Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 29 September 2017

Pengalaman memberi ceramah

assalamualaikum semua, hari ni terasa nak tulis pulak pasal kerja.. entah kenapa pulak.. mungkin disebabkan kerja yang berlambak tak abis-abis kat depan mata ni kot.. kerja aku bukalah takat jadi doktor haiwan yang buat postmortem dan diagnosis penyakit je setiap hari.. sebagai pegawai kerajaan kami pun terbelenggu dengan tugas-tugas pentadbiran jugak.. jadi dari kita stress marilah kita tulis blog.. biar blog je yang stress.. haha

Pengalaman memberi ceramah


sebenarnya nak cerita.. minggu lepas ada kursus dalaman mengenai ISO 17025 kat makmal kami ni haa.. tapi cuma kursus kecil-kecilan la.. aku yang cadang nak buat pastu aku yang buat semua sudahnya sebab terlupa nak lantik AJK bagai.. nasiblah.. ni semua gara-gara jadual yang agak padat bulan September ni.. dari awal bulan aku ke KL sampai tengah bulan ke Ipoh pulak.. dan akhirnya baru balik ke makmal.. dan kena buat kursus.. jadi kelam kabut pun ada..

dan lebih best lagi aku la kena jadi penceramah pasal tak sempat nak cari penceramah bertauliah la kesnya.. dan pulun la aku mencari bahan untuk ceramah tu.. dan buat slaid dalam Power Point bagai.. mujurlah zaman sekarang ni teknologinya makin canggih kan.. jadinya laju je la siapkan powerpoint tu sebab semua benda di hujung jari je.. hehehe.. alhamdulillah.. 

antara persediaan aku sebagai penceramah masa tu ialah :

  • cari bahan yang sesuai termasuk rujukan yang berkualiti 
  • sediakan slaid pembentangan yang sesuai (termasuk pemilihan latarbelakang, yang ni aku masih belajar)
  • cuba baca slaid pembentangan sepintas lalu atau buat latihan percakapan
  • tidur secukupnya (kalau boleh)
  • doa supaya dipermudahkan urusan (aku siap telefon mak mintak doakan sama)


sampai la ke hari kejadian.. sebenarnya aku siapkan slaid cuma dalam 30 lebih muka surat je tau.. dan aku agak panik sebab aturcara majlis dari pagi sampai tengahari.. bermula jam 8.30 pagi sampai 1 tengahari.. ada la masa pendaftaran dalam setengah jam pastu rehat dalam sejam lagi gitu.. jadinya masa aku kena membebel ni ada 3 jam.. ok.. aku dah cemas dah.. 


terima kasih CC yang tolong ambik gambar


walaupun hakikatnya yang datang dengar ni cuma kawan-kawan sekerja tapi dah namanya kau kena bentang sesuatu haruslah ada perasaan cemas tu kan.. pulak tu kau ada rasa pulak yang kau ni langsung bukan orang yang layak untuk jadi penceramah bagi topik tu pun.. aku sebenarnya beranikan diri je berbekalkan pengalaman menjadi Pengurus Kualiti kat makmal ni selama 7 tahun.. kalau ikut kelayakan langsung takde tau..

lagipun aku cuma fikir aku kena buat sesuatu untuk mantapkan kemahiran rakan-rakan sekerja.. ala bukan ramai pun.. tak sampai pun 30 orang.. sekurang-kurangnya bagi mereka yang baru dapatlah manfaat sikit-sikit dari apa yang aku kongsikan.. dan berdoa jugak ni supaya aku tak bagi ajaran sesat.. hahaha.. ikut bulat-bulat dari semua kitab pedoman dari Jabatan Standard Malaysia tau.. punyalah gigih.. 

antara barisan pendengar setia sampai ke akhirnya..

antara barisan pendengar setia sampai ke akhirnya..


alhamdulillah walaupun cuma berbekalkan 36 mukasurat slaid pembentangan lebih kurang, aku dapat la jugak menyampaikan sesuatu buat rakan-rakan sekerja.. siap terlajak masa sampai pukul 1 lebih tu.. huhu.. semoga ada yang sanggup ganti tempat aku sebagai QM tahun depan.. ini memang doa aku setiap hari.. semoga Allah lapangkan urusan.. dan buka hati orang lain pulak nak terima tanggungjawab ni.. dan minggu depan ada satu lagi kursus.. yang ni ada 2 sesi pulak.. adoii.. 

tapi apa pun aku terima dengan hati terbuka setiap tanggungjawab diberi.. insyaAllah aku cuba sehabis baik.. dan kalau ikutkan sebenarnya aku sendiri banyak belajar kemahiran bila ada peluang macam ni.. antaranya..

