Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 1 September 2017

Salam Aidiladha 1438H buat semua!




assalamualaikum semua, hari ni umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan kedua terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia.. iaitu Hari Raya Aidiladha atau raya korban.. alhamdulillah kami masih berpeluang menyambutnya pada tahun ni..


Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H


tahun ni giliran kami menyambutnya dengan ahli keluarga di Johor.. dan kami dah sampai di Johor pada awal pagi Khamis 31 Ogos 2017 semalam.. alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walau banyak kali jugak berhenti rehat dan lelapkan mata.. bahaya kalau mata mengantuk kan? jadinya lebih baik la berhenti rehat dulu..

hari ni kami dalam perjalanan nak ke jemputan kenduri rumah besan mak abah ni.. sambil la bawak anak-anak beraya walau hakikatnya hari raya haji biasanya kami banyak masa duduk kat rumah je..

sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Cerita Ita.. semoga apa jua pengorbanan yang dilakukan akan memberi sedikit kesan dalam hati kita dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah.. insyaAllah..
Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam aidiladha juga.

AziRahmanDotCom berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam aidil adha

Bunda_nora berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Aidiladha dari Bunda..

Khir Khalid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Aidiladha dan salam ukhwah berblogging juga :)