Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 17 Oktober 2017

Permohonan sekolah berasrama secara online bagi lepasan UPSR 2017 dan PT3 2017

Assalamualaikum semua, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan?  dan yang terbaru ni ialah bagi anak-anak lepasan UPSR dan PT3..  walaupun dikabarkan peperiksaan kali ni agak mencabar bagi anak-anak berusia 12 tahun dan 15 tahun ni.. nak tak nak mereka terpaksa jugak laluinya sebagai cabaran hidup.. apa nak buat kan..

Permohonan sekolah berasrama secara online bagi lepasan UPSR 2017 dan PT3 2017


bila dah abis satu cabaran.. iaitu cabaran peperiksaan.. datang lagi satu cabaran yang lain pulak.. iaitu memilih sekolah yang baik untuk masa depan.. ini pun aku percaya akan jadi dilema untuk mak bapak jugak.. samaada nak hantar ke asrama atau tak.. atau nak pilih aliran agama atau perdana.. namun apa pun pilihan.. sebagai ibubapa jangan la kita ketepikan hak anak dalam membuat pilihan.. libatkan anak sambil kita sebagai ibu bapa bagi panduan apa yang terbaik untuknya.. insyaAllah akan ada jalannya.. 

dan kali ni aku nak kongsikan beberapa pilihan untuk permohonan masuk ke sekolah berasrama secara online yang ada.. korang boleh cuba isi kesemua atau pilih mana yang korang nak je ok.. 

Pilihan permohonan sekolah berasrama ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 secara online :

*Kumpulan senarai permohonan ke Tingkatan Satu atau Tingkatan Empat Dalam Malaysia.*


1.   Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018|16 Oktober hingga 19 November 2017|https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm


2.  Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Program Asrama 1Malaysia (A1M) Kementerian Pendidikan Malaysia 2018|sebelum 8 Disember 2017|https://moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian


3.  Permohonan Secara Online Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 2018|19 September hingga 31 Oktober 2017|https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp


4.  Permohonan Kemasukan Murid Bagi Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018 |10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017|https://sptv.moe.gov.my


5.  Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 secara online (e-SSeM)|3 April 2017 hingga 31 Ogos 2017 |https://essem.moe.gov.my


6.  Pengambilan Pelajar Ke Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat Kolej Yayasan Saad (KYS), 2018 |18 September 2017 (Kemasukan Tingkatan 1) 12 Disember 2017 (Kemasukan Tingkatan 4).| http://admission.kysm.edu.my/


7.  Permohonan Masuk Ke Tingkatan 1 Sesi 2018 Yayasan Islam Kelantan (YIK) |mulai dibuka 2 Oktober 2017|http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/


8.  Permohonan Kemasukkan ke tingkatan 1 SMA Pahang bagi sesi persekolahan 2018|1 Ogos 2017 hingga 22 September 2017|http://esma.pahang.gov.my


9.  PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU ( 1 ) KE MA’AHAD INTEGRASI TAHFIZ NEGERI SELANGOR |Pengisian borang bagi kemasukan Tingkatan 1 semasa darjah enam di Sekolah Rendah Agama (JAIS)|http://mitstklang.edu.my/


semoga berjaya! 


Kakak Husna dan Fashionshow!

Assalamualaikum semua, minggu sebelum ni aku dapat mesej dari cikgu kakak husna yang bertanya boleh ke kakak masuk untuk fashionshow atau pertunjukan fesyen sempena sambutan minggu perpaduan? masa tu memang agak terkejut la.. maunya tak terkejut.. tiba-tiba je kan.. 

princess husna di fashionshow! 



tapi aku balas jugak.. takde masalah cikgu.. sebab aku rasa kakak husna pun lebih dari suka tu.. maklumlah memang kegemaran dia pun tu melaram.. bercantik-cantik.. sambil berangan jadi princess.. hahaha.. jadi aku setuju je la.. cuma cikgu pesan la suruh ajar dia berjalan ala catwalk dengan baik kat rumah.. 

masa awal tu aku ajar la dia jalan sikit-sikit.. tapi lepas tu disebabkan aku agak sibuk dengan persediaan bagi ceramah dan kerja-kerja.. latihan kakak husna agak terabai jugak la.. dan waktu aku balik dari mesyuarat hari jumaat tu pun sangat letih sampai tak mampu nak hadap anak-anak hari sabtu tu.. cuma sempat cari kasut baru kakak je untuk persediaan acara tu.. 

dan bila sampai masa hari ahad,  hari pertunjukan tu.. aku memang tengok kakak husna punya mood lain la.. takut pun ada aku tengok.. eh lupa.. baju dia cikgu yang jahitkan tau.. tema baju moden berasaskan kain dari bendera.. cantik dan kemas jahitan cikgu.. mujur la cikgu tak mintak ummi yang jahitkan.. kalau tak.. cuma mampu huhuhu je la.. 



