Logo KBBA

Selasa, 28 Februari 2017

Bila suami tak dapat bersama..

assalamualaikum semua,

baca tajuk macam pelik je kan? bila sebut je tak dapat bersama tentu korang ingat cerita kategori 18SX je kan? suami tak dapat bersama tu tentulah sesiapa pun pelik. sebab suami atau isteri tu la yang paling rapat selain ahli keluarga sendiri.

gambar ala-ala sweet kami 2 tahun lepas


bukan apa pun sebenarnya.. hari ni hari pertama aku cuba bawak kereta sendiri ke tempat kerja. sebelum ni bukan tak pernah langsung tapi memang kebanyakan masa memang aku jadi mem besar je la kat sebelah.

walau untuk jarak perjalanan jauh atau dekat memang gitu je la pesennya pun. jarang-jarang sangat la aku nak bawak sampaikan aku punya 'confident level' tu macam dah kurang sangat-sangat la.

dah lupa dah skill berulang alik dari Kuantan ke Kota Tinggi, Kota Tinggi ke Kuantan setiap 2 minggu satu masa dulu. dah lupa jugak skill menggelak tiang pagar besi kat lorong sempit masa nak hantar dan ambik abg long dari rumah pengasuh waktu di Kota Bharu dulu. sekarang ni suruh parking tegak tu pun dah gigil dan seram sejuk.. hahaha kesian ek?

dah hari ni mencabar jugak sebab ada copilot yang sibuk temuramah macam-macam kat pemandu amatur ni.. aduhai.. menduga betul bila dia siap perhati kita bawak macam pegawai JPJ nak cari salah kita masa ujian memandu. siapa lagi kalau bukan abg ngah tu.

dari pejabat tadi kami gerak pukul 5.12 minit lebih kurang, pastu sangkut dalam kesesakkan sampai lepas jambatan Tanjung Lumpur. elok je jam 6 petang sampai di rumah pengasuh adik hadi dan kakak husna. 

lepas tu kami singgah beli burger tepi jalan masuk taman sebab gas kat rumah dah abis sampai la abg ngah tetiba kata nak kencing. Berkejar pulak balik ke rumah. siap semua gi semula gerai burger untuk ambik order tadi. elok je kami sampai rumah 10 minit sebelum jam 7 malam tadi..fuh..

esok lagi mencabar rasanya sebab abg long dan abg ngah dah sekolah. hari ni cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah semalam. bertabah la ita.. baru sehari suami takde dah kelam kabut. baru tau betapa pentingnya pasangan.. huhuhu..

Jumaat, 24 Februari 2017

Khasiat Buah Bidara yang sedap!

assalamualaikum semua,

Baru ni ada adik ipar aku tanya dalam group family, ada sesiapa tak yang nak beli buah bidara.. kebetulan ada kawan sepejabat yang sebut aritu keluar cerita buah bidara dalam Majalah 3 sebelum tu.. dan dia memang nak cari buah bidara ni.. aku pun terus la tanya sesiapa kawan setaman yang nak beli jugak.. tapi masa tu harganya masih mahal.. mungkin sebab dapat tempias liputan meluas dari TV3 barangkali..

buah bidara
buah bidara


tapi semalam aku ke pasar malam di sini, dapat beli dengan harga  jauh lebih murah.. jadi kami beli jugak sekilo untuk anak-anak makan.. korang pernah makan tak buah bidara ni? kalau bagi kami yang tak pernah merasa buah bidara ni  macamana, boleh ulaskan rasanya macam makan buah epal hijau yang rangup tapi berasa manis.. sedap! tak reti nak ungkapkan macamana rasanya tapi pendek kata memang sedap la..

tapi tadi aku terbaca pasal khasiat buah bidara ni.. rupanya selain rasanya yang sedap tu tersirat jugak banyak khasiat yang mungkin kita tak tau.. kalau yang menonton Majalah 3 aritu mungkin dah sedia maklum agaknya.. meh kita senaraikan apa khasiat buah bidara ni sebenarnya.