  • aku belajar untuk tarik perhatian pendengar - susah woo yang ni
  • aku belajar untuk buat persembahan yang lebih baik
  • aku belajar jugak dalam penghasilan setiap slaid dari pembacaan masa mengumpul bahan
  • aku belajar macamana nak bercakap dengan baik dan teratur depan orang - ini pun sangat susah 
  • aku belajar bahagikan masa untuk setiap slaid dengan betul
  • dan yang paling penting aku belajar jugak tingkatkan keyakinan diri 



setiap hari kita akan ada cabaran baru kan? cabaran korang macamana pulak?






Rabu, 27 September 2017

Kakak Husna ke Bomba lagi!

Assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal kisah rombongan anak-anak pulak.. semalam kakak husna ada ikut rombongan sekolah dia ke Balai Bomba Kuantan.. lagi sekali kan? hihi.. dia dah pernah pergi sekali Balai Bomba Kuantan ni masa dia kat sekolah PASTI dulu.. ada aku ceritakan dulu kat lawatan bomba.. 



dan kali ni kakak husna berpeluang pulak ikut sekali lagi dengan kanak-kanak lain di Tabika Perpaduan tempat dia belajar sekarang ni.. bukan main bersemangat lagi tau.. cikgu ada bagitau dari minggu lepas lagi akan ada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba ni tapi aku saja diamkan sampai la ke hari Isnin baru ni.. 

rupanya kakak husna yang terlebih teruja tau.. nak kejut bangun pagi pun sangat senang.. lagi la kalau disuruh mandi.. kalau tak dia la orangnya yang paling banyak dramanya selama ni.. lepas je sarapan boleh pulak dia suruh kita pulak cepat sebab nak kejar bas katanya.. hahaha..  kelakar pun ada.. 

tapi disebabkan semalam pagi hari hujan, jadi jalan agak sesak dan perlahan.. ramai orang bawak kereta agaknya.. sampai kat sekolah berebut-rebut dia nak turun kereta sebab nak naik bas katanya.. padahal bas cuma akan sampai pukul 8.30 pagi.. hihi.. gelagat anak gitu la.. 



lepas lawatan sampai tengahari, cikgu kakak husna yang baik hati hantar gambar dan video yang cikgu rakam di sepanjang aktiviti..  alhamdulillah macam mak bapak dapat liputan secara langsung dari tempat lawatan gayanya.. haha.. 



siap ada latihan untuk anak-anak macamana nak padamkan api yang ada kat badan.. sibuk la memasing semua nak demo macamana berpusing dan bergolek badan sudahnya.. video kakak husna bergolek tu ada aku letak kat bawah ni.. boleh la korang tengok sekali.. 



sudahnya penuh la hp ni dengan semua gambar anak-anak.. siap pakai baju bomba lagi kata kakak..  terima kasih la cikgu yang sudi aturkan aktiviti berguna untuk anak-anak macam ni.. rasanya untuk orang dewasa pun kena buat jugak la kan..? 



Isnin, 25 September 2017

Meizu Pro 7 dan Meizu 7 Pro Plus kini dijual di Malaysia!

assalamualaikum semua, ada ke sesiapa yang kerap sangat tengok telefon bimbit dia? kejap-kejap nak klik skrin.. kejap-kejap nak belek skrin sebab nak tengok ada tak mesej baru yang diterima.. atau tetiba je rasa nak belek telefon pintar sebab nak tengok ada tak email baru yang masuk? haaa.. kalau korang memang jenis macam ni aku rasa telefon pintar yang adanya dual-skrin amatlah sesuai untuk korang..

Penjual sah Meizu Pro 7 Malaysia
Meizu Pro 7 dan Meizu 7 Pro Plus kini dijual di Malaysia!