ini kasut baru kakak yang kami belikan.. 


alhamdulillah kakak husna boleh jugak la berjalan elok sampai habis dan buat semua aksi yang diajarkan pada dia.. sekurang-kurangnya boleh la walau ada kejung sikit.. hahaha.. ok la tu kan.. ini pertama kali kot.. lepas ni mungkin dia lebih biasa lagi.. eh ada ke lain kali pulak?  hahaha.. 







dan kami tak tunggu sampai abis acara dan diumumkan pemenang sebab kena tunggu semua acara abis baru diumumkan sekaligus pemenang untuk semua acara yang dipertandingkan hari tu..  ada banyak la jugak selain pertunjukan fesyen ni.. ada menghias kek.. saintis muda.. dan macam-macam lagi la.. 

tak sangka pulak bila diumumkan kakak husna berjaya dapat tempat ke 5 dari keseluruhan yang ada lebih 20 peserta pada hari tu.. alhamdulillah rezeki kakak.. cikgu mesej bagitau petang tu dan katanya akan bagi hadiah pada kakak bila naik sekolah.. apa lagi bila balik sekolah je sibuklah dia tunjuk hadiah apa yang dia dapat.. 

Hadiah kakak


aku pun suka tengok anak-anak gembira macam ni.. insyaAllah selagi boleh aku akan sokong je apa saja minat anak-anak asalkan jangan yang bukan-bukan..  meh kita layan video kakak di hari pertunjukan fesyen tu.. 





Rabu, 11 Oktober 2017

Bukan mudah nak jadi Iron Women

Assalamualaikum semua, hari ni aku cuti.. cuti secara tiba-tiba.. plan asal aku akan ke pameran Lab Asia 2017 di PWTC.. banyak peralatan makmal yang ada dipamerkan kat sana.. pameran ni bersekali dengan seminar berkaitan makmal yang berlangsung dari semalam 10 Oktober sampai esok 12 Oktober.. kira memang kalau orang makmal memang patut berkunjung ke pameran macam ni untuk tau apa saja teknologi terbaru yang terdapat di dunia.. 

Shah di DMMC


tapi sejak Isnin baru ni shah dah dimasukkan ke hospital.. di Darul Makmur Medical Center (DMMC).. maka aku kena jalankan tanggungjawab buat insan yang tersayang ni pulak.. alhamdulillah.. masih Allah bagi peluang lagi.. tapi bukan mudah untuk aku sebenarnya.. 

semuanya sebab selama ni shah la tulang belakang aku dalam segala hal.. baik penjagaan anak-anak,  hal rumah.. semuanya dia bantu.. kalau dia takde mula la semuanya jadi tunggang langgang.. ni pun tengahari tadi aku baru je kerjakan kain baju kat dobi.. kebetulan pulak masa sekarang ni tengah musim hujan.. baju bersidai tak kering-kering.. terpaksalah aku bantu sikit industri dobi layan diri.. baik kan hati aku.. hehehe.. 

bukan main senyum orang sakit tu.. 


dah 2 hari lepas aku uruskan anak-anak pergi nak balik sekolah.. bak kata ibu pengasuh adik hadi dan kakak husna.. mujur tau bawak keta.. kalau tak macamanalah agaknya ntah.. bila aku fikir balik.. ye jugak.. walau tak selalu bawak dan kadang-kadang rasa tak yakin tapi beranikan diri la jugak untuk uruskan anak-anak..

terus buat aku teringat kisah kawan satu pejabat dengan aku sekarang ni.. kawan aku tu ada lesen tapi berpuluh tahun tak pernah memandu.. bila tetiba ditimpa musibah suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba terus kawan tu terpaksa bawak kereta sendiri.. terpaksa la jugak beberapa kali belajar memandu semula dengan bantuan kawan-kawan.. alhamdulillah mungkin sebab nak uruskan 4 orang anak-anaknya agaknya dapat semangat terus pandai memandu.. 

ada kawan ajarkan baca doa ni setiap kali ditimpa kesusahan.. 

Doa ketika ditimpa bencana atau kesusahan




kejap lagi kena keluar pulak ambik kakak husna dan adik hadi.. pastu ambik abg long sekali kot.. tadi aku siap bekal kain konon nak lipat sementara tunggu shah.. tapi ni dah turun pulak teman shah buat fisioterapi.. dah bape malam ni kami berkampung sampai pukul 10 kat hospital.. sebelum tu aku bawak abg long dan abg ngah mandi dulu bila balik dari sekolah.. mujur jugak tak jauh dengan rumah.. lebih kurang 10 minit je dari rumah.. lupa nak bagitau.. shah datang sini sebab sakit lama dia datang balik.. sakit belakang dia tu dulu.. semalam dah buat MRI dah pun.. jadi ni tengah buat fisioterapi dulu kemudian tengok apa saranan doktor.. sementara tu kami kenalah amalkan baca doa untuk sakit yang tak pasti dapat sembuh atau tak ni.. 

