Rabu, 31 Januari 2018

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert..



Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?



apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuatu..

manakala golongan extrovert pulak adalah berlawanan dengan sifat golongan introvert ni.. mereka sangat suka berada di kalangan orang ramai dan lebih terbuka dalam menghadapi sesuatu situasi..


Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? ~ sumber google


dan aku pulak adalah golongan ambivert..  apa dia maksud golongan ni? sebenarnya ambivert ni adalah kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat dari dua kumpulan kat atas tu.. dia ada ciri-ciri introvert dan jugak extrovert.. kiranya macam kejap dia cenderung duduk sorang-sorang dan berfikir secara mendalam.. kejap kang dia fikir secara biasa je dan kemudiannya suka pulak duduk dalam kelompok orang ramai.. selalunya orang ambivert ni akan berubah mengikut situasi dan keadaan semasa.. 



AMBIVERT
Based on your responses, you’re an ambivert. That means you fall smack in the middle of the introvert-extrovert spectrum. In many ways, ambiverts have the best of both worlds, able to tap into the strengths of both introverts and extroverts as needed. See below for information on introverts and extroverts; you’ll likely see part of yourself in both.We have all kinds of stories and resources that will appeal to both your introverted and extroverted sides. 

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?


INTROVERTS 
Given the choice, introverts will devote their social energy to a small group of people they care about most, preferring a glass of wine with a close friend to a party full of strangers. Introverts think before they speak, have a more deliberate approach to risk, and enjoy solitude. They feel energized when focusing deeply on a subject or activity that really interests them. When they’re in overly stimulating environments (too loud, too crowded, etc.), they tend to feel overwhelmed. They seek out environments of peace, sanctuary, and beauty; they have an active inner life and are at their best when they tap into its riches.

EXTROVERTS 
Extroverts relish social life and are energized by interacting with friends and strangers alike. They’re typically assertive, go-getting, and able to seize the day. Extroverts are great at thinking on their feet; they’re relatively comfortable with conflict. Given the choice, extroverts usually prefer more stimulating environments that give them frequent opportunities to see and speak with others. When they’re in quiet environments, they’re prone to feeling bored and restless. They are actively engaged in the world around them and at their best when tapping into its energy.

Jadi korang rasa patut ke tau hasil ujian personaliti macam ni supaya kita rasa lebih selesa nak sesuaikan diri kita dengan keadaan semasa? Pendapat aku, aku rasa perlu..  bukan untuk apa pun kadang-kala cuma untuk bangunkan keyakinan diri..  terutama bila kita kenal diri kita lebih lagi dan kita tau apa yang boleh kita buat bila kita hadapi masalah atau situasi yang menekan kita contohnya menghadapi temuduga ke kan..  

korang nak cuba jugak buat ujian ni?  meh buat ujian ni kat : 


Ceritaita

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari.

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’


Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’


Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.

“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. .

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’


Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini. 

YBhg. Dato’ Joey Yap Official Shop


“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap. Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116..

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, layari:

Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, layari:

Untuk melayari YBhg. Dato’ Joey Yap Official Shop, layari 


Boleh juga muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


Ceritaita


Keseronokan bersukan dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

assalamualaikum semua, korang mesti ada pilihan dalam memilih rangkaian barangan untuk kegunaan anak-anak kan? aku pun sama jugak.. tapi memang selalunya anak-anaklah yang jadi pengaruh kuat dalam pemilihan barangan ni.. macam tu jugak untuk mandian anak-anak.. selalunya memang anak-anak akan mintak yang seronok bagi mereka.. macam mandian Carrie Junior ni.. 

Keseronokan bersukan dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior


Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

seronok sangat anak-anak bermain sukan ria


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.



koleksi 6 mainan yang boleh didapati dari set Sukan Ria


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.




kena bukak dekat area peel to reveal toy tu ~ berebut memasing

inilah yang selalu anak-anak nak tengok.. TOY INSIDE!


