Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 12 November 2017

Lempeng Nasi Ikan

assalamualaikum semua,  eh tetiba hari ni macam mood baik nak kongsi resepi pulak rasanya.. pasal kita tengok gambar macam lawa sikit nak letak kat blog.. hehehe boleh gitu ek.. resepi hari ni ialah Lempeng Nasi Ikan.. haa macam pelik sikit kan? meh kita tengok apa bahannya tu..

Lempeng Nasi Ikan


LEMPENG NASI IKAN

by Ceritaita

Bahan-bahan

1 cawan nasi dikisar
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan isi ikan rebus (diasingkan dari tulang) 
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun kucai diracik halus

Lempeng Nasi Ikan

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata. 
2. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak berketul. 
3. Kacau rata dan pastikan adunan sedikit cair. (seperti adunan membuat kek) 
4. Panaskan kuali dan leperkan adunan di atas kuali.
5. Masak hingga kekuningan dan balikkan untuk memasak sebelah lagi. 
6. Angkat dan siap untuk dihidangkan bersama kari,  sos atau sambal kicap pilihan. 


Lempeng Nasi Ikan

Biasanya aku selalu guna nasi baki semalam untuk buat jejemput nasi.. tapi kali ni aku tukar pulak rutin.. mak aku kat johor suka lempeng macam ni.. lelagi kalau yang tak letak minyak dan keras-keras sikit dicicah dengan kari.. tapi sekarang ni mak dah tak kuat giginya jadi lebih suka yang dibuat agak lembut sikit.. 

Kalau korang nak yang agak lembut boleh cuba gantikan air yang diguna tu dengan air panas.. kalau bancuh dengan air panas biasanya lebih lembut hasilnya.. Selamat mencuba ok! 



Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tak pernah lagi makan lempeng nasi ikan ni. Teriur la pula. Nanti nak cuba buat la

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Baguslah Ada resepi mcm ni nasi balance smlm X membazir

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

raya lepas baru ana tau nasi boleh buat jemput2 kak. itu pun sepupu ana yang share resipi. kalau tak tak pernah tau pun. tak pernah cuba lagi tp boleh lah cuba nanti.

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sesekali mrs pip pun buat lempeng mcm ni, tapi anak2 tak suka pula kalau ikan letak banyak, mereka lagi prefer lempeng nasi saja ...

Eintan Nurfuzie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nyum2.. nmpak sedapppp