Khamis, 29 Mac 2018

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka

assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini..

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka


hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore..  kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la..

Swiss Garden Hotel Melaka


biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar dan selesa.. dan Swiss Garden Hotel Melaka ni memenuhi keperluan kami..

Swiss Garden Hotel Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Amboi santai model kita ni.. hehe


katilnya bersaiz besar dan boleh sangat nak digunakan untuk 2 orang dewasa bersaiz sederhana macam kami untuk tidur sekali.. selesa la anak-anak tak perlu nak minta tambahan katil.. yang penting kebersihan bilik serta katil sangat baik..

Ada cermin tapi boleh tutup langsir tu

Toiletries

Shower

Saliran udara


bilik air pulak lengkap dengan kemudahan toiletries siap ada berus gigi, air panas dan shower yang besar.. puas nak mandi.. cuma satu je pasal bilik air ni.. exhaust fan untuk bilik airnya tak berapa kuat,  jadi kalau ada sesiapa yang baru menunaikan hajat besar.. baunya akan agak mengganggu orang lain di dalam bilik yang sama.. ambik masa agak lama jugak baru bau akan hilang..

Permandangan dari balkoni luar


Permandangan dari balkoni luar
kemudahan lain dalam bilik pun agak memuaskan.. ada peti sejuk dan tv berserta siaran astro yang berfungsi dengan baik.. dan cerek elektrik serta peralatan membuat air.. ada juga disediakan seterika dan papan alas.. kemudahan wifi pun agak bagus di hotel ni.. yang paling menarik di hotel ni ialah adanya balkoni yang boleh kita duduk untuk tengok permandangan di luar.. kami boleh nampak dengan jelas Selat Melaka dari hotel.. dan suis pendingin hawa akan automatik terpadam kalau kita buka pintu ke balkoni.. mungkin ada sensor penjimatan elektrik agaknya..

sarapan di hari terakhir

sarapan di hari terakhir..


kami sempat juga bersarapan setiap pagi bersama kerana termasuk di dalam harga bilik tapi kami kena tambah untuk bayaran makan anak.. seorang anak dikenakan bayaran RM18 untuk sarapan pagi.. tapi aku rasa sangat berbaloi dengan variasi serta kualiti makanan yang disediakan.. makanan sangat sedap dan banyak pilihan.. sambil dapat tengok permandangan di sekitar Kg Morten dan Sungai Melaka.. kiranya puashati la dengan bayaran tambahan tu..

gymnasium







banyak aktiviti boleh dibuat di hotel ni termasuk mandi mandi di kolam renang hotel yang agak luas dan jugak bersenam di gym.. tapi waktu kami pergi ni kami lupa bawa kasut sukan dan peraturan gym tak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun untuk masuk.. kecewa jugaklah tak dapat mengunakan gym.. ada juga disediakan bilik sauna secara percuma untuk sesiapa yang menginap di sini.. tapi disebabkan masa yang aku ada agak terhad jadi tak sempat juga nak merasa bersauna.. semua kemudahan ni berada di tingkat 9 hotel..

restoran di tingkat 41

permandangan dari restoran di tingkat 30


yang uniknya hotel Swiss Garden Hotel Melaka ni ialah mereka ada restoran yang berada di 2 menara mereka.  satu di tingkat 30 dan satu lagi di tingkat 41.. kami cuma sempat meninjau yang berada di tingkat 30 tu je.. yang di tingkat 41 tu kami tak pergi.. hanya ada gambar dari bilik kami je sebab kami gayat.. haha..

kemudahan tempat letak kereta juga disediakan percuma dan kalau nak berjalan ke Pirate Park pun tak berapa jauh..  juga kalau nak naik River Cruise Melaka.. cuma kami je yang tak sempat nak naik disebabkan kepadatan jadual aku masa tu.. kalau tak mau bergerak jauh dari hotel.. boleh juga ke Akuarium, Toy Museum dan 3D Interactive Park yang berada hanya di The Shore..  tapi kami tak pergi semua tempat tu.. nanti aku cerita kat entri lain ya..

Ceritaita

Birthday Giveaway by Mrs Pip

assalamualaikum semua, hari ni nak tepek entri pendek je.. lama tak buat giveaway ni.. tetiba tadi ternampak ada rakan blogger yang buat giveaway.. jadi mehlah kita support Birthday Giveaway by Mrs Pip.



syarat dia senang je.. 