Doa Sakit Yang Tak Pasti Sembuh




esok ada majlis konvokesyen kakak husna pulak untuk tadika dia.. tengah nak tengok macamana aku nak atur jadual esok sebab pukul 8.30 pagi dah sepatutnya ada kat sana.. bukan mudah nak jadi iron women atau iron lady ni kan..? 

Audit ISO 17025 dah selesai!

Assalamualaikum semua, semalam dah selesai audit assessment dari Jabatan Standard Malaysia selama 2 hari.. audit kali ni adalah bertujuan untuk pembaharuan sijil ISO 17025 makmal kami buat kali ke 3.. alhamdulillah sejak layak untuk persijilan pertama pada tahun 2012, kami berjaya lagi mempertahankan sijil ni dengan beberapa perubahan dari masa ke semasa..

mesyuarat penutup - tengah cemas masa ni


ceewah.. macam buat ucapan pulak dah pepagi ni.. haha.. bukan la nak buat ucapan sangat pun cuma nak melahirkan rasa bersyukur dah terlepas satu lagi tanggungjawab yang agak berat ni.. inilah antara sebab jugak kenapa aku tak dapat menghadirkan diri dalam majlis konvokesyen adik aku.. sekarang cuma tinggal nak masukkan jawapan dan bukti untuk jawapan tu je la belum dibuat lagi.. insyaAllah akan cuba diselesaikan secepat mungkin.. 

penemuan audit semalam pun cuma dapat 1 NCR (non-confirmatory report) kategori 3 (minor) dan satu observation.. alhamdulillah agak sukar nak dapatkan macam ni sebenarnya.. itu pun setelah banyak melalui ranjau duri.. haha.. terutama bahagian kena sediakan dokumen mana yang memang tak pernah ada.. 

tapi sejujurnya team auditor pun banyak membantu dalam. memastikan audit berjalan lancar.. terutamanya banyak mengajar kami beberapa perkara yang memang selama ni kami tak tau dan tak terfikir pun.. syukur sangat sebab selalu dapat auditor yang membantu macam ni.. 

barisan sebahagian staff yang sangat membantu


semua staff pun sangat beri kerjasama yang baik.. warga kerja MVK Kuantan memang terbaik la setakat ni! dari segi kerjasama memang masing-masing tip top.. alhamdulillah Allah letakkan aku sentiasa dalam kalangan orang yang baik budinya dan semangat setiakawan yang kuat macam ni.. sangat-sangat bersyukur.. pada aku,  pembaharuan sijil ni jugak melambangkan satu organisasi yang saling bekerjasama untuk pastikan hasil yang terbaik.. insyaAllah.. MVK Kuantan terus maju bersama ISO 17025!

Selasa, 10 Oktober 2017

Sekali dia keluar Vivo V7+ la pulak !

assalamualaikum semua, tadi aku baru je cerita pasal Vivo V5 tetiba hari ni nampak iklan Senheng dan SenQ dah mula jual Vivo V7+ la pulak.. (tulis ayat sambil tarik rambut ok).. stress.. hahaha.. korang dah kenapa hah? adoiii.. dah la aku tahap kecewa dah terbeli awal.. kali ni dia keluar pulak Vivo V7+ dengan harga yang sangat berbaloi ! ok ini memang masuk kategori mengancam jiwa dah ni.. kenapa aku cakap macam tu? sebab... meh kita tengok spesifikasi Vivo V7+ ni dulu..

penjual vivo malaysia
Vivo V7+


Vivo V7+ ni didatangkan dengan 2 warna iaitu warna hitam dan gold (pujaan hati aku selamanya.. haha).. antara ciri-ciri yang jadi idaman kalbu tu ialah :


  • 5.99" Fullview display
  • Octa-core 64bit Processor
  • 4 GB RAM dan 64 GB ROM
  • Ada 3 slot card ( 2 simcard dan 1 SD kad)
  • 24 MP Kamera Depan
  • 16 MP Kamera Belakang
  • 3225mAh Li-ion bateri


dah baca spek kan.. ? meh kita tengok gambar pulak.. huhu..

5.99" FullView Display

64 GB ROM

16MP Kamera Belakang

24MP Kamera Depan


dan sekarang ni aku nak bagitau kat mana aku patut beli.. eh korang la.. apa aku pulak.. #eh.. hahaha.. buat masa sekarang ni dah ada di kedai Senheng dan SenQ yang berdekatan tau.. harga dia memang berbaloi.. dengan spesifikasi macam kat atas tu korang cuma perlu bayar dengan harga RM1499 je tau.. haa.. nampak tak? tak ke berbaloi tu? dan sempena promosi pelancaran ni korang akan dapat satu beg galas (backpack) dan voucher Watson bernilai RM10 secara percuma ! wah dapat telefon.. hadiah percuma pun dapat.. peluang baik la untuk sesiapa yang cari telefon pintar yang baru ni.. 