Khasiat dan Manfaat Buah Bidara


  1. Buah bidara ni boleh dimakan mentak, dijerukkan atau digunakan dalam minuman.
  2. Ianya berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukan kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal dan bawah sedikit dari buah jambu.
  3. Buah bidara boleh digunakan dalam perubatan sebagai tampalan luka dan ulser, merawat penyakit paru-paru dan demam, juga boleh dicampur dengan garam dan cili sebagai rawatan gangguan fungsi pencernaan, pedih ulu hati dan mual.
  4. Buah bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan.
  5. Buah bidara juga boleh dibuat makanan bertepung, mentega atau pes seperti cheese dan digunakan sebagai perasa.
  6. Ianya juga digunakan untuk membuat gula-gula dan jeruk.
  7. Buah bidara juga adalah sumber terbaik bagi karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak.
  8. Biji buah bidara boleh melalikan, digunakan untuk menhentikan loya, muntah dan sakit perut semasa kehamilan, boleh juga digunakan untuk mengelak cirit biritdan tampalan pada luka serta jika dimasak bersama minyak boleh digunakan sebagai sapuan sakit sendi.

comel macam epal kecik kan? yang kuning tu dah masak dan rasanya tak sedap


Banyak rupanya khasiat dan manfaat buah bidara ni.. baru la aku tau.. ada di sesetengah negara yang memang mengeringkan buah bidara ni supaya boleh digunakan di luar musim jugak.. banyak rupanya benda yang masih kita tak tau kan? bila digali baru tau faedah dan khasiatnya.

sumber dari SINI.





Rabu, 22 Februari 2017

Cara merawat penyakit kulit ekzema pada bayi dan psoriasis

assalamualakum semua,

hari ni nak cerita pasal eczema atau ekzema , terutamanya ekzema pada bayi dan kanak-kanak. ada tak anak-anak korang yang hidapi eczema pada kulit ? biasanya penyakit kulit ekzema atau eczema ni senang dikesan sejak bayi lagi.. dulu masa abg ngah dan kakak husna kecik-kecik kami sangat risau kalau tersalah bagi makan atau pakai lampin pakai buang yang tak sesuai.. sebabnya anak kami yang berdua ni sangat la sensitif kulitnya tapi tak la sampai eczema..

cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis
merawat ekzema pada bayi


cuma aku nak kongsikan jugak kalau ada kawan-kawan yang anaknya sedang hidapi ekzema dan masih mencari cara untuk merawat ekzema ni terutama pada anak yang masih bayi.. ada seorang kawan dulu memang dia tunjuk anak dia tu ekzema yang agak teruk.. tentu sedih bila tengok kulit anak bila kena ekzema dan tergaru-garu tapi kita terap tak tau cara nak bantu kan?

jadi aku cuba nak kongsikan info dari pembacaan yang aku dapat dari potral MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ni.


Gambar sumber dari portal Myhealth

Apa itu ekzema?


Ekzema dikenali jugak sebagai atpoic dermatitis yang biasanya terjadi pada bayi dan jugak kanak-kanak. Tanda-tanda biasa ialah radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur dan berair. Selalunya terdapat pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat ni akan menjadi berkerak. dan biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. 

Apa penyebab ekzema?


  • Keturunan
  • Pelbagai pencetus
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara berikut - infeksi virus, bahan kimia/perangsang seperti sabun, pewangi atau minyak wangi, lain-lain jangkitan
  • Alahan/alergi kepada makanan atau bahan lain yang menyebabkan alahan

Apakah tanda-tanda dan gelaja ekzema?

  • Tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit
  • Bengkak kecil yang berair

Rawatan ekzema secara perubatan


*sila minta nasihat doktor untuk menentukan sebarang diagnosa terhadap penyakit. Doktor akan memberi rawatan seperti berikut :
  • ubat pencegah gatal seperti antihistamin
  • losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
  • Krim streroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
*rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tapi bukan untuk menyembuhkan

Bagaimana cara untuk mengawal atau mencegah ekzema pada anak ?