Dan bila kami bukak haritu kami dapat trofi kejohanan sukan air tau.. Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Ceritaita


Khamis, 25 Januari 2018

Sibuk berlatih main batu seremban

assalamualaikum semua, sekarang ni aku tengah sibuk berlatih main batu seremban.. mesti bila ada yang gelak bila baca tajuk ni kan.. ala batu seremban je pun.. maklum je la permainan ni orang anggap senang sangat kan.. apa la sangat nak dilatihkannya pun.. aku pun memula dulu macam tu la jugak fikirnya tau.. tapi percayalah.. bila dah masuk dalam peringkat saringan untuk pilih pemain terbaik 2 tahun lepas baru aku tau apa dia cabaran sebenar yang dinamakan permainan batu seremban ni.. bila dah sedar masa tu rasa nak tarik diri pun ada tau.. huhu..

Sibuk berlatih main batu seremban


buat apa je aku sibuk nak berlatih dan siap ada pemilihan pemain terbaik ni kan? sebenarnya akan dianjurkan sukan peringkat jabatan untuk jabatan aku ni yang akan diadakan di Kelantan pada awal bulan depan.. jadinya kenalah buat pemilihan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ni dalam semua sukan yang dipertandingkan.. dalam sukan ni ada 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu sukan indoor dan sukan outdoor.. dan sukan batu seremban termasuk dalam kategori sukan indoor yang sama seangkatan dengan sukan karom, congkak dan jugak sukan dart.. 

alhamdulillah, aku dah terpilih mewakili negeri Pahang sejak aku masuk saringan pada tahun 2016 dulu.. ada aku cerita pasal batu seremban dulu.. tapi masa tu kebanyakkan ahli takde pengalaman bermain di peringkat macam ni.. cuma dua orang dari 5 orang yang ada pengalaman bermain di peringkat jabatan sebelum tu.. dan akhirnya kami cuma berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat separuh akhir dan menggondol tempat keempat bagi acara ni.. dapatlah jugak menyumbangkan mata bagi pasukan masa tu.. walau cuma 1 mata.. 

batu seremban ni memang tak susah tapi ianya lebih kepada ketahanan mental pemain bila berada dalam sesuatu pertandingan.. yang paling susah ialah bila pemain berada dalam keadaan tertekan dan tidak tapat bermain dengan baik pada akhirnya.. 

inilah semua ahli pasukan yang akan mewakili negeri Pahang ~ ada gaya pemenang tak? 


dan hari ni akan ada perlawanan persahabatan pulak dengan 2 lagi pasukan lain dalam jabatan ni jugak.. ini untuk menguji kemahiran pemain dan jugak membiasakan pemain dengan corak perlawanan sebenar.. doakan aku dan pasukan ya.. terima kasih!

Ceritaita


Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea

assalamualaikum semua, eh aku belum cerita kan pasal aku terima Red Sparkling Box dari Althea Malaysia? meh la aku ceritakan kejap.. baru ni aku dengan anak dara kecik aku agak teruja sebab kami terima bungkusan Red Sparkling Box dari Althea tau.. maklumlah orang perempuan kan.. haruslah teruja lebih.. lelagi bila kotak yang diterima tu pulak dipenuhi dengan barang kecantikan yang memang orang perempuan tak boleh nak pandang sebelah mata la kan.. harus nak belek berulang kali sebelum pakai tau..

Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea


bagi penggemar alat solek dan skincare tentunya dah agak familiar dengan nama Althea kan? Althea ni memang terkenal dan dah ada banyak cawangan di serata dunia tau.. pada aku apa yang ditawarkan di Althea ni memang sangat berbaloi kerana setiap barangan yang dijual adalah dihantar terus dari Korea.. dan tentunya produk Korea yang berkonsepkan natural dan sesuai untuk semua jenis kulit..

