.. murah Tu rm12