Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 9 November 2017

Rahsia masak bubur nasi cepat hancur

assalamualaikum semua, aku lupa nak kongsikan dengan korang yang aku ada cuba petua dari facebook aritu.. tak ingat pulak kat group mana aku baca ni.. tapi ada orang yang berkongsi rahsia masak bubur nasi cepat hancur.. baca je dah rasa macam best kan? 


Bubur nasi cepat masak


kalau aku la peminat bubur ni memanglah best sangat kalau boleh masak bubur dengan cepat.. sebab selalunya aku jadi tak sabar nak tunggu bubur nasi tu elok kembang.. siap kena rendam dulu sebelum masak.. siap kena tambah air masa masak bubur tu la.. tu yang selalunya ambik jalan mudah, aku basuh beras terus masukkan dalam periuk tekanan dan set je untuk masak Congee.. dan biar periuk tu yang siapkan untuk aku.. 

tapi itulah bila bahagian nak membasuh pulak la aku agak lemah.. sebab agak leceh nak basuh periuk tekanan atau pressure cooker Elba yang ada kat rumah ni.. boleh tertekan aku jadinya.. haha.. tambahan pulak aku ni jenis suka memasak secara tradisional biasanya.. 

bila dapat je petua ni terus bersemangat aku cuba.. meh aku kongsikan Resepi Bubur Cepat Siap.. haha.. meh kita tengok bahan dia.. 

bila dah masak, makan pulak dengan lauk macam ni..


Resepi Bubur Cepat Masak

oleh Ceritaita

Bahan-Bahan
Beras dibasuh terlebih dahulu
Air Secukupnya
Garam

Cara-Cara
1. Masukkan beras dalam bekas tertutup dan masukkan air dalam lebih kurang 2 kali ganda dari kuantiti beras itu.. kemudian bekukan dalam peti sejuk.



2. Kemudian beras dikeluarkan peti sejuk dan dipindahkan ke dalam periuk termasuk air yang dibekukan. 

beras yang dah dibekukan


3. Beras dimasak menggunakan dapur gas biasa dengan menambah air. 



4. Memasak beras sehingga masak. Tambah garam.

masa keluarkan dari peti sejuk beku

dah masak


Jadi korang cubalah ya..

Dari pengalaman aku sendiri yang mencuba rahsia ni.. memang dapatlah jimat sambeli berbelanja..  sekejap je beras tu dah jadi bubur nasi.. aku ada kongsikan kat youtube jugak tau.. 





Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

lokman amirul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bubur time demam sedaplah makan.

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik ni....
nnt nak cuba juga, tak lah lama kena menunggu kat dapur...

I am LZ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya suka makan bubur nasi dengan sayur pedas.. Memang layan..
Tips baharu, boleh cuba bila masak bubur nanti.. Nice sharing 👍..

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah...sangat berguna ni Ita. Akak nak try la jugak...

I N A A I N A A berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tips yang bagus ni.. Cantik struktur beras buburnya. Boleh la buat nanti. Mekaceh kak Ita share tips ni

Noor Maizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Zaman belajar dulu hari2 makan bubur garam sebab jimat duit. Hahaha, kalau tau cara ni boleh apply dulu. Ini semangatlah duk tambah air selagi beras tak kembang, hahaha.

#rindukawansusahsenangmakanbuburdulu