Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 19 September 2017

Khasiat Pokok Patawali kini boleh didapati dari MILAGRO COFFEE

Khasiat Pokok Patawali kini boleh didapati dari MILAGRO COFFEE

Assalamualaikum semua,  heboh sana sini orang ceritakan pasal kebaikan MILAGRO COFFEE.. produk yang dihasilkan dari pokok patawali..  haa..  mesti korang nak tau apa dia pokok patawali dan apa je kebaikan atau manfaat dia pada badan manusia kan? Disebabkan tu aku cuba jugak cari info berkenaan MILAGRO COFFEE dan pokok patawali tu sendiri.. Mari kita baca apa yang Jabatan Pertanian Malaysia tulis mengenai Pokok Patawali dalam facebook mereka dulu..


Pokok Patawali - sumber fb Jabatan Pertanian Malaysia

Pokok Patawali atau dikenali juga dengan nama Akar Seruntun atau Akar Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dari famili Menispermaceae merupakan tanaman menjalar berbatang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar di pagar-pagar dan kawasan rumah terbiar di kampong-kampong atau tumbuh liar di pinggir hutan.


Pokok Patawali - sumber fb Jabatan Pertanian Malaysia

Pokok patawali tumbuh subur ditempat bersuhu panas, perdunya memanjat dengan batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter. Daun tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda. Mudah dibiakkan menggunakan keratan batang.


Pokok Patawali - sumber fb Jabatan Pertanian Malaysia

Pokok patawali boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini terasa sangat pahit dan dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu mengurangi gula dalam darah, menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangi gejala kencing manis. 

Masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan patawali dapat menghindar dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada payudara ibu, akan memudahkan bayi bercerai susu. 

Di Indonesia, pokok patawali dikenali dengan nama seperti bratawali juga dengan nama daerah andawali, antawali, putrawali atau daun gadel. Tanaman ini kaya dengan kandungan kimia antara lain alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin). 

Di Indo-Cina keseluruhan bahagian dari pokok patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan kinine. Manakala masyarakat di Filipina pula menganggap patawali sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat digunapakai untuk merawat penyakit mental atau gila.

Pokok Patawali - sumber fb Jabatan Pertanian Malaysia

Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. 

Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan. Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. 

Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.

sumber artikel - FB Jabatan Pertanian Malaysia


MILAGRO COFFEE dan kebaikkannya


Jadi melalui info kat atas ni kita dah tau yang banyak khasiat yang kita boleh dapat dari Pokok Patawali ni sendiri.. tapi rajin ke korang tu nak gi ambik batang yang menggerutu tu dan menyediakannya untuk dapatkan semua khasiat yang dinyatakan tu? lebih-lebih lagi bila nak sediakan kena betul-betul sediakan dengan kaedah dan sukatan yang membolehkan ianya menjadi ubat.. mesti susah kan? 

Tapi korang jangan risau la.. sekarang ni dah ada produk pun yang mengandungi khasiat pokok patawali ni di dalamnya.. tak lain tak bukan ialah Milagro Coffee.. Ada yang kata air rebusan batang patawali ni sangat pahit kalau diminum tapi rasa kopi Milagro Coffee ni sangat sedap, lemak dan tak pahit pulak tu.. ini ianya kerana Milagro Coffee ni telah dihasilkan dari ekstrak batang Patawali yang telah diasingkan dari getah yang beracun dan toksin patawali tu sendiri..


Bukan itu saja, Milagro Coffee ini jugak mengandungi Kopi Robusta yang dicampur dan kopi arabica yang diperkaya dengan pati herba patawali, halia, lada hitam dan garam gunung.. Kesemua bahan menjadikan rasa Milagro Coffee 7 dalam 1 ini lebih enak dan berkhasiat.

Antara khasiat Milagro Coffee ini ialah :

1. Membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan halangan dan rintangan disebabkan insulin dan kanser.
2. Mengurangkan penyakit seperti demam ringan.
3. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
4. Meningkatkan sistem imunisasi badan.




kat bawah ni disertakan antara testimoni pelanggan yang telah meminum Kopi Milagro Coffee Patawali ni dan dah perolehi khasiatnya.. 



semakin kuat dan sihat




Kebas-kebas tangan dah hilang





TERCARI-CARI MILAGRO COFFEE DI SEKITAR KAWASAN ANDA ?


kalau korang rasa nak cuba Milagro Coffee ni dan dapatkan khasiatnya korang boleh hubungi nombor telefon yang tertera di bawah ni, melalui facebook, instagram atau website mereka..

012-3702676 / 019-2702676 


Instagram : milagro_coffee






Milagro Coffee ni boleh didapati dengan harga pakej iaitu 1 kotak RM55, 10 kotak RM450, 1 karton (32kotak) RM1150

Cara beli Milagro Coffee ni boleh melalui 2 cara : 

1.    Bank transfer CIMB Aqid Aqila Resources 8007995135 

2. Pembelian melalui kad debit dan credit boleh di buat di www.milagromalaysia.com mengikut panduan dalam gambar di bawah ni..


cara pembelian Maligro Coffee








Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

patawali ni pahit yg amat..huhu

nohas berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

arwah ayah ada tanam pokok ni, mak buat serbuk tuk ubat diabetes..pahit giler..tp mujarab..

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus maklumat ni

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

patawali pahit..tpi bila amek kopi ni, ok sangat rasanya kak. tak pahit. Saya ni salah sorang peminum kopi ni :)

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus ada milagro kopi Patawali ni kak. Dah tak risau rasa pahit Patawali tu. Khasiat pun banyak.

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ermmm menarik kopi ni. Bila ada ekstrak dr patawali mmg bagus utk kesihatan sbb org dulu² tau byk khasiat dr pokok ni. Bila dh dibuat kopi memudahkan pengguna. Boleh suggest kat en.tunang ni.

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Banyak khasiat kopi ni.