Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 10 November 2017

Kakak husna mewarna di Perasmian Serambi Teruntum

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak ceritakan pasal kisah kakak husna masuk pertandingan mewarna pada hujung minggu lepas.. pertandingan dianjurkan bersempena majlis pembukaan Serambi Teruntum dan juga perasmian semua stesen Radio RTM di saluran Astro dan Njoi.. 

serambi teruntum


semua kanak-kanak dalam sekolah kakak dijemput untuk hadir tapi disebabkan ramai ibubapa yang ada masalah jadi tak ramai la yang dapat hadir.. kami sendiri sampai dah agak lambat.. sebab kami dah rancang akan hadiri majlis jemputan kahwin pulak di Lipis lepas majlis kakak husna selesai.. 

majlis dimulakan dalam jam 9 pagi macam tu la.. ramai betul orang di Serambi Teruntum hari ni.. tapi tempat dia sangat luas dan selesa.. siap disediakan kemudahan bilik air jugak di situ.. taman permainan kanak-kanak yang selesa pun ada dalam tu tau..

taman permainan kanak-kanak

blogger di mana-mana.. hehehe

buat pengetahuan sesiapa yang belum tau, Serambi Teruntum ni sebenarnya adalah pusat perniagaan yang dibina di Tanjung Lumpur.. berhadapan dengan Hospital KPJ Kuantan.. Betul-betul berdekatan dengan jambatan Tanjung Lumpur.. kiranya kalau korang datang dari bandar Kuantan, korang akan jumpa Serambi Teruntum ni selepas Jambatan Tanjung Lumpur di sebelah kiri.. 

kiranya Serambi Teruntum ni dah jadi salah satu tarikan jugak kalau korang ke Kuantan ni.. sebab ada bermacam yang dijual di sini tau.. eh meh la aku ceritakan dengan gambar kat bawah nanti ya.. kat sini sebenarnya ala-ala Mini Pasar Siti Khadijah di Kelantan atau Pasar Payang di Terengganu tu la..

kat sini ada menjual pelbagai barangan serta makanan tradisional di Negeri Pahang ni.. jadi kalau korang merupakan pelancong yang datang ke negeri Pahang amat sesuai la kalau datang ke sini.. kalau rakyat tempatan pun sesuai jugak.. terutama bila korang terasa nak cari makanan atau cenderahati sesuai untuk bagi pada sesiapa saja la.. 





waktu aku pergi aritu siap ada orang yang tengah menenun Tenunan Pahang tau..menarik!  kami siap temuramah dia lagi.. hihi.. dan hasil tenunan ni ada dijual di sini jugak tau.. bukan tu saja.. banyak jugak makanan yang dihasilkan oleh peniaga kecil ada kat sini macam sambal hitam,  keropok,  kek, bahulu,  coklat,  kerepek,  madu.. eh banyak lagi la.. untuk batik pun ada tau.. boleh melukis-lukis lagi kat sini.. 

lebah dan madu

merasa madu

pasal parking pulak korang jangan risau sebab kat sini ada disediakan kawasan parking yang agak luas serta percuma setakat ni.. ada tarikan lain jugak termasuk pasar tani setiap hari sabtu dari jam 3 petang hingga 10 malam dan pasar malam pada setiap hari rabu.. kami pergi dah pasar malam dia sebelum tu memang agak meriah.. pasar tani je belum berkesempatan lagi nak pergi.. 

acara kakak husna hari tu berakhir dalam jam 11 pagi.. alhamdulillah kakak dapat la hadiah saguhati.. kami habiskan masa pulak berjalan-jalan di sekitar kedai dan gerai yang ada dalam Serambi Teruntum tu dan kemudiannya kat kedai makanan yang ada kat bahagian belakang Serambi Teruntum ni untuk makan sebelum bergerak ke Kuala Lipis untuk kenduri kahwin..





Korang kalau datang ke Serambi Teruntum ni jangan lupa luangkan masa melawat ke sini jugak ya! 


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kaka husna memang ke Tu? Tahniah ye. Best gak tempat Tu bilalah aku nak ke kuantan lg

Maisarah Humaira berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mesti kakak husna seronok kan :)

www.maisarahsidi.com

Etuza Etuza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lihat etuza dah follow ya

Amie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mesti seronok kakak Husna dapat hadiah mewarna. Tahniah kakak Husna.

Kaklong Chan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Laa.. Pusat jualan ke.?
Kaklong ingatkan dewan macam tu.
Boleh la pergi balik kampung nanti ^^

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tak pernah lagi mai sini. Nanti boleh la jalan ke sini

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menang tak menang belakang cerita , yang penting anak anak enjoy.