Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 24 Ogos 2017

wah bersenam di Gym pulak?

assalamualaikum semua, petang ni mengantuk benar mata aku ni.. masih memikirkan banyak benda yang belum siap.. terkejar-kejar dek masa.. baru ni kononnya bila gi kursus malam-malam tu boleh la nak selesaikan memana yang tertangguh rupanya line telefon pulak terus merundum bila masuk bilik.. sedih betul..

kami mulakan dengan kayuh basikal dulu


sudahnya aku banyak abiskan masa buat benda lain je la.. dan disebabkan ada geng masa bermalam kat Hotel Bangi-Putrajaya tu jadinya aku pun ajak la kawan sebilik tu pergi gym sama-sama.. dengan harapan dapat la buat senaman ringan-ringan macam kayuh basikal ke apa ke kan..

alhamdulillah, syukur jugak waktu kami duduk situ memang tak ramai orang pun.. jadinya puas jugak la kami mengodeh peralatan gym yang ada kat situ walau pada hakikatnya tak pernah guna wei..hahaha.. seumur hidup mana la pernah masuk gym.. eh silap.. masuk pernah la tapi bersenam atau guna peralatan yang ada kat dalam tu memang belum pernah sekali pun la.. 

tapi apa ada hal kan? hihi.. kita kasi redah je la.. dan..  akhirnya kami berjaya la menyenamkan diri selama dekat sejam jugak.. kira-kira dalam 100 kalori jugak la berjaya dihapuskan dalam masa sejam tu.. kira oklah kan untuk taraf-taraf beginner ni.. hahaha.. 

masa ni baru 80 kalori je



tapi kami dah tetapkan azam tau.. lepas ni kalau gi kursus memana nak cari hotel yang ada gym.. dan kalau boleh yang gymnya bukak 24 jam pun bagus.. korang doa-doakan la ya.. terima kasih!


Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Inani Hazwani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahah! Samalah kak, Nani pun kalau masuk pusat gym mesti blur tak tahu nak guna macam manaa