Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 24 Oktober 2017

Resepi Kek Coklat Mudah

Resepi Kek Coklat Mudah dan Sedap


assalamualaikum semua, petang tadi aku sempat buat kek coklat mudah dan sedap guna pressure cooker.. memang serius mudah tau.. tak payah guna mixer pun.. cuma kacau-kacau guna hand whisk atau je tau.. dan bahannya pun sangat senang.. tak rumit la macam nak buat kek mahal tapi hasil aku gerenti sedap macam kek mahal jugak.. hehe.. paras keyakinan mesti tinggi punya.. 

Resepi kek coklat mudah dan sedap



jom kita belajar macamana nak buat jom! senang je ni.. korang boleh buat selalu-selalu nanti.. insyaAllah.. yang ni pun resepinya aku pernah tulis tahun lepas.. memang takde ubah la.. cuma part susu je aku guna susu tepung hadi je yang aku bancuh 2 cawan ikut sukatan.. 

Resepi Kek Coklat Mudah 

oleh Ceritaita
Bahan-bahan

bahan A

2 biji telur gred A (gred B pun boleh)
2 cawan susu cair @susu segar @ 1 cawan susu + 1 cawan air @ 2 cawan susu yang dibancuh dari susu tepung ( aku biasa letak 2 botol susu segar yang shah jual.. nak lebih sedap rasa dia guna susu perisa coklat 2 botol)
1 cawan minyak masak
garam secubit


bahan B 

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang @ 1 cawan gula perang + 1 cawan gula castor
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder (nak lebih lembut boleh ganti double action baking powder)


Cara-caranya

1. gaul semua bahan B sampai takde lagi berketul-ketul
2. sebatikan bahan A dengan menggunakan handwhisk je
3. lepas tu satukan dengan bahan A yang dah disebatikan dahulu..
(guna handwhisk atau senduk pun boleh..)
4. kukus dalam loyang yg disapu minyak selama 30 minit.. ( macam kes aku sebab aku gunakan pressure cooker jenama ELBA jadi aku cuma setkan kat butang memasak "CAKE" je dan biar dia masak selama lebih kurang setengah jam (0.9 x 3 minit = 27 minit) 

kek coklat mudah guna pressure cooker


aku sejukkan dulu sebelum deco tadi.. untuk deco senang je.. aku guna coklat masakan jenama Beryl yang syiling tu dan cairkan guna teknik double boiler dan tambahkan sikit susu uht masa nak cairkan tu.. dah cair, aku curah pastu tabur la sesikit coklat urai dan cip coklat.. anak-anak memang suka la kalau ada hiasan bagai ni.. terus mood makan diorang berganda-ganda la.. resepi aku dah bagi jadi korang cuba tau.. aku nak sambung makan kek.. haha.. 

kek coklat masak dalam pressure cooker 

aku dah terbalikkan untuk hias

dah siap hias dan sedia untuk dimakan! 





Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: