Isnin, 20 November 2017

Menyesal baru kenal Tasneem Naturel Balm!

assalamualaikum semua, ni aku nak ceritakan kejadian minggu lepas.. bila bungkusan berisi Tasneem Naturel Balm sampai ke tangan.. dijadikan cerita sebab banyak keja kat tempat kerja hari tu aku buat keputusan nak bukak kat rumah.. walaupun memang tak sabar sebenarnya nak bukak waktu tu.. aku pulak kalau jumpa balm apapun macam jadi habit mesti nak cium bau dia.. haa.. siapa sama macam aku? haha.. tak mengaku pulak dia..

Tasneem Naturel Balm


eh sambung cerita.. bila dah sampai rumah apa lagi berebut la cari gunting nak tengok apa isi kat dalam kan.. di sini la bermulanya sebuah cerita.. hahaha.. macam biasalah drama kat rumah ni.. sambil dikerumuni oleh 4 orang pembantu cilik yang sama nak berebut pegang gunting.. pegang bungkusan.. huwaa.. macam apa dah aku tengok.. 

"Haa.. ini adik punya kan... kan ummi?", Adik Hadi bersuara. 
"Ala.. ada banyak kan ni?  Akak nak satu la adik", Kakak Husna pulak berbunyi.
"Habis tu abang punya mana?", Abg Ngah pulak tetiba bertanya.
mujur masa tu Abg Long buat tak layan je apa yang direbutkan adik-adik dia ni.. Aku pun rasa aku patut ambik peranan dah.. maka aku masuk campur.. 
"Ok.. ok.. kejap.. bagi ummi tengok dulu boleh?", Aku cuba menenangkan keadaan. 
"Ni adik punya kan ummi?  Kan ada gambar baby tu kan?  Baby punyalah kan ummi.. kan.. kan..? ", Adik Hadi tetap nak bolot semua.

Akhirnya aku tamatkan dengan bagi satu kotak sorang.. haa.. nasib baik ada 4 kotak balm dalam satu set ni.. mujur anak ada 4 je.. kalau ada 5? pengsan.. kahkahkah.. 


haa.. dah dapat balm sorang satu kan.. 


ok meh kita tengok apa ada dalam set promosi Tasneem Naturel balm ni.. macam aku bagitau tadi ada 4 jenis balm kan.. jom tengok fungsi setiap satu balm ni yang mana kami dah jatuh cinta dengannya.. eh cara guna pun lain-lain tau.. 


Tasneem Naturel Balm


1. COUGHFLU TIME



Balm ini mengandungi kandungan Lemon,  Sweet Orange,  Eucalyptus, Cypress dan Tea Tree. 


  • Bantu kurangkan selsema dan cairkan kahak
  • Bantu melegakan asthma
  • Mengurangkan suhu ketika demam

Cara guna:

Sapu pada hidung,  tekak,  tulang belakang,  tapak kaki dan dada. 






2. CALM TIME




Balm ini mengandungi kandungan Lavender,  Naval Orange,  Tangerine, Geranium,  Marjoram,  Frankinsense, Bergamat dan Chamomile. 

  • Memberikan keselesaan kepada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Bantu anak lebih tenang

Cara guna:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga serta pergelangan tangan. 






3. SLEEP TIME





Balm ini mengandungi kandungan Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Tangerine fruit fermet dan Ylang ylang. 


  • Bantu anak supaya mudah tidur lena
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Membaiki kualiti tidur

Cara guna:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan kaki.







4. TUMMY TIME





Balm ini mengandungi Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise dan Juniper. 

  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu dan kembung

Cara guna: 

Sapu pada perut dengan bentuk 'I love U' dan tapak kaki. 




ok.. korang dah baca semua balm yang ada dalam set ni kan? sekarang aku nak bagitau untuk siapa aku guna.. mesti ada yang cakap  Tasneen Naturel Balm ni bukan balm untuk bayi ke? Abis ada gambar bayi tu.. percayalah yang balm ni bukan hanya boleh digunakan untuk bayi je tau.. anak-anak dan semua peringkat umur sesuai sangat guna..

