Jumaat, 15 Disember 2017

12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia

assalamualaikum semua, dah berlalu pun jualan 12.12 di sana sini.. aku pun ada gak menyumbang pada jualan kali ni.. beli keperluan anak-anak je pun yang banyaknya.. aku beli susu jugak di Shopee.. dulu ada aku ceritakan pasal Shopee kat blog.. dan sekarang masih setia dengan Shopee sebagai penjual jugak kat situ.. ada aku jual gctea dan barangan lain.. korang boleh jengah-jengah Kedai Ceritaita kat shopee untuk tengok apa aku jual.. sementara tu aku aku nak kongsikan berita yang aku dapat dari Shopee kat bawah ni.. meh baca fakta mengejutkan kat bawah ni..


12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia



Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam pada 12 Disember, lonjakan 5 kali ganda berbanding prestasi tahun lepas. Di Malaysia, lebih 500,000 produk terjual apabila pengguna berebut pelbagai promosi hebat ke atas 6 juta produk, sebagai sebahagian daripada Jualan Murah Ulangtahun Shopee.




Jualan Murah 12.12, jualan kilat Shocking Sale dan Kemuncak Berganda Shopee Mall yang diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun Shopee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Kami teruja dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka termasuk PETRONAS, Digi, Havaianas dan MR. DIY yang menyumbang pada kejayaan kempen ulangtahun kali ini. Jenama tersebut merupakan antara jenama yang telah memilih Shopee sebagai rakan eDagang pertama mereka dan kebanyakannya telah mencatatkan peningkatan tinggi dalam jualan dengan lonjakan sehingga 100 kali ganda berbanding hari biasa. Kami berharap dapat meneruskan usahasama seperti ini pada kempen dan promosi akan datang,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia

1)    Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas




2)    Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas




3)    Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah  e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons




4)    Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam




5)    Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000




6)    Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa




7)    Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit




8)    Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual




9)    Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee




10) Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20




11) Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km - dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor




12) Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit





Promosi & Kempen Akan Datang

Walaupun jualan murah 12.12 telah berakhir, pengguna masih berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Ulangtahun Shopee yang akan diteruskan sehingga 31 Disember 2017. Untuk melayakkan diri, pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan membuat pembayaran secara perbankan dalam talian FPX.

Bagi membuat persediaan tahun baru persekolahan tidak lama lagi, Shopee akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dari 18 hingga 24 Disember 2017, membariskan promosi daripada pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30. Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar untuk pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia

aku memang simpan aplikasi Shopee sebab senang nak uruskan dan tak makan banyak ruang dalam handphone.. bila tengok kempen kembali ke sekolah tu pulak.. huwaaa.. jangan tergoda ye ita.. inilah sebenarnya masalah mak ada anak tau.. beli barang sendiri berkira tapi kalau untuk anak-anak laju je..

Ceritaita


Lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak

assalamualaikum semua, hari ni tetiba pulak rasa nak kongsikan pengalaman melawat ke negeri orang.. coretan macam ni kena jugak tulis kat blog walau dah sekian lama berlalu.. salah satu sebabnya supaya boleh jadi kenangan buat kami terutama anak-anak bila semakin dewasa nanti.. kisah kami ni dipanjangkan dari kisah kami sekeluarga berjalan ke Ipoh, Perak hari tu.. dan kali ni kami berpeluang membuat lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak pulak.. Taman Herba Negeri Perak..

Lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak


mesti ada kawan-kawan nak tau apa je ada kat dalam taman herba ni kan? aku rasa tak ramai nak berkunjung ke tempat macam ni, lagi-lagi la orang tempatan.. tak payah cakap orang lain la.. aku sendiri pun macam tu.. kalau tempat rekreasi tu dekat je dengan kami cukup payah kami nak pergi.. kononnya alasan dekat je bila-bila pun boleh pergi.. tapi hakikatnya lama-lama tak terpergi jugak.. hehehe.. masih banyak pun tempat di Kuantan ni sendiri yang kami belum dapat jejakkan kaki lagi.. tapi itu cerita Kuantan.. kali ni kita nak cerita pasal Taman Herba di Ipoh ok.. jom jalan-jalan bersama kami!

Taman Herba Negeri Perak - sumber Majlis Daerah Batu Gajah


Taman Herba Negeri Perak nama sebenar diberi pada taman herba ni.. cukup besar tau kawasan dia sebenarnya.. 22 hektar tu.. asal kawasan ni katanya adalah bekas lombong.. memang puas berjalan kalau korang berjalan kaki di sekitar kawasan ni.. kiranya jam korang yang ada fungsi pedometer tu memang takkan keluarkan alarm la hari tu pasal korang dah lebih dari capai target rasanya kalau berjalan di sekitar kawasan Taman Herba ni.. Taman Herba ni telah diubahsuai sampai cantik macam sekarang ni sejak dari tahun 2002 lagi tau.. dan dah ada lebih 500 spesies tumbuhan yang terdapat di Taman Herba ni sekarang.. bangga pulak tengok betapa usaha yang gigih dilakukan Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk memperkenalkan dan mempopularkan tumbuhan herba yang ada di Malaysia ni..