1/ buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas - done


2/ wajib follow blog mrs pip - done


3/ ada IG, wajib follow instagram mrs pip :  www.instagram.com/mrspip18 - done


4/ ada FB, wajib follow FB page mrs pip : web.facebook.com/MrsPip18 - done


5/ dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah entri giveaway - dah siap nanti kita buat
hadiah dia agak menarik tau.. korang nak masuk jugak?  klik banner kat atas tu ya.. 

Ceritaita


Rabu, 28 Mac 2018

Apa yang best untuk Birthday Gifts?

assalamualaikum semua, aku dah lama tau nak terfikir nak cari hadiah untuk hari lahir.. sebab kami bukan selalu pun meraikan hari lahir sesiapa kat dalam rumah kami ni.. kecuali hari lahir anak-anak.. itu pun secara sederhana je selalunya.. setakat potong-potong kek dan ajak makan-makan.. selalu jugak terfikir nak bagi hadiah tapi soalan yang selalu bermain ialah apa yang best untuk Birthday Gifts? haa.. cer cuba korang jawabkan soalan ni? apa yang menarik sebagai hadiah hari lahir? tetiba ada pulak kawan yang suruh tengok dekat Printcious..  katanya ada banyak pilihan..

Apa yang best untuk Birthday Gift? 


bila ada yang tanya soalan macam ni mesti terus terbayang nak bagi untuk siapa kan? nak bagi pada orang lelaki ke pada orang perempuan.. nak bagi pada orang muda ke atau nak bagi pada orang tua.. atau birthday gift atau hadiah tu nak bagi pada kanak-kanak? tapi kan.. aku yang memula tak terfikir nak cari hadiah ni bila tengok je Printcious terus terfikir nak cari hadiah harijadi untuk semua orang dalam rumah ni la pulak.. hahaha.. dasar perempuan ek.. sabo je la..

mesti korang pelik nape aku sampai terfikir macam tu kan?  maunya tak terfikir.. bila tengok je laman web dia yang ada macam-macam pilihan yang cantik dan menarik untuk dijadikan hadiah.. siap ada yang boleh kita buat DIY tau.. ikutlah nak letak design apa kat hadiah tu.. part ni yang best sangat.. aku memang suka la kalau buat DIY ni.. sebabnya cuma ada satu je dan unik, tak sama dengan orang lain.. meh la kita tengok apa je yang ada kat Printcious ni.. ada banyak pilihan tau.. dia dah siap ada cadangan pulak tu ikut kategori yang kita nak cari.. macam aku nak cari Birthday Gift Ideas..

Gift Ideas di Printcious


aku dah berangan tau.. masa pilih-pilih tu aku nak tempah satu hadiah untuk Shah.. kebetulan pulak dia tengah buat bisnes pau dan susu segar dia kan sekarang ni.. sesuai sangat kalau aku bagi hadiah tu sebagai hadiah harijadi tahun ni.. semoga dengan adanya hadiah tu akan menyuntik lebih semangat untuk Shah nanti..  apa hadiahnya tu?  eh..  yang tu rahsia dulu ya.. aku cerita kemudian la..  tak suprise la kalau dah bagitau.. tapi yang pentingnya bila aku terfikir nak cari hadiah untuk shah ni, Printcious dah ada senarai pilihan best birthday gifts for husband.. best betul la.. senang kerja!

haa.. dah ada best birthday gifts for husband in Malaysia ni.. tinggal pilih je nak yang mana..

sekali kan..  bila selak-selak pulak yang lain boleh pulak terfikir kalau tahun ni aku bagi hadiah birthday kat anak-anak ok jugak kan.. bagi sesuatu yang boleh mereka ingat sampai bebila.. selain dari bagi mainan yang biasanya hancur tak boleh nak dikenang dah.. jadi aku cuba la cari pulak idea untuk birthday gifts untuk kanak-kanak... dan tengoklah apa aku dapat.. 

Best birthday gifts idea for guys and girls
yang ni baru senarai pendek je tau... ada banyak lagi pilihan.. mehlah aku senaraikan sambil tunjuk contoh gambar besar dia.. lagi best macam tu kan..