Beg galas percuma - promosi perlancaran


Telefon pintar Vivo V7+ ni dah memang mula dijual di Senheng dan SenQ sejak 29 September 2017 aritu lagi tau.. dan sekarang ni tengah rancak penjualannya.. kalau korang taknak terlepas peluang mari la tuju ke cawangan Senheng dan SenQ yang terdekat.. 

Mesti ada je yang nak tau kenapalah kena beli kat Senheng dan SenQ ni kan? padahal ada je cawangan yang banyak kat luar tu jual telefon pintar Vivo ni.. haa.. kalau nak tau sebabnya kat SenHeng ni ada tawaran menarik yang mana korang boleh pilih pilihan bayaran macam berikut :


Bayaran penuh atau bayaran ansuran selama 24 bulan tu!
RM1499 sahaja !



*(Ansuran 24 bulan terbuka kepada Maybank, Maybank Amex, Public Bank dan HSBC (akan datang Citibank))



bukan tu saja tau.. korang boleh dapat keistimewaan tambahan jika jadi ahli PlusOne macam :

  • tambahan 1 tahun waranti bagi Ahli PlusOne (kalau nak jadi ahli masa tu pun boleh, cuma tambah RM12)
  • bagi ahli sedia ada kena log in ke website www.senheng.com.my atau www.senq.com.my
  • layak untuk penghantaran ke rumah secara percuma termasuk Sabah dan Sarawak 


dah cerita pasal penghantaran percuma haruslah kena bagitau macamana nak beli secara online kan ?
korang boleh terus ke website Senheng untuk maklumat lanjut dan pembelian :


Website Senheng : Vivo V7+


ada jugak program untuk Trade-in untuk dapat rebat bagi pembelian telefon baru tau.. kalau korang berminat boleh terus ke cawangan Senheng yang berdekatan atau boleh ke website kat bawah ni untuk maklumat lanjut..


Website Senheng : Trade In Phone


maklumat dah bagi.. harga pun dah bagi.. cara mudah nak beli pun dah bagi.. jom mimpi.. eh jom pegi beli.. hehehe... 


Harga Vivo V7+



Akhirnya memang puashati dengan Vivo V5

assalamualaikum semua, lama dah aku nak cerita pasal telefon bimbit yang aku sedang pakai sekarang ni.. tapi asyik la tak sempat nak tulis.. ada aku tulis aritu pasal nak buat pilihan samada nak beli handphone Vivo V5 atau Sony Experia XA1? selepas dari tu aku terus tak update dah aku dah beli ke belum kan?


gambar aku dengan Vivo V5 di hari Temuduga EDP


haa.. kali ni aku nak bagitau kat korang.. sebenarnya aku dah selamat beli telefon pintar baru iaitu Vivo V5, yang aku rasa sangat puashati dengan fungsi dan kualiti telefon Vivo V5 setakat ni.. tengok je la gambar aku kat atas ni.. yang ni gambar aku ambik kat tandas JPA di hari temuduga program COTI aritu.. kalau korang nak tengok spesifikasi telefon boleh baca entri Vivo V5 ni.. tapi entri aku kali ni bukan nak ceritakan pasal spesifikasi pun.. cuma nak bagitau korang yang telefon pintar Vivo V5 yang aku pakai ni best ! hahaha.. itu je ok .. ok bye..

percaya ke kalau ita nak buat entri dengan hanya 2 perenggan? hahaha.. maunya tak kan? sebabnya aku memang jenis suka menulis, walau ada jugak yang akan kata merapu-rapu.. biarkan jela.. hanya yang suka menulis tau apa yang seronoknya dapat meluahkan sesuatu dengan menulis.. 


ada lagi yang aku nak bagitau korang pasal telefon pintar Vivo V5 ni sebenarnya.. masa aku nak beli bulan 4 aritu cuma ada 2 model untuk Vivo V5 iaitu Vivo V5 plus dan jugak Vivo V5.. yang mana speksifikasi keduanya memang amatlah berbeza.. baik dari rupa paras telefon tu sendiri yang mana kalau Vivo V5 akan ada 2 garis di belakang telefon di sebelah atas dan bawahnya.. manakala Vivo V5 plus takde garis ni.. dan Vivo V5 cuma ada 32GB untuk penyimpanan dalam telefon manakala Vivo V5 plus lebih besar dengan penyimpanan mencecah 64GB.. spesifikasi kamera jugak Vivo V5 plus lebih baik dari Vivo V5.. 