Telefon pintar dengan spesifikasi dual-skrin atau skrin sekunder ini mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi.. masa tu semua orang teruja bila dengar ada telefon pintar yang ada dua skrin.. pada depan dan di belakangnya.. dan apa yang dipaparkan di skrin kedua telefon pintar ini tetap boleh dilihat walaupun telefon telah dimatikan.. best kan?  tapi telefon yang dihasilkan pada waktu tu cuma bersaiz 4.3" sahaja tau.. macamana kalau korang tau ada telefon dengan fungsi dual-skrin yang sama tapi bersaiz lebih besar iaitu 5.5" dan 5.7" ? haha.. mesti lagi teruja kan?

Jadi korang tau tak dalam diam rupanya Meizu Pro 7 dan Meizu 7 Pro Plus kini dah berada di Malaysia? telefon pintar dengan keistimewaan dual-skrin yang sememangnya dinantikan di pasaran ni telah dilancarkan dalam pertengahan bulan September 2017, dan mula dijual pada 21 September 2017 baru-baru ni.. haa.. kalau korang masih belum pernah tau pasal ni tapi berminat nak tau.. meh la kita baca speksifikasi dia yang ada ni..

Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus


Meizu Pro 7 didatangkan dengan 3 pilihan warna berbeza iaitu merah, emas dan hitam ini mempunyai perincian seperti berikut :

  • skrin 5.5' SAMOLED HD penuh
  • pemproses MediaTek Helio X30
  • memori 4GB RAM, storan 64GB 
  • kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel
  • dual-skrin pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna 
  • 3000 mAh kuasa bateri, pengecasan pantas mCharge 3.0
  • harga RM1899


manakala, Meizu Pro 7 Plus pulak didatangkan dengan 1 pilihan warna iaitu hitam mempunyai spesifikasi seperti berikut :

  • skrin 5.7' SAMOLED HD penuh
  • pemproses MediaTek Helio X30
  • memori 6GB RAM, storan 128GB 
  • kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel
  • dual-skrin pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna 
  • 3500 mAh kuasa bateri , pengecasan pantas mCharge 4.0
  • harga RM2799



best pulak bila tengok gambar macam ni kan?


apa yang menariknya telefon dengan dual-skrin ni sebenarnya? kalau nak tau kesemua yang diperlukan oleh korang boleh diakses melalui skrin kedua ni tau.. semua yang macam kat bawah ni boleh dilihat dengan mudah melalui skrin kedua.. jadi tak perlu lagi nak belek-belek telefon atau nak klik untuk hidupkan telefon setiap masa kan? sesuai sangat untuk digunakan oleh orang yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian..

semuanya ni boleh dilihat melalui skrin kedua


korang boleh jugak tengok 3 video kat bawah ni dan nilaikan..  kalaulah ada 2 pandangan berbeza bukankah itu lebih baik? 










jadi bagi sesiapa yang berhasrat nak dapatkan telefon pintar dengan perincian dual-skrin ni bolehlah dapatkan melalui Penjual Utama Meizu yang sah di Malaysia melalui pautan lokasi berikut :



maklumat lanjut tentang Meizu Pro 7 dan Meizu Pro 7 Plus boleh didapati juga melalui :







Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah.. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni.. 

Hari Pertama kursus EDP bermula



walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada..


NHI Korea


meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Training Institute.. sebab tu asalnya program EDP ni diberikan nama program latihan COTI.. tapi bila ditukar nama secara rasminya pada tahun 2016 dari nama Central Official Training Institute ke nama National Human Resource Development Institute makanya nama program pun terus la dinamakan program EDP di NHI yang membawa maksud Executive Development Program..



