Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 25 Ogos 2017

Semangat Merdeka di jiwa anak-anak

assalamualaikum semua, pagi ni abg long dan abg ngah pergi sekolah sesama sebab abg ngah kena hadir sekolah untuk sesi pagi.. sekolah buat satu sesi je hari ni bersempena sambutan bulan merdeka di sekolah..

Semangat Merdeka di jiwa anak-anak
gembiranya masing-masing sampai kat sekolah 


dan tahun ni sekolah anak-anak akan buat aktiviti bendera gergasi di sekolah.. ntah macamana gayanya ntah.. harap semuanya dipermudahkan Allah dan berjalan dengan baik.. insyaAllah.. 

tak terbayang kalutnya cikgu-cikgu nak kawal anak-anak di sekolah bila persekolahan satu sesi ni.. mesti agak kelam kabut tu nanti.. kesian cikgu.. harus terjerit-jerit sampai hilang suara tu nanti.. hihihi.. mujurlah esok dah mula cuti seminggu.. 

sebagai persediaan untuk hari ni, anak-anak dikehendaki bawak peralatan semalam untuk buat topi merdeka.. tapi bila balik tengok abg long punya topi sekerat jalan takde bendera.. abg ngah pulak cuma sempat warnakan bendera je.. satu apa tak sempat buat.. 

jadi cikgu mintak tolong ibubapa siapkan topi anak-anak di rumah.. aku yang memang tak larat semalam tak membantu apa pun.. shah yang berhempas pulas buat semua di samping anak-anak yang dah tergolek tertidur sebelah dia.. dan pagi ni aku bangun tengok dua buah topi yang dah siap dihias dengan cantiknya.. pandai abang buat.. terima kasih ye bang.. 

topi merdeka
topi merdeka

topi merdeka
topi merdeka


budak berdua tu pulak boleh melangkah penuh yakinnya untuk ke sekolah pagi ni sebab rasa topi hasil tangan ayah diorang sangat cantik.. memasing senyum je dan tak sabar nak cuba pagi tadi.. 

aktiviti abg long dan abg ngah pagi ni akan disiarkan secara langsung katanya di TV3 pagi ni.. jam 8.30 pagi.. nanti nak cuba jugak tengok kalau berpeluang.. cuba la curi masa sikit cari tv berdekatan ni karang.. itupun kalau sempat.. banyak perkara jugak nak kena selesaikan hari ni.. kalau sesiapa ada kesempatan tolong tengokkan bagi pihak aku ye korang..

suruh senyum pun susah

paksa baru boleh.. abg long ooo abg long..


tapi di sebalik kegembiraan orang lain akan ada kedukaan bagi orang lain pulak.. cewaah ayat.. hahaha.. mana taknya.. abang-abangnya dah gembira sambil tersengih-sengih sebab dapat topi cantik.. yang kakak husna pulak sedih sebab takde topi cantik untuk dia jugak.. hahaha.. macam-macam gelagat anak kan? terpaksa la ayah dia cakap akan buat malam ni pulak untuk kakak dan adik sekali.. tak tidur malam lagi la jawabnya ye bang..  hihihi..


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat pagi jumaat
singgah pagi yg indah

Maisarah Humaira berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantik topi tu hehe. semangat merdeka

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok gelagat anak2 ko ita. Kesian husna. Tapi topi ni mmg cantik

Puan Wawa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cian kakak husna.. hehe

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi, mrs pip dtg melawat ...
Cute topi tu ..
Anak mrs pip pun baru saja celebrate merdeka kat playschool,
Seronok tengok budak2 pakai baju merdeka ...
#AFBDOTMY