buktinya aku tengah selsema sekarang ni dan abg ngah pun memang tengah selsema jugak.. malam-malam bila kami tidur memang hidung akan tersumbat punyalah.. kalau abg ngah lagi kesian.. mesti akan terbersin dan keluar semua hingus sampai nangis-nangis dia nanti.. jadi aku cuba sapu kat abg ngah yang Coughflu atau CF Time tu.. alhamdulillah aku tengok dia tidur lagi lena dan takde dah bersin-bersin tanda hidung sumbat tu lagi 2-3 malam ni.. serasi betul! dan aku sendiri pun rasa lega je bila sapu sebelum tidur malam.. nampak tak sesuai untuk semua peringkat umur tu.. 


abaikan mata abg ngah tu ye.. maknya nak sapu balm dia sibuk nak tengok tv


aku ada jugak sapukan kat adik hadi Calm Time tu yang katanya dapat bantu jugak anak-anak yang ada ADHD dan memana anak yang terlampau aktif untuk lebih bertenang.. nampaknya macam ok jugak sebab adik hadi jadi lebih tenang dan tak terlompat-lompat atau abah aku kata terkinja-kinja.. haha.. lega sikit menengoknya.. 

yang Sleep Time tu aku sapukan kat orang yang paling payah nak tidur dalam rumah ni.. siapa lagi kalau bukan anak dara tunggal aku dalam rumah ni.. kakak husna la siapa lagi.. selalu bila orang lain dah tidur walau aku tutup lampu dia masih berjaga la.. letih aku.. adik hadi pulak memalam jenis yang rajin mengigau lelagi kalau dia sangat penat siang hari tu.. tapi 2-3 malam ni aku sapu kat kakak husna dan adik hadi.. nampak ada perubahan.. masuk tidur awal dan sangat lena tidurnya.. alhamdulillah.. 


tidur lena dengan Tasneem Naturel Balm


yang Tummy Time tu aku sapu kat adik hadi jugak.. maklumlah dia kan masih menyusu botol.. budak menyusu botol kan mudah sangat kena sebu-sebu perut.. haa.. elok sangat la sapu kat dia balm ni.. nanti aku nak cuba pulak kat abg long.. abg long kalau minum nestum pepagi mesti terasa nak ke tandas serta merta.. boleh cuba juga la ni.. 

yang lagi bestnya korang baca tak isi kandungan yang ada dalam semua jenis balm yang ada kat atas tadi? nampak tak semua bahan berasaskan bahan semulajadi dan mengandungi 100% pati minyak (Essential oil) yang asli tau.. 


korang boleh baca jugak la testimoni orang lain yang guna Tasneem Naturel Balm ni..












Ada yang berminat ke nak dapatkan Tasneem Naturel Balm? Korang rujuk je kat bawah ni ye.. harganya satu RM49 SM dan RM52 SS.. contact cepat sebab dengarnya masih ada harga promosi untuk kesemua 4 balm dalam satu set tu.. 

Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, 
Selangor. 

Hotline : 011-20964665 (Order) 
010-8453469 (Daftar Agen & Stokis)



baik korang contact cepat sebab aku dah rasa menyesal baru kenal Tasneem Naturel Balm ni! 





Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat cukup sorang satu kak. Tp memang bagus kak tasneem balm ni. Ana pakai masa sakit gastrik baru2 ni alhamdulillah ok kak lepas tu.

aima hassan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ada barang-barang macam ni sangat convenient. Boleh la redakan simptom malam malam sebelum nak bawa ke klinik esoknya tu

kak gojes berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mcm bagus aje produk ni kak ita

Kin Naz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya balm ni. Kalau kinah nak cari balm calm tu. Anak dara ni aktif sesangat tak larat nak handle huhu

Noor Maizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Betul kak Ita. Cf rub tu mmg favorite...tambah2 mai selalu berhingus tak tahan aircond kt tmpat keje.

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus untuk mai anak ramai jugak ni hehehe. Nak 1 gak lah !

AimNub Haris berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantik dan cute sangat packaging dia, buat kita tertarik nak cuba. Budak-budak pun mesti suka kan.. :)

...

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue suka Tasneem Calm Time tu, bau dia sedap..

Jelita dan Awet Muda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang ramai ibu-ibu dah beralih ke arah krim yang selamat untuk anak-anak

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak-anak sampai rebut-rebut nak guna balm tue kan .

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh cuba untuk baby ni..nak beli la

marsha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah bagusnya balm ni...selesa sgt anak anak nampak