berkawan pulak dengan kakak husna, dia kan pantang kalau nampak benda-benda macam ni.. orang berangan nak cantik dan jadi puteri setiap masa la katakan.. asal nampak orang sibuk bersolak atau beg tangan yang cantik-cantik, memang dia akan jeling sambil senyum-senyum tau.. kuat berangan anak dara sorang ni.. jadinya haruslah dia orang yang lebih teruja dari mak dia sendiri masa tengok kotak dari Althea ni tau.. hehehe.. seperti yang dijangka la dari awal lagi..

disebabkan kakak husna teruja dengan isi kotak yang best ni jadi aku rasa tak salah kalau nak libatkan dia sekali la masa kita ulas apa je ada dalam Red Sparkling Box by Althea ni.. jom kakak, kita sesama tengok apa je ada dalam kotak cecantik ni.. eh kebetulan pulak aku bukak kotak ni masa kat rumah mak, jadinya ada 3 orang kuat berangan ada sekali la dalam ni.. ditemani adik bongsu aku yang comel dan perangai sama macam kakak husna ni makanya jadilah sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea..

apa je ada dalam Red Sparkling Box ni sebenarnya? ada 8 barang kat dalam dia yang semuanya berunsurkan warna merah menyala.. dah nama pun red sparkling kan.. harus la merah yang mengancam jiwa..  meh la kita ceritakan satu-satu apa je dalam tu..

Red Sparkling Box dari Althea


1. Pom-Pom Rabbit Key ring

Pom-Pom Rabbit Key ring


haa.. yang ni benda pertama yang jadi rebutan kakak husna dan adik hadi.. benda comel macam ni haruslah adik hadi pun minat sama.. dah la comel gebu pulak tu.. siap diterangkan cara nak gebukan arnab comel ni kalau dia dah tak gebu lagi tau.. terbaiklah..


2. SKIN & LAB Cream (50ml) dan Red Serum Pouch Sample

SKIN & LAB Cream

Red Serum Pouch


Red Cream ni kan dia kena gunakan pada waktu pagi dan malam.. best je tekstur dia.. lembut dan bau ros yang kuat tu buatkan dia lagi best untuk dipakai.. dan kena guna bersekali dengan Red Serum tu tau.. bila pakai waktu malam, rasa lena nak tidur dan tak melekit bila kita bangun tidur.. paling suka sebab dia merawat kulit kita masa kita tidur..


3. MISSHA Perfect Cover BB Cream #23

MISSHA Perfect Cover BB Cream

cara gunakan MISSHA Perfect Cover BB Cream


kalau nak tau BB Cream ni adalah produk yang tersenarai dalam senarai jualan terlaris atau bestselling BB Cream di Althea tau.. beruntungnya rasa dapat guna.. bila guna pulak best je rasa.. ringan kat muka.. ada 3 fungsi utama yang best tau.. UV protection, wrinkle care dan whitening care.. yang lagi best dia boleh tutup cle-cela halus kat muka jugak.. nanti aku tunjuk gambar aku bila dah pakai ni eh..


4. THE FACE SHOP Mono Cube Eye Shadow

THE FACE SHOP Mono Cube Eye Shadow

yang ni kan aku suka sangat warna dia.. sebab aku sebenarnya walau kulit tak berapa cerah suka je kaler-kaler yang terang-terang macam ni.. lepas tu siap ada tambahan gold shimmer lagi tu.. lagi rasa macam blink-blink pulak mata kita kan.. haha.. yang best eye shadow ni tahan lama tau..


5. TONY MOLY New Delight Tony Tint #02 Red

TONY MOLY New Delight Tony Tint

TONY MOLY New Delight Tony Tint


Barang seterusnya ada dalam kotak ni ialah Tony Moly  New Delight Tony Tint #02 Red.. lips stain ni sangat cantik bila disapu dibir dan bukan jenis yang cepat menitik tu ye.. ianya sangat likat dan best sangat bila guna.. bibir jadi lembab sebab kandungan jojobo oil, argan oil dan rosehip oil.. bau pun sangat la best..


6. MASIL Masil Color Treatment Dual Tint Pink Red

MASIL Masil Color Treatment Dual Tint Pink Red


Kakak Husna paling suka pewarna rambut ni.. aku pun teringin jugak nak tengok warna rambut kakak jadi macam kaler kat atas ni.. mak yang terlebih teruja ni.. haha..


