Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 1 September 2017

BlogIt! aplikasi terbaik buat blogger!

assalamualaikum semua, entri ni boleh katakan aku tujukan buat rakan-rakan blogger la.. tapi memana kawan yang bukan blogger boleh je kalau nak baca.. untuk info dan pengetahuan.. apa salahnya kan? tajuk dia sebenarnya patut begini, "Blogit aplikasi terbaik buat Blogger!" eh...  tukar kejap la.. haha

aplikasi BlogIt!

sejak dari awal aku cuba berblog dengan gunakan telefon bimbit atau handphone ni aku memang dah cuba download macam-macam aplikasi yang sangat sesuai digunakan dalam hp dan sangat bagus untuk upload entri bergambar.. dan akhirnya aku jumpa semuanya dalam Blogit! yeay!

entri boleh disimpan dan diedit di Chrome

aku terpikat dengan BlogIt! ni pada awalnya sebab senang sangat nak guna.. pastu korang boleh je masukkan gambar bape banyak yang korang nak dalam satu-satu entri.. dan ada pelbagai pilihan tambahan macam masukkan link atau nak ubah bentuk tulisan samaada tebal, senget atau bergaris.. 

nampak tak draf tadi elok ada kat chrome

yang menariknya dan paling aku suka, kalau kita taip entri dan tekan simpan, entri tu automatik akan tersimpan dalam draf.. dan bukannya dalam draf hp je tau tapi tersimpan dalam draf blogger di google tu.. ok saya suka.. saya suka! jadi lepas tu aku boleh la publish entri kemudian jugak.. yeay!

elok je boleh edit


cuma satu je la dia takde part boleh jenis tulisan lain yang boleh pilih untuk gantikan tulisan sedia ada dan button justified teks tu.. tapi kira ok la sebab dia boleh diselesaikan dengan edit kemudian di dashboard blogger macam biasa..

jadi apa tunggu lagi.. jom download jom! space dia guna pun tak besar la.. tu lagi satu benda best.. memang briliant la orang yang cipta aplikasi BlogIt! ni! terima kasih..


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dah download. So far puas hati. Hopefully app nih di upgrade pf mse akan dtg.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak cuba juga lah nanti Ita, tq for sharing..

RahimAim21 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Not bad... Menarik untuk dicuba...

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baik..Nnti nk try apps ni..