Bangunan NHI dari jauh

Pintu masuk NHI


kalau kat Malaysia ni NHI ni fungsinya macam INTAN la kiranya.. Kalau di Malaysia, INTAN menyelaras dan mengendalikan latihan samaada untuk kakitangan kerajaan Malaysia dan jugak untuk negara luar jika ada keperluan.. sama jugak fungsinya di NHI ni.. dan kalau nak tau program EDP ni memang merupakan program tahunan di mana akan ada 3 kumpulan berbeza dihantar iaitu kumpulan sokongan, kumpulan PNP junior dan kumpulan PNP senior..


kedudukan NHI


NHI ni terletak di Gwacheon-City, Gyeonggi-Province, Republik Korea.. agak jauh jugak kalau kira perjalanannya dari pusat bandar Seoul tempat kami menginap atau lebih tepatnya Hotel Koreana.. pasal hotel ni aku belum cerita lagi kan? dalam entri pertama pun cuma tunjuk pintu depan dia yang ala-ala hotel lama tapi sebenarnya hakikat sebenar hotel ni ialah hotel yang sangat selesa dan best!.. eh melalut ke hotel la pulak.. kiranya setiap hari kami kena tempuh perjalanan selama sejam jugaklah untuk ke NHI kalau dari hotel dengan menaiki bas yang tak berhenti.. bas disediakan di sepanjang program kami ni.. tapi cuma terhad pada waktu rasmi bekerja tu je la.. yang selain dari tu kami cari pengangkutan sendiri..


selfie dalam bas pada hari pertama




cukuplah setakat tu je info formal mengenai NHI dan kursusnya.. mari kita sambung apa yang berlaku pada hari ketiga ni.. pagi tu kami bangun dengan agak pelik sebab malam tu kan merupakan malam pertama kami tidur di Korea.. disebabkan kami datang waktu musim summer atau musim panas pada waktu tu jadinya suhunya tak banyak berbeza dengan suhu di Malaysia.. dan yang lebih tepat kadang-kala pada waktu malam pun suhu jejak ke 32-33 darjah celcius.. tapi disebabkan musim panas ni jugak waktu siangnya agak panjang.. waktu subuhnya masuk pada jam 3.30 pagi waktu tempatan yang mana awal sejam dari waktu di Malaysia.. dan waktu syuruknya adalah lebih kurang jam 5.30 pagi.. jadi agak terkejutlah jugak pada hari pertama bangun solat subuh di Korea ni.. 


waktu ni dalam lingkungan jam 6.30 pagi ~ permandangan depan Koreana Hotel

pagi tu kami disediakan makanan untuk sarapan pagi di hotel tempat kami menginap.. dan kami dimaklumkan memang setiap pagi macam tu di sepanjang program.. ada banyak jugaklah pilihan makanan yang boleh dimakan.. jadi tak perlu risau tentang termakan makanan yang tak halal.. yang bagusnya hotel ni praktis asingkan makanan yang berunsurkan daging dengan makanan lain macam ikan dan pilihan sayuran yang boleh kita makan.. jadi hilang la rasa was-was terhadap makanan tu.. biasanya waktu pagi aku akan makan nasi putih atau dipanggil 'miso rice' dengan kimchi je.. tambah la sikit-sikit pilihan yang ada macam ikan bilis dia.. sedap tau ikan bilis comel diorang.. kadang-kadang tu aku tambah la jugak dengan ikan salmon salai yang ada.. dengan kepingan rumpai laut (seaweed) ikut mood jugak.. tapi yang penting kenyang la sebelum ke kelas setiap hari.. alhamdulillah..


sarapan Miso Rice dengan Kimchi di Koreana Hotel ~ ikan bilis tu sedap betul!




kemudian kami turun selepas makan dan naiki bas yang disediakan buat kami.. perjalanan yang mengambil masa lebih sejam tu macam tak terasa sangat sebab permandangan yang aku tengok tu satu permandangan yang baru kan.. setiap hari tetap rasa teruja nak tengok luar.. antara yang aku nampak biasanya ialah.. permandangan jalanraya di sekitar Seoul waktu orang sibuk nak ke tempat kerja.. nampak jugak anak-anak kecil yang melintas jalanraya nak ke sekolah.. yang ni yang paling best la .. seronok bila tengok anak-anak berjalan tanpa rasa takut macam kat tempat kita kat sini.. ada jugak permandangan warga korea melintas jalan.. yang ni pun aku kagum jugak sebab mereka beratur bila lalu lintasan yang kecik sikit dari yang ada kat bandar besar tu.. memang bukan satu permandangan yang biasa aku tengok la.. aku jugak dapat tengok sungai Han yang luas.. aku pulak memang suka tengok sungai setiap pagi macam rutin aku ke tempat kerja tengok Sungai Kuantan.. perasaan bila dapat tengok air tu tak dapat nak gambarkan la.. sampaikan perjalanan setiap hari tu tak terasa menjangkau satu jam lebih.. sedar-sedar dah sampai NHI..