7. HELLO SKIN Jumiso Chew - Elasticity Mask Sheet

HELLO SKIN Jumiso Chew - Elasticity Mask Sheet


Mask ni kan best jugak bila diletakkan kat muka.. tapi kena buang mesh yang cover kat mask tu bila dah letakkan kat muka.. 

eh belum tepek gambar model dua beranak ni lagi kan.. korang jangan gelak ok.. hahaha

suka kena jadi model

hai semua

haa.. yang ni muka aku pulak.. jangan muntah.. haha


kesimpulannya korang patut dapatkan Red Sparkling Box dari Althea ni.. ada tawaran istimewa untuk pembelian melalui pakej yang tentunya jauh lebih murah dari pembelian secara berasingan.. macam Red Sparkling Box yang ni harganya RM373 untuk semua produk kat atas tu tapi dijual pada harga hanya RM116 sahaja tau.. murah sangat-sangat untuk produk yang terbaik.. bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut melalui :

Website :



Facebook :



Instagram :



Youtube :


Ceritaita

Selasa, 23 Januari 2018

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest

assalamualaikum semua, siapa sini suka bercuti secara percuma? tipulah kalau kata tak suka kan.. ok kalau ada jugak kata tak suka tu korang duduk tepi dulu tapi sambil terus baca entri ni ya.. hehehe.. ala aku tau korang pasti suka punya bila dapat bercuti dan orang taja semuanya dari tiket penerbangan sampailah ke tempat tinggal.. kalau berminat nak tau pasal ni korang pastinya berminat nak tau pasal Traveloka Fly & Win CNY Contest..


Traveloka Fly & Win CNY Contest


best sangat kalau dapat peluang bercuti lepas tu semuanya ditaja..  tak payah risau pasal harga tiket kapal terbang dan yang lagi penting pasal penginapan yang selesa dan selamat di sepanjang percutian.. pastu tugas kita cuma berjalan dan menikmati cuti je.. memang syok gila la.. aku tau ramai yang teringin tapi masih belum diberi peluang lagi kan.. 

aku dah pernah rasa sekali tahun lepas.. memang syok woo.. pergi cuba sediakan keperluan peribadi dan sedikit makanan je.. memang seronok la.. ok aku tipu pasal bawak sikit makanan tu sebab aku bawak makanan banyak jugak sampai terpaksa sedekah kat orang Korea masa tu.. hahaha.. takut sangat lapar kat negara orang kononnya.. tapi kali ni aku bukan nak ceritakan pasal trip aku ke Korea yang ditaja tu.. aku nak cerita pasal peluang untuk korang merasa jugak trip percuma macam ni termasuk penginapan tau..

dan peluang ni sebenarnya termasuk sekali nak ajak korang bermain permainan mudah je.. insyaAllah permainan yang menyeronokkan dan akhirnya korang akan berpeluang untuk menang hadiah lumayan yang ditawarkan.. sebenarnya hadiah percutian percuma ni ditawarkan oleh Traveloka bagi contest yang dinamakan Traveloka Fly & Win CNY Contest.. Contest ni diadakan bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba..

apa je panduan untuk contest ni? senang sangat tau.. korang cuma perlu login dengan menggunakan facebook korang dan kemudiannya main permainan yang disediakan.. klik je link ni untuk mulakan permainan CNY 2018 Contest ni ..  permainan yang sangat-sangat senang tau.. cuma perlu terbangkan kapal terbang comel dengan menggelak segala rintangan yang ada di sepanjang laluan.. pertandingan ini dianjurkan bermula dari 22 Januari 2018 sehingga ke 28 Februari 2018 ni tau jadi korang kena cuba permainan ni dari tarikh yang diberi tu.. 

korang akan nampak gambar macam kat bawah ni bila bukak ikut link pada contest CNY kat atas tu.. jadi klik je terus kat login with facebook tu.. 