  • letakkan anak di dalam bilik yang selesa dan nyaman
  • elakkan mandi air panas/ suam
  • elakkan memakai baju berlapis-lapis
  • gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
  • elakkan dari fabrik yang kasar
  • jangan gunakan sabun apabila mandi
  • gunakan krim pelembab selepas mengelap anak
  • awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.


bedak asma'
Bedak Asmak



Selain tu aku nak kongsikan jugak kalau ada yang teringin nak mencuba alternatif lain untuk cara merawat ekzema atau mencegah ekzema dengan menggunakan bedak asmak. Jugak bagus untuk digunakan sebagai cara rawatan psoriasis (salah satu lagi penyakit kulit yang kronik). setakat ni menurut info Bedak Asmak paling banyak di page facebook ialah untuk Penawar Ruam Pada Bayi. 


psoriasis dari sumber portal Myhealth



Apa keistemewaan Bedak Asmak atau Bedak Asma' ?

*selain merawat penyakit kulit di atas ni, bedak asmak jugak bagus untuk:
  • menghilangkan jerawat
  • mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • menjadikan kulit licin serta lebih halus
  • menggelak kedutan
 


mempunyai kadar UVA ratio yang tinggi untuk perlindungan UVA, tak menyumbat liang pori serta mampu merawat masalah kulit.

dan kalau yang tak tau sebenarnya Bedak Asmak yang diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi ni jugak boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout. 





teksturnya lebih halus, mudah serap dan sejuk je bila dipakai. selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur. sesuai sangat dengan slogan dia 'Mesti dimiliki oleh setiap keluarga'. kalau aku pulak aku suka sapukan pada anak-anak kalau ada ruam pada badan. rasanya yang sejuk ketika disapu membuat anak-anak suka je kalau diulang-ulang sapu di badan banyak kali.


Barisan produk MHAM Sdn. Bhd.


antara testimoni pengguna Bedak Asmak untuk bacaan korang ada kat bawah ni..







kalau ada yang berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://www.mham.com.my

Ig : mham.sdnbhd

Fb Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi

Penawar Ekzema Mujarab Terkini

Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page :

Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak HQ



Penagih Dadah Pakai Bedak Asmak

Hantu Bedak Asmak





Khamis, 16 Februari 2017

Shah kena bedah hari ni!

assalamualaikum semua, 

hari ni aku bersiaran dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, menemani teman serumah sejak hampir 11 tahun yang lalu untuk jalankan pembedahan kecil yang dijadualkan hari ni.

pembedahan di Day Care, Tingkat 3, HTAA


mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku ada kat sini pagi ni kan? (eh2 perasan artis..haha..). bagi yang tertanya-tanya tu kalau ada ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku sebenarnya. 

sebenarnya sejak beberapa bulan lepas shah dah mula datang untuk beberapa temujanji dengan doktor berkenaan sakit belakang dia satu masa dulu. yang sakit belakang tu dah satu cerita tapi ntah macamana pulak tetiba muncul satu dua biji ketulan timbul kat belah belakang shah. 

bagi shah pulak memula dia ingat cuma biji angin dan takde benda yang serius yang perlu diberi perhatian sangat la. jadinya dia cuma diamkan dan buat tak tau saja. tapi bila doktor buat pemeriksaan doktor terus bagi rujukan untuk buat ujian lanjut.

jadinya shah kena jalani ujian ultrasound untuk pastikan yang ketulan tu tak melibatkan apa-apa yang lebih serius. aku pun temankan shah jugak haritu dengan harapan benda tu tak serius. 

dan akhirnya perjumpaan dengan doktor pada bulan lepas , satu diagnosis telah dibuat dan doktor dah mengesahkan yang shah menghidap Angiolipomatosis, satu keadaan di mana adanya ketumbuhan lemak di bawah lapisan kulit.

2 diagnosis atas ni yang masalah sebelum ni, yang bawah tu yang baru


ada banyak sebenarnya tapi cuma 2 je ketulan yang bila doktor tekan rasa sakit sangat. walau yang lain tu sakit jugak. jadinya doktor tanya pendapat shah samaada nak buang ataupun tidak. 