anak-anak kecil berjalan sendiri ke sekolah

pejalan kaki berbaris melintas jalan

permandangan Sungai Han yang cantik



bila kami sampai tu kami disambut dengan permandangan pekerja yang sedang berjalan kaki dari tempat letak kereta yang agak jauh.. patutlah badan warga Korea sangat terjaga.. mereka banyak berjalan kaki.. banyak jugak la perkara yang buat aku terfikir dan rasa sangat bersyukur..



nyanyi lagu Negaraku ~ perhatikan barisan kerusi VIP tu..


Barisan kerusi jemputan dari PPL Malaysia

sesi pengenalan diri la ni.. huhuhu

gambar bersama ahli kumpulan ~ Virtual Reality


aktiviti kami pagi tu lebih kepada pengenalan diri dan majlis perasmian program.. perkara pertama yang sangat membuat kami rasa kagum adalah penyusunan kerusi di dalam kelas pada ketika itu.. kami diberikan tempat duduk bermeja yang disusun mengikut ahli kumpulan yang kami telah buat sebelum datang ke Korea ni lagi.. meja bulat dimana kerusi kami disusun secara mengelilingi meja.. seperti meja perbincangan.. dan tetamu pula disediakan kerusi di sebelah kiri dan kanan.. kanan dewan adalah tetamu dari NHI sendiri dan sebelah kiri adalah wakil dari PPL Malaysia di Korea.. cuma kerusi biasa untuk tetamu ini yang terdiri dari orang VVIP mereka.. sangat kagum dan terasa bersalah bila kami duduk di tengah-tengah tu ok.. lain sungguh dengan budaya masyarakat kita..



ini gambar formal



yang ni gambar tak formal.. macam nak menari pun ada.. haha


selesai majlis perasmian tu kami diminta untuk ke kawasan luar NHI untuk mengambil gambar.. oh lupa nak bagitau mereka sediakan jurugambar profesional di sepanjang kursus ini ok.. sangat teruja dengar kan.. ? selesai ambik gambar semua kami ke cafe yang disediakan makanan tengahari.. alhamdulillah sepanjang program ada disediakan makanan tengahari yang halal.. lega la sikit rasanya.. selepas tu kami bersolat di ruangan solat yang disediakan khas buat kami di NHI ni.. bersyukur dengan keperihatinan ini..  sesi petang pulak kami habiskan masa mendengar sesi ceramah.. lupa pulak aku nak beritahu satu perkara lagi.. tema pada tahun ni ialah mengenai ekonomi digital dan 4th Industrial Revolution.. sangat merupakan perkara baru untuk aku yang biasanya bergelumang dengan ternakan je ni.. kami akhirnya sesi di NHI hari tu pada tepat jam 5 petang dan dihantar balik ke hotel menaiki bas..


gambar beramai-ramai selepas majlis perasmian
gambar beramai-ramai di luar bangunan NHI ~ aku jadikan cover report akhirnya


petang tu jugak dah mula ada rencana kami nak jelajah Korea.. hahaha.. bukanlah satu Korea sangat pun.. tak mampu wei.. cuma mampu setakat kawasan Bandar Seoul yang mana mampu terjah je la.. kami set malam tu nak jalan-jalan cari makan ke Myeongdong.. masa awal tu terfikir jugak apa la nak cari kat area Myeongdong ni.. tapi bila dah sampai kami ulang dua tiga kali pulak ke sini wei.. hahaha.. teruja kan..?


