Khamis, 4 Januari 2018

Anak-anak kembali ke sekolah 2018

assalamualaikum semua,  dah 3 hari anak-anak memulakan persekolahan di tahun baru 2018 ni.. alhamdulillah setakat ni belum ada lagi ayat tak mau gi sekolah.. terutama dari kakak husna yang baru naik darjah satu tahun ni.. walaupun baru genap umurnya 6 bulan aritu.. hehe.. badan tetap kudut dan kecik.. nak cari saiz baju pun susah.. dah beli yang paling kecik pun masih ummi kena ubahsuai lagi.. nak buat baju sendiri tak mampu la pulak umminya.. tak terkejar masa sebenarnya.. beli je la yang dah siap lebih mudah..

Anak-anak kembali ke sekolah 2018


sejak dari hari orientasi aritu lagi hujan turun tak berhenti.. orientasi kakak husna jatuh pada 31 Disember 2017, hari terakhir di tahun 2017.. ecece..  macam pengumuman tarikh berpuasa pulak dah.. alhamdulillah masa tu dia ok je..  tapi bila masuk hari pertama je mula dah jadi lain.. mengadu jugak sakit kaki,  penat sebab sekolah lama tapi cuma mewarna je sampai petang.. siap masa balik tu masuk je kereta dia mintak tisu.. rupanya nak buat kesat muka yang penuh airliur sebab tidur dalam kelas.. alahai kakak hari kedua pulak dia komplen takde taman kat sekolah dia, tak macam kat tadika katanya.. bosan takde tempat nak main.. sabar je la.. 

kakak husna dah sedia nak sekolah


hari ni pulak takde komplen apa-apa.. nampak macam dah serasi sikit dengan sekolah.. muka pun nampak ceria.. mungkin sebab dah dapat kawan-kawan agaknya.. belanja kat kantin pun dah pandai.. rajin jugak nak bawak bekal walau makan tak habis pun.. sempat la kami tinjau kakak husna dan abg ngah jugak di hari pertama kat sekolah masa waktu rehat tu.. alhamdulillah dah pandai bawak diri masing-masing.. sebenarnya secara peribadi aku tak risaukan sangat kakak husna.. sebab dia jenis yang sangai pandai berdikari.. jadi tak risau sangat walau aku cuma cuti sehari je masa dia nak naik sekolah hari tu.. 

kebetulan pulak masa hari orientasi kakak husna, dia diberikan peluang ambik sumbangan hadiah pensil warna seorang satu dari Pengerusi Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia..

dapat hadiah dari Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia


abg ngah pulak dah naik darjah dua.. kelas dia dapat setingkat dengan kakak husna sekarang ni.. cuma masalah waktu rehat tu je la yang tak seragam.. anak-anak darjah 1  rehat dulu diikuti anak darjah 2 dan 3.. jadinya tak boleh la nak harap abg ngah pantaukan kakak husna.. abg ngah agak bersemangat nak naik sekolah tahun ni.. siap cakap saya tak sabar nak pergi sekolah pakai baju baru.. kasut baru.. nampak jugak tahun ni dia dah tau jaga kebersihan baju dia jugak.. dah tak macam baju tahun lepas dah.. langsung tak rupa baju sekolah dah baju tu.. hitam legam jadinya.. hehehe.. 





abg long pulak masih macam tu la.. steady dan cool je.. setakat ni masih guna saiz sama macam tahun lepas.. belum nampak ketara peningkatan badan lagi selepas bersunat hari tu.. harapnya tak banyak la berubah.. risau kena tukar saiz lain je sebelum habis tahun.. tahun ni abg long bakal hadap UPKK.. jadi target aku ada banyak jugak nak capaikan untuk abg long ni.. ada beberapa surah aku target nak bagi dia hafal.. pastu masa cuti sekolah baru ni sempat la jugak kami praktis hafal sifir bersama-sama..  alhamdulillah dapat habiskan kesemua sifir dari satu sampai dua belas dalam masa 8 hari.. tahniah abg long! 

adik hadi pulak.. orang lain nak pergi sekolah,  dia pulak yng sibuk.. hari pertama tu siap nak pakai baju putih jugak.. terpaksalah aku korek jugak kotak baju-baju lama cari baju sekolah lama abg long bagi dia pakai.. tapi bagi diam dia merengek sekejap je lepas tu sampai rumah mula menangis lagi kata nak ikut gi sekolah.. letih tau.. disebabkan letih akhirnya tertidur dalam kesedihan.. 

gigih siapkan diri sendiri

dah transform baju lain.. 

kakak dan adik

dah selamat tidur dalam kesedihan 


doa ummi sentiasa bersama anak-anak ummi agar berjaya dunia dan akhirat hendaknya.. amin.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Belajar rajin-rajin ya anak-anak.. yang kecik tu pun kemahin juga dia ya.. hahaha..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Muka ceria diorg nk g sekolah aku tgkbpun teruja. Sabar ye adik Hadi nanti sampai masa sekolah lah awak

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semangat masing masing nak ke sekolah