dari segi harga pulak.. masa aku beli Vivo V5 ni, harganya ialah RM1299 dan Vivo V5 plus dalam RM2k lebih.. tapi aku tak ingat pulak harganya.. dan sudah pastinya aku akan cari harga yang lebih murah walau hakikatnya aku amat berangan nak ada telefon pintar dengan memori telefon yang lebih besar.. apa nak buat sebab cuma setakat tu rezeki aku..

tapi yang nak jadi bikin panas ialah.. selepas aku beli telefon Vivo V5 tu dalam masa 2 bulan, boleh pulak adik lelaki aku pun beli jugak jenama Vivo.. dan dia beli jenama Vivo V5s.. sama spesifikasi lebih kurang macam Vivo V5 cuma memori dia lebih besar wei! 64GB tau !  haa.. maunya aku tak marah bila dengar kan? huwaaa... kenapa la kau lambat sangat keluar wahai telefon.. harganya pulak cuma lebih RM100 je wei.. adik aku beli dalam harga Rm1399.. lagi sakit hati dengar kan ? memang nak nangis pun ada la.. meh tengok perbezaan antara 3 model Vivo V5 ni..

Perbezaan Vivo V5, Vivo V5s, Vivo V5 plus



Perbezaan Vivo V5, Vivo V5s, Vivo V5 plus


Perbezaan Vivo V5, Vivo V5s, Vivo V5 plus



tapi yang aku nak kongsikan lagi ni ialah.. memang korang tak rugi la kalau beli telefon ni.. betul kata penjual tu.. telefon ni memang tak pernah ''hang''.. 'hang' memang perkataan yang menghantui kebanyakkan pengguna telefon bimbit yang selalu menyimpan banyak aplikasi dalam telefon dia macam aku ni la.. bape banyak aplikasi untuk menyokong aktiviti berblog ntah.. tak rajin nak kira.. cuba bayangkan kalau telefon 'hang' sebab terlampau banyak penggunaan.. mau serabut nak memikir kan? tapi dengan guna Vivo V5 sekarang aku dah tak serabut lagi.. hehehe.. 

patut la penjual tu berani bagi jaminan seumur hidup tau.. aritu masa aku kat Korea pun ada sekali telefon ni jatuh atas jalan berbatu.. nak demam aku tengok bila dia jatuh..  tapi alhamdulillah.. masih berfungsi dengan baik dan sempurna tanpa cacat cela.. jadi kalau ada korang yang tengah berangan nak tukar telefon tu.. masukkan la Vivo V5 dalam senarai ok ! ni aku tengah nak tinjau-tinjau Vivo V7+ pulak.. macam best je tu.. huhuhu.. 


Selamat Berkonvo Adik Manis!

Assalamualaikum semua, sejak dari dulu ramai yang kenal aku sebagai orang yang keras hati dan terejal katanya.. tapi tak ramai yang tau aku terpaksa jadi 'keras' atas apa yang aku lalui dalam hidup ni.. dan di sebalik kekerasan tu terselit kelembutan yang hanya orang terapat yang tau.. 

cilok gambar seorang graduan di fb :p


hari ni aku betul-betul berasa hati aku sangat tersentuh.. semuanya sebab adik bongsu kami yang dilahirkan ketika aku berada di Tingkatan 3.. jauhnya jarak antara kami sebenarnya.. dan dialah satu-satunya adik perempuan yang aku ada.. adik kami yang sejak dulu kecil dan comel je dan sekarang ni dah bertambah comel ni dah besar rupanya..  dan hari ni merupakan hari bersejarah buatnya.. Hari adik kami ni meraikan hari konvokesyennya yang pertama! 

dan aku pula.. hanya mampu menghantar doa sebagai iringan pengganti diri dari jauh buatnya yang berada nun di Kelantan semoga majlisnya berjalan lancar.. Maafkan akak sebab tak boleh temankan adik di hari istimewa ni.. semoga hari ini akan jadi hari yang sangat bermakna buat adik ya.. maaf jugak seabb angah tak dapat bawak mak dan abah tengok adik konvo.. 

tengok gambar ni lagi rasa macam nak nangis.. :'(








Isnin, 9 Oktober 2017

Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan produk The Olive Tree dengan harga lebih murah!

Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan produk The Olive Tree dengan lebih murah! 

Assalamualaikum semua,  korang pernah terfikir tak pasal bahan kimia dalam produk syampu yang korang guna hari-hari?  secara jujurnya aku memang pernah dengar dan sejak akhir-akhir ni mula mengkaji baik dan buruknya bahan kimia dalam produk yang aku pakai untuk rambut.. antaranya ialah untuk elakkan produk yang mengandungi SLS, SLES dan paraben.. 


