Sabtu, 13 Januari 2018

Menang hadiah novel tempat pertama!

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal aku menang hadiah novel hari tu.. sebenarnya ini cerita penghujung tahun lepas cuma disebabkan hadiahnya baru sampai awal tahun jadi kita cerita dalam blog tahun ni la kan.. tapi biasa je sebenarnya dalam ceritaita ni akan ada flashback.. lelagi la bila waktu sibuk tapi tetap nak coretkan jugak sebagai ingatan dan kenangan dalam blog Ceritaita ni..

Menang hadiah novel tempat pertama! 


Aku menang hadiah novel ni sebab aku masuk pertandingan yang dianjurkan oleh The Ulat Buku.. pertandingan mengulas buku.. tak kira apa buku pun korang boleh je nak ulas.. dan aku hantar 2 penyertaan.. nantilah aku ingat nak letak jugak ulasan buku tu kat blog ni nanti.. tengok kalau line internet baik hari ni, aku akan cuba letakkan hari ni.. kalau tak baik macam semalam,  mungkin terpaksa tangguhkan lagi.. 

semalam entah kenapa line telefon jadi tak berapa baik.. tengah elok bercakap dengan mak aku kat telefon tetiba terputus dan bila nak telefon semula.. boleh pulak kat skrin tu dia tulis " Mobile network is not available ".. boleh katakan semua la tak ok.. nak hantar pesanan telefon biasa pun tak lepas lagikan hantar pesanan di Whatsapp haruslah tak lepas.. 

berbalik pada buku yang aku menang ni.. disebabkan aku menang tempat pertama, maka penganjur memberi aku peluang untuk memilih buku mana yang menjadi pilihan.. dan haruslah aku pilih yang aku nak sangat tu.. LEGASI TOMBIRUO tulisan Ramlee Awang Murshid..  masa pilih tu memang muka ada senyum la.. hahaha.. puashati sebab memang buku tu la yang aku aim masa masuk pertandingan tu.. alhamdulillah ada rezeki aku rupanya.. 

Legasi Tombiruo oleh Ramler Awang Murshid dan Anugerah Sebuah Cinta


tapi setakat dah 2 minggu terima buku ni, aku terima pada hari lahir aku baru ni.. aku belum berpeluang untuk baca lagi.. eh lupa.. bukan satu je novel yang diberi tau.. ada 2.. satu lagi tu kompilasi cerpen.. aku sangat suka sebenarnya kompilasi.. boleh baca berbagai olahan cerita dalam satu buku.. tentunya jugak pelbagai emosi dan konsep penceritaan.. itu yang menarik mengenai kompilasi.. nanti kalau dah baca, aku akan update pulak isi kandungan dan ulasannya sekali insyaAllah.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Cik Tie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahh bestnya. Join kat mana tu?? Btw tahniah ya

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah ita.. mmg bagus harapan ulasan buku ko mmg patut menang pun

Noor Maizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah kak Ita... Bestnyaaa dapat koleksi buku...