klik kat login with Facebook


kemudian dia akan keluar gambaran macam ni pulak ya.. korang boleh mulakan terus permainan dengan klik start game atau boleh jugak baca dulu syarat-syarat dan jugak baca dulu cara permainan dia.. atau nak senang baca je la kat gambar bawah ni.. aku dah sesiap dah screenshot untuk korang tengok dan baca.. 


boleh pilih je nak baca syarat dulu atau terus start game


ini aku dah lampirkan cara nak main ok


permainan dia tu mudah sangat tau.. cuma gunakan jari dan tekan-tekan je atau tap-tap untuk pastikan kapal terbang comel tu terus terbang menuju ke destinasinya ok..


ok get ready and play! 

dan kemudian bila korang dah berjaya habiskan permainan dia akan keluar markah macam kat gambar kat bawah ni..


markah akan ditunjuk sejurus lepas habis permainan ya

jangan korang pandang rendah kat markah aku ni ya.. yang ni aku saje je nak bagi korang semangat untuk kalahkan aku.. markah yang tinggi-tinggi tu aku simpan sendiri je supaya korang tak patah semangat.. hahaha.. tolonglah percaya..

jadi bila korang dah masuk contest tu,  jangan pulak ingat itu je la sekali je peluang korang tau.. korang boleh je nak main game tu pada bila-bila masa asalkan masih berada dalam lingkungan tarikh pertandingan tu lagi.. main je la sampai korang rasa korang dapat score yang tertinggi yang mana boleh mengalahkan aku nanti.. hahaha..  jangan harap la aku nak duduk saja tau.. aku pun nak menang jugak.. 

eh jangan lupa ada syarat jugak ya.. macam biasalah kan kalau ada pertandingan mestilah ada syaratnya.. sesiapa yang nak masuk pertandingan ni mestilah berumur 18 tahun dan ke atas pada Januari 2018 ok.. kalau tak cukup umur tu jangan gaduh kata tak boleh pulak masuk dan tak aci pulak.. korang macam biasalah kena ada kebenaran dari ibubapa.. pastikan korang baca syarat-syarat pertandingan yang lain tu jugak ya..

masuk pertandingan cuma main game je.. dah la senang boleh dapat hadiah pulak lagi.. eh hadiah? aku belum cerita lagi pasal hadiah kan? hadiah sangat lumayan tau.. tempat pertama boleh dapat percutian 6 hari 5 malam ke Seoul termasuk tiket penerbangan dan penginapan.. tempat kedua pulak percutian 5 hari 4 malam ke Phuket juga termasuk tiket penerbangan dan penginapan.. tempat ketiga percutian 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi..  jugak termasuk tiket penerbangan dan penginapan.. wahhhh... siapa tak cuba memang rugilah.. eh jap.. kalau yang tak bernasib baik nak dapat pakej percutian tu tentu masih boleh senyum jugak kalau dapat RM1000 baucer dari Traveloka kan? yang ni untuk 2 orang pemenang bertuah yang dah cuba permainan dan kemudian rajin pulak kongsikannya atau share kat facebook memasing.. best kan? share je pun boleh berpeluang dapat hadiah..

jadi pastikan korang jangan berlengah untuk masuk pertandingan ni ya.. maklumat lanjut mengenai pertandingan Traveloka Fly & Win CNY Contest dan promosi yang lain boleh tengok di :

Traveloka

Traveloka Fly & Win CNY Contest

21 Januari - 28 Februari 2018


Ceritaita

Isnin, 15 Januari 2018

Tragedi Adik Hadi di bulan Januari dagu adik hadi koyak

assalamualaikum semua,  ingatkan hari ni tak sempat nak update blog rupanya ada jugak kejadian yang nak dicoretkan dalam blog kesayangan ni.. berlakunya tragedi lepas maghrib tadi.. tragedi adik hadi di bulan januari ni.. aku upload gambar di facebook tadi ramai pulak yang bertanya apa sebabnya.. aku terpaksa la jawab kat blog sekali harung merekod kenangan supaya boleh dijadikan iktibar satu hari nanti.. 