Apa itu SLS dan SLES?


mesti korang pun nak tau apa dia SLS dan SLES tu kan..?  SLS atau Sodium Lauryl Sulfate dan SLES atau Sodium Laureth Sulfate adalah bahan yang banyak digunakan terutama dalam barangan penjagaan diri seperti syampu,  mandian badan, ubat gigi dan jugak pembersih industri seperti bahan pencuci lantai.. antara sebab ianya digunakan adalah kerana fungsinya sebagai agen penghasil buih yang bagus.. 

tetapi dalam fungsi penghasilan buihnya tu jugak terselit kesan yang tidak baik terutamanya untuk badan,  kulit dan rambut.. antara kesannya ia boleh menyebabkan kekeringan pada kulit atau rambut dengan menanggalkan minyak semulajadi pada kulit dan rambut,  ia jugak akan merosakkan struktur dan kesihatan rambut dan ia juga boleh menyebabkan keracunan toksik pada organ dalaman pengguna jika digunakan dalam jangkamasa yang panjang.. 

dan antara bahan kimia yang lain yang patut kita elak untuk berada dalam barangan penjagaan diri yang kita guna hari-hari ialah Paraben.. paraben ni aku rasa dah ramai jugak yang sedar tentang kesan buruk Paraben yang antaranya ialah bahan Karsinogenik. Maksud karsinogenik adalah bahan yang boleh mengaktifkan sel-sel kanser.. dan kalau nak tau Paraben ni digunakan dengan agak meluas dalam industri penghasilan syampu dan perapi, pencuci muka, skrub,  dan mandian badan..  haa seram kan? 


Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan Produk The Olive Tree dengan lebih murah! 


sebab tu jugaklah kita patut amalkan penggunaan barangan penjagaan diri yang bebas dari SLS,  SLES dan jugak Paraben ni.. antara alternatif yang aku nak cadangkan adalah menggunakan rangkaian produk yang berasaskan tumbuhan dari The Olive Tree yang tentunya tidak mengandungi : 

  • Paraben
  • Sulphate (SLS atau SLES)
  • Pewarna dan pewangi sintetik
  • EDTA
  • Bahan kimia merbahaya


Didatangkan khas dengan Gift Box (Kotak Hadiah) 


Ada terdapat 3 pilihan produk penjagaan rambut dari The Olive Tree ni tau.. 

1. Rosemary & Mint Shampoo dan Conditioner (Syampu dan perapi)
  • sesuai untuk rambut normal hingga ke rambut halus. 
  • menjadikan rambut kelihatan lebih berkilat.
  • membantu pertumbuhan rambut yang sihat melalui rangsangan pengaliran darah pada kulit kepala. 


2.  Tea Tree & Mint Shampoo dan Conditioner (Syampu dan perapi) 
  • sesuai untuk rambut normal ke rambut berminyak, kegatalan kulit kepala dan kelemumur.
  • membersihkan kulit kepala.
  • menambah nutrisi pada rambut hingga ke akarnya. 
  • menyegarkan selepas bersyampu. 


3. Lavender Bergamot Shampoo and Conditioner (Syampu dan perapi) 
  • sesuai untuk rambut yang kering dan kerinting. 
  • dengan penambahan minyak Jojoba untuk melembapkan rambut. 
  • menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus. 



Tapi jika korang baru je berhajat nak bertukar ke produk yang natural macam rangkaian produk The Olive Tree ni dinasihatkan mengikuti tips berikut tau..

Tips apabila menggunakan produk rambut berasaskan bahan semulajadi 

  1. Basahkan rambut dengan air sebelum meletakkan syampu. 
  2. Jika nakkan buih yang banyak, letakkan lebih banyak air ketika bersyampu atau bersyampu sebanyak 2 kali. 
  3. Bilas rambut dengan secukupnya. 
  4. Bilas rambut dengan menggunakan Apple Cider Vinegar untuk mengembalikan kestabilan pH rambut.
  5. Gunakan perapi (conditioner) dan sikat hingga ke hujung rambut. Kemudian bilas secukupnya. 


dengan mengikut tips kat atas ni dapat mengurangkan risiko rambut yang kering kesan dari penggunaan barangan penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia sebelum ni.. 

Ramai pengguna yang berpuashati tau dengan produk penjagaan rambut dari The Olive Tree ni.. antara testimoni :

"Produk yang bagus untuk rambut berminyak. I love the extra light and clean feeling. The shampoo makes my scalp less oily,  reduces red rashes and improve my hair texture.  Delivary is fast,  within 24 hours after purchase.  Thank you for bringing this product to Malaysia.  My whole family is loving this shampoo. " - Elly Suliana


"Your Tea Tree Shampoo & Conditioner are AMAZING!  My hair is growing and no more bald patches. " - Sarah De Souza


teruja bila baca testimoni pelanggan yang macam ni kan..?  lebih teruja lagi aku nak bagitau korang yang The Olive Tree jugak akan mengadakan promosi bersempena dengan jualan online terbesar #MYCYBERSALE daripada 9 Oktober hingga ke 13 Oktober 2017 ni tau..  


rapat je jangan terpikat :p 



jadi apa je yang akan ditawarkan dalam tempoh ni?  meh adik hadi bagitau ya.. sampai dalam tidur pun boleh mimpi tau.. hahaha.. 

sambil tidur pun boleh.. haha



Ya ! Potongan harga sehingga 10% bagi pembelian rangkaian produk The Olive Tree di semua rangkaian kedai serta penghantaran percuma bagi setiap pembelian melebihi RM 100 di seluruh Malaysia! 