Apa yang best untuk birthday gifts?


1. T-shirt

T-shirt


ini bukan t-shirt biasa tau.. tapi DIY t-shirt.. yang korang boleh letak apa gambar yang korang nak atau letak tulisan - DIA SUAMIKU - pun boleh.. hahaha..


2. Cushion / Throw pillows

Cushion / Throw pillows


haa.. yang ni aku kenan sangat kalau bagi kat anak-anak perempuan.. kakak paling suka la benda macam ni.. lelagi kalau boleh tulis nama dia atau letak gambar dia kan.. princess sangat.. 


3. Mug

Mug
Mug ni cantik tau.. ada 2 jenis.. dua-dua korang boleh edit nak letak gambar atau tulisan tapi yang satu lagi tu dia magic mug.. ala.. yang boleh berubah kalau kita letak air panas dan jadi warna lain pulak bila air dah sejuk.. anak-anak aku suka sangat la.. pastu boleh ajar memasing supaya jaga mug memasing termasuk basuh dan simpan semula elok-elok lepas guna kan.. memasing dah besar.. sesuai sangat la..


4. Mousepad

Mousepad
Siapa rajin guna komputer kat sini? kalau tanya family kami kat rumah ni.. memang aku la yang terpaling rajin guna.. jadi boleh la nak hadiahkan mousepad sebagai birthday gifts untuk diri sendiri ye tak? hahaha.. kira aci la kan..


5. Lukisan Kanvas

Lukisan Kanvas
Lukisan kanvas atau canvas painting.. eh.. aku suka sangat tau yang ni.. dulu ada tempah sekali yang gambar keluarga reramai.. cantik sangat.. dan aku suka la kalau ada yang bagi lepas tu boleh buat hiasan kat meja atau kat rumah kan.. kalau anak-anak yang dapat tentu mereka suruh gantung kat dinding nanti..


6. Ceramic Tile

Ceramic Tile
Ceramic tile ni agak ganjil dan jarang sangat orang bagi untuk birthday gifts kan? tapi tak salah pun nak jadi unik dan lain dari yang lain.. yang ni kalau buat hiasan meja pun cantik ni..



7. Puzzle

puzzles


Puzzles ni lagi best dan menarik aku rasa.. bayangkan kalau dapat hadiah macam ni dan bila bukak waktu sambutan hari lahir dan sesama ramai-ramai buat puzzles tu sampai siap.. wah best dan sangat meriah kan?

nampak tak? ada 7 yang aku berjaya senaraikan kat atas ni.. tapi ada yang lain  lagi tau.. maka.. disebabkan banyak pilihan yang best, boleh DIY ikut design atau gambar yang kita nak dan harga yang berpatutan, jadinya aku dah sesiap masukkan Printcious dalam senarai aku wajib tengok kalau nak cari birthday gifts untuk harijadi orang penting dalam hidup aku lepas ni.. kalau korang nak cari best mug printing in Malaysia, jangan lupa tengok kat sini.. dan kalau korang ada berhajat nak buat sambutan hari lahir dan nak letakkan birthday photobooth, boleh jugak sewa kat sini tau.. haa.. jangan kata aku tak payung..

Ceritaita


Digi tawarkan plan internet tanpa had!

Digi tawarkan plan internet tanpa had!

assalamualaikum semua, korang tau tak Digi tengah buat promosi sekarang ni? Digi tawarkan plan internet tanpa had tau!  aku tak perasan pulak sejak bila Digi mula plan ni tapi yang aku perasan sekarang ni memang Digi tengah buat plan ni.. meh la kita tengok apa pakej yang Digi tawarkan ni..



promosi digi
Digi tawarkan plan internet tanpa had!


ada 2 plan pascabayar internet tanpa had atau unlimited internet yang ditawarkan oleh Digi buat masa ni.. ada plan Infinite 150 dan Infinite 100.. tapi aku rasa kalau grab yang plan Infinite 100 tu pun dah berbaloi sangat.. pelanggan kena bayar bayaran bulanan sebanyak RM150 sebulan untuk plan Infinite 150 untuk melayakkan pemilik talian tu mendapat infinite internet,  infinite calls dan infinite tethering.. bagi plan Infinite 100 pulak pelanggan kena bayar bayaran bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk melayakkan mendapat infinite internet,  infinite calls dan 20GB internet tethering ke gajet lain.. berbaloi kan? 