Tragedi Adik Hadi di bulan Januari 

ceritanya lepas maghrib tadi aku tengah makan untuk berbuka puasa ganti hari ni..  shah tengah sibuk suruh adik hadi cepat-cepat mandi.. lepas tu dengar la memasing sibuk kat dapur tu.. tetiba je aku dengar bunyi jatuh dan adik hadi menangis.. dengar jugak suara shah kata kenapa adik lompat-lompat.. kan ayah tak bagi lompat tadi.. bila ke depan dua beranak ni adik hadi menangis tak berhenti.. rupanya darah banyak keluar.. 

dagu adik hadi koyak


adik hadi luka di bawah dagu dia!  koyak besar pulak tu.. dan agak dalam.. panik jugak kami tadi.  tapi tenangkan diri dan adik hadi.. pesan dengan dia tekan je luka dengan tisu dan jangan menangis.. kalau menangis nanti lagi darah terus tak berhenti.. nampaknya helah tu menjadi.. adik hadi berhenti menangis sambil kami fikir apa rancangan kami selepas tu.. 

aku tengok jam dah pukul 8.30 malam.. kalau pergi klinik pesakit luar tentunya dah tak sempat sebab dia tutup pukul 9, waktu tu tentu diorang dah tak ambik pendaftaran baru.. kes serius pulak tu.. nak bawak ke hospital yang dekat dengan rumah ni tak boleh pulak sebab aku baru je terminate aku punya insuran dengan MAKSAK bulan lepas.. sekarang ni tengah bayar untuk Cuepacscare tapi cuma akan aktif selepas sebulan.. maknanya bulan depan la.. hati dah memikir nak hantar hospital HTAA je la.. terpaksalah tunggu lama.. punyalah panik sampai tak terfikir nak pergi memana klinik yang 24 jam.. 

lepas tu bila sampai bandar dalam pukul 9.10 malam macam tu.. yela nak siapkan anak-anak yang lain pun satu hal jugak..  kami terus singgah ke Klinik Al Amin kat Masjid Negeri tadi.. cuba nasib mana tau dia bukak lagi.. sedangkan kami tau biasanya memang diorang dah tak terima pendaftaran selepas jam 9 malam.. 

tapi rupanya rezeki adik hadi.. kebetulan ada 2 orang doktor yang bertugas malam ni dan kaunter pendaftaran masih dibuka.. dan kami dapat daftarkan adik hadi.. jumpa doktor tak lama lepas tu dan doktor jalankan prosedur jahitan pada dagu adik hadi.. sekejap je.. cuma 3 jahitan..  alhamdulillah adik hadi sangat berkerjasama dengan baik dan tak meronta-ronta sangat.. memula je dia ada elak-elak muka dan kata sakit.. 

cepat sembuh ya budak kecik janggut putih :')


dan bermula malam ni kena jaga sorang lagi la anak yang bakal dalam pantang.. tapi tadi aku dah tanya doktor boleh sapu Lovera kat adik hadi tak.. doktor kata ok.. jadi nanti kita sapu ye adik.. adik hadi kuat kan nak.. semoga cepat sembuh ya adik! 

Ceritaita

Ahad, 14 Januari 2018

Resepi roti jala yang sedap dan lembut

assalamualaikum semua, hari ni konon nak cuti masak nasi.. buat roti jala je.. kejap lagi aku kongsikan resepi roti jala yang sedap dan lembut InsyaAllah sampai petang.. teringat pulak kisah di sebalik menu hari ni.. hari tu masa cari roti canai frozen kat Giant, abg ngah ada sebut nak makan yang atuk wan masak.. atuk wan tu gelaran untuk mak aku buat semua cucu.. masa kat Giant tu abg ngah sibuk cari yang atuk masak tu kat bahagian makanan beku kat Giant tu.. puas dibeleknya semua.. lepas tu tanya.. yang atuk wan buat warna kuning tiga segi tu takde jual ye ummi kat sini? 

