Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 25 September 2017

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah.. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni.. 

Hari Pertama kursus EDP bermula



walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada..


NHI Korea


meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Training Institute.. sebab tu asalnya program EDP ni diberikan nama program latihan COTI.. tapi bila ditukar nama secara rasminya pada tahun 2016 dari nama Central Official Training Institute ke nama National Human Resource Development Institute makanya nama program pun terus la dinamakan program EDP di NHI yang membawa maksud Executive Development Program..



Bangunan NHI dari jauh

Pintu masuk NHI


kalau kat Malaysia ni NHI ni fungsinya macam INTAN la kiranya.. Kalau di Malaysia, INTAN menyelaras dan mengendalikan latihan samaada untuk kakitangan kerajaan Malaysia dan jugak untuk negara luar jika ada keperluan.. sama jugak fungsinya di NHI ni.. dan kalau nak tau program EDP ni memang merupakan program tahunan di mana akan ada 3 kumpulan berbeza dihantar iaitu kumpulan sokongan, kumpulan PNP junior dan kumpulan PNP senior..


kedudukan NHI


NHI ni terletak di Gwacheon-City, Gyeonggi-Province, Republik Korea.. agak jauh jugak kalau kira perjalanannya dari pusat bandar Seoul tempat kami menginap atau lebih tepatnya Hotel Koreana.. pasal hotel ni aku belum cerita lagi kan? dalam entri pertama pun cuma tunjuk pintu depan dia yang ala-ala hotel lama tapi sebenarnya hakikat sebenar hotel ni ialah hotel yang sangat selesa dan best!.. eh melalut ke hotel la pulak.. kiranya setiap hari kami kena tempuh perjalanan selama sejam jugaklah untuk ke NHI kalau dari hotel dengan menaiki bas yang tak berhenti.. bas disediakan di sepanjang program kami ni.. tapi cuma terhad pada waktu rasmi bekerja tu je la.. yang selain dari tu kami cari pengangkutan sendiri..


selfie dalam bas pada hari pertama




cukuplah setakat tu je info formal mengenai NHI dan kursusnya.. mari kita sambung apa yang berlaku pada hari ketiga ni.. pagi tu kami bangun dengan agak pelik sebab malam tu kan merupakan malam pertama kami tidur di Korea.. disebabkan kami datang waktu musim summer atau musim panas pada waktu tu jadinya suhunya tak banyak berbeza dengan suhu di Malaysia.. dan yang lebih tepat kadang-kala pada waktu malam pun suhu jejak ke 32-33 darjah celcius.. tapi disebabkan musim panas ni jugak waktu siangnya agak panjang.. waktu subuhnya masuk pada jam 3.30 pagi waktu tempatan yang mana awal sejam dari waktu di Malaysia.. dan waktu syuruknya adalah lebih kurang jam 5.30 pagi.. jadi agak terkejutlah jugak pada hari pertama bangun solat subuh di Korea ni.. 


waktu ni dalam lingkungan jam 6.30 pagi ~ permandangan depan Koreana Hotel

pagi tu kami disediakan makanan untuk sarapan pagi di hotel tempat kami menginap.. dan kami dimaklumkan memang setiap pagi macam tu di sepanjang program.. ada banyak jugaklah pilihan makanan yang boleh dimakan.. jadi tak perlu risau tentang termakan makanan yang tak halal.. yang bagusnya hotel ni praktis asingkan makanan yang berunsurkan daging dengan makanan lain macam ikan dan pilihan sayuran yang boleh kita makan.. jadi hilang la rasa was-was terhadap makanan tu.. biasanya waktu pagi aku akan makan nasi putih atau dipanggil 'miso rice' dengan kimchi je.. tambah la sikit-sikit pilihan yang ada macam ikan bilis dia.. sedap tau ikan bilis comel diorang.. kadang-kadang tu aku tambah la jugak dengan ikan salmon salai yang ada.. dengan kepingan rumpai laut (seaweed) ikut mood jugak.. tapi yang penting kenyang la sebelum ke kelas setiap hari.. alhamdulillah..


sarapan Miso Rice dengan Kimchi di Koreana Hotel ~ ikan bilis tu sedap betul!




kemudian kami turun selepas makan dan naiki bas yang disediakan buat kami.. perjalanan yang mengambil masa lebih sejam tu macam tak terasa sangat sebab permandangan yang aku tengok tu satu permandangan yang baru kan.. setiap hari tetap rasa teruja nak tengok luar.. antara yang aku nampak biasanya ialah.. permandangan jalanraya di sekitar Seoul waktu orang sibuk nak ke tempat kerja.. nampak jugak anak-anak kecil yang melintas jalanraya nak ke sekolah.. yang ni yang paling best la .. seronok bila tengok anak-anak berjalan tanpa rasa takut macam kat tempat kita kat sini.. ada jugak permandangan warga korea melintas jalan.. yang ni pun aku kagum jugak sebab mereka beratur bila lalu lintasan yang kecik sikit dari yang ada kat bandar besar tu.. memang bukan satu permandangan yang biasa aku tengok la.. aku jugak dapat tengok sungai Han yang luas.. aku pulak memang suka tengok sungai setiap pagi macam rutin aku ke tempat kerja tengok Sungai Kuantan.. perasaan bila dapat tengok air tu tak dapat nak gambarkan la.. sampaikan perjalanan setiap hari tu tak terasa menjangkau satu jam lebih.. sedar-sedar dah sampai NHI..


anak-anak kecil berjalan sendiri ke sekolah

pejalan kaki berbaris melintas jalan

permandangan Sungai Han yang cantik



bila kami sampai tu kami disambut dengan permandangan pekerja yang sedang berjalan kaki dari tempat letak kereta yang agak jauh.. patutlah badan warga Korea sangat terjaga.. mereka banyak berjalan kaki.. banyak jugak la perkara yang buat aku terfikir dan rasa sangat bersyukur..



nyanyi lagu Negaraku ~ perhatikan barisan kerusi VIP tu..