Cari pejabat ni - sumber Taman Herba


Bagi sesiapa yang mencari tempat untuk bawa anak-anak yang tak memerlukan belanja yang banyak bolehlah masukkan Taman Herba Ipoh ni dalam senarai patut pergi.. sebab apa tau? sebab bayaran masuk ke Taman Herba ni sangat murah.. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.. macam bayaran masuk ke Zoo Johor jugak ni.. antara tempat pilihan kami anak-beranak jugak.. jangan terkejut kalau masuk dalam Taman Herba ni korang rasa macam takde orang sangat ya.. kalau dari pondok jaga tu jangan pulak korang berhenti kat situ ye.. korang boleh pandu terus masuk ke dalam kawasan Taman Herba tu merentasi tasik yang ada di kiri kereta korang tau.. terus je sampai ada nampak simpang bersimpang-simpang.. hahaha.. akau bagi tau macam ni pasal aku tak tau ada berapa simpang kat situ.. tapi kat tengah-tengah simpang tu ada pejabat Taman Herba ni.. jadi korang boleh berhenti dan buat bayaran di kaunter dalam pejabat tu.. aku rasa konsep yang digunapakai kat sini ialah konsep percaya.. takde orang nak periksa pun korang ada tiket ke tak aku tengok.. kalau korang rasa korang jujur silalah ke pejabat dan buat bayaran untuk tiket.. kalau tak.. lu fikir la sendiri.. hehehe.. dibuka setiap hari.. Isnin hingga Jumaat 8 pagi hingga 5 petang.. dan hari Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga 3 petang..


nampak tak buku panduan kat tangan abg long tu.. dalam tu ada peta kawasan


lepas je buat bayaran, staf kat situ akan bagi peta kawasan untuk panduan korang tinjau kawasan Taman Herba yang luas ni.. dia sebenarnya ialah konsep taman dalam taman.. ada bermacam taman la yang ada dalam ni.. dan itulah sebenarnya yang menjadikan Taman Herba ni menarik pada aku.. staf jugak bagitau yang pelawat boleh bawa kenderaan sendiri untuk mengelilingi kawasan taman ni.. menarik kan? dah la nak masuk murah tak perlu jalan jauh dari parking dan seksa menapak sampai tempat rekreasi.. dan ini merupakan bukan pilihan yang baik untuk mereka yang berangan nak kurus ok..


dah aku bagitau awal tadi ada bermacam jenis taman dalam Taman Herba ni kan.. mari kita tengok peta kawasan dan lokasinya.. 


Taman Herba Ipoh
Peta Taman Herba Negeri Perak



Ada 9 bahagian utama dalam Taman Herba ni yang terdiri daripada Laman Warisan 1, Laman Warisan 2, Laman Warisan 3, Tapak Semaian, Laman Aromatik, Laman Kosmetik, Laman Perubatan, Laman Ulaman dan Laman Perubatan (gambar kat bawah ni semuanya sumber dari laman web Taman Herba)dan kat bawah ni aku sertakan panduan nak berjalan atau dipanggil 'Herba Trekking' yang aku salin dari laman web rasmi Taman Herba..



Taman Warisan 1

Laman Warisan 2

Laman Warisan 3

Laman Aromatik

Laman Kosmetik

Laman Perubatan

Laman Ulaman

Laman Mempelai



Herbal Trekking (Trek 1) | Jangka Perjalanan : ½ -1 jam


A. Tiang Bendera - Herbal Trekking bermula di sini. Anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas oleh krew taman sebelum anda memulakan langkah ke titik seterusnya

B. Monumen Diraja - Mengimbau sejarah awal Taman Herba, lokasi ini memberikan anda peluang untuk mengambil gambar kenangan di Monumen Diraja dan sekitarnya yang mempunyai landskap dan pemandangan yang indah

C. Laman Warisan 1 - Mulakan penerokaan pokok herba di Laman Warisan 1 kerana terdapat pelbagai jenis pokok herba yang dipelihara dan dijaga rapi setiap hari. Kenali lebih dekat dengan mengimbas papan QR untuk mengetahui khasiat dan kegunaan pokok herba yang menyimpan 1001 penawar segala penyakit.
D. Laman Kosmetik - Lakukan aktiviti dengan menyenaraikan seberapa banyak pokok herba di Laman Kosmetik yang digunakan di dalam alat kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini. Berapa banyakkah produk kecantikkan dan penjagaan badan yang telah anda gunakan adalah dari bahan asas semula jadi?
E. Laman Warisan 3 - Seperti di Laman Warisan 1, anda boleh mengambil gambar dan membaca setiap khasiat dan kegunaan pokok herba yang terdapat di situ. Anda boleh melalui laluan khas yang disediakan oleh pihak taman untuk memudahkan pergerakkan anda.
F. Laman Aromatik - Jadilah orang yang terawal meneroka di Laman Aromatik. Di samping anda mengenalpasti pokok-pokok herba yang digunakan untuk produk wangian, anda juga boleh melakukan aktiviti mengambil dan mengumpul gambar burung-burung taman yang jarang ditemui di luar.
G. Laman Warisan 2 -Rehatkan jiwa dan minda anda. Lakukan aktiviti santai dengan berjalan melalui trek khas di dalam Laman Warisan 2 untuk anda menikmati kehijauan, kecantikkan dan keunikkan pokok herba di laman ini.
H. Tapak Semaian - Pilih, ambil dan bayar pokok herba yang anda gemari. Tapak semaian memberikan perkhidmatan kepada anda dengan memilih sendiri pokok herba yang segar dengan harga yang berpatutan.
I. Kiosk Herba - Perjalanan Herbal Trekking anda berakhir disini. Sebelum pulang, singgahlah ke Kiosk Herba kami yang menjual pelbagai produk herba dan cenderahati menarik sebagai tanda kenang-kenangan di Taman Herba Negeri Perak. Terbaik untuk anda!




