Selasa, 9 Januari 2018

Nasi goreng benyek pulak buat bekal

assalamualaikum semua, aku masih lagi teruskan budaya berbekal ke pejabat selagi sempat.. masak atau bekal je la apa yang dapat.. alhamdulillah ada hari berjaya dan harinya tidak.. bergantung la kepada kesihatan badan jugak.. dan hari ni aku berjaya bawak nasi goreng benyek buat bekal.. hahaha..

Nasi goreng benyek pulak buat bekal


ada cerita di sebalik nasi goreng benyek ni sebenarnya.. eh lupa nak bagi tau orang johor panggil benyek tu untuk merujuk kepada sesuatu benda yang lembik.. macam buah yang dah terlalu masak atau kuih yang terlalu lembik.. biasanya akan digunakan menggantikan perkataan lembik tu la dengan guna perkataan benyek.. cotoh ayat macam ni :

"Buah pelam tu dah benyek"

"Kuih tu benyek no sampai loya pulak kita nak telan"

ok habis belajar bahasa, maka kita sambung kisah nasi goreng benyek tu tadi ya.. alkisah kami ni kan dah mula buat pau gebu untuk jualan semula tahun ni.. alhamdulillah rezeki yang tak pernah terjangkakan ni dapat buat pau gebu semula.. banyak jugak perancangan untuk pau gebu ni terkandas dulu.. insyaAllah dalam masa terdekat ni kami nak tumpukan pada perusahaan pau gebu ni secara serius.. insyaAllah dalam masa terdekat akan ada pau gebu frozen untuk dijual ke.. mana tau kan..?

pau gebu sedia untuk jualan


disebabkan kami buat pau dan bangun awal pagi untuk menguli dan mengukus jadinya aku rasa ok je la bila nak buat nasi goreng pagi ni.. tapi boleh pulak terlupa nak masak nasi malam tadi.. biasanya aku guna beras Cap Rambutan yang oren atau hijau tu ok je la kalau nak masak waktu pagi dan terus goreng masa panas-panas.. sekali ni tadi pagi aku lupa bulan lepas kami beli beras jenama lain.. sebab masa sedar kehabisan beras tu cuma LYC yang 24 jam buka je tu yang masih lagi buka.. main beli je la beras apa pun yang ada.. rupanya beras tu tak sesuai pulak nak dibuat nasi goreng waktu panas-panas.. mungkin lebih berkanji atau aku agaknya yang tak pandai guna ek.. hahaha.. nak salahkan beras..

maka jadi hari ni aku berbekalkan nasi goreng benyek... nasib la.. tapi sedap jugak.. rasa macam ala-ala lontong goreng pun ada.. eh terpuji diri sendiri la pulak.. hahaha.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Secara jujurnya Bonde tak suka makan lembik, kalau buat nasi goreng mesti nasi tu yang agak berderai tu.

Rajin Ita buat bekal...

Diana Rashid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Benyek pun benyek la janji kenyang..bukan nak buat kenduri..hahahah

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dont worry k.ita, kita msak kita makan..xde org nak komen pun..haha

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Benyek pun benyek la ita...janji sodap..ada org suka..ada x suka kan...kita yg buat dia..hahaha

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku suka yg lembik2 ita. Smsedap lagipun x yah nak kunyah sgt hihii

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nasi goreng benyek la pulak.. hahaha.. Kak Sue kurang kalau nasi lembik Ita, tapi kalau dah ter benyek macam nie makan la juga kan.. sayang.. Wah pau tu macam menarik, Kak Sue memang suka pau..

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka makan nasi benyek macam ni tapi nasi je lah. Terus rasa lapar sembang pasal nasi goreng ni haha

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

SEDAPNYA KAK..EH AKK JUAL PAU JUGA KE?

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Benyek pun benyeklah kak Ita janji ade rse dan mengenyangkan. hehehehe. PAU tu comei nauuu lah..

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nasi goreng goreng benyek pun sedap tau kak