Pelan pascabayar Digi Infinite :


1. Infinite 150

plan Infinite 150

  • infinite internet
  • infinite calls
  • infinite tethering
  • RM150/sebulan
  • percuma RM20x2 Lazada Voucher


2. Infinite 100


plan Infinite 100



  • infinite internet
  • infinite calls
  • 20GB tethering
  • RM100/sebulan
  • percuma RM20 Lazada Voucher

semua plan ni cuma ditawarkan melalui Digi Store Online sahaja ya.. dan pembayaran bil bulanan haruslah dibuat melalui autodebit setiap bulan.. bukan tu je tau.. sesiapa yang mendaftar untuk plan ni akan dapat percuma voucher Lazada pulak tu.. dah la LAZADA tengah buat promosi untuk barangan bayi sekarang ni..  


cara nak tuntut voucher Lazada



promosi ni tak terhad kepada pelanggan baru sahaja, pengguna Digi sedia ada pun boleh memilih untuk bertukar ke plan baru ni jugak.. jadi sesiapa yang berhajat nakkan keistimewaan internet tanpa had ni bolehlah dapatkan sekarang ni laman web rasmi Digi sebab promosi ni tak pasti sampai bila.. mungkin dalam jangkamasa terhad je ni.. sebab dulu pernah sekali Digi buat promosi macam ni.. bila hangat macam goreng pisang terus promosi tu sold out!

Digi tawarkan plan internet tanpa had

untuk maklumat lanjut boleh ke website :


DIGI MALAYSIA


Ceritaita


Pizza Samyeang terbaru di Domino's

Pizza Samyeang terbaru di Domino's

assalamualaikum semua, baru-baru ni aku sekeluarga berpeluang merasa keenakkan pizza Samyeang terbaru di Domino's.. rezeki kami dapat makan dan ucapkan selamat datang Annyeong Haseyo buat bintang Samyeang terbaru Domino's ni.. menarik tau pizza terbaru ni..

Pizza Samyeang terbaru di Domino's


Domino's namakan pizza ni bintang disebabkan ala-ala konsep kumpulan muzik k-pop tu haa.. dan The Samyeangs (pizza baru ni) dibintangi oleh 3 ahli kumpulan iaitu  Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang.. dan disertai oleh bintang tamu iaitu Ayam-haseyo.. menarik kan konsepnya tu.. hehe..

tengok la 3 bintang ni..

pada aku kombinasi rasa pedas dan manis dalam sos Samyeang kali ni memang memukau.. kiranya kalau korang ni salah seorang peminat makanan pedas memang patut cubalah! kami memula cuba bintang undangan je dulu tau haritu.. ala si Ayam-haseyo tu.. tapi serius.. sedapnya la hai.. sampai teringat-ingat.. macam kena sangat sos yang tersalut di lapisan luar ayam yang dah dibakar tu.. abg long pun boleh makan jugak ayam ni.. rasa pedas dia tu boleh lagi la abg long layan.. tapi berebut dengan minum air jugak.. hahaha.. 


Ayam-haseyo


lepas makan Ayam-haseyo tu kami cuba pulak Pizza Daging Samyeang tu.. haa.. part ni aku rasa best nak cerita ni.. bila makan memula tu ok lagi.. dah lama-lama makan tu mulalah rasa nak menangis berjemaah pulak dah.. aduhai.. pedas gila la yang daging ni.. nak abiskan satu potongan tu aku rasa macam buat drama airmata dah tau.. kalau orang yang suka pedas ni memang haruslah cuba..


Pizza Daging Samyeang



meh layan video kami jugak..



giliran nak rasa Pizza Ayam Samyeang pulak.. pada aku rasa pedas dia ok yang ni.. tak terlalu pedas macam Pizza Daging tadi.. kiranya macam medium la yang ni.. kemudian kami makan pulak Pizza Tuna Samyeang.. pada aku yang tuna ni dikira level paling bawah kepedasannya berbanding yang lagi 2 tu.. kiranya kalau korang nak makan Pizza Tuna Samyeang dengan chili flakes masih boleh la lagi.. (untuk kaki pedas ok)..


