Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 14 September 2017

Kisah Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat

Assalamualaikum semua,  hari ni dikejutkan dengan berita sedih di pagi hari.. berita kebakaran yang meragut nyawa lebih 20 orang anak-anak tahfiz dan guru mereka di awal pagi.. ada pulak berita yang ianya bukan berpunca dari litar pintas.. Allah.. harapnya siasatan akan menemukan punca sebenar nanti.. janganlah ada unsur khianat hendaknya..



sumber : berita harian



apa pun aku tak mau ulas kisah sedih tu.. biarlah pihak bertanggungjawab menyelesaikannya nanti.. cuma doa dititipkan buat anak-anak ini serta ahli keluarga mangsa agar tenang dan sabar menghadapi ujian yang berat buat mereka ini.. aku percaya hari ni satu malaysia menangisi pemergian mereka..

jugak ku pohonkan untuk mereka yang sedang sibuk berkongsikan gambar dan video kejadian..  cukup-cukuplah menambah pilu sekelian hati manusia yang menontonnya.. kami sangat terkesan walau bukan ahli keluarga mangsa.. tapi cukup untuk membuatkan kami terbayangkan anak-anak kami di waktu tu.. tolonglah jadi manusia yang sensitif pada keadaan sekeliling.. 

aku nak jugak tempelkan kat sini apa yang ditulis oleh Datuk Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini supaya dengannya hati kita semua jadi tenang.. 

MUSIBAH KEBAKARAN MELIBATKAN KEHILANGAN NYAWA 20 ORANG DI DARUL QURAN ITTIFAQIAH, KUALA LUMPUR.

Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW saat tertimpa musibah adalah doa berikut ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)
Berdoalah kepada mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

عَظَّم الله أجرك ، وأحسن عزاءك ، وغفر لميتك ، وألهمك صبراً ، وأجزل لنا ولك بالصبر أجرا

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran."
Begitu juga sebagaimana sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang melihat orang lain ditimpa musibah/bala, bacalah

 الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan."
Maka tidak akan ditimba musibah ini."
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3432. Beliau menyatakan hadis ini hukumnya hasan gharib pada jalan ini)
Kami mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada' sebagaimana hadis Nabi SAW: 

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: "Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.)

Sebaiknya kepada masyarakat awam, tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa. Cukuplah dengan mendoakan mereka disamping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar.

InsyaAllah, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sedang dalam perjalanan ke sana. 

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

dan semoga kita juga dapat iktibar dari setiap kejadian yang berlaku ini.. 


Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: