Januari 2017 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Bercuti ke Swiss-Court Holiday Apartment, Damai Laut

assalamualaikum semua, sebenarnya ini kisah percutian kami pada tahun lepas.. disebabkan hari ni dah hari terakhir pada bulan Januari 2017 jadi aku buat keputusan nak tulis entri kami bercuti ke Swiss-Court Holiday Apartment, Damai Laut pada bulan Januari 2016.. kira dah setahun berlalu la kan.. dan kiranya ni entri sempena ulangtahun percutian kami ke sana.. percutian pun ada anniversary tau.. kau ada ? (sila baca sambil kenyit mata.. hehehe) pantai di Swiss Garden Resort and Hotel kami ke sini sebab dapat voucher penginapan 3 hari 2 malam yang disediakan oleh pihak Swiss Garden Resort.. kami dapat masa undangan ke Swiss Garden Resort di Kuantan pada bulan Disember 2015 rasanya.. lepas tu kami dah booking untuk pergi pada bulan Januari 2016.. benda ni sebenarnya dikirakan percutian yang tak berapa dirancang oleh kami.. atau lebih tepat separuh terancang.. sebabnya kami tak tau pun apa nak cari kat area Damai Laut tu pun.. masa sebelum pergi tu aku ada la cari juga

Pau Ayam Viral di Kuantan !

assalamualaikum semua,  aku ni kalau orang cerita je pasal pau.. pantang dengar, macam kena karen je..haha maklumlah kerjaya sampingan aku kan penjual pau.. semalam pun baru je buat pau gebu kat rumah mak ni.. dan kali ni dengar pulak orang cerita pasal pau ayam.. macam best je dengar.. aritu dengar pasal pau cendawan pun tak dapat lagi nak merasa.. ni pau ayam pulak dah! Pau ayam dan pau cendawan viral di Kuantan dipendekkan cerita ni sebenarnya flash back untuk orang Kuantan yang teringin nak makan pau cendawan atau pau ayam yang tengah viral kat sana sini tu .. aku sebenarnya bukan letakkan apa-apa matlamat pun nak cari pau ayam ni sebenarnya.. ada dengar orang kata ada jual kat cawangan dia kat Pantai Teluk Cempedak.. lepas tu aku tengok memang beratur la nak beli tu.. dan bila aku tanya pun kat fb diorang.. dia jawab sapa cepat dia dapat.. tu yang lemah betul dengar.. dan lepas tu aku pun jadi lupa dah pasal pau ayam tu walau pernah teringin.. tapi disebabkan 2 mi

Info banjir dan jalan ditutup akibat banjir di seluruh Malaysia

assalamualaikum semua, cuti persekolahan bersempena Cuti Tahun Baru Cina sudah pun bermula hari ni di seluruh negara.. dan aku rasa ramai yang ambik cuti jugak bersempena anak-anak cuti sekolah ni kan ? jadinya telah bermula kesesakkan di sana-sini terutama jalan-jalan yang menuju kampung halaman.. dan bagi mereka yang nak balik kampung ni aku rasa patut tau info terkini mengenai info banjir serta info jalan yang boleh dilalui untuk mereka kembali ke kampung halaman masing-masing.. info terkini bencana  kenapa aku rasakan maklumat macam ni penting sangat ? sebabnya aku pun sama tengah merancang perjalanan untuk balik kampung jugak pada hujung minggu ni.. kami di Pahang ni sedang dihujani berita banjir di sana sini.. dan hati kami sama jadi gundah gulana seperti hati semua mangsa musibah banjir ini jugak.. aku dah pun mengharungi banjir masa dalam perjalanan balik dari Putrajaya aritu.. dan harapannya supaya kami tak akan melaluinya lagi semasa perjalanan pulang ke

Banjir di Malaysia dan perjalanan yang panjang

assalamualaikum semua, sejak kelmarin hujan lebat dah bermula di Kuantan ni.. dan ada kawasan dah pun mula banjir.. aku bergerak ke Putrajaya masa tu.. dari Kuantan hujan tapi elok je sampai Sri Jaya masa tu dah agak cerah dan sepanjang jalan masih elok je hari sampai ke Putrajaya je baru hujan mula menitik petang tu.. air yang naik di jalan berdekatan rumah kami dan semalam aku habis mesyuarat dalam pukul 5 lebih setelah bermesyuarat sepanjang hari.. lepas tu disebabkan aku kena ikut satu lagi kenderaan untuk balik ke Kuantan, kami transit di Kajang untuk bertukar kenderaan.. lama jugak tersangkut kat lampu isyarat depan balai polis Kajang sebab lampu isyarat tu rosak.. lepas je dari bandar Kajang kami sangkut pulak di Cheras sampai ke MRR2.. fuh baru la rasa macamana orang KL hadap kesesakan hari-hari.. lemah lutut tau walau aku cuma duduk kat tempat duduk penumpang je.. tapi lepas je dari area Taman Melati dan Jalan Genting Kelang tu jalan dah ok sikit.. agak la

Belanja Online, berjimat dan mendapat pulangan tunai dengan Shopback !

assalamualaikum semua, siapa pembaca kat sini yang suka sangat membeli-belah atau shopping melalui online ? angkat keyboard.. haha.. mesti ada yang senyum je.. aku tau la korang mesti suka punya beli belah secara online walaupun korang tak mengaku.. siapa nak tolak kalau ianya diakui cara yang lebih mudah, menjimatkan malahan menguntungkan terutamanya bila dapat pulangan tunai macam berbelanja dengan Shopback ni.. Shopback MY mesti ada yang masih tak tau apa Shopback MY dan macamana ianya beroperasi kan ? meh aku cerita sikit.. Shopback ni sebenarnya konsep dia untuk membolehkan pembeli membeli-belah secara online dari lebih 500 peniaga online yang ada di dalam laman web Shopback dan akhirnya korang mendapat pulangan tunai dari setiap perbelanjaan sehingga 30% pulangan tunai tau ! menarik kan ? meh kita sambung macamana nak mula.. korang boleh mendaftar di laman web Shopback MY , korang boleh pilih samaada nak daftar melalui akaun facebook atau melalui alamat ema

Hotel Mihrab, Hotel bajet di Putrajaya

assalamualaikum semua, hari ni aku bermalam di Putrajaya untuk hadiri mesyuarat esok.. dan sejak semalam aku dah cari hotel untuk duduk sementara tunggu hari mesyuarat.. dan alhamdulillah aku dapat cari maklumat melalui google pasal Hotel Mihrab atau Mihrab Hotel Purajaya yang merupakan hotel bajet di Putrajaya ni.. Mihrab Hotel Putrajaya kalau sebelum-sebelum ni aku suka cari hotel di kawasan berdekatan macam area Kajang, Bangi atau Serdang.. atau pun aku menginap dekat Puspanitapuri kalau semua ahli keluarga ikut sama.. tapi disebabkan kali ni aku sorang dan aku malas nak cari hotel yang jauh-jauh.. makanya aku cari yang berada di kawasan Putrajaya je la.. kalau aku sorang-sorang memang jarang sangat aku nak duduk hotel yang mahal-mahal sangat pun.. asal ada tempat nak tidur dengan selesa tu pun dah cukup sangat dah.. tapi kalau dapat WIFI laju tu bonus.. haha.. dan kali ni aku rasa aku boleh bagi 4 bintang kat Hotel Mihrab Putrajaya ni tau.. 4 bintang untu

Adegan Teduhan Kasih ni buat aku terkenang

assalamualaikum semua, baru je lepas tengok cerita Teduhan Kasih lakonan Adiputra dengan siapa heroin dia ni ntah.. haha maaf la aku ni kadang tengok drama sampai ke sudah tak kenal nama betul artis atau pelakon tu sapa.. sebabnya jarang nak tengok Melodi atau cerita gosip-gosip artis.. cuma tau kalau kadang-kadang dengar kawan-kawan cerita je.. jangan muntah hijau tengok gambar ni satu je yang aku agak perati masa cerita ni tadi.. part adegan yang masa Ehsan dengan Iffa ni nak gi bulan madu tu.. masa dalam kereta tu.. ayat perbualan diorang tu yang aku teringat sangat.. masa Ehsan tanya macamana anak diorang Adam agaknya.. sebab Ehsan dah mula rasa kehilangan anak dia pulak.. padahal baru je diorang tinggalkan Adam dengan makcik tu.. siap tanya pulak..  "agaknya Adam macam tu jugak tak ye?".. sebenarnya bukan cerita ni yang aku tengok sangat pun tapi dialog diorang tu la.. dialog yang sama aku dengan shah masa kitorang tinggalkan anak kat mak abah tahun

Tanda -tanda kencing manis atau Diabetes Mellitus

assalamualaikum semua, tetiba pulak hari ni nak rasa nak kongsikan sesuatu buat semua.. pasal penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus yang dah banyak sangat dihidapi oleh penduduk di Malaysia ni.. tak payah cari orang lain, mak aku sendiri penghidap penyakit ni.. dan dalam usaha pun nak cari penawar kencing manis yang lain selain ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital macam GCtea.. GCtea penawar kencing manis bukan tak percayakan ubatan hospital, mak sekarang pun masih mengambil ubat serta suntikan.. dan aku ada jugak bagi mak GCtea untuk mak minum.. tapi itulah.. bila orang tua jauh di mata dan kita tak ada selalu di sisi untuk mengingatkan waktu setiap kali kena minum mengikut jadual secara konsisten memang agak payah.. namun aku cuba jugak la berusaha.. kalau nak ikutkan dalam keturunan kami memang ada je yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi ni.. yang ada sakit jantung pun ada.. tapi dalam susur galur yang lain.. satu waktu dulu aku jad

Anak dibuli di sekolah

assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal cara nak atasi anak kena buli di sekolah.. bukan la aku nak kata ni cara penyelesaian terbaik tapi cuma nak berkongsi pengalaman anak yang dibuli di sekolah je.. kalau nak tau abg ngah kena peras ugut di sekolah baru ni.. nampaknya kes buli dan peras ugut ni memang berlaku tak kira usia agaknya.. semuanya kerana wang kan aku pernah cerita yang aku kami bagi duit je kat abg ngah hari-hari untuk belanja.. jadinya biasa kami akan bagi RM2 untuk belanja di sekolah rendah sesi petang.. yang selalu kami buat adalah tanya je apa yang dia beli hari tu untuk pantau apa je yang dibeli hari tu.. dan biasanya memang dia akan cakap je dengan jujur dia beli apa.. pernah dulu dia ngaku beli gula-gula.. itu pun lepas aku tengok dia makan macam lapar benar waktu makan malam kat rumah.. siap habiskan nasi abg long yang mana memang dia tak pernah la buat.. lepas tu aku pun tanya.. risik-risik dia apa yang dia beli waktu di