2 ketulan yang perlu dibuang
dan akhirnya kami ambik keputusan untuk buang ketulan tu yang dijadualkan pada hari ni, 16 Februari 2017. kata doktor pembedahan tak ambik masa lama dan cuma bius setempat (local anaesthesia) sahaja yang akan diberi. kalau ada komplikasi atau susah nak buang baru la doktor akan beri tarikh lain untuk buang mengikut prosedur bius keseluruhan (general anaesthesia).

ini yang terpaling besar 5x5

ini kecil sikit 3x3

mesti korang nak tau apa tu Angiolipomatosis ni kan?


kalau ikut pembacaan dan pengetahuan aku, Angiolipomatosis ni keadaan di mana terdapat beberapa lipoma terbentuk dalam tisu lemak. lipoma pula ialah tisu lemak yang bergabung dan membentuk ketulan di bawah kulit. tanda-tanda lipoma ni ialah timbulnya ketulan-ketulan lembut dan bila ditekan akan terasa sakit pada pesakit. terdapat beberapa cara nak diagnos lipoma ni antaranya yang shah cuba iaitu ultrasound. sebab yang mempengaruhi terjadinya lipoma ni tak diketahui samaada sebab genetik atau bukan genetik. ada jugak kes kecederaan yang menyebabkan lipoma terjadi.  

cara rawatan terbaik lipoma ni ada 1 iaitu membuang lipoma secara sedutan lemak (lipo suction) yang biasa orang guna untuk merawat obesiti yang teruk atau membuang melalui pembedahan.  

satu lagi yang jadi tandatanya aku ialah adakah lipoma ni akan melarat dan jadikan masalah lain di kemudian hari? dan nampaknya dari pembacaan menunjukkan yang ianya tidak akan menjadi bahaya atau mendatangkan mudarat lagi teruk di kemudian hari. 

semoga segalanya Allah aturkan yang baik-baik untuk abang <3 font="">


ok aku lega la sikit bila dah baca banyak info dan diharapkan hari ni berjalan dengan lebih baik.. insyaAllah.

Selasa, 14 Februari 2017

Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya?

assalamualaikum semua,

semalam kami ke sekolah atas jemputan dari sekolah untuk hadiri taklimat LINUS untuk ibubapa oleh pihak sekolah.. taklimat disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan sendiri dan juga dari pihak sekolah.. aku amat suka dan bersemangat nak pergi ke taklimat ni sebab sejak program LINUS diperkenalkan kami langsung tak tau apa pengisiannya secara detail..

Taklimat program LINUS di sekolah


dan berpeluang pergi ke majlis macam ni peluang untuk aku kutip ilmu sebanyak mungkin mengenai LINUS.. bagi ibu bapa yang baru je ada pengalaman anak-anak menempuh alam persekolahan memang patut ada pengetahuan pasal LINUS ni.. sekolah zaman sekarang ni bukan zaman macam aku atau shah bersekolah dulu.. tahun 80-90an.. zaman dulu tak ke sekolah tadika pun masih takpe je masuk ke sekolah rendah.. tapi zaman sekarang ni kalau anak-anak masuk sekolah tanpa pengetahuan asas, anak-anak akan jauh terpinggir.. sangat berbeza..

jadinya ibubapa kena ambik peranan untuk kebajikan anak di masa hadapan.. sekurang-kurangnya membantu anak-anak supaya ada bekalana ilmu untuk masa hadapan mereka nanti.. dalam Islam pun ada tekankan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak.

disebabkan kesedaran ni jugak kami nak sangat hadiri program sekolah yang macam ni.. dan syukur sangat dengan hadiri program macam ni akhirnya kami kenal apa itu LINUS sebenarnya.. selama ni cuma tau sebut je tapi satu pun tak faham terutama kaedah LINUS ni dijalankan.. ok aku kongsikan dari nota yang aku salin je la ye.. kalau tak faham atau ada kefahaman yang salah mintak dibetulkan.. ok..

APA ITU LINUS?


LINUS sebenarnya ialah singkatan pada perkataan Literasi dan Numerasi dan ianya adalah lebih kepada Saringan Literasi dan Numerasi. Saringan ini dijalankan kepada murid-murid di sekolah rendah dari tahun 1 hingga ke tahun 3. Dan ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu membaca dan mengira.

Kenapa LINUS ni dipanggil saringan walau bentuk kaedah yang dijalankan adalah lebih kepada ujian dan peperiksaan? 