Rombongan berjalan kaki ke Myeongdong ~ ketua rombongan Anas si baju hijau tu..


yang warna biru tu pilihan yang diberi untuk naik bas - kami pilih yang merah iaitu berjalan kaki - lebih kurang sama je masa perjalanan


jauh jugaklah perjalanan kami malam tu.. banyak pengangkutan yang ada tapi kami pilih berjalan kaki je dari hotel.. sebabnya nak jimat la selagi boleh sambil melihat apa-apa sahaja di sepanjang perjalanan.. setiap malam ada pertunjukan di Seoul Plaza berdekatan dengan hotel kami tu tau.. tapi berakhir jam 8 malam.. jadi masa kami lalu tu elok je tolong tepun tangan.. hahaha.. aku baru nak ambik gambar je pentas tu dah tutup lampu.. huhuhu.. ok kalau nak tau pulak pasal Myeongdong ni, ianya adalah kawasan di mana pusat jualan barangan kosmetik terbesar di Seoul.. ada jugak tempat lain jual barang kosmetik kat sekitar Seoul.. area bawah hotel aku duduk tu pun banyak tapi yang kat Myeongdong ni agak istimewa la kiranya.. korang boleh buat pilihan yang banyak kat sini dan harga pun agak berbaloi berbanding tempat lain.. 

inilah antara rakan-rakan EDP yang pantang jumpa kamera... haha


Orang ramai serta deretan gerai makanan di sepanjang jalan Myeongdong



dan kat sini jugak ada menjual makanan jalanan yang popular di Korea.. dan lebih penting lagi halal ok.. seronok dengar kan.. tapi harga makanannya tu boleh tahan jugak la.. kalau dibandingkan dengan duit kita.. 


yang belakang tu pastry berbentuk ikan ~ dalam dia ada inti macam inti pau
yang penting halal

Gerai macam ni banyak di sepanjang jalan


kat sini ada jugak jualan barang-barang cenderahati dan merupakan antara tempat pilihan nak beli cenderahati bertemakan negara Korea.. cuma harganya tak la semurah mana pun.. nanti aku akan kongsikan tempat lain yang lebih murah ok.. teruskan mengikuti kisah menggamit kenangan korea ni dalam siri akan datang ok... jangan bosan pulak ya.. tata..


Khamis, 21 September 2017

HAKUBI WHITE C untuk putih dan cerah secara dalaman dan luaran.

HAKUBI WHITE C untuk putih dan cerah secara dalaman dan luaran.


Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal produk yang selalunya dicari-cari oleh wanita.. masalah kulit termasuk jeragat, pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering hasil dari gaya hidup kurang sihat, tekanan dan ketidakseimbangan hormon yang tidak sihat adalah kesukaran yang dihadapi oleh pihak wanita di mana saja..

Hakubi White C

HAKUBI untuk putih dan cerah secara dalaman dan luaran



Kulit putih dan cerah secara dalaman dan luaran ni ternyata menjadi impian dan kehendak wanita.. sebagai jawapan untuk masalah ini, Sato Pharmaceutical Co Ltd, satunya nama yang tertubuh dalam penjagaan kesihatan di Jepun, dengan kehadiran di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, telah melancarkan satu siri pemutihan baru iaitu Hakubi White C Siri dengan L-Cysteine, Vitamin C dan B6 untuk kulit yang sihat.



Hakubi White C Plus


Hakubi White C Plus :


  • mengandungi formula unik menggalakkan kesihatan kulit dengan membaik pulih tanda pigmentasi, jeragat dan kulit kering.
  • menawarkan makanan tambahan kesihatan untuk kegunaan harian dalaman.
  • mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6.
  • boleh diambil secara oral.


Antara lain fungsi Hakubi White C Plus ini ialah :


  • Vitamin C yang terkandung adalah antioksidan dan ia menggalakkan penyembuhan.
  • Vitamin C dan L-Cysteine membantu menjaga kesihatan tubuh badan.
  • L-Cysteine menggalakkan metabolisme kulit.
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu Vitamin C untuk berfungsi dalam badan dan ia membantu dalam proses metabolisma karbohidrat serta lemak serta mempunyai kesan detoksifikasi.
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisma kulit dan membantu menjana semula kulit.


Hakubi White C Plus ini didatangkan dalam bentuk pil comel yang mudah ditelan dan dipek dalam botol yang mudah di bawah ke sana sini dalam 180 biji kandungan sebotol pada harga RM 122.85.




