Khamis, 25 Januari 2018

Sibuk berlatih main batu seremban

assalamualaikum semua, sekarang ni aku tengah sibuk berlatih main batu seremban.. mesti bila ada yang gelak bila baca tajuk ni kan.. ala batu seremban je pun.. maklum je la permainan ni orang anggap senang sangat kan.. apa la sangat nak dilatihkannya pun.. aku pun memula dulu macam tu la jugak fikirnya tau.. tapi percayalah.. bila dah masuk dalam peringkat saringan untuk pilih pemain terbaik 2 tahun lepas baru aku tau apa dia cabaran sebenar yang dinamakan permainan batu seremban ni.. bila dah sedar masa tu rasa nak tarik diri pun ada tau.. huhu..

Sibuk berlatih main batu seremban


buat apa je aku sibuk nak berlatih dan siap ada pemilihan pemain terbaik ni kan? sebenarnya akan dianjurkan sukan peringkat jabatan untuk jabatan aku ni yang akan diadakan di Kelantan pada awal bulan depan.. jadinya kenalah buat pemilihan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ni dalam semua sukan yang dipertandingkan.. dalam sukan ni ada 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu sukan indoor dan sukan outdoor.. dan sukan batu seremban termasuk dalam kategori sukan indoor yang sama seangkatan dengan sukan karom, congkak dan jugak sukan dart.. 

alhamdulillah, aku dah terpilih mewakili negeri Pahang sejak aku masuk saringan pada tahun 2016 dulu.. ada aku cerita pasal batu seremban dulu.. tapi masa tu kebanyakkan ahli takde pengalaman bermain di peringkat macam ni.. cuma dua orang dari 5 orang yang ada pengalaman bermain di peringkat jabatan sebelum tu.. dan akhirnya kami cuma berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat separuh akhir dan menggondol tempat keempat bagi acara ni.. dapatlah jugak menyumbangkan mata bagi pasukan masa tu.. walau cuma 1 mata.. 

batu seremban ni memang tak susah tapi ianya lebih kepada ketahanan mental pemain bila berada dalam sesuatu pertandingan.. yang paling susah ialah bila pemain berada dalam keadaan tertekan dan tidak tapat bermain dengan baik pada akhirnya.. 

inilah semua ahli pasukan yang akan mewakili negeri Pahang ~ ada gaya pemenang tak? 


dan hari ni akan ada perlawanan persahabatan pulak dengan 2 lagi pasukan lain dalam jabatan ni jugak.. ini untuk menguji kemahiran pemain dan jugak membiasakan pemain dengan corak perlawanan sebenar.. doakan aku dan pasukan ya.. terima kasih!

Ceritaita


Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Nieyla Nadia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dekat opis ni pun ade team batu seremban...:)

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue suka sangat main batu seremban masa kecik-kecik dulu.. good luck ya Ita..

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rindu pulak nak main batu seremban

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah hebat kawan aku ni wakil neg Pahang Tu. Good luck ye ita

khaty aiman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah..terbaik siap dapat wakil negeri..tapi khaty main batu seremban guna batu biasa. Yang guna kain secomel tu tak pernah main.

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mengembalikan nostalgia ni...Dulu main pakai ceper tak pun batu....Sekarang ni bukan main cantik lagi batu serembannya
Moga grup Ita menanglah ek...

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lama dah tak main batu seremban kak...kalau main batu seremban saya suka cari batu kecil dan nanpak bukat sikit