Rabu, 3 Januari 2018

Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!

assalamualaikum semua, hari istimewa muncul lagi hari ni.. setiap kali awal tahun pasti ianya muncul lagi.. apa lagi kalau bukan hari lahir aku yang jatuh pada setiap 3 Januari setiap tahun bermula tahun 1979 lagi..  dan tahun ni genap 39 tahun dah rupanya.. makin tua pulak rasanya..  setahun lagi akan mencecah usia 40an.. 

Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita! 


kalau lelaki orang akan cakap waktu inilah makin menjadi tapi aku rasa kalau untuk perempuan lebih sesuai makin berisi kot..  bukan isi lain pun sebenarnya, tapi lebih kepada tambah isi badan yang banyak.. hehehe.. ada sesiapa nak bantah? 

tapi aku sebenarnya nak rakamkan penghargaan buat semuanya terutama insan tersayang iaitu keluarga dan rakan-rakan.. terutama abg long yang dah ucapkan sehari awal lagi macam biasa pasal dia selalu ingat harijadi ummi dia jatuh pada 2 Januari.. hihi.. lucu kan?  apa pun terima kasih ye nak.. ummi hargai sangat-sangat.. 

untuk tahun ni takde sambutan istimewa pun.. sebab duit dah berhabis banyak untuk anak-anak nak naik sekolah.. semalam aku tengok kos perbelanjaan seorang anak untuk bersekolah di Malaysia Hari Ini katanya mencecah RM800++ .. bayangkan kami yang ada 3 anak bersekolah tahun ni.  tu belum campur sekolah kafa dia lagi.. dugaan betul.. jadi untuk harijadi ummi tahun ni kita makan biaskut je la cicah air milo ye anak-anak..

cuma dengan pertambahan umur ni aku harap sangat dapat tunaikan semua azam dan harapan.. semoga aku lebih diberikan kesihatan yang baik supaya dapat terus mendoakan kesihatan semua insan tersayang di sisi aku supaya lebih baik jugak..  juga aku berharap akan diperluaskan rezeki oleh Allah agar aku dapat melunaskan semua hutang-hutang sebelum menutup mata..  baik hutang jasmani dan jugak rohani.. dan semoga Allah permudahkan semuanya bagi aku tahun ni.. amin.. 

Ceritaita 

Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy Birthday Ita, semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan semua urusan. Semoga tercapai lah harapan dan azam Ita nanti ya.. aamiin ya rabb.. 😘

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy Birthday To U.... Moga terus sukses ya...

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat ulangtahun kelahiran Ita..semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..

Siti Rohaida Yusof berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

happy birthday..moga semua impian tercapai hendaknya

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat hari lahir kak Ita. Semoga dibeekati dan dilimpahi rezeki yang banyak. Aamiin

aRzMoHa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy Belated Birthday..

Semoga dikurniakan umur rezeki dan ilmu yang berkat

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy Birthday K.ita;). Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.