Hakubi White C Gel




Hakubi White C Gel :

  • formula gel jernih yang meresap pada kulit dengan membersihkan kecatatan dan jeragat.
  • ianya menyekat pengeluaran melanin dan melindungi daripada kecacatan dan jeragat.
  • ia juga mengetatkan, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit dan seterusnya mengekalkan kulit yang sihat.
  • ia juga melembapkan kulit dan menghalang kulit menjadi kering dan berjerawat. Kesan anti oksidan dapat menghalang jerawat dengan menghalang pengoksidaan lemak.
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan kulit.
  • ia berkesan pada kulit dengan cara mengaktifkan sintesis kolagen.
  • dan yang lebih baik ia menghalang bintik berlaku selepas rawatan.


Hakubi White C Gel yang sangat bagus untuk kulit ini dijual dalam bentuk tiub dengan harga RM 97.41.


Hakubi White C Siri



Rangkaian produk Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel ini boleh didapati di semua cawangan Sasa dan Watsons terpilih di seluruh Malaysia tau.. Jom cuba!


Lanafira.com butik online pilihan!

Assalamualaikum semua, sejak beberapa tahun kebelakangan ni kebanyakan orang dah suka sangat membeli belah secara online.. antaranya sebab dapat jimat kos minyak dan jimat masa jugak.. antara yang menjadi pilihan ramai untuk butik muslimah ialah Lanafira.com , butik online pilihan!

Lanafira butik online pilihan

bagi sesiapa yang belum kenal lagi Lanafira ni meh aku cerita sikit, Lanafira ni ialah butik online yang banyak menjual pilihan pakaian muslimah.. banyak pilihan yang ada disediakan untuk semua pengunjung.. kalau korang nak cari baju muslimah yang cantik-cantik dan dibuat dari kain yang sangat selesa boleh la tinjau-tinjau butik online Lanafira ni nanti tau.  

meh kita tengok apa pilihan yang ada.. Melissa Long Dress adalah antara pilihan yang terlaris dalam butik Lanafira ni tau.. tentunya sebab design dia yang sopan, kain yang selesa dan pilihan warna yang memikat kalbu.. tengok je la gambar kat bawah ni haa.. 



tengok je la muka masing-masing yang pakai dress cantik ni.. senyum manis je.. designnya yang sopan dan tak melekap tu yang paling best dan paling penting sekali ada pelbagai saiz untuk semua.. bukan free size tau!



ada jugak pilihan baju kebaya yang tetap popular dari zaman berzaman.. Alana Kebaya yang ni memang memikat la sebab design dia lain dari lain.. gabungan dua warna yang bagi sentuhan berbeza buat pemakai.. dan tentunya akan menampakkan pemakai lebih cantik bergaya..


aku suka sangat tengok warna kebaya-kebaya ni.. Baju Alana Kebaya ni dibuat dengan menggunakan material Japanese Cotton.. sangat selesa dan tak panas, v-neckline, mermaid cutting yang akan menampakkan badan cantik bila memakainya.. dan paling best wudhuk friendly (sebab ada hidden zip) dan nursing friendly.. ibu-ibu mesti suka baca ni..


akhir sekali tak ketinggalan jugak kurung Sofea Modern peplum yang menjadi kegemaran ramai jugak ni.. 



Lanafira menjadikan baju kurung Sofea Modern Peplum ni sedikit berbeza dengan kelainan corak pada kain yang digunakan.. corak bunga macam kat bawah ni sangat cantik dan jadikan pemakai sama cantik dengan pakaian yang dipakai.. yang ni pun gunakan kain material Japanese Cotton tau..


bagi yang nak dapatkan pilihan baju muslimah yang premium pada harga yang berbaloi bolehlah dapatkan di Lanafira ni.. korang bolehlah tengok di laman web atau instagram dan facebook macam kat bawah ni..

Butik Lanafira

Website : www.lanafira.com
Instagram :  @lanafiraofficial


Selasa, 19 September 2017

Masyarakat kita dah lain sangat..