Ianya kerana ujian yang dijalankan adalah dengan bimbingan dari guru dan murid tidak dibiarkan melalui ujian tanpa bimbingan guru.


Apa yang terkandung dalam Literasi?


Literasi terbahagi kepada 2 iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Murid diuji keupayaan membaca dan menulis ayat mudah dan juga ayat majmuk. Modul mudahnya mengikut gambar di bawah ni.. 

modul literasi LINUS


Apa yang terkandung dalam Numerasi?


Numerasi hanya ada satu iaitu murid diuji keupayaan menyelesaikan asas matematik. Modul mudahnya mengikut gambar di bawah ni..

modul numerasi LINUS


Bagaimana keupayaan murid diukur?


Terdapat 12 konstruk yang menjadi penanda aras bagi mengukur kemampuan dan keupayaan murid.
Jika berdasarkan Literasi, murid yang tidak berupaya melepasi konstruk 1 dan 2 akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimana nak faham Konstruk ni adalah mengikut jadual di bawah ni..

konstruk Literasi LINUS


konstruk 1 tu lebih kepada mengenal huruf asas dan konstruk 2 tu membaca suku kata terbuka contohnya ba ju.. bu ku.. na ma.. 

dan  ini pula panduan bagi Numerasi.. menurut pegawai tu ramai murid yang lemah dalam pengiraan duit syiling.. diakui la anak-anak aku pun aku tak biasakan kira duit syiling..

Konstruk Numerasi LINUS

Apa yang terjadi bila anak dirujuk kepada doktor?


Ibubapa tak perlu risau jika anak-anak dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana belum tentu anak-anak kita bermasalah lagi sebenarnya. Apabila anak-anak tidak melepasi konstruk 1 dan 2, makanya anak-anak akan dirujuk kepada doktor, tetapi proses ini memerlukan persetujuan dari ibu bapa kalau takde persetujuan maka tak dapat proses selanjutnya diteruskan. Jika ada persetujuan dari ibubapa serta dokumen sokongan barulah akan diteruskan dengan temujanji dengan doktor. Jika pemeriksaan mendapati sah barulah data dikeluarkan dan murid dimasukkan ke dalam kelas pemulihan atau kelas pendidikan khas. Jika pemeriksaan doktor tidak dapat mengesahkan ketidakupayaan murid maka murid masih lagi layak diterima masuk di aliran perdana iaitu kelas biasa.

aku agak berpuashati la dengan penyampaian taklimat dari En Syamsul Anuar bin Yusoff, Pegawai FasiLinus dari PPD Kuantan ni.. sangat terang dan jelas sekali penerangan beliau.. dan sedikit sebanyak kami ibu bapa dapat banyak pengetahuan dan pendedahan mengenai program LINUS ni sebenarnya.. walaupun semalam kami diuji dalam ujian lebat dan tempias ke dewan terbuka sekolah nampaknya berbaloi la pengorbanan menunggu sampai habis majlis.. terima kasih banyak-banyak atas jasa tuan dan pihak sekolah terutamanya..

kalau ikutkan statistik yang diberi di sekolah abg ngah ni, ada lebih kurang 202 pelajar tahun 1 yang terlibat dalam program saringan LINUS yang dijalankan 2 kali setahun atau lebih tepat lagi 6 bulan sekali.. kalau dulu pun abg long terlibat program ni semasa abg long berada di tahun 1 dan alhamdulillah program sebegini la yang aku nampak banyak merubah abg long menjadi lebih baik.. syabas Kementerian Pendidikan Malaysia!

gambar modul dan konstruk sumbangan dari Sumber.




