Isnin, 30 April 2018

Jom Gosip Pasal Bare Essential Althea Exclusive

Jom Gosip Pasal Bare Essential Althea Exclusive!

assalamualaikum semua. aku nak akhiri bulan April ni dengan gosip tau.. ini bukan gosip biasa tapi gosip terbesar tahun 2018 ni.. ala.. janganlah kata korang taknak join aku bergosip pulak.. sebab aku baru je nak mulakan gosip ni.. eh.. kalau gosip pasal benda baik ok je kan.. janganlah kita gosip pasal benda tak baik.. yang ni aku gerenti yang kita akan cerita benda baik yang patut aku kongsikan kat semua orang kat luar sana.. jadi Jom Gosip Pasal Bare Essential Althea Exclusive dan perkara penting sebelum bersolek..

Jom Gosip Pasal Bare Essential Althea Exclusive



sejujurnya aku ni bukan kenal sangat alat solek tau.. semua benda baru nak belajar.. setakat pakai bedak, lipstik tu biasalah kan.. membohong nau kalau sampai tak tau semua.. tapi aku memang mengaku la sampai tahap blur bila tahun lepas ada sesi ambik gambar dan bersolek.. masa tu aku pelik apa la yang make up artis buat sampai lama sangat nak prepare muka sorang-sorang kan.. maklumlah aku bersolek bape kali je dalam hidup ni.. ni bersolek betul-betul yang taraf pegi majlis grand ok.. bukan bersolek biasa-biasa.. seingat aku cuma 2 kali je la.. waktu nak nikah dengan nak bersanding.. tapi memang mak andam tu sediakan muka aku lama gila la.. kesian aku kan..


tapi sekarang ni aku dan celik sikit la pasal alat solek dan kenapa pentingnya persediaan muka sebelum disolek tu.. aku nak letak sekali la tips dari majalah EH! ni.. sebelum tu korang layan la video unboxing kotak punca gosip liar ni dulu ok.. pastu jom gosip pasal Bare Essential Althea Exclusive pulak ya..



EH! kongsikan cara persediaan buat kulit sebelum bersolek.

1. Pertama sekali, cuci kulit wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.

2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.

3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.

5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.

kalau baca tips kat atas tu mesti dah pening sebab kena ada semua barang yang berkaitan dalam setiap langkah tu kan? ini la yang aku nak ajak korang bergosip tadi tu.. nampak tak kenapa Jom Gosip Pasal Bare Essential Althea Exclusive ini penting? sebab.. dengan adanya Bare Essential dari Althea ni kerja persediaan kulit sebelum bersolek jadi lebih mudah.. tak caya? eh.. meh la aku tunjuk apa yang ada dalam set Bare Essential ni.. 

 Bare Essential Althea Exclusive



dalam set Bare Essential ni ada semua keperluan yang cukup untuk semua 5 langkah kat atas tu tau.. walaupun dia cuma ada 3 barang kat dalam set dia tu.. macam gambar atas ni.. ada pencuci, primer water dan jugak fixer cream.. aku dah cuba ketiga-tiga produk ni masa aku pergi kenduri kawen adik aku kat Kota Tinggi aritu.. meh la aku cerita dengan korang macamana aku guna Bare Essential dari Althea ni.. tak sahlah bergosip cerita separuh-separuh je kan.. harus la detail baru best membawang.. hahaha..

Contour Cleanser Bare Essential 


memula aku cuci muka dengan pencuci muka.. muka aku kan jenis berminyak tau.. jadi selalu kalau nak cari pencuci muka aku memang sangat cerewet.. kena belek abis apa kandungan yang ada dalam pencuci tu.. yang paling penting aku nak kandungan dia boleh buang sisa minyak boleh goreng kat muka aku ni kemudian bagi kulit aku tak kering sangat serta rasa lembut.. dan yang bestnya bila aku guna je Pencuci (Contour Cleanser) Bare Essential dari Althea ni aku teruja la.. pasal muka aku rasa bersih gila macam aku guna skrub tau.. padahal guna pencuci je.. pastu ada bau lemon yang menyegarkan dan kulit aku rasa tetap lembab dan tak kering.. pendek kata bestlah!

Primer Water Bare Essential 


lepas je aku dah cuci muka dan lap kering aku guna pulak Primer Water dari Bare Essential pulak.. bila guna pun tak terasa rimas.. macam guna toner je kat kulit muka.. kalau nak tau banyak tau fungsi primer water ni sebenarnya.. antaranya melembapkan kulit, menyiapkan kulit muka untuk disolek dan menjadikan make up tahan lebih lama.. baru aku faham kenapa perlu guna primer water sebelum bermake up.. jadi jangan tinggal ok!

Fixer Cream Bare Essential 


langkah ketiga pulak kena sapukan Fixer Cream dari Bare Essential ni.. kandungan dia salah satunya ialah wild green tea.. yang ni boleh berfungsi sebagai antioksida jugak untuk kulit.. yang penting ianya tak melekit, senang menyerap dan boleh kekalkan make up korang dalam masa yang lama jugak tau..

tapi kalau aku setakat cerita je tapi tak tunjuk dengan korang hasil aku guna Bare Essential ni tak sah jugak kan.. korang mesti nak tengok punya.. baiklah.. korang tengok gambar kat bawah ni ya.. sebelah kiri tu gambar memula selepas make up dalam pukul 2 petang macam tu.. dan sebelah kanan adalah gambar aku selepas abis majlis.. dalam pukul 5 petang macam tu..

gambar ni ori (no edit , no filter ok)


korang mesti nak cakap ala sekejap je kan masanya.. tapi korang kena tau yang menghadiri majlis kahwin di mana adik kita sebagai pengantin lelaki ni banyak dugaannya.. dah aku bagitau dari atas tadi kulit aku jenis kulit berminyak kan.. jadi dengan make up dan kami berjalan dalam panas (pasal lupa bawak payung) untuk berarak sampai ke rumah pengantin perempuan tau.. kalau tak cair make up tak tau la kan.. haa.. kira ni masih segar dan tak nampak berminyak sangat pun pada aku dah kira bagus tau.. kalau tak muka aku ni kalau berjemur macam tu minyaknya dah boleh buat masak tau.. hehehe.. dan yang paling aku suka sangat tu ianya sesuai untuk kulit berminyak, sensiitif dan mudah berjerawat..

 Bare Essential Althea Exclusive

kalau korang berminat nak cuba.. boleh dapatkan di laman web Althea sekarang jugak tau.. ada dijual secara berasingan.. dan sehingga hari ni ada harga promosi untuk setiap pembelian di Althea.. psstt.. setiap barang dihantar terus dari Korea tau.. menarik tak? kalau menarik dan rasa nak beli tengok info kat bawah ni ok..

Althea

Bare Essential


Ceritaita

sumber : EH
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Cekgu Norazimah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Psss...CN pun dah guna. Memang best !

Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

MiYOKO SuKi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nk try jugakk

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ana suka fixer cream dan primer water dia kak. Memang best.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Macam best pulak baca entri Ita nie, Kak Sue macam tersuka Primer Water dia tu, macam best ja..

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh nampak best produk BE ni, menanik betul ramai yang up date feedback baik

Sue Izza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka pencuci mukanya ,segarrr je lepas cuci,set ni memang best dah separuh pakai.