Assalamualaikum semua, hari ni entah kenapa hati rasa sebak je.. sama macam cuaca yang agak redup je hari ni.. teringat lagi kisah di sebalik kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah aritu.. bila tau sebab kejadian dan siapa yang buat terus rasa merundum hati sejak hari sabtu lepas.. sedihnya rasa.. macam tersayat-sayat hati rasanya..

tembok batu di luar.. begitu jugak di hati kita


aku bukan tak sedih masa kejadian kebakaran tu.. tipu kalau aku kata aku tak rasa sedih.. sedih sangat cuma tak sampai mengeluarkan airmata sebab terfikir waktu tu.. mengenai ganjaran syahid kecil yang dikurniakan pada orang-orang yang mati dalam kebakaran dan mati lemas.. mampu berdoa masa tu semoga semua mangsa tergolong dalam syahid kecil tu nanti.. insyaAllah.. tapi bila dapat tau siapa dalang di sebalik kejadian tu lagi aku rasa teramat sedih.. yang ni memang aku nangis ok..

aku teringat.. baru tak sampai beberapa minggu lepas.. waktu dalam perjalanan aku hantar laporan program EDP yang belum habis aku ceritakan pengalamannya tu.. aku berbual dengan pemandu di pejabat aku yang menghantar masa tu.. berbual tentang apa punca masalah sosial yang ada pada masa ni.. kita boleh nampak.. ramai orang dedahkan gejala dadah pada anak-anak muda semakin menjadi-jadi.. buang anak dah macam bukan kesalahan.. belum lagi tengok gelagat anak-anak bila takde ibubapa masing-masing..

kita masih tercari-cari puncanya..

ada satu yang aku nampak.. puncanya ialah masyarakat kita dah lain sangat.. dah jauh berubah.. 

Kalau dulu.. kalau ada yang berani-berani ponteng sekolah pun tak berani tunjuk muka kat mana-mana.. mesti menyorok sebab sesiapa pun yang nampak akan marah.. akan ada yang cakap nanti.. 

"Kau anak Rahman ye? kenapa tak sekolah? kau nak jadi apa ponteng sekolah ni? Aku bagitau dengan bapak kau nanti ya.." 

terus berdesup budak yang ditegur lari tak nampak muka dah..

Kalau sekarang.. kita boleh tengok anak-anak merata-rata dengan baju sekolah.. kita tak pernah terfikir nak tanya kenapa budak tu tak sekolah pun.. sebab kita tak pernah kenal anak siapa pun tu.. kita cuma tau jaga anak kita je..

Kalau dulu.. masa nak merayap memancing ikan atau berkubang di paya ke.. akan ada je yang tegur dan bertanya.. 


"Kau dah beritau dengan mak dan bapak kau tak tadi kau nak berjalan ni?"



Kalau sekarang.. ada anak-anak lalu lalang bersama kawan-kawan kita cuma mampu tengok je sebab kita tak kenal anak siapa.. kita cuma tau jaga anak kita je..

Kalau dulu.. waktu aku berangan nak panjat pokok sambil bermain dengan adik beradik lelaki.. tetiba makcik sebelah rumah menegur..

"Angah, kau turun sekarang! Tak padan dengan perempuan.. sibuk nak manjat-manjat.. kalau jatuh karang sapa susah?"

Kalau sekarang.. aku rasa dah takde yang berani nak tegur macam tu lagi.. bimbang terguris hati anak atau silap-silap mak bapaknya pulak yang tak menegur kita sebulan dua nanti..


Jadi, dapat tak bayangkan di mana kepincangan kita? Kita dah hilang rasa kekitaan antara kita.. kita dah tak rasa anak engkau anak aku jugak.. kita dah tak rasa anak engkau aku boleh tegur jugak.. kita dah tak rasa kalau anak engkau rosak maka anak aku jugak akan rosak..

kita dah mula jauh sejauhnya tembok batu yang memagari rumah kita.. kalau dulu rumahnya jauh-jauh tapi semua orang kenal satu sama lain.. orang kenal anak siapa-siapa.. kalau sekarang ni rumahnya berselang dinding batu saja tapi kita dah tak kenal siapa pun di sebelah kita.. sangat sedih bila kemajuan yang dicari tapi kemasyarakatan kita tinggalkan..

kita jugak tak tau kalau jiran tetangga kita ini ada yang susah payah hidupnya tapi tak pernah mengharap belas kasihan orang lain.. yang kita tau cuma macamana nak cari rezeki untuk keluarga kita dan kita selesaikan masalah kita sendiri masing-masing.. kemasyarakatan dah semakin jauh.. lebih jauh lagi bila kita dah mula takde masa untuk bermasyarakat terutama di surau-surau dan masjid..