Ahad, 12 Februari 2017

Anak-anak bergembira di De Rhu Beach Resort

assalamualaikum semua,

hari ni rasanya sangat puashati bila tengok anak-anak senyum gembira.. sebagai seorang ibu rasanya kenikmatan melihat anak gembira tu tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata.. sebab itu ada ibu yang sanggup buat apa saja semata-mata nak tengok anaknya gembira kan?

pakej de rhu beach resort kuantan
tengok la muka gembira ni semua
aku macam tu jugak.. hari ni ada program family day atau Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2017 di De Rhu Beach Resort selama 2 hari 1 malam.. alhamdulillah aku rasa banyak pengisian berguna walau baru separuh perjalanan program.. tak sia-sia kami luangkan masa untuk datang.. 



kemas dan selesa biliknya

siap ada pilihan bilik yang best macam ni kalau sesiapa nak gi honeymoon tau


dapat bilik yang cantik dan bersih pulak dari De Rhu Beach Resort tu.. yang paling aku suka resort ni sediakan kelengkapan sejadah dan al quran tanpa perlu request pun.. pssstt.. wifi dia pun laju gila dimana korang berada pun tau..


sejadah dan al-quran

bilik air

toiletries

bukan tu je kemudahan paling penting yang orang perempuan suka iaitu seterika dan papan penggosok pun ada sekali dalam bilik tau.. diulangi dalam bilik tanpa direquest.. anak-anak paling suka layan Disney Channel kat tv tadi masa tunggu ayah dia balik.. untuk anak orang yang tak pakai astro atau unifi di rumah, ni merupakan percutian best la buat diorang..


bergambar dengan tok gajah di pintu masuk
susah betul nak dapat semua muka

tak cukup setakat tu tau.. harga bilik kat sini amat berpatutan dari harga RM140 hingga ke RM500 dan buat yang terasa nak buat event atau majlis atau berasa nak anjurkan hari keluarga kat sini ada banyak je pakej yang disediakan yang aku rasa menepati citarasa dan berbaloi untuk korang cuba.. antaranya pakej Family day atau Hari Keluarga yang disediakan bermula dari harga RM300 untuk satu keluarga tau ! 


semua dah termasuk tu penginapan dan makan minum


haa mana nak cari yang berbaloi macam ni kan ? kalau nak tau dewan je ada 10 buah tau.. iya.. 10 buah! haa.. pilih je nak dewan macamana.. nak yang dalam bangunan.. kat luar.. menghadap laut.. macam-macam la yang ada.. 









ditambah pulak dengan kemudahan sampingan yang ada jugak disediakan macam gymnasium, kolam renang dan padang yang luas untuk aktiviti sukaneka untuk hari keluarga.








padang yang luas


eh belum cerita lagi pasal aktiviti lain yang boleh korang buat jugak kat sekitar De Rhu Beach Resort ni kan? ada aktiviti lasak jugak tau.. ada perkhidmatan ATV yang boleh korang sewa ikut pakej yang disediakan.. yang ni aku cerita kemudian sebab ada gambar lagi menarik nak kongsi.

kemudahan ATV






jadi selain dari aku dapat ilmu dari berbagai sudut yang ada.. anak-anak jugak tumpang bergembira.. pagi tadi masa ajak balik ke rumah dari rumah maktok dia, anak-anak dah mula protes macam nak marah.. sebab tak puashati kena balik awal.. tapi bila diberitahu nak balik kemas baju sebab nak pergi hotel.. senyum dah mula terukir.. semua sibuk tanya bila kita nak pegi dah..

dan sampai-sampai tadi je dah ada pulak barang yang tertinggal dan shah kena patah balik untuk ambik.. semua dah moyok balik sebab hati memasing dah kat kolam je dah.. 

tapi aku sejukkan jugak dengan ajak makan putu piring Beserah dan pizza sedap dari salah seorang usahawan asnaf Lembaga Zakat Selangor ni.. sedap dan lembut pizzanya walau dah sejuk.. terfikir tadi.. mujur jauh kalau dekat dah ku order dah ni.. haha..


putu piring Beserah yang sedap

pizza dari Lembaga Zakat Selangor yang tak kurang ssedapnya
dan lepas makan pizza, shah elok je sampai dan anak dah siap-siap nak mandi kolam.. bijak tak ummi dia?


jom! kakak tak sabar nak mandi

adik pun jugak hihi

esok kita sambung ye.. aku nak tidur dulu.. ada aktiviti lagi best menanti esok.. selamat malam.. eh sebelum terlupa nak kongsikan info untuk korang yang berminat nak stay kat De Rhu Beach Resort atau nak adakan sebarang majlis boleh la hubungi pihak De Rhu Beach Resort melalui:




Telefon : 09 - 557 9000