Best kan..?  Jadi apa tunggu lagi.. meh la dapatkan segera !  Untuk maklumat lanjut bolehlah ke link berikut ok :


The Olive Tree website : The Olive Tree


tapi bagi sesiapa je yang nak mencari tawaran produk dan jenama lain berkaitan dengan MYCYBERSALE boleh klik ke website di bawah ni ya :


Jualan Mycybersale :  #MYCYBERSALE 


MYCYBERSALE dah bermula ! Semua boleh mula berbelanja !





Selasa, 3 Oktober 2017

Spa kaki percuma di Gunung Belumut !

Assalamualaikum semua, dua minggu lepas kami berpeluang jenguk orang tua di kampung.. saja balik sebab anak-anak dah sibuk cakap rindu nak balik kampung.. kebetulan pulak ada cuti panjang sikit.. jadi kami ambiklah kesempatan balik jugak.. 

anak-anak bergambar di pintu masuk Gunung Belumut


padahal hari Rabu tu kami diuji kereta ada masalah.. terpaksa baiki hari Khamis tu.. bila dah siap baiki, hati rasa tak sedap nak balik malam Jumaat tu.. betul rupanya.. mujur kami tak gerak malam tu.. kalau tidak entahlah apa jadi kalau dia buat hal tengah jalan.. 

elok je kereta dah ok,  kami pun gerak balik.. tapi bila balik kampung dari rumah di waktu siang ni banyak pulak tempat nak menyinggah.. sudahnya kami sampai malam jugak kat rumah mak abah..  macam biasa la bila balik tu meriah la rumah mak sekejap.. sempat jugak shah ikut adik beradik aku mencari ketam di Mersing.. ada la habuan sikit untuk makan sekeluarga.. rezeki belangkas pun ada tau.. sukalah shah dapat pengalaman macam tu.. 

hari ahad tu pulak boleh tetiba takde elektrik kat kampung tu dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 5.30 petang kata adik ipar aku.. kenapa aku tak tau pulak kan.. haha.. sebabnya aku dah merayap ke Gunung Belumut dengan anak-anak.. ada video ni haa aku kongsikan kat youtube.. 



yang paling best ialah aku dapat spa kaki free petang tu.. ada ikan makan kaki aku tau.. haha.. best gila.. memula tu macam geli tapi bila dah lama-lama rasa best pulak.. rasa bersih je kaki lepas tu.. lepas tu layan anak main buaian, gelunsur bagai..  seronon bebudak..  meh kita layan gambar.. 




spa kaki percuma do Gunung Belumut 


korang waktu hujung minggu pegi mana pulak? 



Saya dah besar!

Assalamualaikum semua, malam ni aku nak ceritakan kisah anak-anak.. rindu pulak nak kongsikan keletah anak-anak.. ni kejadian yang baru je berlaku hujung minggu lepas.. waktu tu aku baru je selesai masak sup ayam.. nasi impit pulak dah masak malam sebelum tu.. 



sup ayam dengan nasi impit


bila sup ayam dah siap, anak-anak sibuk nak makan.. masing-masing dah mula mengadu lapar bila aku mula masak lagi.. sebab mula-mula tu aku goreng daging ayam yang aku dah potong kecik-kecik ala dadu.. pastu gaul dengan garam kunyit dan goreng..  anak-anak rumah ni lebih gemar makan ayam digoreng kunyit kecik-kecik macam ni dari seketul ayam goreng yang bahagian besar tu.. 

ok nak dijadikan cerita, semuanya kan rajin sangat nak tolong kalau aku hidangkan pinggan mangkuk dan nasi bagai tu.. berebut masing-masing.. dan biasanya aku bagi anak-anak tolong je..  takde masalah pun..  cuma untuk elakkan pertumpahan darah.. eh.. taklah sampai gitu hihi.. cuma nak elakkan bergaduh ini, aku ada beberapa tips yang aku praktis..  

Tips tak bagi anak bergaduh


1. Bagi peluang secara giliran

Aku bagi masing - masing giliran untuk jalankan tugas.. kalau adik dah buat bagi pulak pada kakak..  begitu jugak kalau kakak dah buat, aku akan mintak kakak bagi peluang kat orang lain jugak.. 

2. Bekerjasama

Aku akan bagi peluang semua orang buat.. dengan cara semua orang cari pinggan dan sudu garfu masing-masing, ambik dan susun untuk hidang.. 

