Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 7 November 2017

Makan Sandwich Subway buat kali pertama

Assalamualaikum semua,  pagi ni aku nak ceritakan pengalaman pertama aku makan sandwich di Subway buat kali pertama.. mesti korang nak cakap.. takkan la aku tak pernah makan Subway agaknya.. macam menipu je gayanya.. tapi ini bukan cubaan ok.. ini betul-betul.. aku memang tak pernah lagi merasa Subway ni.. 


Makan Sandwich Subway buat kali pertama


Antara sebabnya ialah bila aku baca review orang lain pasal Subway ni aku rasa macam payah je nak pilih-pilih roti la,  inti la.. sos la.. jadinya kalau orang yang tak pernah makan ni tentulah gugup rasanya nak buat pesanan tu nanti kan.. aku pulak bukan boleh bila orang nak suruh buat pilihan dalam keadaan yang berebut-rebut macam tu..

dan kebetulan pulak Subway cuma ada 1 je masa dulu kat Kuantan ni.. cuma ada satu cawangan di East Coast Mall atau Capital City Mall (nama barunya yang agak tak popular).. tempat lain langsung takde.. jadi boleh kan korang bayangkan ramai orang beratur bila nak membeli dan kita pulak tak pandai nak pesan.. mau panik tu nanti.. haha.. 

tapi tetiba aku baru je perasan baru ni ada cawangan baru di Pantai Teluk Cempedak atau orang tempatan memanggilnya TC..  disebabkan teruja ternampak satu lagi cawangan Subway di Kuantan.. pulak tu aku tengok cawangan tu lenggang dan tak ramai pelanggan.. apalagi kan.. inilah masanya nak mencuba hidangan sihat katanya.. 


promosi subway malaysia
promosi subway


sampai situ aku ternampak ada set promosi yang cuma RM11.90.. wah.. menarik.. tengok balik ada 5 pilihan inti atau filling yang boleh kita pilih.. harga dah termasuk dengan secawan air pilihan serta sekeping biskut..

jadi aku tak teragak-agak lagi teruslah masuk ke dalam kedai.. masa tu memang takde pelanggan lain yang tengah order kecuali ada la sekumpulan pelanggan yang sedang makan di sebuah meja.. sampai kat kaunter aku terus buat pengakuan berani.. haha..  bukan pengakuan apa pun sebenarnya.. aku cuma bagitau pada pelayan tu yang inilah kali pertama aku nak buat pesanan.. jadi dia boleh bagitau aku apa perlu buat.. senang kan.. 




jadi pelayan tu suruh aku pilih menu.. disebabkan aku cuma nak cuba jadi aku beli satu set menu je dulu tau.. aku kata aku nak set yang tengah promosi berharga RM11.90 tu.. jadi pelayan tu pandu aku untuk hasilkan sandwich yang sedap..



Cara buat pesanan di Subway:
1. aku pilih roti dulu.. ada 5 jenis roti untuk pilihan iaitu   Wheat, Honey Oat,  Parmesan Oregano, Hearty Italian dan ada satu lagi yang kat tengah tu aku tak ingat namanya.. gambar pulak tak berapa jelas pasal ambik curi-curi..haha.. dan aku pilih Parmesan Oregano sebagai pilihan pertama.. 

pilihan roti di Subway

2. lepas tu aku pilih inti pulak.. ada 5 pilihan dalam set yang promosi ni.. macam gambar kat atas ni la.. tapi aku buat pilihan nak ambik Meatball..


ada bermacam pilihan inti lain tau..



3. selepas tu diletakkan keju.. boleh pilih kalau nak tambah keju jugak tau.. 
4. dan kemudian roti bersama inti dan keju tu dibakar sekejap.. 

5. pemilihan untuk sayuran pulak.. ada bermacam jenis.. tapi hari tu aku cuma pilih timun,  timun jeruk,  buah zaitun dan tomato je.. lain-lain aku tak letak.. tetiba terasa rugi pulak tak letak semua sayur yang ada.. tapi terfikir pulak macam tamak kalau letak semua.. haha

6. lepas tu kena pilih sos.. serius aku tergamam masa ni sebab sos pilihan tu banyak gila tau.. ada lebih 6 sos kot depan mata.. akhirnya aku suruh je pelayan tu letak sos yang jadi kesukaan ramai.. dia tambah 5 jenis sos kalau tak silap aku.. 

7. lepas tu dia bagi aku biskut sekeping dan cawan kosong untuk aku isi sendiri ais dan air pilihan.. yang ni paling aku suka sebab boleh letak ais sikit je tak perlu nak kena bagitau.. ais kurang.. haha.. 

8. eh sebelum tu aku bayar dulu tau.. cuma RM11.90 tanpa cas tambahan.. 

dah siap untuk dimakan

nampak macam biasa je.. tapi serius sedap sangat

belah dalam dia.. nampak sedap kan?


pendapat kami setelah mencuba sandwich Subway buat kali pertama ni memang berbaloi dan rasa nak makan lagi tau.. sangat-sangat sedap! roti dan inti yang sangat lembut.. rupanya tak cukup satu set tu.. huwaa...  insyaAllah lepas ni nak cuba perisa inti dan roti yang lain pulak.. harapnya promosi Subway ni berpanjangan lagi la.. 


korang dah pernah cuba tak ni? 


pssttt.. kalau belum inilah masa nak cuba tau.. sebab ada pulak dilancarkan kupon tau.. lagi murah tu.. setiap set sandwich dengan air cuma RM10.90 je tau.. pilihan macam kat bawah ni..


free subway










Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum
singgah pagi selasa
sejuknya hujan pagi nie

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sha memang suka makan subway nie.. Kenyang dan cepat.. Pastu sayur pun boleh request banyak..

ringantangan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pernah makan kat Subway 2 kali jer, itu pun kawan yang ajak, dapat la belajar sikit camner nak order.

Bahrain Ramlan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

first time tu memang kekok gak nak pilih macam mana. last2x dah biasa. hehe

ezyra taharin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pun tak pernah makan subway..sebab takut nak order hahah.... starbucks pun sama. mintak kawan je beli kan

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Fav ena! Part letak sos tu, ena suka pilih semua sos. Wkwkwkwkwkw.

mOoN IzzaN berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya Subway.. memula cuba terus jatuh cinta

Getting A Loan Is Easy But Financing It Is Hard. There Are Consequences If You Miss The Payment

Noor Maizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Favorite Mai ni ! Masa gaji serbu terus. haha.