Barisan kerusi jemputan dari PPL Malaysia

sesi pengenalan diri la ni.. huhuhu

gambar bersama ahli kumpulan ~ Virtual Reality


aktiviti kami pagi tu lebih kepada pengenalan diri dan majlis perasmian program.. perkara pertama yang sangat membuat kami rasa kagum adalah penyusunan kerusi di dalam kelas pada ketika itu.. kami diberikan tempat duduk bermeja yang disusun mengikut ahli kumpulan yang kami telah buat sebelum datang ke Korea ni lagi.. meja bulat dimana kerusi kami disusun secara mengelilingi meja.. seperti meja perbincangan.. dan tetamu pula disediakan kerusi di sebelah kiri dan kanan.. kanan dewan adalah tetamu dari NHI sendiri dan sebelah kiri adalah wakil dari PPL Malaysia di Korea.. cuma kerusi biasa untuk tetamu ini yang terdiri dari orang VVIP mereka.. sangat kagum dan terasa bersalah bila kami duduk di tengah-tengah tu ok.. lain sungguh dengan budaya masyarakat kita..



ini gambar formal



yang ni gambar tak formal.. macam nak menari pun ada.. haha


selesai majlis perasmian tu kami diminta untuk ke kawasan luar NHI untuk mengambil gambar.. oh lupa nak bagitau mereka sediakan jurugambar profesional di sepanjang kursus ini ok.. sangat teruja dengar kan.. ? selesai ambik gambar semua kami ke cafe yang disediakan makanan tengahari.. alhamdulillah sepanjang program ada disediakan makanan tengahari yang halal.. lega la sikit rasanya.. selepas tu kami bersolat di ruangan solat yang disediakan khas buat kami di NHI ni.. bersyukur dengan keperihatinan ini..  sesi petang pulak kami habiskan masa mendengar sesi ceramah.. lupa pulak aku nak beritahu satu perkara lagi.. tema pada tahun ni ialah mengenai ekonomi digital dan 4th Industrial Revolution.. sangat merupakan perkara baru untuk aku yang biasanya bergelumang dengan ternakan je ni.. kami akhirnya sesi di NHI hari tu pada tepat jam 5 petang dan dihantar balik ke hotel menaiki bas..


gambar beramai-ramai selepas majlis perasmian
gambar beramai-ramai di luar bangunan NHI ~ aku jadikan cover report akhirnya


petang tu jugak dah mula ada rencana kami nak jelajah Korea.. hahaha.. bukanlah satu Korea sangat pun.. tak mampu wei.. cuma mampu setakat kawasan Bandar Seoul yang mana mampu terjah je la.. kami set malam tu nak jalan-jalan cari makan ke Myeongdong.. masa awal tu terfikir jugak apa la nak cari kat area Myeongdong ni.. tapi bila dah sampai kami ulang dua tiga kali pulak ke sini wei.. hahaha.. teruja kan..?


Rombongan berjalan kaki ke Myeongdong ~ ketua rombongan Anas si baju hijau tu..


yang warna biru tu pilihan yang diberi untuk naik bas - kami pilih yang merah iaitu berjalan kaki - lebih kurang sama je masa perjalanan


jauh jugaklah perjalanan kami malam tu.. banyak pengangkutan yang ada tapi kami pilih berjalan kaki je dari hotel.. sebabnya nak jimat la selagi boleh sambil melihat apa-apa sahaja di sepanjang perjalanan.. setiap malam ada pertunjukan di Seoul Plaza berdekatan dengan hotel kami tu tau.. tapi berakhir jam 8 malam.. jadi masa kami lalu tu elok je tolong tepun tangan.. hahaha.. aku baru nak ambik gambar je pentas tu dah tutup lampu.. huhuhu.. ok kalau nak tau pulak pasal Myeongdong ni, ianya adalah kawasan di mana pusat jualan barangan kosmetik terbesar di Seoul.. ada jugak tempat lain jual barang kosmetik kat sekitar Seoul.. area bawah hotel aku duduk tu pun banyak tapi yang kat Myeongdong ni agak istimewa la kiranya.. korang boleh buat pilihan yang banyak kat sini dan harga pun agak berbaloi berbanding tempat lain.. 

inilah antara rakan-rakan EDP yang pantang jumpa kamera... haha


Orang ramai serta deretan gerai makanan di sepanjang jalan Myeongdong



dan kat sini jugak ada menjual makanan jalanan yang popular di Korea.. dan lebih penting lagi halal ok.. seronok dengar kan.. tapi harga makanannya tu boleh tahan jugak la.. kalau dibandingkan dengan duit kita.. 


yang belakang tu pastry berbentuk ikan ~ dalam dia ada inti macam inti pau
yang penting halal

Gerai macam ni banyak di sepanjang jalan


kat sini ada jugak jualan barang-barang cenderahati dan merupakan antara tempat pilihan nak beli cenderahati bertemakan negara Korea.. cuma harganya tak la semurah mana pun.. nanti aku akan kongsikan tempat lain yang lebih murah ok.. teruskan mengikuti kisah menggamit kenangan korea ni dalam siri akan datang ok... jangan bosan pulak ya.. tata..


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok sambil berkursus sambil berjalan2 ...

Anil Wanina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rindu korea.. eh.. haahaha