Herbal Trekking (Trek 2) | Jangka Perjalanan :1 -2 jam


A. Tiang Bendera - Herbal Trekking bermula di sini. Anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas oleh krew taman sebelum anda memulakan langkah ke titik seterusnya
B. Monumen Diraja - Mengimbau sejarah awal Taman Herba, lokasi ini memberikan anda peluang untuk mengambil gambar kenangan di Monumen Diraja dan sekitarnya yang mempunyai landskap dan pemandangan yang indah
C. Laman Ulaman - Anda sedang berada di taman yang indah dan permai. Sambil mengambil gambar pemandangan indah di sekitarnya, anda digalakkan merakam pelbagai jenis pokok herba ulaman yang terdapat di laman ini. Sekiranya anda minat memancing, sila bawa joran kerana bersebelahan laman ini terdapat sebuah kolam yang disediakan untuk anda memancing.

D. Laman Perubatan - Setibanya anda ke Laman Perubatan, anda disarankan membawa alatan melukis dan mewarna. Selain terdapat pelbagai pokok herba perubatan untuk anda pelajari, lokasinya yang terletak di kawasan yang agak tinggi ini sememangnya sesuai untuk anda melukis pemandangan taman herba yang indah.
E. Laman Refleksologi - Lakukan aktiviti berjalan di atas batu yang disusun mengelilingi kolam air pancut. Laman refleksologi menyediakan ruang kesihatan untuk anda sambil menghirup udara segar di tepi kolam yang luas. Anda juga boleh melakukan senaman ringan dan santai bagi mendapatkan kembali kecergasan badan setelah jauh berjalan.
F. Laman Warisan 2 - Rehatkan jiwa dan minda anda. Lakukan aktiviti santai dengan berjalan melalui trek khas di dalam Laman Warisan 2 untuk anda menikmati kehijauan, kecantikkan dan keunikkan pokok herba di laman ini.
G. Laman Aromatik - Jadilah orang yang terawal meneroka di Laman Aromatik. Di samping mengenalpasti pokok-pokok herba yang digunakan untuk produk wangian, anda juga boleh melakukan aktiviti mengambil dan mengumpul gambar burung-burung di taman yang jarang ditemui di luar.
H. Laman Semaian - Pilih, ambil dan bayar pokok herba yang anda gemari. Tapak semaian memberikan perkhidmatan kepada anda untuk memilih sendiri pokok herba segar dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh melihat secara langsung bagaimana pekerja-pekerja taman menanam, menyemai dan menjaga pokok-pokok herba di Laman Semaian.
I. Kiosk Herba - Perjalanan Herbal Trekking anda berakhir disini. Sebelum pulang, singgahlah ke Kiosk Herba kami yang menjual pelbagai produk herba dan cenderahati menarik sebagai tanda kenang-kenangan di Taman Herba Negeri Perak. Terbaik untuk anda!



Di hadapan Tapak Semaian
yang ni dekat depan laman warisan.. dah tutup jugak pintu masuknya masa ni

ada pelbagai herba dipamerkan di atas meja pameran ni


mula-mula kami nak pergi melawat ke pusat semaian tapi memandangkan waktu tu dah sampai waktu rehat dan kawasan tapak semaian ni akan dikunci untuk membolehkan pekerja berehat jadi kami cuma dapat intai je tanaman dari luar dan ambik gambar di sekitar.. kemudian kami ke taman herba.. kami habiskan banyak masa kat sini buktinya biar gambar berkata-kata.. banyak rupanya pelajaran di sini.. antaranya kami tak pernah tau daun kesum boleh digunakan sebagai perawat masalah kelemumur di kepala.. 


di pintu masuk Taman Herba
kami habiskan banyak masa kami kat taman herba ni tau sebenarnya.. tengok gambar kat bawah pun dah tau kan.. aku kongsikan gambar yang aku sempat ambik di sepanjang lawatan.. 












































selesai taman herba... kami ke taman-taman lain yang ada.. dari hujung ke hujung la.. kami sangat gembira sepanjang menghabiskan masa kat sini.. ada orang mungkin kata tempat ni macam takde apa sangat tapi pada kami yang sukakan flora dan fauna.. 






tempat ni memang sangat sesuai untuk habiskan masa bersama keluarga.. kalau senaraikan sebagai lokasi untuk pengantin ambik gambar pun sangat sesuai tau..

Ceritaita