Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 9 November 2017

Harga barang lebih murah pada jualan 11.11 Singles' Day!

Harga barang lebih murah pada jualan 11.11 Singles' Day! 

assalamualaikum semua,  kalau korang yang suka shopping secara online tentu dah tau pasal harga barang lebih murah pada jualan 11.11 Singles' Day ni kan?  sebabnya ianya adalah jualan yang ditunggu-tunggu di setiap tahun.. pada jualan 11.11 inilah selalunya harga barang dijual pada harga yang kadang-kadang tak pernah kita jangkakan.. 

sales

Harga barang lebih murah pada jualan 11.11 Singles' Day



kenapa pulak ianya dipanggil jualan 11.11 atau 11.11 sales ? haa.. sebenarnya ianya bersempena tarikh jualan yang jatuh pada tarikh 11.11 atau 11 November setiap tahun.. dan kenapa dipanggil Singles Day?  ada beberapa sejarah la sebenarnya terutama pasal sejarah hari ini untuk orang yang masih bujang.. tapi secara rasmi untuk jualan online pulak telah bermula kali pertama pada tahun 2010 lagi.. dah hampir 7 tahun pun.. dan sewaktu jualan ni korang takkan rasa single.. hahaha.. faham tak maksud aku ni? 

1111 sales

bagi aku la biasanya waktu inilah waktu terbaik untuk beli semua keperluan anak atau anak bulu kat rumah.. sebab biasanya harga sangat berbaloi termasuk ada sesetengah yang menawarkan penghantaran secara percuma.. dah la beli harga murah.. dapat pulak pos percuma kan? maunya tak senyum.. jadi biasanya aku akan sediakan je la senarai barangan yang aku nak beli atau berangan nak beli tu.. atau lagi best dah sesiap letak dalam troli.. bila harga ok dan berkenan atau ada promosi jualan murah macam ni terus la boleh check out.. tapi rajin jugak la kadang-kadang mata ni tinjau-tinjau promosi yang ada di aplikasi untuk tau apa tawaran yang ada.. hehehe.. dah namanya perempuan kan..

shopback malaysia


Dan biasanya aku akan tinjau harga melalui google search untuk cari website yang tawarkan harga lebih murah.. biasanya aku beli kat Lazada la.. bebaloi tau kalau beli selalunya.. boleh jimat duit minyak jugak kat situ bila shopping online ni.. macam ni la setiap tahun sampailah aku berkenalan dengan Shopback pulak sekarang ni.. sebabnya mana lagi nak jumpa kedai online yang tawarkan banyak pilihan kedai online di samping bagi pulangan wang setiap kali kita berbelanja.. dahlah boleh shopping kat kedai pilihan kita dalam tu pulak tu dapat pulangan wang tunai.. best kan.. ? ingat senang-senang ke orang nak bagi duit kan.. payah nak jumpa tau.. pulak tu kat sini bukan saja kedai jual barangan yang popular di Google Search saja yang ada.. kedai online untuk belian tiket dan hotel pun ada tau.. jadi untuk bercuti pun sesuai.. eh kira aplikasi yang wajib simpan la kalau korang nak berjimat..


history





bukan tu je.. kalau akhir tahun ni biasanya inilah masanya kebanyakkan orang tunggu untuk jualan black friday atau Black Friday sales yang pada sejarahnya bermula gelaran ini pada tahun 1869 yang pada asalnya sebenarnya merujuk kepada krisis ekonomi yang berlaku pada waktu tu.. tapi kemudiannya Offical Black Friday lebih dikenali sebagai hari bermulanya musim cuti untuk membeli belah.. menarik kan?  lebih menarik lagi sebab waktu ini jugak harga barang akan jadi jauh lebih murah.. biasanya jualan ni akan diadakan di antara 23 November hingga 29 November setiap tahun.. dan tahun ni dipilih pada 24 November 2017.. korang boleh rujuk kat gambar untuk senarai tarikh tahun sebelum ni jugak..





jadi dah baca pasal sejarah..? dah tau pasal jualan murah ni.. ? ok jom sesama kita tandakan kat kalendar dan senaraikan apa nak beli.. hehehe



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jom grab

eynda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rambang mata nanti tak tau nak beli mana satu :-D

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Byk info dpt Dari sini. Tq ita

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tertengok juga jualan kat Lazada semalam. Sebaik berjaya kawal nafsu. Kalau tak, habis duit ku