Pizza Ayam Samyeang

Adik Hadi dengan Pizza Tuna Samyeang dan Pizza Ayam Samyeang


sekarang ni pulak tengah ada promosi untuk Pizza Samyeang terbaru ni.. korang boleh beli 2 Pizza Deal dengan lebihan keju.. huhu.. sedapnya.. pizza dengan limpahan keju ni korang boleh beli pada harga RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz extra large.. eh ada lagi tau.. ada tawaran pada setiap hari Selasa untuk Super Tuesday pulak yang mana korang boleh dapat Pizza Samyeang bersaiz personal pada harga cuma RM3.90 untuk pembelian secara online dan RM4.90 untuk tempahan melalui kaunter.. jadi jomlah sesama cuba!

promosi Super Teusday



Pizza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo boleh didapati di semua rangkaian Domino's Pizza bermula dari 26 Februari 2018.. maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi :

Hotline : 1300-888-333


Ceritaita


Selasa, 27 Mac 2018

Simpan RM500 boleh dapat percuma RM500?

assalamualaikum semua, baru ni kan kawan-kawan kat group whatsapp ada sibuk-sibuk cerita pasal Simpan RM500 boleh dapat percuma RM500 di SSPN1M.. menarik je bunyinya kan.. mana taknya.. simpan RM500 boleh dapat percuma RM500 lagi.. jadinya boleh dapat RM1000 untuk keseluruhan simpanan.. bila aku baca pasal ni terus aku nak tau lanjut macamana boleh dapat percuma dan apa syarat yang SSPN1M nak.. kalau melibatkan kebaikkan pada anak-anak, yang ni sebagai ibubapa haruslah kena ambik tau.. korang dah tau belum? kalau belum meh la terus baca..


sspn , SSPN1M-i , PTPTN
Simpan RM500 boleh dapat percuma RM500?


dulu masa PTPTN diperkenalkan aku macam tak ambik tau sangat sebab aku rasa aku tak perlukan.. tapi sejak 1 Januari 2012 bila diletakkan syarat yang mana semua pelajar yang nak memohon tajaan pendidikan dari PTPTN diwajibkan untuk mempunyai akaun SSPN1M-i dengan simpanan minima yang ditetapkan oleh PTPTN terus aku ambik tau la apa dia SSPN1M-i ni.. sebenarnya SSPN1M-i ni ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M-i).. tapi kita lebih kenal dia dengan nama SSPN je sebelum ni.. ni kira penjenamaan semula la.. dan ianya merupakan satu skim simpanan khas yang diwujudkan untuk tujuan pendidikan tinggi.. skim ni patuh syariah dan pendeposit secara tak langsung melantik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menguruskan deposit yang ada dalam skim ni untuk tujuan perlaburan.. ada banyak jugak manfaat lain tau.. perlindungan takaful sehingga RM1,000, khairat kematian untuk pendeposit, pasangan dan 3 orang anak.. kiranya kalau kita menyimpan di SSPN1M ni, simpanan tu terjamin untuk kegunaan anak-anak di masa hadapan.. korang boleh tengok jugak kelebihan menyimpan kat dalam gambar kat bawah ni.. 



kelebihan menyimpan di SSPN1M-i



dan disebabkan kepentingan masa depan anak-anak dan keperluan pendidikan anak-anak nanti kami dah buat pun akaun untuk anak-anak yang tengah bersekolah sekarang ni.. nak buat akaun sekarang ni dah senang sangat.. kalau dulu memang nak kena pergi ke PTPTN untuk uruskan kan.. tapi sekarang ni jauh mudah.. macam kami, untuk akaun anak-anak kami buka dan daftarkan di sekolah je bila ada kakitangan dari PTPTN yang datang ke sekolah.. tulis borang dengan butiran yang perlu dan terus diuruskan oleh kakitangan pada masa tu jugak.. kalau sekarang ni lagi mudah sebab korang boleh pergi je ke Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank untuk bukak akaun.. yang ni prosesnya lebih cepat dari daftar di sekolah macam aku cakap tadi.. meh la aku senaraikan cara nak buka akaun SSPN1M-i ni.. boleh pilih semua cara yang ada kat bawah ni.. :


Pembukaan akaun SSPN1M-i boleh dibuat melalui cara berikut:


  • Pembukaan akaun secara online. SSPN1M.com.
  • Kaunter PTPTN
  • Kaunter ejen SSPN1M-i



senang sangat nak buat sebab cuma borang pembukaan akaun je diperlukan untuk pembukaan akaun baru di SSPN1M-i.. tapi korang kena pastikan buka akaun hanya dengan kakitangan atau kaunter ejen yang dilantik je tau..  

salah satu yang best pasal menyimpan di SSPN1M-i ni sebenarnya ialah sebab boleh dapat pelepasan cukai.. sekarang ni pulak tengah sibuk pasal pengisian e-filing untuk cukai pendapatan kan? ada sesiapa dah isi e-filing? kalau sesiapa yang biasa isi e-filing tiap tahun mesti korang akan nampak ada satu ruangan untuk simpanan di SSPN1M tu kan? haa.. ini yang paling aku suka.. mana nak cari tempat korang boleh buat simpanan untuk anak-anak dan kemudiannya akan dapat pengecualian cukai kan? banyak pulak tu.. korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6,000 bergantung dengan jumlah simpanan pada tahun semasa tau.. pada aku pelepasan cukai macam ni sangat bagus dan secara tak langsung boleh la menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak..

kami jadikan simpanan ni sebagai tabungan untuk anak-anak


Lepas tu ada pulak diperkenalkan insentif untuk sesiapa yang menyimpan dalam SSPN1M ni tau.. insentif ni dipanggil Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500.. haa.. ini yang kena dengan tajuk ni sebenarnya.. dan ini jugaklah yang dibincangkan oleh kawan-kawan aku di group whatsapp baru ni.. ini yang dengan senang hati aku nak kongsikan dengan korang semua.. mulai 1 Januari 2018 baru ni, sesiapa yang membuat simpanan bersih sejumlah RM500 pada tahun 2018, layak mendapat insentif GS500 ni.. bermakna korang boleh dapat RM500 percuma dengan simpanan bersih sejumlah RM500 dalam tahun 2018.. pemberian insentif ni bergantung kepada RM250 juta atau 500,000 akaun terawal sahaja.. dan duit tu akan masuk pada bulan yang sama bila simpanan cukup RM500.. ada jugak syarat yang lain tau.. mesti dah mempunyai akaun SSPN1M dan mestilah berumur antara 7 hingga 12 tahun pada tahun 2018 ni.. kiranya penerima insentif ni kena anak yang sedang belajar di sekolah rendah la ni.. elok sangat la ni untuk abg long, abg ngah dan kakak husna..

ptptn , sspn
syarat Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500


Ada satu lagi yang aku rasa aku patut kongsikan.. tentunya benda baik ni.. selain perlindungan takaful, khairat kematian, pelepasan cukai dan pemberian insentif tu ada satu lagi yang menarik tengah berlangsung sekarang ni.. Go Cashless & Win iaitu cabutan bertuah bulanan.. yang ni sebenarnya kempen untuk galakkan pendeposit menabung secara dalam talian.. terbuka untuk semua peminjam PTPTN atau pendeposit SSPN1M yang membuat transaksi secara dalam talian sekurang-kurangnya RM100 bersamaan dengan satu cabutan.. hadiah bulan kad petrol sebanyak RM500 dengan hadiah keseluruhan sehingga RM100,000 tau! 

Hadiah disediakan bagi dua kategori cabutan seperti berikut :-

Kategori Bayaran Balik Pinjaman

- 20x Kad Petrol bernilai RM500 setiap bulan

Kategori Deposit SSPN1M

- 20x Kad Petrol bernilai RM500 setiap bulan

Peraduan ni sedang berlangsung dari Februari 2018 hingga Jun 2018 ni.. jadi kalau korang nak merasa jadi pemenang boleh la cuba jugak buat deposit secara online.. #OnlineLagiSenang.. nak tau lanjut pasal ni boleh klik Go Cashless & Win ok..


Go Cashless & Win


Banyak manfaat dari menabung di SSPN1M ni.. nak deposit secara online pun boleh.. semuanya untuk memastikan anak-anak kita dapat semua manfaat dan kemudahan di hari muka.. jadi buat korang, janganlah tunggu lagi.. jom menabung!

Ceritaita