3. Elakkan punca pergaduhan

Cara ni selalu aku buat untuk elakkan persengketaan.. peh bombastik pulak tetiba ayat aku.. biasa bila guna cara ni, aku dah siap isi nasi dalam pinggan kat dapur.. cuma tinggal angkat je yang mana biasanya aku buat jugak.. anak-anak cuma tinggal makan je.. 


Cara no 3 biasanya sangat menjadi untuk elak pergaduhan tapi akan berakhir dengan generasi anak-anak yang tak pandai nak buat kerja atau tak pandai nak bantu orang tua nanti..  cara  no 1 & 2 biasanya memang menjadi jugak tapi akan ada jugak perebutan dan diakhiri drama tangis menangis.. itu belum lagi ada yang tak puashati sebab dia dapat alatan atau pinggan yang dia tak gemar..  macam kes sup ayam baru ni la..

abg long tak sempat nak bantu aku siapkan.. kakak husna dah monopoli dulu tugas ambik sudu garfu.. tetiba dia boleh ambikkan abg long dia sudu macam kat bawah ni.. haha.. terus keluar ayat dia.. 

sudu comel yang abg long taknak :)




"Saya dah besar,  saya tak suka sudu ni.. macam budak-budak la ummi", Abg long.. 

amboi.. padahal kalau ada mainan budak-budak dia yang kejar dulu biasanya..  anak..  ooo.. anak.. 


Isnin, 2 Oktober 2017

Hijab Shampoo dari Natural Elixirs

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan kebaikan satu produk yang khusus untuk wanita bertudung.. sesiapa yang pakai tudung mesti teruja nak tau ni.. pasal Hijab Shampoo dari Natural Elixirs.. aku sendiri pun lepas guna dalam lebih 2 minggu baru berani nak buat review..  jom kita baca apa yang menarik pasal Hijab Shampoo ni..

Hijab Shampoo dari Natural Elixirs 



Syampu rambut gugur
Hijab Shampoo dari Natural Elixirs 
Kalau dan nama pun Hijab Syampoo kan.. haruslah sesuai untuk yang bertudung atau berhijab.. dan kalau nak mencari penyelesaian masalah untuk rambut bertudung yang kerap sangat gugur dan lambat kering bila basah memang ini yang paling sesuai.. bukan setakat sesuai je tapi berbaloi tau cuba..  sebab bila pakai syampu ni rambut sangat senang diurus dan cepat kering..

Hijab Shampoo dari Natural Elixirs ni  :

  • syampu dan perapi (2 dalam 1)
  • mengandungi bahan yang organik
  • diformulasikan untuk rambut gugur
  • sesuai untuk wanita bertudung dan rambut yang tertutup sepanjang hari
  • dan juga sesuai untuk semua jenis rambut 

Antara fungsi Hijab Shampoo :

  • Membersih dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
  • Mengawal pengelupasan semulajadi kulit kepala, dan menjadikannya segar semula.
  • Menyeimbangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan.
  • Sifat antioksidan yang melindungi rambut dari kerosakkan dan penuaan awal.
  • Memberi tenaga dan menyegarkan semula akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
  • Mencegah keguguran rambut dan kelemumur



Apa kandungan dalam Hijab Shampoo dari Natural Elixirs ni?

1. Nettle Oil ( Jelatang )

Tinggi kandungan vitamin B, dan sumber bagus untuk iron, potassium, manganese, calcium dan pelbagai mineral lain. Ia juga tinggi kandungan protein dan asid amino. Dapat membantu dalam penghasilan semula rambut dan mempunyai kesan anti-keradangan serta sangat bagus untuk membantu perawatan kelemumur.




2. Ekstrak Chamomile

Juga mengandungi anti-keradangan, anti-microbial dan anti kegatalan.  Chamomile juga membantu rambut untuk tumbuh secara sihat dengan memberi nutrien secukupnya untuk kulit kepala serta menguatkan folikel rambut.



3. Minyak teh hijau (Tea Tree Oil)

telah diketahui ramai banyak manfaatnya teh hijau ini terutama dalam kesihatan dan kecantikan. sifatnya yang mempunyai anti-keradangan dan anti-microbial sangat membantu masalah kulit kepala yang disebabkan oleh kebanyakkan masalah rambut seperti kelemumur. Juga membantu masalah keguguran rambut dan membantu pertumbuhan rambut yang baru.





Korang boleh tau lebih lanjut pasal produk ni melalui :


Facebook

Twitter
Natural Elixirs Sdn Bhd https://twitter.com/ NaturalElixirs

Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd

Instagram
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn


atau lebih mudah lagi beli saja di LAZADA

Hijab Shampoo Natural Elixirs (300ml) hanya RM24.90 di LAZADA



Hijab Shampoo dari Natural Elixirs dengan model cilik