Isnin, 11 Disember 2017

Selamat Hari Lahir yang ke 6 Sayang

assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa buat kami 6 tahun yang lepas.. sebab apa tau? sebab kami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat tak disangka-sangka.. pada awalnya kami buat scan sebanyak 2 kali dan nampak jelas ianya anak lelaki.. tapi bila keluar sebaliknya pulak.. memang rasa sangat sebak dan terharu sangat masa tu.. yelah siapa sangka kami ada rezeki sambut kelahiran anak perempuan kan.. tapi itulah rezeki Allah ni bukan kita yang tentukan.. kalau Dia kata jadi.. maka jadilah ia.. ada aku tuliskan entri pasal kelahiran ni dulu..



Selamat Hari Lahir yang ke 6 Sayang


dan hari ni genap 6 tahun usia kakak Husna.. awal-awal dulu kami panggil dia adik Nur.. kemudian nama Husna pulak yang melekat.. tak fikir lagi apa nak buat untuk raikan anak dara seorang ni.. macam terasa nak belikan kek tapi kesian pulak abang-abang dia yang belum sembuh sepenuhnya lagi tu.. nak belikan hadiah pun tak terfikir apa yang sesuai.. insyaAllah kalau tak sempat pun nanti kita sambut kemudian je la ye kakak.. 

tahun depan kakak dah nak naik sekolah dah pun.. sekejap je masa membesar.. baju pun semuanya tak banyak tak muat.. dah makin besar ni minat dah makin banyak berubah, dah tak suka sangat pink.. lebih suka warna ungu, makin kuat berangan, suka menyanyi, suka menari, suka bergaya.. dan paling suka berangan nak jadi princess.. makin lama makin nak tersama pulak dengan moksu dia si blogger Azza Mastura tu haa..

Selamat Hari Lahir yang ke 6 Sayang


cuma ummi nak doakan buat kakak Husna di hari ulangtahun kelahiran kakak ni.. semoga Allah berkati dan pelihara Nur Syafiah Husna walau dimana kakak berada.. dan sentiasa Allah pelihara iman kakak untuk menjadi umat Islam yang berguna dan solehah.. amin.. Selamat Hari Lahir yang ke 6 Sayang..
Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

happy birthday adik manis

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Makin membesar makin selera bertukar ye kak. Dh minat ungu pula.. ala kurg dah peminat pink

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Makin membesar makin selera bertukar ye kak. Dh minat ungu pula.. ala kurg dah peminat pink

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sanah helwah husna sayang. Semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah. Sekejap aje dah naknmasuk darjah satu kan

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

happy birthday Husna.
semoga sentiasa sihat, happy dan jadi anak yg solehah. amin.

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hepi bestday kakak husna..:)

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy Belated Birthday Kakak Husna sayang 😘