Jumaat, 12 Januari 2018

Kita masak resepi daging masak kicap hari ni!

assalamualaikum semua, entah kenapa minggu ni mood masak macam meluap-luap pulak.. mungkin mood tu dah datang entah dari mana.. atau disebabkan cuaca yang asyik mengundang perut asyik lapar je tak tau la pulak kan.. minggu ni aku dah buat resepi daging je dah 2 kali.. awal-awal minggu haritu masak kari guna pressure cooker.. dan hari ni masak resepi daging masak kicap pulak.. 

Daging Masak kicap
Kita masak resepi daging masak kicap hari ni! 


anak laju pulak bila masak daging guna pressure cooker ni.. maklumlah dagingnya lembut, senang nak digigit dan dikunyah.. kalau daging rebus biasa pun boleh lembut jugak kalau guna petua yang aku guna dulu.. guna daun rumput cina.. alamak daun kat luar pulak dan tengah hujan ni.. aku berselimut, tak kuasa pulak nak keluar.. haha.. lainkali ye aku tunjukkan.. hari tu ada kemas pokok kat luar tapi tangan kotor terlupa pulak nak ambik gambar.. 

kalau resepi daging sebenarnya kat rumah aku ni jarang jugak masak.. sebab tak tau nak masak apa la.. biasa memang masak kari,  sup atau kicap je la.. yang lain aku tak berapa rajin dan pandai.. ini je yang agak mudah bagi aku.. dah hari ni aku masak daging masak kicap.. meh aku kongsikan resepi yang aku selalu buat.. senang je pun.. 

Resepi Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap 

oleh Ceritaita

Bahan
Daging Lembu yang telah direbus terlebih dahulu
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Rempah tumis (4 beradik) 
Kentang (dipotong ala wedges dan digoreng dahulu) 
Kicap lemak manis Jalen
Kicap masin Jalen
Paste asam jawa Adabi
Minyak masak
Ajinomoto 

gambar lepas tumis sebelum masukkan kicap


Cara-cara
1. Tumis rempah tumis sampai wangi dalam minyak masak yang dah dipanaskan.
2. Masukkan bawang besar dan tumis sampai layu. 
3. Masukkan bawang putih. Biar sekejap. 
4. Masukkan kentang dan daging.
5. Masukkan kicap lemak manis Jalen. 
6. Masukkan kicap masin Jalen. 
7. Masukkan paste asam jawa Adabi. 
8. Masukkan Ajinomoto secukup rasa. 
9. Masukkan sedikit air kalau pekat sangat. 
10. Biarkan mendidih dan matikan api. 
11. Siap untuk dihidangkan. 

Tips yang aku pernah dapat masa tengok rancangan memasak dulu.. ada chef ajar kalau nak tumis bawang merah atau bawang besar dan bawang putih jangan campurkan sekali.. tumis asing-asing untuk kekalkan rasa manis bawang tu.. jadi itu yang aku ikut dan praktikkan.. 

Konon takmau makan nasi bulan ni.. sendiri masak sedap habis punah diet.. hahaha..  bertabahlah ita.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak ni macam2 teringin tau...
1. Daging cincang masak lemak cili api..
2. Daging masak kicap
3. Kari daging..

Semua nak la....alaaaaa...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Makanan kegemaran aku Dan Syafi.. mmg lazat sehinggalah mrnjilat pinggan. Kan

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Faveret aina ni daging masak kicap!. Sedapnya.

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya daging masak kicap kak..feveret sy nih