Resepi roti jala yang sedap dan lembut


puaslah aku dengan abg long meneka apa benda la segitiga kuning ni.. siap dia cakap lagi tu sedap atuk wan masak tu.. aku puaslah memikir sambil teka.. aku sebut nugget.. salah..  aku sebut semosa pun salah.. dia siap cakap yang atuk wan goreng.. aduh lagi la buntu kepala ummi dia memikir.. akhirnya dia cakap.. benda kuning segitiga tu kena cicah kari.. terus laju aku teka roti jala.. senyum dia bila aku teka betul.. lekas-lekas pulak tu nak aku buat malam tu jugak.. 

aku pujuk la dia aku akan buat bila hari cuti.. maklumlah roti jala ni walaupun senang nak buat tapi dia perlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi bila nak berdiri lama menghabiskan adunan tepung yang nak dijala tu.. lebih lagi bila buat tu kang yang makan lagi laju dari yang menjala.. haruslah iman akan diuji.. hehehe.. meh la aku kongsikan resepi roti jala yang aku guna hari ni..  resepi ni aku ambik dari blog Azie Kitchen..  lebih kurang jugak resepi mak aku.. cuma biasalah resepi Cik Jemah ni main agak-agak je jadinya tak boleh sangat nak jadi panduan terutama orang yang baru nak belajar memasak..


Resepi roti jala yang sedap dan lembut


Resepi Roti Jala

ihsan Azie Kitchen 

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan air (azie letak santan sikit tapi aku tak letak pun) 
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning telur
2 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend je. 
(aku buat tadi blend semua yang atas tu kecuali minyak masak, minyak masak aku suka campur last sekali bila dah siap blend yang lain) 

2.Guna kuali leper atau kuali tahan karat untuk menggoreng (menjala). 

3. Lepas tu boleh la mula menjala atas kuali.  Kemudian boleh ikut cara mana korang nak, samaada nak gulung atau nak lipat segitiga macam aku buat tu.

4. Masak dengan api perlahan sampai agak masak dan kemudian lipat atau gulung. 

5. Dah siap dan boleh dihidangkan dengan lauk kari, kuzi,  atau kurma. 


Aku nak bagitau untuk buat roti jala ni ada 2 jenis alat tau.. kalau orang lama dulu biasa guna yang jenis macam corong tu.. yang warna kuning.. aku ada satu jugak kat rumah.. macam kat bawah ni.. 

alat tebar roti jala


Lepas tu sekarang aku dah guna yang moden jenis botol je.. lagi mudah aku rasa guna botol ni.. aku beli harga dia dulu dalam RM3 je rasanya.. tapi sekarang tak tau pulak harganya.. dan sebenarnya aku beli dah lama tapi baru sekarang ni aku nak cuba tau.. sebelum ni asyik la lupa nak kerat muncung dia.. sebab kat atas tu ada 3 muncung yang kita kena kerat sendiri ikut besar mana kita nak lubang dia tu..  ala botol ni lebih kurang botol sos atau botol mayonis yang orang jual burger guna tu la.. cuma yang ni ada 3 muncung.. nak guna pun senang tak comot-comot dapur macam guna yang lama kat atas tu.. 

alat jala moden guna botol

ini hasil untuk adunan 3 cawan tepung gandun


eh lupa nak bagitau sebenarnya adunan 3 cawan tepung tu cuma dapat hasilkan dalam lebih kurang 48 ke 50 keping roti jala ya.. jadi kalau ada ahli keluarga yang suka sangat dengan makanan berasaskan tepung aku rasa eloklah buat 2 atau 3 adunan.. sebab aku tadi bancuh satu lagi adunan pasal tak sampai setengah jam dah licin semuanya.. haha.. aku buat kari ayam je untuk lawankan makan dengan roti jala ni tadi.. yang senang dan ringkas.. jadi resepi dah ada.. selamat mencuba ya!

Ceritaita