Jumaat, 5 Januari 2018

Jadual Tabung 52 minggu

assalamualaikum semua, sejak beberapa hari lepas aku asyik tengok kisah tabung 52 minggu lalu lalang di dinding facebook aku.. kisahnya ialah kawan-kawan yang mengutip hasil dari tabung 52 minggu mereka.. macam best je bila aku tengok.. biasalah kan bila nampak hasil duit tu kita akan rasa macam seronok sangat, lagi-lagi la bila nampak duit banyak sekali gus depan mata tu kan.. tapi hakikatnya mereka kumpul dengan gigih selama 52 minggu iaini setahun lamanya tu tau.. siap ada jadual tabung 52 minggu tu lagi..

tabung 52 minggu
Jadual Tabung 52 minggu ~ gambar ni aku dapat dari Google 


apa maksudnya tabung 52 minggu ni sebenarnya? aku pun baru sedar ada orang buat azam gigih kumpul duit dengan cara macam ni.. alternatif yang sangat bagus untuk orang yang tak berapa berdisiplin nak menyimpan duit dan nak tanam sifat suka menyimpan dalam diri.. dan jugak untuk orang yang suka letakkan target tapi taknak letak target tinggi sekali gus.. ini memang cara yang sangat berkesan rasanya..

caranya kita sediakan jadual penyimpanan duit untuk 52 minggu iaitu setahun.. mengikut minggu dan bulan.. lepas tu tetapkan yang kita akan isi pada setiap hari Jumaat setiap minggu.. jumlahnya pulak adalah sama dengan nombor pada minggu tu.. misal la pada minggu pertama sekarang ni.. dan hari ni merupakan hari Jumaat, jadinya kita masukkan not bernilai RM1 pada hari ni.. begitulah untuk minggu-minggu seterusnya.. RM2 untuk hari Jumaat minggu yang kedua.. dan seterusnya sampailah kita masukkan RM52 pada minggu yang terakhir..

tabung 52 minggu
Jadual Tabung 52 minggu yang aku google ~ kredit pada tuan yang rajin buat ni..


dengan cara ni kita sebenarnya akan mengumpul hasil sebanyak RM1,378 dalam setahun tanpa sedar.. bagus kan? aku dah cari dalam internet jadual tabung 52 minggu ni yang cantik cuma jumpa yang macam kat atas ni je.. tapi aku perlukan ruangan kosong kat bawah jumlah tu untuk aku tandakan samada aku dah capai atau tak.. jadinya aku buatkan satu lagi jadual khas untuk aku.. dan untuk bagi semangat aku letakkan nama sekali kat situ.. senang nanti aku boleh tampal je kat kotak simpanan tu nanti.. aku dah terbayang dah ada satu kotak nutrimax yang sesuai sangat jadi tabung ni kang.. satu untuk aku dan satu untuk shah.. 

tabung 52 minggu
Jadual Tabung 52 minggu 


yang atas ni ialah Jadual Tabung 52 Minggu yang aku buat sendiri.. ada ruangan kosong untuk tulis nama kat situ.. jadinya bolehlah nak tulis nama siapa tuan punya tabung tu kan.. bagi semangat jugak secara tak langsung untuk tuan tu.. jadi buat en. shahir, mari kita tengok kita kuat tak hadapi cabaran ini bersama ye bang!.. hehe.. ada jugak yang aku nampak cadangan untuk tabung 52 minggu ni untuk anak-anak.. nanti aku nak cuba buat jugak untuk anak-anak.. insyaAllah.. semoga Allah berikan kekuatan untuk kami simpan duit tahun ni.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

Ibu Dilah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus jugak ni kak ita.. tp bila dah hujung2 tu amount makin besar tu agak mencabar jugak nak simpan tu.. haha.. so far Dilah buat tabung hijau jer.. Tabung RM5 dah 2thn buat.. setahun dapat la dlm RM500-600.

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

macam nak try jugak...duk tgk ramai yg share...

mama tisya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ada tgk kwn2 share juga psl ni ..bole la cuba

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga terus istiqamah kak..saya pun dah buat juga !

Cik Tie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak try juga la tahun ni

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik juga nie Ita, nak buat juga lah..

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga berjaya k.ita..:)

seri akmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

macam mane nk dapat semangat menyimpan ye?

d'ulatbuku berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus juga tabung 52 minggu ni, boleh cuba juga ni.

irra yyan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam ramai yg follow cara ni..

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sy dh buat kugak kak..tp duit smpan dlm.bank muamalat